31 December 2008

Mentaliti

Aku selalu bersyukur sebab teman-teman aku kebanyakan nya bila duduk bersembang, bersembang pasal benda-benda serius. Seperti masalah negara, sistem pendidikan, sistem kementerian kesihatan dan tak lupa jugak sembang pasal sistem pengurusan kat universiti aku neh. Haih. Tapi paling best bila sembang pasal mentaliti masyarakat.

Bila kawan aku tanya satu soklan nih,

"Eh, memang orang melayu je ke yang ada mentaliti pandang serong kat anak luar nikah?"

"Mentaliti pelik-pelik ni bukan memang hak milik sejahtera orang Melayu ke?" Aku tanya balik.

Semua diam. Aku tatau diam setuju ke, diam tatau nak komen ape ke, atau diam sebab sibuk cicah buah epal dengan kuah rojak buah. Memang maju betul budak-budak ni, tukar buah-buahan tempatan kepada buah epal untuk cicah dengan kuah rojak. Haha.

Pelik kan mentaliti mengutuk anak luar nikah. Ni orang-orang tua ah. Tapi kalau ada gak orang-orang muda mentaliti camtuh, aku tatau ah nak cakap pe. Buruk tul mentaliti tuh.

Cuba fikir logik, mereka tu sesungguhnya lahir suci murni seperti bayi-bayi lain. Tapi orang selalu pandang keji. Kutukan manusia jugak menjadi penyumbang besar mereka rasa mereka tak mampu jadi budak baik. Bila besar mereka lahirkan rasa geram dan marah mereka melalui sikap dan perbuatan.

Jadilah mereka budak-budak yang rosak akhlak. Pastu lagilah gembira orang-orang yang mengutuk neh,

"Haa kan aku dah kata, besar mesti jadi budak jahat punye."

Padahal tak sedar, diri sendiri yang menyebabkan budak-budak tuh rasa rendah diri, jauh hati dari nak jadi baik macam budak lain. Padahal kalau ikutkan, takde beza pun diorang dengan budak-budak lain. Sume sama. Budak-budak jugak. Orang jugak.

Teruk betul kamu.

Ya, kamu memang teruk. Kalau kamu nak kutuk pun, pergi kutuk mak ayah diorang yang buang diorang dan lahirkan diorang tanpa ikatan sah. Jangan sabitkan anak tu pulak! Ok, aku emo skang.

Bila kawan aku tanya,

"Mak dia tak rasa pape ke buang anak macam tuh? Takkan tak rasa sayang langsung?"

"Senang je, lepas lahirkan, jangan tengok langsung anak tuh mesti tak rasa pape. Kalau tengok mesti ada jugak sket rasa sayang."

Haha, tah pape je assumption itu. Tapi ada la jugak kebenaran dia, berapa peratus tuh aku belum kira lagi.

Walau papepun, tak perlu kot nak mengutuk orang-orang yang buang anak neh. Ada yang insaf, ada yang cari balik anak dia, ada yang jaga balik semula, macam-macam la yang kita tatau. Yang pasti ada je yang nak bertaubat tapi rasa macam tak nampak pintu taubat. Ni sume sebab mentaliti kita ah, dan jugak kata-kata kita yang menyebabkan diorang rasa rendah diri nak jadi baik.

"Alang-alang orang dah mengutuk aku, pandang hina kat aku, baik aku teruskan je. Kalau aku taubat pun, orang tetap kutuk aku macam-macam."

Haa..nampak tak ape kesan mentaliti kamu pada diorang? Nampak? Ke tak nampak lagi? Kalau tak nampak gak, baik kau berhenti jelah kot baca ape aku tulis ni.

Sebab aku memang dah nak berhenti pun kat sini.

Chiaoz~~

29 December 2008

Amalan bukan hanya kerana hari tertentu

Dulu pernah aku bersembang dengan salah seorang penulis buku ini. Bila aku menyebut tentang doa awal tahun dan akhir tahun, katanya tidak pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Dan aku selalu terbaca ada pelbagai fadhilat-fadhilat bacaan doa tersebut.

Selalunya mentaliti rakyat Malaysia mengamalkan doa tersebut kerana fadhilatnya. Aku kurang setuju. Ini pendapat aku.

Kamu boleh review this site untuk penjelasan lanjut, salah satunya yang ada. Boleh jugak check tempat lain. Tolong bagitahu aku jika kamu tahu ya.

Walaupun bila disemak, tiada dalam kitab-kitab dan sebagainya. Bagus juga jika diterapkan dalam kepala ummat Islam di Malaysia tentang doa tersebut, atau terapkan pergi berdoa beramai-ramai di masjid. Antara baiknya:

- Semua orang akan tahu kita akan beralih ke tahun Hijrah yang baru
- Bagi yang jarang ke masjid/surau dalam setahun, sekurang-kurangnya permergian mereka ke masjid pada petang 1 Muharam untuk baca doa awal dan akhir tahun dapat menambah bilangan kali mereka ke masjid bagi setiap tahun

Cuma tulah, macam agak sedih dengan mentaliti ummat Islam (malaysia la aku fokus neh) bahawa dengan membaca doa tu dapat fadhilat-fadhilat tertentu dan menyabitkan amalan ini dengan Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimana pun, pada pendapat aku, aku galakkan je kalian berdoa. Berdoa lah apa sahaja yang baik, yang terlintas dalam diri kamu, dan tak perlu terikat pada doa tertentu. Lainlah jika kamu rasa lebih senang baca doa tersebut, macam agak complete sket atau lebih baik dari ayat-ayat doa kamu. Terpulang apa yang kamu fikir terbaik.

Memang bagus je duduk di masjid pada petang tahun baru hijrah, berjemaah solat. Harap-harapnya kekal pada hari-hari lain jugak berjemaah dan tidak hanya pada hari-hari tertentu. InshaAllah. Boleh kan? Itu lebih baik aku rasa. :D

Pernah aku cerita pasal doa di sini, berdoa tiap tika dan saat di mana-mana sahaja.

p/s: harap sangat kamu review site ini untuk penerangan yang jelas :D

SALAM MAAL HIJRAH 1430H

Tag: Ini Pendapat Aku

28 December 2008

Macam best

je bila baca komenan kat blog sorang tok neh.

Meh baca entry dan komen-komen kat situ jom

http://tokbatinsenoi.blogspot.com

sangat best lah komen-komen sume dan how tok reply to each of the comments

kengkawan, jangan lupa tekan button "flag blog" bila jenguk blog to tu ye.

Owh tatau cara nak flag? Sila belajar kat sini, ada gambar-gambar macam mana nak flag, sebelah mata pun boleh faham daa :D

p/s: moga Allah lindung kita semua daripada kesesatan..dan ade jalur cahaya hidayah dariNya buat yang telah tersasar..ameen

27 December 2008

Eh, mana tajuknye?

Dear Jenny
Your dear sister here do not have any intention to make the previous entry as a chain entry. But your prediction seems to be true as I need to make up an entry regarding the previous entry. Heh.

Dear readers
Seminggu ini aku cam lebih suka memerhati kalian bersuara daripada membalas. Entri pendek general aku bawak berbagai tafsiran. Heh. But anyhow aku reply lah jugak dan try not to get the contradiction appear too much. I mean, from my view and your view.

Dalam entry lepas, aku ada state perkataan wasotiyyah, itu maksudnya bersederhana. Itu salah satu point, jadi faham-fahamlah. Prioritas tuh perkara basic, pandai-pandai ah jumpa sendiri kat entry tuh.


Ok, cam kejam nada di atas.

Bila aku baca sekali lalu komenan-komenan pada 3 entry terakhir sebelum entry yang ini, ramai yang salah faham dengan apa yang aku nak sampaikan.

TAPI bila baca dua kali, aku pandang ia sebagai keindahan ciptaan Tuhan. Manusia akan memandang sesuatu dengan pelbagai tafsiran. Termasuklah pada entry aku yang jenisnya singkat dan tersirat. Sebab pada kebanyakan entry, aku menulis panjang lebar tentang sesuatu perkara, jadi orang faham ape maksud aku :D

Papepun, sukati kamulah, komenan kamu penambah rasa pada entry aku. Mana-mana yang aku tak state dan sebagainya. As long as the comment adalah dengan bahasa sopan, silakan. Sebab this is my house, I am the owner. Inside my house, there're certain rules. I won't allow anyone to behave in an improper manner, there's no democracy. Im sorry ;)

nota: better tak faham daripada salah faham

mood: sejak pertengahan november aku rasa tamau menulis apa-apa lagi. Jadi dengan itu aku cuba menulis sesuatu hampir setiap hari supaya rasa tamau menulis itu hilang. Tapi rupa-rupanya makin hari makin dasyat rasa itu. Heh.

25 December 2008

Kita selalu abaikan perkara kecil

yang sebenarnya boleh membawa kepada sesuatu yang besar.

Kita selalu fikir yang kecil itu perkara remeh. Yang besar lebih utama.

Kadang kita abaikan satu SMS yang bawa kesan pada satu keputusan besar orang lain.

Kita juga lupa satu kebaikan yang kecil membawa kepada ingatan berpanjangan orang terhadap kita.

Ok, itu semua contoh semata. Tapi realiti.

Peluang-peluang besar dalam hidup, biasanya dicapai dengan peluang-peluang kecil.

Perubahan besar dalam hidup bermula dengan perubahan kecil.

Ok, semuanya kecil kepada besar. Jarang-jarang dijumpai, seseorang dapat sesuatu yang besar tanpa melalui apa yang kecil.

Kadangkala ada sesetengah perkara yang buatkan kita sedar kita perlu bersikap sederhana. Tidak terlalu fokus kepada yang penting dan tidak terlalu abaikan yang kecil prioritinya.

Jangan rendah diri jika kamu fikirkan perkara kecil tika semua orang sedang fikirkan yang besar. Kerana ia tidak bermakna kamu mengabaikan apa yang penting. It's just that you need your time. Beware, don't make it to excessive. Wasotiyyah.

Sebelum itu, sila lawati seorang teman dengan perbincangan beliau mengenai perkara yang juga ramai antara kita anggap ia kecil, sedangkan membawa kepada yang besar. Mungkin ramai terlepas pandang, maybe.

Remember, pada yang kecil itu juga ada barakah.

This is my own opinion. Opinion has no right and wrong, but it's always open for additional point of view. Thank you.


p/s: penulis kena blah pegi baca journal yang banyak sedang menanti

23 December 2008

I wish that I never grown up

Yup, itulah tajuknya dan harapannya.

Setiap kali putaran waktu datang, kita akan rasa putaran yang lepas sentiasa di ingatan. Bila masuk zaman Universiti, kita rasa zaman sekolah lagi best. Bila masuk alam pekerjaan, kita akan rindukan alam Universiti.

Hakikatnya bukan kita tidak bersyukur dengan keadaan sekarang, it is just a matter of responsibility. Makin meningkat usia, makin bertambah tanggungjawab yang perlu digalas. Makin banyak perkara yang perlu difikirkan.

Namun pada tangga-tangga sekolah kehidupan itulah adanya cabaran sebenar dunia sementara ini, sebagai jalan ke sana.

Aku masih sedang belajar meniti tangga-tangga itu, pasti akan ada langkah yang tersilap kerna aku jua bermula dengan sejarah hitam.

Tapi aku sedang mencuba. And please do not curse me for that!

Tribute to his 'ucap selamat'. Thank you, senpai!

22 December 2008

[Those who pull out]

Aku takut
Kalau hati tidak kenal erti taqwa

Aku takut
Jika antara diri dan pengajaran ada dinding pemisah
Terdapat hijab antara diri dan nasihat
Hinggalah
diri tiba-tiba terhantuk dengan hukuman Tuhan!

Dan kala hukuman dunia
bersambung ke akhirat
seperti kisahnya Firaun dan Musa
andai di fahami pengajaran di sebalik cerita

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِمَنْ يَخْشَى

Pengajaran hanya bagi yang bertaqwa!


p/s: Suratul nazi'at: 26

20 December 2008

Kamu shopaholic?

anyone, please help!

Been introduce to the word shopaholic when I began to read those books by sophie kinsella, 'shopaholic the series' during my teenage age. Yup, I'm not young anymore, being 21 this year which means I am officially become as a young adult (heh nak jugak young tuh~).

owh ye, the main point here is to ask you guys, do you love shopping?

This habit is very similar to the women. I have few friends, male, they love shopping too. They could spend their time from morning until night just for shoping. Wuhuu~~that's amazing thou!

But I'm not keen into shopping, and luckily my close friends who usually hang out with me, share the same quality too. We usually hang out for food. Yeah for food. Then we take the opportunity to go to the cold storage and bookstores.

Thus, basically our day out is mainly about eating and buying important stuffs. Even so, we're still trying to spend the-most-minimum-time for purchasing those things. Habis cepat dah, kalau boleh terus nak balik~

Window shopping? Huu that's so far away, out of our interest..

How's yours? ;)

IQ test

IQ Test
Free-IQTest.net - IQ Test


Erm..hari tuh pepagi buta ada senior bagi link IQ test ni kat aku. Pepagi buta tuh aku buat dapatlah seperti di atas keputusannya. Lepas-lepas tu buat semula pun dapat sama.

Aku try buat kat website lain yang free IQ test. Lebih kurang result. Aku pun cam curious betul ke idak test nih sume. Heh papepun tak rugi cuba.

Cuma satu jelah, kalau IQ tinggi pun, tapi tak gunakan kecerdasan emosi (EQ) dalam kehidupan, agak tak berguna ah. Sebab untuk berjaya dalam sesuatu, IQ hanya membantu maximum 20%, selebihnya EQ dan kecerdasan spiritual (SQ).

Akan datang aku touch pasal ni. Agak rumit.

Remember, IQ bukan penentu kamu genius!

Er..matematis muda taknak buat ke?

p/s: selamat ulang tahun kelahiran buat kembar Matematis Muda, hasbimendez! Eh, kembar tapi tarikh lahir lain-lain? Erk..

19 December 2008

Surat maya untuk readers dan bloggers (1)

Dear readers,

Kadangkala aku kesian kat kamu
bile kamu blog walking
mesti kamu asyik tersenyum baca entry-entry teman lain
tapi sampai je di blog ini
kamu terus masuk era gloomy

Maaf teman, andai ada banyak saat-saat menarik dalam hidupku
tentu mudah aku menggarap sesuatu yang menyenangkan hati kamu
menggembirakan hati orang lain itu dapat pahala bukan?

Untuk menyeimbangkan saat indah dan saat sadis dalam hidupku
maka aku banyak melakonkan adegan kegembiraan
kerna aku rasa agak mustahil dalam dunia ini
jika saat sadis lebihnya mengatasi saat manis

Aku mohon maaf untuk itu

Dear readers

Aku hargai kamu
membaca dan terus membaca
sampai ada yang rasa takleh nak missed entry aku
Yup, untuk aku juga ada beberapa blog
yang setakat ini sejak awal kemunculannya
aku tak pernah missed walau satu entry
kamu hebat menulis teman, sampai aku ingat semua entry kamu

Aku juga hargai kamu yang menonjolkan diri
membina ukhuwwah di dunia maya ini
jalinan yang tak mahu aku bandingkan dengan dunia realiti
kerna dua-duanya begitu istimewa di hati :D

jika kamu anonymous yang siapa-siapa jua diri kamu
aku mengalukan kedatangan
Cuma aku harap
jika kamu anonymous yang datang memberi kritikan keras
atau anonymous yang bertanyakan hal peribadi
aku harap kamu boleh email terus aku
atau tonjolkan dirimu
supaya tidak terlalu jelas sikap pengecut malu kamu
arasto?

****

Dear bloggers

Aku sentiasa menatap blog-blog kamu walaupun masa aku singkat
kerna pembacaan aku pantas
terima kasih pada ibuku
atas ajaran beliau pada aku (rujuk fakta number dua)

Biasanya aku akan tinggal jejak berbentuk komenan
jika ada sesuatu yang ingin aku bicarakan
atau aku pergi tanpa ada bekas keberadaan aku
jika tiada apa yang perlu diperkatakan
juga jika aku ingin leave the writer alone

Aku juga takkan tinggalkan jejak
jika aku kurang suka dengan apa yang diperkatakan
kerna aku tak mahu jadi pembaca yang namanya 'condemn' orang
You dun like, you sila blah leave
Sebab itu nasihat aku,
bagi pembaca yang tidak suka akan sesuatu entry
sila leave the writer alone
atau jika ingin menegur sesuatu
sila bercakap in person
email pun boleh zaman teknologi canggih ini
sikap aku juga begitu walau dalam dunia realiti
You dun like me, you tell me in person, directly
jangan simpan-simpan
but remember
untuk menegur bil hikmah
secara baik supaya tak lari orang yang ditegur
silap-silap lari ke Afrika..hehe

Lagi satu perkara
aku tak amalkan konsep kesetiaan
jika kamu rajin datang ke blog aku
aku akan rajin mengomen blog kamu
oh tidak tidak
aku akan tetap jenguk blog kamu
walau kamu tidak mengomen entry aku
dan aku harap kamu tahu
ada beberapa blog
yang aku memilih untuk menjadi pembaca senyap
jadi jangan sedih, aku ada membaca tulisanmu :P

Tak lupa juga lagi satu perkara
aku agak kureng sikit
dengan mereka yang melalui blog ini dan tinggalkan kata-kata
"Hi, please link me"
"silalah jenguk my blog"
Dan yang sewaktu dengannya
Haiyak, macam gaya terdesak aje
atau gaya mahukan perhatian segera

Bloggers
penting untuk kamu faham
readers bukan boleh dipaksa-paksa untuk datang
atau dipaksa-paksa untuk bagi komen

untuk menarik pembaca itu sendiri
kadangkala terlebih dahulu perlukan satu jalinan
walaupun ia jalinan maya seperti blog walking
readers akan terus datang dan datang bila mereka sukakan penulisan kita
dan juga apabila mereka merasai adanya jalinan itu sendiri
somehow it takes time jugak

but for those yang beruntung
dan mempunyai personaliti menarik (tergambar melalui penulisan)
tak perlu masa yang lama pun untuk membina jalinan
seperti mereka-mereka yang hot :P

Untuk semua penulisan
jika tidak banyak komen, tidak bermakna tiada yang membaca
juga tidak bermakna mereka tidak menghargai
cuma jika ada komen itu kamu gembira bukan?
Owh aku juga begitu
terasa you've lighten up my day gitu :D

dan untuk penulisan kamu
banyak yang berharga buat aku
Terima kasih untuk itu


p/s: Yang kena ugut as nak ban IP tu, disebabkan hari ini 19th Dec..maka kamu semua diampunkan. Haha!

18 December 2008

syaza + fifi

again, requested entry. Gambar-gambar pun sponsor daripada tukang request.

Walimah syaza dan fifi sabtu lepas. Kirenya skang dalam 'keluarga' kami sudah ade dua orang yang telah melengkapkan separuh daripada agama :) alhamdulillah
seorang lagi boleh rujuk sini

Barakallahu laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair!

cool giler pengapit dengan spec hitam..huhuhu

peserta rombongan ahli keluarga..
Yang dua orang dari kanan tuh, makin berisi sangat2, lama tak jumpa mereka2 :D
ummi, fasha, akramzz, azree, aziz

tumpang gembira mode :)

credits to the photographer: Nabil

*********
amaran: dilarang membuat komenan berbentuk persoalan tentang tarikh perkahwinan penulis, ok! :P

17 December 2008

Rencana paling indah


Perencanaan Allah itu pastinya paling indah
Walau hati menangis dengan perit ketentuan
Allah Maha Tahu yang terbaik buat dirimu
Tak pernah sekalipun Dia menzalimi
malah terus mengasihi, menyayangi

Ya Allah..

Kau pastinya sedang bicara
tentang TABAH
tentang REDHA
Walaupun kadangkala hati kotor ini kurang memahami
maksud tersirat Ilahi
serta nikmat tersurat yang telah diberi

Terima kasih infiniti
atas segala ketentuan terbaik yang telah Kau hulurkan

Kekuatan hati
aku sedang selangkah lagi ke tangga itu, Tuhan!


p/s: Kamu boleh komen apa sahaja, tapi bukan komenan berunsur memberi semangat. Terima kasih teman.

.:Airmata mOde:. -_-'

16 December 2008

Have you ever (edited)

got a message sound like this

"seorg anak kecil ditemukan di acheh barat, di tubuh anak itu terdapat tulisan nama Allah, dan anak itupun bisa bicara dgn binatang apapun, ini tanda kiamat, dunia ini hampir dekat, sebarkan berita ini ke 10 orang, insyaAllah dalam jangka 10 hari anda akan mendapat rezeki besar, kalau tidak anda akan mendapat kesulitan tanpa henti, ini amanah, jangan diremehkan."

dan yang sewaktu dengannya?

Sila tekankan phrase yang as bold kan.

Fenomena forward message macam ni berzaman dah yang claim bahawa kalau tak forward jadi bala lah apa lah. Kalau forward dapat kebaikan tulah nilah.

MashaAllah...aku tak pasti nak kategorikan ni sebagai khurafat atau syirik khafi (hidden).

Khurafat - Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

Manakala antara ciri syirik khafi:
  1. Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab baik atau buruk.
  2. Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu selain daripada Allah.
Forward message berbentuk di atas kerana percaya akan dapat rezeki kerana message itu dan takut dapat bala jika tak forwardkan, itu mungkin kategori khurafat yang kemudiannya lead kepada syirik. Wallahu'alam. As tak bermaksud nak syirik-kan sesiapa. Cuma berkongsi di sini tentang apa itu khurafat dan ciri syirik khafi.

Malangnya fenomena forward messages berbunyi "tolong sebarkan" atau "sila forward" dan sebagainya melalui YM, sms dan sebagainya sudah menjadi trend masyarakat kita. Sekali tekan ENTER je terus message ni sampai pada semua orang yang berada dalam YM list, email dan sebagainya. Huu..kuasa satu click pada zaman berteknologi ni.

Dengan satu click tu jugak lah, beratus orang terima berita palsu dan kepercayaan mengarut. Beratus orang yang akan percaya dan tambah sebarkan lagi kepada beribu yang lain. MashaAllah...

Ok, kepercayaan mengarut itu satu hal. Satu hal yang lain lagi, berita yang disampaikan.

Berita-berita seperti ini kita panggil hoax. Suatu informasi yang sifatnya tidak benar dan
tidak terbukti. Informasi ini biasanya digunakan untuk menyebarkan informasi palsu dan mengakibatkan orang menjadi takut atau terpengaruh dengan apa yang diinformasikan pada hoax tersebut. Hoax beredar di mana saja: email, buletin friendster, YM dan SMS.

Selalu bila as dapat message macam ni dari teman, as akan reply semula dengan pertanyaan.

"Er, confirm ke berita ni sah?"

atau

"Mana sumber berita?"

Lepas tu macam-macam gaya reply la yang as dapat. Dan bila as cakap,

"Kena semak dulu berita ni benar atau tak, baru boleh forward."

Teman-teman sekalian, seperti yang disyariatkan dalam Al-Qur'an suratul Hujurat ayat 6,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."

Pernah as dapat jawapan,

"sbb tu bg org lain siasat....so,siasat la....mane tau benar."

Owh, agaknya ayat tu hanya tuju kepada sesetengah orang je. Dan bukan ditujukan kepada dia. Teman, kamu sedar tak, tiada siapa yang terlepas daripada perintah Allah dalam Al-Qur'an termasuklah ayat 6 suratul Hujurat.

Atau aku salah? Kalau rasa aku salah, bagilah ape yang betul kat aku.

Dalam Kitab Riyadhus Shalihin Bab Orang Yang Pertama Kali Melakukan Kebaikan atau Kejahatan. Time seorang Sahabat Ansar bersedekah dalam jumlah besar, kemudian sahabat yang lain menirunya. Sehingga Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Siapa saja yang pertama memberi contoh perilaku yang baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahala kebaikannya dan mendapatkan pahala orang orang yang meniru perbuatannya itu tanpa dikurangi sedikitpun. Dan siapa saja yang pertama memberi contoh perilaku yang jelek dalam Islam, maka ia akan mendapatkan dosa kejahatan itu dan mendapatkan dosa orang orang yang meniru perbuatannya tanpa dikurangi sedikitpun."
(HR. Muslim)

wohoho, agak seram hadith ini, kan? Dan juga bawa berita gembira.

Walaubagaimanapun,

dalam suratul Fathir: 18

"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang dibebani berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul bebannya itu tidak akan dipikulkan sedikit pun, meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat engkau beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada (azab) Tuhan-nya (sekalipun) mereka tidak melihatNya dan mereka melaksanakan solat. Dan barangsiapa menyucikan dirinya, sesungguhnya dia menyucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan Allah lah tempat kembali."

Jadi marilah semak-semak dulu berita sebelum sebar-sebar. Ok? Yes, as tahu kalian bukan jenis yang suka forward. Tapi tolonglah sampaikan pada teman yang suka forward messages like this. Elok gak ah reply time depa forward kat YM. Selagi mereka tak diberitahu, mereka takkan tahu.

Terima kasih teman, moga Allah kira perbuatan baik kamu tu sebagai saham di akhirat :)

About the writer (2)

version 2

pagi-pagi tadi dah baca dua tag, dua-dua tag penulis blog ini. Tag itu adatlah bila blogging. Jangan ingat tag itu sia-sia, kerana setiap benda ada hikmahnya. Ye tag itu bagus kerana

i) ia mengasah kemahiran menjawab soalan
ii) mengeratkan ukhuwwah
iii) berkenalan dengan penulis :D
iv) dan banyak lagi

pertama, jawab tag ini dulu, kemudian nanti yang ini pula. Ok, tag bermula.

Random

-currently sangat rapid minum Marigold HL plain variant. Akhirnya berjaya minum susu plain. Sebab brand ini rasanya sedap, as dah boleh tolerate dengan susu. Tak caye, pergi try.
-masih rapid dengan Shine yogurt drink dari dulu kini selamanya. Dulu mula minum sebab makan sayur tak variety sangat. Try test banyak jenis yogurt drink, hanya ini yang betul2 sedap.
- my physiotherapist worried, since sekolah dah nak bukak, dan I am not yet full recovered especially part bending leg, lifting leg, naik tangga dan banyak lagi. Huu...

Myself


1. First name

Nurhasanah, my first name and the only name I have. Cahaya kebaikan/keindahan. Sedang berusaha supaya pemilik nama mencerminkan maksud nama tersebut. :D
Nur = cahaya, lead to the establishment of nurilahi and light upon light (an-nur:35).

2. Normally people name you as:

- Hasanah: formal name by lecturers, teachers, staffs UIA dan staffs hospital.
- As: Friends
- As Bob: classmates, sbb kawan baik ngan spongebob
- Sanah: sesterians, I wonder how did they came up with that name, hehe.
- Angah/makcik Hasanah: anak-anak sedara. Walid, ummi, mama dll mak/pak sedara laen da rembat. Haha.
- Adik: Family, all.
- Kakak: Ibu, and my younger sister
- Putry: You know who you are
- kanak-kanak ribena

3. Birthdate

10 zulhijjah 1407H = 5 ogos 87

4. Birthplace

Kat katil hospital :D

5. Time of birth

pagi raya haji 1407H, area 0830am camtu.

6. Single or Taken

Hak milik kekal dia

7. Zodiac sign

lahir 5hb, punyai zodiac sign ke5, LEO


My appearance

1. Height

Ok, susun ikut ketinggian secara kebetulan. Height 157cm +-, BMI normal :P

2. Wish you were taller?

Yupz. But tinggi ni dah quite okay since cam dah sama tinggi dengan average teman-teman jantina lelaki.

3. Eye colour

I'm mixed. Warna retina dark brown.

4. Glasses or contact lens?

Glasses, itu pun pemalas nak pakai. Bila terdesak sahaja pakai. Since 8 years ago, takdelah lama macam orang tu, berbelas tahun.

5. Shy or outgoing, serious or fun

Outgoing bertempat. Very responsive :D
Malu juga bertempat..
Kebanyakan masa, fun. Tapi tetap ada masa kena serious. Bila serious dan ada orang maen-maen, jawabnya akan rasa geram..

6. A turn on and a turn off

Allah

This or That

1. Flowers or chocolate

Bunga membazir, chocolate tak berapa minat. Tapi jika ada orang bagi, wajib terima. Rezeki Allah nak bagi pada kita dalam berbagai cara.

2. Pepsi or coke

Will choose Pepsi, and not even coke. Sebagusnya jangan dua-dua aa. Minum soft drink secara excessively akan bawa adverse effects.

3. Rap or Rock

Layan je both asalkan yang mana berkenan di telinga.

4. School or Work?

Masih bersekolah di sini. Dalam bidang yang akan membuatkan semua orang tertanya-tanya, "ape benda tuh?"

5. Love or money | movie or music | country or city

For all of the above, I'd prefer both, boleh?

6. Sunny or rainy days

Erm bila berada di luar, would prefer sunny day. Tak basah. tapi photophobic.
Bila berada di dalam, would prefer rainy days.
It's just a matter of options yang tidak boleh sesuka hati memilih. sekian

7. Friends or family

Both, but family comes first.

Have you Ever

1. lied

Yes. Secara berhikmah :P

2. Stole something

nope so far. Tapi selalunya bila nak pinjam barang-barang close friends, I will say, "curi jap eh."

3. Smoked

Wish to, sebab nampak cool. Haha. Tapi HARAM wey!

4. Hurt someone close to you

Maybe, without any intention to.

5. Broke someone's heart

Yes, quite a number of them. Ingin mengambil kesempatan ini minta maaf secara terbuka. Serta ingin berpesan, harapnya sebelum proposed, dah buat istikharah terlebih dahulu. Bila yakin, baru teruskan langkah. ok?

6. Wonder what's wrong with you

Kadang-kadang. Sebab tiba-tiba acting weird.

7. Used chopsticks

Many times, and naturally pegang ke atas sikit. Ada kawan chinese cerita, kalau biasa pegang ke bawah sikit, maknanya jodoh dengan orang dekat. Kalau pegang belah atas sikit, jodoh dengan orang jauh :D

Favourites

1. Flower

Teman bernama Mawar Merah kot. Takde fav flower.


2. Candy

HakUntukDiriSendiriOrangNakSorry kaler hijau muda

3. Songs

Ghamidi's album. Prefer english songs ah

4. Scent

erk..aaa. Kureng sket keintiman dengan any scent. Cuma currently teringin saffron.

5. Colour

brown for clothes. Keen on green and white.

6. Movie

Terminator?

7. Singer

Malangnya tiada siapa dapat tempat di hati..

8. Junk food

Twisties LURVE multigrain. Even junk food pun, berkhasiat la jugak. Makan sekeping dua macam da makan 10 keping :D

9. Website

Banyak

10. Location

Kinabalu Park

11. Animal

Kucing? Rasa nak bela koala bear. Haha. Penguin pun best :D


Is there anything you wish you could change about yourself:

Of course!!

Do you play any sports:

Owh..killer question. Of course, loves them very much.
Volleyball
Basketball (my fav ever)
Ping Pong
Football (zaman muda, hari2 maen)
Badminton
Tennis
Futsal (baru sekali..haha)
dan lain-lain lagi

tapi semua ni, start December 08, not anymore. Restricted sebab medical condition..



Erm habis jugak akhirnya. Ape jenis tag aa panjang banyak soklan nih. Hisy. Tag mati di sini.

14 December 2008

Kalau kamu sakit kepala

cuba try minum segelas 100plus campur dengan segelas air minuman biasa, kuantiti 1:1.
Sakit kepala biasanya kerana kandungan electrolytes dalam badan kita tak seimbang.
InshaAllah akan lega lah.

100 plus tu adalah sebagai contoh kepada minuman isotonik. Boleh je air apa-apa asalakan isotonik. Minuman isotonik ni kesannya adalah segera. Sebab bila kita minum, die masuk ke dalam perut tanpa apa-apa proses pencernaan dan terus ke usus kecil untuk diserap ke dalam darah dalam masa 5 minit. Hu, cepat kan? Dan kadar penyerapannya adalah 95%. Cepat dan berkesan.

Untuk diarrhoea, ia tidak sepatutnya diubati dengan ubatan komersial, gunakan 100 plus. Sama ada diminum terus atau dicampur air biasa dalam kuantiti 1:1 dengan frequent dose diberi kepada pesakit.

Untuk muscle cramp, ia disebabkan kekurangan garam atau air. Urut perlahan dengan cream panas, dan bagi minum 100 plus.

100 plus juga bagus untuk demam biasa, dan untuk demam denggi pun doktor akan cadangkan minum 100 plus banyak-banyak.

Jika di luar negara, isotonic drink ini termasuk dalam bekas first-aid mereka. Saya biasa minum 100 plus apabila saya berkerja kuat dengan maksud banyak menggerakkan badan dan berjalan. Saya hanya minum bila rasa sangat penat dan perlukan tenaga segera untuk kekal aktif meneruskan kerja-kerja seterusnya.

Biasanya sebotol kecil sudah lebih dari cukup bagi saya, but there's a time during I-QUEST 08 where I asked a friend to find me a bottle of 100 plus, but end up he gave me one large bottle and I manage to finish it within half an hour. Biasanya setengah jam itu untuk sebotol kecil. Mungkin sebab orang dah bagi botol besar, minum jelah tanpa sedar sebab sedang ralit dengan kerja-kerja.

Pesanan khas:

Jangan amalkan asyik amik panadol setiap kali rasa sakit. Panadol adalah pain killer, makin banyak kita ambil panadol, makin menurun kite punya daya tahan kepada kesakitan.

Sebagai contoh, wanita. Kalau yang muda-muda, dah biasa amalkan ambil panadol, later in life bila nak melahirkan bayi, bius biasa cenderung untuk tidak memberi sebarang kesan sebab badan dah penuh dengan panadol. Bila badan sudah terbiasa dengan pain killer, jadi kamu akan memerlukan bius yang lebih berbanding mereka-mereka yang jarang atau tidak mengambil panadol.

Panadol adalah toxic kepada badan, sekurang-kurang ia akan reside dalam badan selama 5 tahun. Ada je kes-kes di usia 30-an dah mula kena dialisis buah pinggang sebab kerap ambil panadol. Kalau di luar negara mereka memang ada ambil database pesakit yang medical history nye begini.

This is my tips for you, to increase your endurance level towards pain. Ini kesakitan yang membuatkan anda cenderung ambil panadol, paracetamol dan adik beradik die.

Ini berdasarkan pengalaman sendiri, walau bagaimanapun ia bergantung kepada setiap individu.
Bila rasa sakit, cuba untuk bertahan. Terutama sakit-sakit biasa. Macam pening kepala, migrain, menstrual pain dan sebagainya. Jika tidak tahan, berbaring lah dan tidur. Owh petua ini tidak berkesan untuk saya, saya sukar tidur! :D

Jadi biasanya saya akan buat kerja-kerja yang akan alihkan tumpuan saya kepada kesakitan seperti designing, berjalan-jalan, angkat barang, kerja persatuan dsb. Saya akan cuba untuk sibukkan diri.

Owh jika cuba untuk revise pada waktu sebegini, memang langsung tidak menjadi kerana fokus anda telah teralih kepada kesakitan. Jadi buatlah kerja-kerja lain yang kamu rasa patut dan okay, terutama sekali non-academic of course.

Jika mahu lakuan sesuatu kepada kesakitan, cuba gunakan home remedy seperti urutan, hot cream, ice bag dan sebagainya pada tempat sakit. Minum 100 plus untuk sakit yang berkaitan juga boleh seperti yang dinyatakan awal tadi.

Jika kamu berada di tahap sakit sangat-sangat sakit, bolehlah ambil ubatan yang di bawah kategori NSAID (non steroidal anti inflammatory drug). Contoh macam sakit gigi, menstrual pain, joint pain dan sebagainya. Antara contoh NSAID adalah synflex dan arcoxia.

Boleh ambil ubat di farmasi sahaja atau dengan preskripsi doktor. Sesetengah farmasi yang well known seperti Watson dan Guardian, mereka agak restrict pada pemberian ubat ini dan memerlukan preskripsi dari doktor. Jika di farmasi biasa mereka biasanya akan bagi sahaja jika kita minta ubat-ubatan ini.

Perlu diingatkan, lebih baik jika kamu mendapatkan konsultasi daripada ahli farmasi di farmasi tersebut atau padangan doktor sendiri melainkan jika kamu memang sudah biasa dengan jenis-jenis ubat. NSAID bukan untuk diambil sesuka hati, tetapi HANYA apabila terlampau sakit sahaja dan biasanya HANYA sebiji sehari untuk beberapa hari cuma. Pengambilan ubat over the counter ini sepatutnya perlu handle with care untuk mengelakkan salah guna atau overdose.

Untuk migraine, rasanya ini paling common dalam masyarakat. Migraine setakat ini yang saya jumpa, cafergot dapat membantu. Ia agak unik, kerana fungsinya adalah mengelakkan sakit kepala dan bukan mengubati sakit kepala yang sedia ada. Jadi ia dimakan tika terasa seperti hendak sakit kepala. Jika sudah migraine teruk dan baru hendak ambil cafergot, harap maaf lah jawapannya.

Saya tidak cadangkan kamu ambil cafergot, tapi saya pinta kamu minta konsultasi doktor, ubat apa yang sesuai untuk migraine kamu. Penerangan di atas sekadar untuk kamu faham bagaimana biasanya ubat migraine berfungsi. Kerana ramai yang berfikir ubat migraine tidak berkesan, sedangkan mereka ambil ubat itu tika sakit sudah kuat. Ramai doktor yang tidak berpesan kepada pesakit tentang pengambilan ubat yang betul bagi sesetengah ubat. Dan ramai juga pesakit yang teringatkan ubat ini hanya apabila kesakitan sudah tahap teruk.

Untuk diri saya sendiri, saya lebih memilih untuk bertahan dengan kesakitan daripada mengambil ubat. Jadi semakin hari daya tahan diri saya pada kesakitan semakin meningkat. Jika saya sakit kepala atau migraine, saya rasa ia perkara biasa. Seperti sudah immune. Saya masih boleh teruskan aktiviti harian.

Mungkin kerana itu, 2-3 jam selepas prosedur mengambil air tulang belakang (lumbar puncture) sebelum ini, saya sudah minta untuk keluar ward dan malamnya saya terus boleh hadiri majlis. Mungkin kerana itu juga saya tidak minta ubat tahan sakit selepas surgery. Mungkin kerana itu saya masih boleh teruskan pelbagai aktiviti lain ketika sakit kuat, kecuali untuk ulangkaji pelajaran, ia agak terganggu. Boleh je, tapi hanya sekadarnya itupun selepas pemaksaan diri dan kekejaman tahap tinggi.

Pesanan penaja untuk hari ini, hargai hidup anda, fikir dulu sebelum kerap amalkan pengambilan panadol/paracetamol yang sangat familiar dengan kehidupan seharian kita itu. Cuba untuk bertahan, lama-kelamaan akan jadi 'alah bisa tegal biasa'. Malaysia boleh!


Cekgu yang memberi pengesahan:
1. Ganong, WF Review of Medical Physiology, 13th ed. Norwalk, CT Appleton & Lange, 1987.
2. Journal of Pharmaceutical Sciences
3. www.myhealth.gov.my
4. banyak banyak lagi tak larat nak state :D

amaran: Entry ini lebih merujuk kepada golongan remaja dan young adult. Ia hanyalah pandangan daripada pengalaman sendiri dan pembacaan lebih 6 tahun. Bukan sebagai seorang yang ahli dalam bidang ini. Sila dapatkan pengesahan pakar-pakar tentang entri ini :)

update:
Ada sesetengah orang allergy kepada paracetamol/panadol, NSAID dan aspirin. Ini sikit sekadar apa yang saya tahu. Tak silap saya, allergy jenis ini hanya akan tahu bila mereka consume ubatan ni. Sebab itu sesetengah parents yang mengetahui, tidak akan langsung benarkan anak mereka mengambil ubatan ini. Jadi, untuk mengelakkan shock or further adverse reaction, rawatan segera haruslah diberikan apabila munculnya tanda-tanda allergy seperti kemerahan pada kulit, gatal-gatal pada mata hidung tekak, conjunctivitis etc2.

Owh jika mahu tahu lanjut saya perlu buat entri lain. Ada beberapa lagi ubatan/chemical drug yang saya belajar boleh membawa kepada allergy reaction. Ini pun perlu masuk entri lain :D

p/s: hopefully somebody would correct me if ade salah info memana. Nak tambah info pun boleh. tq.

13 December 2008

Alamak, sekolah dah nak mula!

Owh ini bukan sekolah biasa, tapi ini sekolah Universiti.

merenung ceiling memikirkan masalah dunia..dunia2..


Dear readers,
untuk pengetahuan kamu, 10 Zulhijjah lepas aku dah mula boleh berjalan, cuma masih belum boleh kuat-kuat dan belum boleh lipat kaki. Kire kalau nak duduk antara dua sujud tu, fail lagilah. :D

Jadi aku mula memasak dan berjalan segala sejak 10 Zulhijjah. Dan bila dah sehat sikit, kepala pun mula fikir, alamak ada lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum sesi persekolahan semester dua bermula.

Terus minda menjadi sedikit kaget dan risau. Mulalah seminggu yang dah sehat ni terasa nak buat berbagai perkara yang tertunggak zaman pasca-pembedahan.

1. Ada beberapa perkara akademik yang aku nak review semula dan hafal. Tinggal sikit sahaja lagi sebab sepanjang aku terlantar 3 minggu lepas, aku dah review beberapa. Tak banyak pun review, sebab aku tak boleh duduk di meja belajar masa itu, nanti kaki bengkak.

2. Tahun depan adik aku PMR, jadi sempena aku dah sehat sikit seminggu ni aku nak ajar dia subjek2 penting. Dan mentang-mentang aku nak ajar die, siap request aku buat mind map. Fine~!

3. Haha, ini kelakar, aku nak menjahit barang sehelai dua seminggu ini. Sebelum ni aku tau jahit sarung bantal kecik je.

4. Owh aku ade task tulis lirik lagu sedikit, sejak raya aku pause pulak. Due nye next wednesday. Lama tak menulis lirik, aku rasa cam sangat slow skang.

5. Aku kena design sumting, tapi tak gerak2 langsung lagi. Huu..harap-harap VP HEALS society tak majuk aa.

Cukup takat tu yang boleh kongsi, aku tamau panjangkan entri ini. Walaupun list aku banyak lagi, banyak masa aku dihabiskan di hospital untuk rawatan. Nak masuk semester baru, kenalah prepare sedikit, walaupun ini dengarnya sangat skema. Sekali sekala skema untuk satu dua benda, kan best jugak. Paling tidak, bersedia minda untuk terima pelajaran baru. Aku pasti kamu semua adalah golongan yang mindanya takkan tumpul kerana cuti, sebab kamu rajin membaca. Haha.

Disebabkan banyak benda kena pause selepas pembedahan, maka aku banyak alihkan tumpuan pada benda laen sepanjang cuti ini. Nanti kita summarize kan berbaloi tak cuti kali ini, adakah minda makin tumpul atau remain je. Nak tambah ketajaman tu cam mustahil la kan, nama pun cuti :D

Kalau aku rasa perlu, aku summarize kan lah. Jika tidak, kita boleh lupakan je kot ;)

p/s: ceiling dalam bahasa melayu camne nak eja?

Here is the

suggested reading for the time being, sebab penulis banyak idea tapi tiada mood menulis :D

click here

santai dan penuh makna untuk anak muda mudi :P


p/s: the writer is the previous SRC president of IIU Kuantan Campus

12 December 2008

Entri permintaan

Entri ini diterbitkan atas permintaan teman-teman, terutama yang jauh. Isk..selepas berhari-hari berfikir, maka terbitkan lah jugak.

Tahniah buat 'Atiqah dan Arifin atas terikatnya talian suci binaan baitul Muslim pada 9 Zulhijjah yang lepas

Barakallahu laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair!

Again tak dapat dihadiri majlis 'aqadnya tapi inshaAllah akan bertandang ke majlis walimah pertengahan tahun hadapan :D

"..must come..special for my friends." said 'Atiqah.

Dalam ramai-ramai teman daku yang membina Baitul Muslim di usia muda, semuanya tidak menghadapi halangan besar dalam perjalanan ke arah itu. Namun sangat unik bagi pasangan sahabat yang ini. Halangan kuat daripada ibu bapa, namun berkat usaha dan doa di bulan Ramadhan al Mubarak membuahkan berita gembira semanis gula :)

Ambil masa untuk memberi kefahaman kepada ibu ayah, teruskan yakin dan berdoa. Aku rasa itu intisari utama pernikahan mereka.

Terima kasih kerana menjadikan kami yang pertama diumumkan berita manis itu, maka berdiam diri lah kami selama mana kamu belum mengistiharkan tentangnya secara meluas. Haha. Zip mulut!

'Atiqah, sejak dulu sangat sinonim dengan Murshida. Dua teman rapat yang akhirnya membawa diriku melekat dengan mereka. Haha. Both are great sisters to me. Hampir tiap malam melekat di kamar mereka tika di pusat asasi. I think my ex-roomate could witness this fact, and candlesky too. Ukhwah berterusan dalam kembara di negeri Sabah 2007 hinggalah tinggal sekampus kini.

Biasanya teman-teman yang sudah bergelar isteri makin jauh dan jarang dapat dihubungi. Berbeza dengan 'atiqah, masih rapid berSMS dengan aku. And I really cherished that. Tq sister!

Bila teman rapat yang kamu kongsi suka dan duka melangkah ke alam perkahwinan pada usia muda, kadang-kadang rasa seolah masih tidak percaya, namun tetap tersenyum atas kegembiraan dia. Ikatan perkahwinan bukan penentu berkurangnya kasih sahabat, dan makin jauhnya jarak.

Apa yang penting, kita memahami keadaan mereka yang telah berubah status (bak kata As), dan mereka juga perlu memahami bahawa sahabat masih memerlukan mereka (bak kata MM).

Didoakan kekal hingga ke syurga :D
ameen

10 December 2008

Wakenabeb!!

Apa yang kamu rasa dan buat bila

tiba-tiba seseorang dengan ID tak dikenali di YM, menyapa kamu, dan dia mengaku Muslim tetapi provoke kamu untuk memeluk agama kristian. Berbahasa penjajah, perbahasan selama lebih kurang sejam.

Apa yang kamu jawab bila

dia mengajukan pelbagai soalan yang menggambarkan kejatuhan umat Islam hari ini sekaligus kejatuhan Islam sendiri, serta menyatakan pelbagai kelebihan agama Kristian.

Adui..

Nasib dialah sebab jumpa aku, dan berbahas dengan aku yang kureng ilmu ini, juga tidak fasih berbahasa penjajah.
Maka aku tibai aje dengan ilmu sedia ada. Jawab mana mampu dan kalau boleh aku taknak biar dia menang. Menang dalam erti kata setiap provokasi dia aku tak dapat bagi jawapan. Bagi menangkis segala tanggapan buruk dia pada agama Islam kerana pengganut agama Islam itu sendiri!!

Owh aku emo sekejap. Er..kamu faham kan..? Dunia hari ini ramai memandang rendah pada Islam dan mengatakan Islam semakin teruk. Menyalahkan Islam dalam segala segi. Pasti kamu akan bicara mengenai Islam itu agama syumul tiada cacat cela. Jadi kenapalah mereka-mereka asyik mengatakan Islam itu agama korupsi?

Semuanya sebab kita kan... Kita yang mengganut Islam. Sikap kita, amalan kita, tatacara kita, tatatertib kita yang banyak bercanggah dengan ajaran Islam. Sekaligus menggambarkan kepada mereka teruknya Islam. Haih..

Kamu pandang sekeliling, telek diri, kemudian fikirlah sendiri. Aku pun nak pegi sambung fikir jugak lepas habis tulis nih.

Kemudian, die menawarkan aku tawaran yang sangat2 lumayan jika aku memeluk agama kristian. Tentunya tawaran yang berbentuk material :D

die: i boleh bagi u pendapatan sebanyak 20,000 sebulan
die: kalau u masuk kristian
die: u akan dapat round dunia
die: u akan dapat lelaki yang u suka
die: i boleh bagi u rumah besar dan sebijik kereta BMW
die: ok macamana kalau i bagi u 30,000 sebulan
die: dan sebuah keta merch
die: u boleh tinggal di england
die: i bagi chancess pada u supaya u hepi
die: u rugi kalau tak ambil semua ni
die: dah ramai pompuan melayu yang kaya raya
die: mereka dah ubah diri mereka
die: yang jngn jadi tak cerdik sis
die: takada gunanya intelek kalau hidup miskin sis
die: 40,000 sebulan dan u dapat rumah kat england
die: kat mana mana sahaja u suka di england

Bagaimana, kamu nak terima? Masa ni baru aku tahu dia pandai cakap Melayu. Cis, penat je aku speaking dari awal. Haha.

Inilah sebenarnya punca Muslim convert ke kristian. Kerana material, kerana cinta. Lemahnya wanita Muslim.

Terakhir aku ingin nyatakan di sini,

apa kamu rasa dan kamu buat bila akhirnya dia cakap

die: thanks sebab u boleh tunjuk u muslimah hebat...orang macam ni i suka berkawan
die: alhamdulillah
die: apa apa pun tawaran yang diberikan jngn akidah terjual


damn, wakenabeb!! Die prank gua! Aiseh..

7 December 2008

Eidul-adha 1429H

Eidul-adha, simboliknya adalah pengorbanan.
Tanpa pengorbanan, life is meaningless.
Berkorban untuk keluarga
Berkorban untuk sahabat
Berkorban untuk ummah
Berkorban nyawa
Berkorban demi agamaNya
dan sebagainya

Dah cukup ke eh pengorbanan kita
Aku pun duk fikir-fikir

Er, raya haji biasa orang bermaafan tak eh?
Aku pun ingat-ingat lupa
Yang aku tahu, tiap saat kena mintak ampun dengan Tuhan

Untuk teman yang setia membaca selama ini
Untuk teman yang singgah
Salam Eidul-Adha buat kamu
apa erti pengorbanan buat kamu eh?


Tahun ni raya haji di Terengganu, lebih meriah
Jarang balik kL untuk raya
takde atuk nenek pun kat sana
kat sini pun sama sejak lahir lagi
tapi raya haji kat sini jauh lebih meriah
malah lebih meriah daripada raya puasa kat sana

Aku pun hairan
raya puasa sehari je
raya haji 3 hari HARAM puasa
tapi kenapa kat Malaysia
satu ramadan dah pasang lagu raya
rayanya sampai sebulan huhu

tapi bila tiba raya haji
occasion nya pergi solat raya je
lepas tu balik tengok TV
owh itu je kot nilai raya haji bagi mereka

Hmm...
bila lah rakyat Malaysia nak berubah..

Dan aku pun
banyak kena berubah neh
aiseh..


Allahuakbar, walillahil-hamd!!
Mari bertakbir, 4 hari ye (10-13 Zulhijjah), harap maklum :P

كل عام وانتم بخير بحلول عيد الاضحى المبارك


p/s: jadilah kamu golongan yang ganjil di akhir zaman ;)

Robin Hood Moden

Berikutan rampasan kapal Melati di Teluk Aden Ogos lepas oleh lanun, dan dibebaskan sepenuhnya Syawal lepas. Kamu masih ingat atau tidak?

Aku malas letak link, kamu google sendiri.

Baru-baru ini ayah sempat seminggu bersama crew kapal Melati. Cerita mereka, tembakan pertama lanun tersebut hanyalah bertujuan untuk menakutkan. Tapi malangnya terkena dinding kemudian melantun terkena anak kapal.

Bersungguh-sungguh mereka mohon maaf. Berkali-kali.

Crew kapal cerita, lanun-lanun tersebut sangat baik layanan mereka. Memilih kapal Malaysia kerana banyak makanan halal. Dan aku konklusikan ia seperti cerita Robin Hood, meminta duit untuk diberikan kepada rakyat.

Aku pun ingat-ingat lupa cerita keseluruhannya.

Boleh kot nak analogikan dengan keadaan di Malaysia. Orang miskin merompak untuk bagi makan keluarga.

Semua ni tak boleh jugak nak salahkan perompak miskin tuh, kena tengok-tengok sekeliling. Jiran-jiran, komuniti, pemerintah dan sebagainya, kenapa tak hulurkan tangan ringankan beban mereka..sampaikan mereka terpaksa merompak.

Memang mereka salah, tapi manusia sekitar perlu alert jugak. Sama-sama main peranan, jangan asyik main futsal je. Eh sorry, no offense :D

By the way, matlamat tak menghalalkan cara ye duhai Robin Hood.

******
Jom puasa jom

"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya"
[Hadith riwayat Tirmidzi]

laporan cuaca: Angin kuat amat, hujan lebat sangat, tidak henti sejak malam 7th Dec 2008. Huu..seram..

5 December 2008

Nota ini mahal harganya bagi aku, tentang cinta hidupku.

pesan: Jika kamu sedang terburu-buru sekarang, aku nasihatkan supaya kau pergi dan kembali semula ke sini apabila kau ada masa untuk membaca.

Iklan: Buatmu sahabat lama yang setia di sisi, salam ulang tahun kelahiran ke 21.

header: maaf teman jika nota kali ini berunsurkan emosi, aku baru pulang ke rumah dari day care hospital, menerima beberapa suntikan pada bekas jahitan surgery. Dua hari lepas aku mula boleh tersenyum kerana kesakitan bekas suntikan jumaat lepas sudah beransur reda. Tapi hari ini kegembiraan itu padam, aku kembali terlantar kesakitan.

Malam ini aku terasa hendak memartabatkan bahasa kebangsaan. Demi rindu, aku ingin menulis. Beberapa hari ini mata aku melekat di kaca TV menyaksikan berita jemaah haji di Makkah. Beberapa hari ini hati aku penuh airmata mendengar laungan lambaian Kaabah.

"Oh my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You, here I am.
Truly, the praise and the provisions are Yours
also the dominion and sovereignity.
There is no partner with You!"

Aku alih maksudnya kepada bahasa penjajah, kerana aku yakin bahasa penjajah lebih touching maknanya.

Yup, hati dan mataku menangis mendengarkan laungan itu. Satu, kerana aku rindukan baitul atiq. Dua, kerana aku rindukan Mak. Mari aku terangkan siapa emak dan serba sedikit mengenai keluarga aku. Aku kira ia agak mahal untuk dikongsi.

Mak yang selalu aku sebut pada nota-nota yang lepas adalah ibu saudaraku. Aku panggil Mak kerana kasih dan sayang aku padanya sama dengan nilai kasih aku pada ibu kandung sendiri. Langsung tiada beda. Ibu mempunyai 3 anak. Mak juga begitu. Hubungan kami berenam sangat rapat bagaikan adik beradik kandung sejak lahir lagi.

Anak-anak Mak: Abang Pu, akak dan Abang sir
Anak-anak Ibu: Abang, aku dan adik

Dikisahkan akhir tahun 2001 hati Mak berkecai tika ujian biopsy dijalankan kerana hatinya terlalu fragile. Mak tiba-tiba disahkan menghidap barah hati peringkat akhir. Kebetulan tika itu akak jatuh tangga dan retak tulang buku lali.

Hari-hari berlalu dengan Mak di ICU dan akak di wad. Hari-hari aku berendam airmata melihat Mak yang tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Hari-hari berlalu dengan rasa cemas di hati. Hari-hari berlalu dengan kami gundah jika ada berita buruk yang bakal dikhabarkan. Aku menahan airmata daripada semua. Aku bertahan. Hanya menangis bila keseorangan. Namun ku kira aku tidak tahan lagi apabila airmata terlerai jua di hadapan mereka. Apatah lagi kesedihan akak yang tidak terdaya menjenguk Mak walau sekalipun tika itu.

Masa itu aku bersekolah sesi petang. Setiap hari aku akan minta pulang awal untuk ke hospital yang jaraknya sejam setengah dari rumah. Aku akan berada di sana sepanjang malam, kemudian pulang ke rumah Mak untuk tidur. Jam 4am keesokkannya sebelum pulang ke rumah Ibu, aku akan pergi ke hospital menjenguk akak. Bayangkan diri aku yang masih di menengah rendah meredah kegelapan malam di hospital untuk bertemu akak di awal pagi sebelum Subuh. Itulah rutin harian aku selama beberapa minggu.

Mak kemudian dipindahkan ke wad pemerhatian selepas keadaannya agak stabil. Namun tidak lama apabila Mak tiba-tiba tenat dan doktor memanggil kami semua berjumpa Mak sebelum surgery dijalankan. Peluang untuk hidup hanyalah 10%, namun kami memilih untuk berikhtiar. Abang berusaha bersusah-payah membawa kakak turun bertemu Mak, dan hati aku runtun melihat abang dan kakak menangis di luar bilik pembedahan. Tika itu kaki kakak masih bersimen.

Alhamdulillah pembedahan berjaya. Mak berjaya distabilkan. Kemudian aku bergelut dengan peperiksaan akhir dalam emosi yang berganti-ganti. Dua tahun di awal menengah rendah, tiap kali peperiksaan, sama ada aku di tempat pertama atau kedua. Namun cuti akhir tahun tika itu penuh dengan duka. Bukan hanya duka untuk Mak, jua duka kerana aku jatuh ke tempat ke7. Jauh sekali untuk tergolong dalam star sekolah untuk peringkat negeri.

Cuti aku habiskan dengan menjaga kakak. Dan apabila doktor minta bawa pulang Mak kerana tiada harapan lagi, Ibu minta kakak dan Mak duduk bersama di rumah kami. Tika itulah Mak perlahan-lahan bangkit semula dan kakak mula berjalan. Kakak agak kesal kerana langsung tak berkesempatan menjaga Mak kerana dirinya jua tidak berdaya. Mak sedikit berubah perwatakan kerana terlalu banyak darahnya diganti darah orang lain. I still wonder why..

Kakak ambil keputusan untuk bawa Mak menunaikan haji tahun 2002 yang jatuh pada bulan Februari. Mungkin rezeki mereka, dengan keputusan dalam masa yang singkat itu, Allah sediakan kekosongan tempat buat mereka.Tarikh peperiksaan akhir, tahun pertama Master akak adalah pada 14 Februari, namun akak memilih untuk berhenti belajar kerana tarikh itu bertindan dengan tarikh penerbangan ke Makkah.

Malam sebelum Mak berangkat ke tanah suci, Mak pesan pada Ibu. Kini Ibu ada 6 orang anak, bukan lagi tiga. Kasih sayang Ibu untuk 6 orang, bukan lagi tiga. Susah senang, kami berenam. Suka duka, kami berenam. Mak pesan untuk jaga kami berenam sesungguh hati. Aku ingat kami hantar Mak pergi dengan dia masih di kerusi roda dan kakak masih terhincut-hincut dengan tongkat. Mak pesan minta aku belajar bersungguh-sungguh. Aku hanya minta Mak doakan untuk PMR aku. Mak nak tengok aku dapat penuh 8A, itu harapan dia.

(agak lama aku berhenti di rangkap ini mengambil kekuatan untuk menyambung cerita. setiap bait membawa airmata...)

Kakak dan Mak pergi dengan haji ifrad, menunaikan haji terlebih dahulu diikuti dengan umrah. Tiga hari mereka di sana, Mak kepingin makan laksa. Itulah kali terakhir Mak makan sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar King Faisal, Jeddah. Kami hanya boleh mendoakan yang terbaik buat Mak, dari jauh.

Hari ke5 Mak dan kakak di Makkah. Hari ke3 Mak di hospital. Kami sudah berkira-kira terpaksa menggunakan ambulan untuk membawa Mak melaksanakan ibadat wuquf. Hari itu, 6 Zulhijjah 1422H, kakak pergi melawat Mak di hospital. Tika di lift kakak berselisih dengan ustaz yang menjaga urusan haji kumpulan mereka. Ustaz tersenyum dan kakak bertanya bagaimana keadaan Mak.

"Takpelah, naiklah dulu tengok ye." Ustaz berkata lembut.

Kakak naik ke wad. Sampai di wad, kakak hairan kenapa katil Mak sudah siap dikemas cantik dan Mak tiada di situ. Rupa-rupanya Mak telah meninggal dunia beberapa jam yang lepas dan tiada siapa yang memberitahu kakak. Mak meninggal kira-kira jam 3.30pm waktu Malaysia, 19 Februari 2002, tika aku bergelut untuk pingat emas acara lompat tinggi bawah 15 tahun.

Dan aku berjaya dengan pingat emas, beserta rekod baru. Tapi apalah erti semua itu apabila Ibu mengkhabarkan berita pemergian emak selepas aku pulang. Aku terduduk..aku tidak mengerti perasaan aku saat itu. Aku serasa tidak percaya akan pemergian dia. Airmata entah hilang ke mana. Solat ghaib aku lakukan. Masih dalam tidak percaya kerana aku tidak melihat jenazah Mak di depanku. Aku blur..kekosongan..

Aku hanya mendengar dari jauh Ibu berbicara dengan kakak. Aku blur. Kasih aku pada Mak setara kasih aku pada Ibu. Aku kehilangan Mak, aku masih di awangan. Jenazah Mak disolatkan di Masjidil Haram, jutaan manusia turut serta bersolat jenazah hinggakan kakak hanya sempat menyelit di hujung luar masjid.

Eidul-adha tiba. Cerita Ibu, aku dilahirkan pagi 10 Zulhijjah, aku berbesar hati untuk itu, mungkin aku dilahirkan untuk berkorban...sekadar simbolik..

Pagi eidul-adha itu kami menunggu panggilan kakak. Suaranya biasa-biasa bercerita, namun akhirnya sebak kedengaran. Kakak meredah lautan manusia mengelilingi Kaabah dengan kaki yang masih terhincut-hincut, bersama berat beban kesedihan di jiwa, kehilangan Mak. Dan tanpa keluarga di sisi saat kesedihan terbesar menimpa.

Selepas lebih kurang 40 hari, kakak pulang. Ibu minta kakak tidak berlama di sana jika jiwanya tidak dapat bertahan. Aku tunggu kakak di lapangan terbang. Lama. Aku menunggu awal pagi itu jam 4am. Akhirnya aku nampak kelibat kakak keluar. Dia berjalan laju, menuju kami. Aku hulurkan tangan, kakak paut badanku, dipeluk erat dan airmatanya terlerai di bahu aku. Lama. Aku tahu sudah lama dia pendamkan airmata, sudah lama dia nantikan bahu ahli keluarga untuk menampung dirinya, sudah lama dia keseorangan menahan beban di jiwa.

Kakak, kau tabah!

aku menumpul kekuatan jiwa menaip rangkap-rangkap di atas. Mungkin Mak bukan ibu kandungku, mungkin kakak bukan kakak kandungku, namun kasih di hati hanya Tuhan mengerti. Kasih Mak berbekas di jiwa hingga kini, kelembutan yang tiada tandingnya. Aku hargai Mak, sama seperti aku hargai Ibu. Aku sayangi abang-abang, kakak dan adik, sama rata.

Dan tika itu mungkin dalam sejarah, aku di tempat berbelas-belas dalam peperiksaan awal tahun. Prestasi aku merudum. Jiwa aku runtun. Untuk menghidupkan kembali semangat tika itu, aku terasa gagalnya aku.

8A PMR aku tidak terasa apa tanpa Mak, namun aku hadiahkan itu untuk Ibu dan ayah tercinta. Pemergian aku ke sekolah berasrama penuh kemudiannya tanpa ditemani abang dan kakak, mereka di Makkah tika itu. Tahun-tahun yang berlalu, umrah dan haji, eidul-fitri dan eidul-adha, mereka penuhi untuk ziarahi Mak. Tinggal aku dan adik yang masih belum menatap kuburan Mak. Kerana itu hingga hari ini aku masih terasa belaian lembut kasih Mak, serasa dia masih hidup disampingku. Segala kenangan begitu segar, dan aku sentiasa terfikir andai Mak masih di sini, di sisi.

Hari-hari aku dibayangi Mak, lembut tutur kata yang tidak pernah memarahi kami, tulus hati mencintai kami, aku rasa kasih aku tidak mampu membayar segala itu! Jua untuk Ibu, yang sepenuh jiwa hanya dipenuhi cinta buat ayah dan kami ber6. Ibu tempat luahan masalah, tempat berendam airmata, tempat mengadu duka, segala-galanya. Aku tidak kisah berkongsi kasih Ibu, seperti mana mereka tidak berkira akan kasih Mak pada aku waktu dulu.

Setiap manusia punyai cerita, punyai kehidupan berbeza. Aku tidak gemar dibanding-bandingkan jalanan kehidupan sesama manusia, kerna aku percaya setiap dari kita punyai cerita suka duka berbeza. Segalanya sekadar ujian di dunia sementara atas matlamat yang satu, iaitu pengabdian dalam jalanan kembali padaNya.

Ini takdirku, dan kamu jua punya takdirmu. Walau mungkin sama, atau berbeda, semuanya adalah SATU, yakni ujian dariNya. Ringan atau berat, bukan lagi persoalan, tapi apa yang dikira, bagaimana kau dan aku belajar untuk redha dan bersyukur. Tidak Allah timpakan sesuatu melebihi kemampuan kau dan aku.

Andai kamu berjaya membaca nota ini dari awal hingga akhir tanpa meninggalkan sebaris pun, aku kagum akan ketabahanmu. Anggaplah kau tergolong dalam mereka yang bertuah, kerana cerita ini sangat mahal bagiku. Dan aku percaya kau jua punyai cerita-cerita mahal dalam hidup. Dari aku ini sekadar coretan perkongsian kecil untuk sama-sama iktibarkan.

Ingat ini temanku pesan dariku, fitrah dirimu adalah manusia tabah yang redha dan bersyukur dengan ketentuanNya. Maka andai jiwamu tersasar walau sedikitpun dari fitrah ini, kau akan lesu! Mari kembalikan kekuatan jiwa kita, teman.

Ingat, kau manusia tabah, dan aku kagum punyai teman seperti kau!

4 December 2008

Genius boleh dicipta??

pengumuman: Siapakah gerangan kamu yang bertanya result exam saya di shoutbox? Nanti saya jawab ya :)


This is just a short entry, thanks Diya, you are the trigger for me to think again :D

Quoted from the previous entry,

"From what I understand
Genius = someone who is very intelligent and very creative
Many people are intelligent, but they are not creative
Some people are creative, but they're not intelligent, not able to bind the creativity with their intelligence"

Please read the above para for at least twice ;)

Kreativiti boleh diasah
Intelek juga boleh diasah
Maka genius boleh dicipta!

Boleh pakai tak teori ni?

Boleh baca dan nilai:

Guideline to sharpen the intellect

We are created creative

Saying you're creative is like saying you're not human

Created to be creative

**************************

Anyhow, different people different view.
This entry is only subjected for thinking and I don't want to elaborate any further :D
Jadi apa yang kamu fikirkan, teman?

3 December 2008

Genius

When is it someone been called as genius?
Is it determined by examinations?
Or IQ test?

From what I understand
Genius = someone who is very intelligent and very creative
Many people are intelligent, but they are not creative
Some people are creative, but they're not intelligent
not able to bind the creativity with their intelligence

IQ test anyone?
Owh I do think it is not ideal to measure genius

He is genius if he could apply new techniques
He is genius based on what he produced, later in life
He is genius if he master in various fields
Is it so?

Maybe genius is a subjective matter
I think it is hard to state the exact definition
So what do you think?

To compare Einstein and Leonardo Da Vinci
Einstein is talented specifically in one field, Physics
Leonardo Da Vinci is a polymath (various field)
Could you see the difference?

Do you remember Adiputra?
They said he is a genius in Math
He is damn bored doing all the basic calculations in school
Parents wanted him to be sent to University
People here and there have their own opinions

Genius in Math doesn't mean he masters in other fields too
But one could be like Einstein, to master only in Physics
And one could be like Leonardo Da Vinci to be polymath
After all, it is his decision to be any

Yes somehow his IQ level is higher than the teachers
But he doesn't possess the knowledge which his teachers have
Learning = to acquire knowledge ---> apply

I believe there are many of them like Adiputra
but yet they've been stuck in our normal education system
Malaysia should have an effective system to spot those 'potential' students
and should have a unit to polish them
thus all the 'gold' could be use to 'conquer the world'

*******************************************

If a people succeeded
His IQ only helps him 6% - 20%
It is actually the EQ which did help him a lot

IQ is relatively stable
but EQ is expandable

The highest EQ is during birth
Kids got a positive EQ and fitrah
Then it reduces with the environment and negative conditions
It could be treated back to the level of fitrah and nature
with the SQ (spiritual quotient)
as the SQ lead people to the fundamental value
and towards the realization of our purpose of life

SQ brings us to a widen meaning and value of our life




note: ok, rasa cam merepek.


related entry: ultimatum

2 December 2008

Am I crazy?

He said that I am crazy. I think he is even more crazy. Only crazy people know their friends. Aha!

It took me so long to publish this entry. Nyanyuk.

Thank You, friend for the award as the first line. Also for your description, as follow:

"Gila in the sense that she could bear the pain she's suffering from, from the day she was diagnosed until the day of post-surgery i.e. now and yet she's still positive and strong. Read her journey through the suffering in her blog. It's really inspiring for healthy people like us who usually take advantage of our health. Gila ah ko As!"

Szakif, I think you could help to send me to Hospital Bahagia later :P

Going to have 6 injections at the surgical area every week. And new semester to start with intensive treatment for shoulder girdle and widening ankle joint.

I am actually counting the days, I hope by this 20th Dec I could walk normally. Today it's two weeks from the date of surgery and no sign that I could walk in 3 weeks time. I still cannot bend my leg, cannot make it straight and my leg is still shaking during the physiotherapy (like what you could see in Japanese Drama - One liter of tears :D ).

I have to limit the movement if I don't want to feel much pain. Sleeping is hard, sitting is hard and of course walking is hard too. I am not sure when the surgical pain will gone with the wind even though doctor said the pain will be forever with me, on and off.

If you read on my journey with the sicknesses, bear in mind it is not for you to give sympathy. But it is for me to share to care. Thank you for reading, my loyal readers also the passers by. It is appreciated.

Do take advantage of FIVE matters before FIVE other matters:
1. your youth, before you become old
2. your health, before you fall sick
3. your richness, before you become poor
4. your free time before you become busy
5. your life, before your death