10 December 2008

Wakenabeb!!

Apa yang kamu rasa dan buat bila

tiba-tiba seseorang dengan ID tak dikenali di YM, menyapa kamu, dan dia mengaku Muslim tetapi provoke kamu untuk memeluk agama kristian. Berbahasa penjajah, perbahasan selama lebih kurang sejam.

Apa yang kamu jawab bila

dia mengajukan pelbagai soalan yang menggambarkan kejatuhan umat Islam hari ini sekaligus kejatuhan Islam sendiri, serta menyatakan pelbagai kelebihan agama Kristian.

Adui..

Nasib dialah sebab jumpa aku, dan berbahas dengan aku yang kureng ilmu ini, juga tidak fasih berbahasa penjajah.
Maka aku tibai aje dengan ilmu sedia ada. Jawab mana mampu dan kalau boleh aku taknak biar dia menang. Menang dalam erti kata setiap provokasi dia aku tak dapat bagi jawapan. Bagi menangkis segala tanggapan buruk dia pada agama Islam kerana pengganut agama Islam itu sendiri!!

Owh aku emo sekejap. Er..kamu faham kan..? Dunia hari ini ramai memandang rendah pada Islam dan mengatakan Islam semakin teruk. Menyalahkan Islam dalam segala segi. Pasti kamu akan bicara mengenai Islam itu agama syumul tiada cacat cela. Jadi kenapalah mereka-mereka asyik mengatakan Islam itu agama korupsi?

Semuanya sebab kita kan... Kita yang mengganut Islam. Sikap kita, amalan kita, tatacara kita, tatatertib kita yang banyak bercanggah dengan ajaran Islam. Sekaligus menggambarkan kepada mereka teruknya Islam. Haih..

Kamu pandang sekeliling, telek diri, kemudian fikirlah sendiri. Aku pun nak pegi sambung fikir jugak lepas habis tulis nih.

Kemudian, die menawarkan aku tawaran yang sangat2 lumayan jika aku memeluk agama kristian. Tentunya tawaran yang berbentuk material :D

die: i boleh bagi u pendapatan sebanyak 20,000 sebulan
die: kalau u masuk kristian
die: u akan dapat round dunia
die: u akan dapat lelaki yang u suka
die: i boleh bagi u rumah besar dan sebijik kereta BMW
die: ok macamana kalau i bagi u 30,000 sebulan
die: dan sebuah keta merch
die: u boleh tinggal di england
die: i bagi chancess pada u supaya u hepi
die: u rugi kalau tak ambil semua ni
die: dah ramai pompuan melayu yang kaya raya
die: mereka dah ubah diri mereka
die: yang jngn jadi tak cerdik sis
die: takada gunanya intelek kalau hidup miskin sis
die: 40,000 sebulan dan u dapat rumah kat england
die: kat mana mana sahaja u suka di england

Bagaimana, kamu nak terima? Masa ni baru aku tahu dia pandai cakap Melayu. Cis, penat je aku speaking dari awal. Haha.

Inilah sebenarnya punca Muslim convert ke kristian. Kerana material, kerana cinta. Lemahnya wanita Muslim.

Terakhir aku ingin nyatakan di sini,

apa kamu rasa dan kamu buat bila akhirnya dia cakap

die: thanks sebab u boleh tunjuk u muslimah hebat...orang macam ni i suka berkawan
die: alhamdulillah
die: apa apa pun tawaran yang diberikan jngn akidah terjual


damn, wakenabeb!! Die prank gua! Aiseh..

24 comments:

Mr Jagatraya said...

cis,aku tertipu jugak..Nasib baik baca rambang dulu.Hehe.

As said...

dear mR JAGAT
oy oy laju gila kamu komen, baru je published seminit!!

farah, s. said...

as..
cian dia kene prank.hikhik.
btw kalau tak bc tajuk, mesti kene prank jugk si pembaca nih.haha

Anonymous said...

huish, apa la agaknya kalau kita bukannya kena wakenabeb, tapi betul-betul berhadapan dengan situasi camni ek?

masa itulah, akidah dan keimanan betul-betul akan teruji..kalau lemah, mungkin saja ia bergoyang bahkan runtuh!

nauzubillah..muga kita semua terpelihara..

Anonymous said...

perghh. gile dahsyat tawaran die tu as. yg tak kuat iman, haruslah terpesong akidah.

diya sedih sbnrnya. bila muslim nak convert ke kristian, mmg diorg sgt "menjaga" org br. sume serba serbi mrk bagi. tapi, bila kristian, hindu, buddha etc nak convert ke islam, ada di kalangan kita yg mencemuh diorg [dari cerita benar yg diya tahu]. mmg tak mustahil lah lepas masuk islam, diorg bleh balik semula ke agama mrk.

Anonymous said...

owh. respect sama "die" dan as. :D

neem said...

tawaran mmg hebat.

tp hebat di dunia je..

akhirat x~~

jgn gantung pada hartanya, pangkatnya, namanya dan seumpama dgnnya. bergantung lah dgn Allah!

SITI said...

owh, saya tak tahu apa perasaan itu, tapi saya tak sukakan perasaan itu. Perasaan "wakenabeb" itu. Owh!

Jepah said...

tulah bahayanya dunia globalisasi... berhati2lah..

As said...

dear Farah,
alamak farah, baru je nak prank korang jugak :P

***

dear al ikhsan
ye ah, sumhow bagus ah kena camtu, biar terasah sket minda pe perlu dijawab bila kena tuju soklan2 cepumas.

May Allah preserves each of us from this kind of thing..murtad..

***

dear diya
seb bek as tak bargain jadi juta-juta..haha.

what u said is true enuf. They really care Muslims yang murtad, but did we do the same to our brothers and sisters yang revert? Siap cemuh pun ade, Huh. Malu as jadi orang Muslims. Again Islam yang dipandang serong sebab pengganutnya.

mentatliti kena ubah neh!

bab respect tuh, respect jelah kat 'die'. Sabau jelah kena prank yang bagus dan menginsafkan :D

***

to humairah
betul tu. Ramai akan nampak tawaran dunia tu lebih besar drp tawaran akhirat. haiyak..

***

dear SITI
yes that's it!!
wakenanbeb!!
tak suke tak suke :D

Anonymous said...

nak je terima tawaran round2 1 dunia. tp ble dgr syarat tu..
Aku cuba tabahkan iman.
Sbb Islam..agama yg benar lg syumul!

emm..oh ye. ID aku shamel.

Amin Mansor said...

kalau ak, dah xlayan dh.hahaaha

Unknown said...

Rasanya kurang cocok membolak-balikkan (berlawak) akidah. Lainlah kalau benar-benar diuji.

wann said...

pon penah kena..hehe

alifzaimimra said...

dahsyatnyer si "die" tu. mmg wakenabeb! segala bentuk kemewahan di dunia ni hanya sementara. yang kekal hanyalah kemewahan amalan. jgn cpt tertipu ye kawan-kawan terutama sister sekalian. mtk2 kita semua dijauhkan dan ditetapkan hati ke jlnNya.

zarseries said...

As muslimah hebat..
hahaha..

zahidzuhri said...

Salam as,boleh tau ape nama YM dia? nak add :D

zahidzuhri said...

ERk..!! bila baca lagi sekali baru tau dia prank..tapi agak pelik sakali orang islam yang betol2 islam nak buat camtu... Baguslah kalau as bagi jawapan yang betol,kalau orang lain yang taktau?? kalau orang macam ni berleluasa...hrm...tataula apa jadi...kena be careful la dengan orang camni...btw,nak kenal jugak dia ni sape :)

As said...

dear Jep
banyak betul benda hari ni yang perlu kita hati2..

***

dear shamel
owh okay as simpan kemas dalam kepala ID kamu :D

***

dear amin
hehe, lepas tu tak layan la..but it depends :P

***

dear anuar manshor
ada bagusnya jugak die buat camtu. Tapi sebenarnya die bukan nak 'prank' sangat lah, die cuma nak tgk tahap mana aqidah umat skang. As saje guna istilah wakenabeb :)

***

dear Wann
haha sabo jelah kan? Tapi pengalaman istimewa jugak ah :D

***

dear alif
wah terima kasih atas pesanan penaja..tq2!

***

dear zAr
sindir eh zar? dush dush dush
haha :P
'die' tu salah tengok orang as rasa

***

dear zahid
boleh2 nanti zahid add YM as, nanti as bg kat zahid ok.
'Die' tu if wat kawan, leh korek ilmu dengan dia.
'Die' buat with intention of coz..

Anonymous said...

Seronokya diuji sedemikian...

Kiranya kwn as sndri la yg dok wat bnda 2?

Emm....

Anonymous said...

wah..dahsyat gile tawaran nye ye.. :)

As said...

dear 3p4h
bukan kawan as buat, as pun tak kenal sapa. Isk3..
tapi sumhow bagus kan camtuh? :P

***

dear norhafidz
hehe, realiti nya pun memang camtu :)
cuma jangan terikut :)

Dammit said...

wakenabeb jgk! haha ingatkan mmg betul2 ade org cuba approach. aiseh. jadi muslim pun boleh dapat bmw dgn gaji berpuluh ribu jgk. hehe

As said...

dear dammit
heh, betul betul betul..
lebih drp tu pun boleh inshaAllah