17 December 2012

Cari-cari

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sejak Ramadhan lepas semacam pantas sangat masa berjalan. Terlalu sibuk dengan persiapan yang segalanya boleh kata last minutes. Bermula majlis pertunangan akhir Syawal lepas seterusnya pernikahan kala Zulkaedah baru menjengah.

Tiga minggu mengambil masa untuk adaptasi kepada ikatan yang baru sebelum majlis walimah di pihak lelaki. Suami mengambil cuti kira-kira 10 hari termasuk cuti Aidiladha. Bermula je kepulangan kami semula di sini, suami tak henti ditugaskan bekerja di luar kawasan.

Kami memang banyak ke sana ke sini sepanjang Oktober-November. Pening dan hectic. Hinggalah tugasan terakhir tu kami spend dua minggu di ibu kota, betul-betul tengah kota raya. Yang menyebabkan rasa it's really really good to be back home. Phew...

CARI BAHAGIA

Ramai orang bujang menyangka mereka jadi bahagia dengan perkahwinan. Ramai si bujang berkahwin untuk mencari bahagia. Hakikat perkahwinan hanyalah salah satu wasilah mencari redha Allah. Bukan semata kejar bahagia. Kerana bahagia tu hanya bila hati tenang dengan ingatan pada kasih sayang Allah.

Yelah, datang ujian rasa redha dengan takdir Allah. Dan bila datang duka tetap syukur dengan nikmat.

Syurga itu bukan hanya dapat digapai dengan berkahwin. Banyak jua jalan-jalan lain. Buat yang belum diketemukan jodoh oleh Allah, jangan berduka. Masa terbaik dan orangnya tak sampai lagi tuh. Jangan sedih jugak duk tengok orang cerita pasal kahwin. Oke?

TENANG

Moga Allah kurniakan kita nikmat tenang, most essential part of life. Dan janji Allah kat kita semua, tenang tu hanya boleh dapat dengan ingat pada Allah. Ameen ameen.

Semoga apa yang Allah limpahlan kat kita, tak kira buruk atau baik, moga ia menyebabkan kita lebih-lebih kenal Allah dan lebih rapat dengan Allah. Moga redha Allah kita raih. Ameen ameen.


P/s: sengaja letak gambar tipikal orang kahwin kat entri ni, woha~!