3 December 2014

Perawat dan pesakit

Antara pesakit dan perawat, terlalu banyak kisahnya.

Keluhan pesakit memanglah tak terkira ada di mana-mana. Dan mempunyai sahabat majoriti warga perkhidmatan kesihatan juga menyebabkan kita secara tak langsung banyak terbaca keluhan di muka buku ini.

Antara kedua golongan ini, memang sepatutnya sama-sama bertolak ansur, berkomunikasi dengan tenang, hormat menghormati, dan berjela lagi senarai sifat mahmudah yang boleh disenaraikan
Itulah yang dituntut tanpa mengira keadaan kita.

Namun, antara dua golongan ini; paling wajar untuk beremosi semestinya pesakit. Orang yang sedang kesakitan; kadar kewarasan, sensitiviti, daya tahan dan pelbagai lagi. Semua pun faham, orang tengah sakit
Keluarga pesakit pun, lebih kurang juga. Golongan yang paling terkesan melihat ahli keluarga dalam kesakitan. Sensitif sama.

Wajarlah, kita yang berada dalam perkhidmatan ini berada pada tahap emosi setingkat lebih tinggi daripada mereka, walau hakikatnya kita juga manusia. Kerana kita sedang berkhidmat kan..
Mungkin saya sekadar suri di rumah, tapi syukur Allah kurniakan beberapa tahun tempoh klinikal supaya walau sedikit, sempat saya merasai berada di kedua-dua posisi..

Nak marah atau geram dengan pesakit, dipersilakan kerana kita manusia.. Cuma semoga tak dibawa dalam umpatan bersama sahabat sekhidmat yang lain sewaktu di hospital. Atau dibawa ke ruangan maya ini, bersambung pula di ruangan komen...

Ia adalah perkara yang sama seperti kita memohon warga perkhidmatan seperti di restoran, atau pejabat pejabat kerajaan supaya tidak beremosi dengan pelanggan.

Walau bagaimanapun, berbalik kepada atas sekali. Semua pihak harus bertenang, berlapang dada. Inilah ujian kita, inilah medan syurga kita, setiap yang berada walau pada apa posisi pun, adalah pilihan Allah buat kita..

Pesanan untuk diri sendiri, buat suami juga terutama, dan ahli keluarga terdekat....semoga Allah meletakkan kita dalam kalangan mereka yang mampu bertenang...semoga kita kuat emosi untuk menjaga syurga kita..

P/s: membawa kepada memori hampir ditampar pesakit sebab tangan saya yang sejuk menyentuh kulitnya..Semoga ia mendewasakan emosi..