30 December 2011

Tirai madrasah semakin terbuka luas.

OooOraitt~!

Alkisah Sarah busy tolong-tolong para guru lain uruskan anak-anak kat madrasah tu orientasi, dua hari lepas. Lepas duk sibuk tenggelam dalam dunia perasaan sendiri urus wudhu' dan urus solat Dhuha anak-anak, Sarah pun berpaling nak gerak ke biliknya. Tetiba ada seorang guru lain menegur Sarah.

"Dah ada anak ke? Takpun suka budak-budak eh?" Soalnya sambil explain dia duk perhati dari tadi gelagat Sarah.

Yelah Sarah guru baru kat madrasah tersebut. Baru seminggu. Para guru tatau pape lagi pasal Sarah. Terlalu sibuk, taaruf pun belum sempat.

"Oh dak aih..ni asbab biasa dengan anak-anak sedara je akak." Sambil senyum tulus dia jawab.

Bila kena tegur macam tu baru Sarah sedar, oh dia suka dan serasi dengan budak-budak sebenarnya. Ingatkan asbab sayang anak-anak sedara je. Padanlah dia harap dapat mengajar budak-budak besar tapi Allah bukak hati hantar resume mengajar kat sekolah yang merangkap anak-anak kecil hati polos.

Dan Allah itu sebaik-baik perencana. Walau bagaimanapun, Sarah duk fikir bukan ke tiap wanita itu sepatutnya dan memang akan ada sifat kasih pada wajah-wajah untainted nih? Pantang tengok baby sure nak dukung. Pantang tengok anak-anak kecil sure bersayang-sayang. Tak ke?

Tapi sesungguhnya rasa kasih dalam hati tu, Allah jua yang anugerahkan.

DIDIKAN DI RUMAH

Harapnya para ibu bapa faham tentang peri penting mendidik anak-anak di rumah terutama tentang bagaimana untuk menjadi hamba, tentang adab dan juga disiplin. Contohnya untuk solat, taat ibu ayah dan berakhlaq mulia. Madrasah hanyalah tempat untuk mengukuhkan ilmu dan kefahaman mereka.

Di rumah anak-anak mendapat fokus penuh daripada ibu ayah berbanding di sekolah guru perlu fokus secara general kepada 20-30 anak-anak sekelas. Kan untung tu bila mana anak-anak ada peluang besar untuk dapat perhatian didikan ilmu secara one to one dengan parents.

Haih itu apa Sarah fikirlah. Anak-anak besar dua tahun pun dah faham bila kita ajar suh ikut orang besar solat. Dia faham sejadah, dia tahu ada pergerakan berbeza dalam solat. Yup dia faham. Kita je selalu ingat dia tak faham apa kita bagitau dia. Hat kat rumah Sarah sorang tuh, setahun lebih dah boleh bagi arahan dan berjaya ikut dengan cemerlang. Paling dia fevret follow orang solat. Tapi Sarah heran da dua tahun lebih ni dia malas dah nak follow. Tapi anak-anak umur 0-7 tahun kena lebih banyak bermain dengan dia sebenarnya.

Fact 101: Otak anak-anak 80% growth dia pada umur 0-2 tahun. Another 10% before 6 years old.

***

Alkisah Sarah dukung anak sedara masuk sekolah disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Ramai dah duk ingat Sarah dah beranak pinak, ingatkan single! Ramai da guru tanya pasal anak kecil tu. Cecikgu single hat lelaki frust alamak keciwa tak dapat nak tackle. Dah beranak pinak rupanya. Hahaha. Sarah senyum kemenangan sebab lepaih ni lebih lapang dan tenang lah jiwanya.

Rule 101: Never assume, ask!

***

Sedang ready untuk solat Dhuha, Sarah ajar anak-anak perempuan kena letak tumit kat satu garisan yang sama setiap barisan saf. Masa tu tunggu semua anak-anak lelaki naik sebelum Ustaz bagi briefing pasal solat Dhuha neh. Tetibe terpacul soalan best daripada sorang anak.

"Kita nak solat Zuhur ke pagi-pagi ni Teacher?"

Erk...

Rule 102: Mesti ajar anak-anak detailsss pasal solat sejak kecil. Senang! Sebab lelama jadi habit kang yang salah tuh.

***

Sarah duk perhati one by one anak-anak yang tengah ready nak angkat takbir untuk Dhuha. Tetibe mata dia ter-spot-lite dekat sorang anak perempuan. 'Pergh anak karkun mana nih?' detik hati Sarah lepas usha dia solat pulak. Terus usha nama ayah beliau kat tag nama. Heheh!

Tudung dia lain daripada anak-anak yang lain, mak jahit sendiri agaknya. Siap dia pakai cover semua part of dagu termasuk tulang depan bahagian muka yang bawah. Lepas tu solatnya subhanallah memang ikut sunnah. Bila dia solat, bacaan dia superb, sebab Sarah pi bang dengaq bacaan dia dan anak-anak lain. Siap tenggelam dalam dunia dia sendiri. Subhanallah Sarah pun still ala-ala terpana. Yelah anak Tahun 1 kot!

Balik tu Sarah cerita kat Mak dia.

"Ala Sarah oi, tak semestinya anak karkun je boleh jadi macam tu."

"Ya ka Mak?"

"Ya lah, sapa-sapa hat faham Islam insyaAllah mampu didik anak cara Islam. Esok try perhati semula anak-anak tu semua. Mesti ada punya hat lebih kurang lagu tuh."

Ye tak ye jugak.

"Yang tak join karkun tak makna dia tak baguih. Tak follow sunnah. Mungkin ada la tuh cara depa sendiri korban untuk agama. Karkun ada system dan disiplin sendiri, mungkin depa hat lain tu pun sama. Kita ja tatau aih." Mak nye Sarah menambah lagi. "Tapi Mak memang salute lah kat para karkun."

Esok Sarah pun usha lagi anak-anak to wudhu' dan solat. Sarah pun tersenyum sorang teringat apa Mak beliau cakap semalam. Memerhati tu penting, dan perbincangan selepas pemerhatian pun penting. Oh oh Sarah teringat elemen-elemen dalam laporan Fizik, Bilogi dan Kimia beliau kat sekolah dulu!

***

Baru seminggu duk madrasah ni, dah banyak rasa Sarah kutip cerita unik. Sarah teringat zaman-zaman dia klinikal di hospital dulu. Banyaklah pengajaran dia sendiri boleh hadam dalam jiwa. Sama macam madrasah ni jugak, cuma dalam bentuk yang berbeza. Matlamat dia still sama, ila mardhatillah.

Sarah pun rasa ilmu dia tak guna kat hospital pun takpalah, guna untuk didik anak-anak kat madrasah ni insyaAllah. Dia cuak punya besaq takyah duk cerita lah, pasai nak share ilmu dengan jiwa-jiwa tulus suci murni takdak hat tercemar.

Sarah doa Allah sucikan hati beliau dulu siap-siap dan constant, supaya mudah ilmu mengalir sampai ke hati-hati yang juga suci.

Rule 103: For you to teach, fix yourself, not your student!



28 December 2011

Offer suami.


KISAH BUNGA

Semua tau atas ni gambaq Ros Merah. Ramai gadis suka. Gambar ni shoot exactly lepas final exam King of the Finals April lepas. Memang suka beli bunga segar kat bandar tempat belajar tu letak dalam bekas bersama air. Alang dah ada, ambil dan shoot saja.

Untuk entri special kali ni, pergi belek gambar-gambar bunga yang tersimpan rapi edit sket buh sini. Sebab terkaitnya dengan insan istimewa, wanita.

MENYIAPKAN DIRI - OFFER SUAMI

Kisah ini kisah benar takdak fiksi-fiksi. Original made in Malaysia. Nama jelah tukaq. Haila, tau tau ambe orang Ganu tapi awat lah keluaq Kedah kekadang. Ada family members origin utagha memang stay rumah ni. Jadi melekat lah jugak sikit-sikit. Lagipun memang bahasa ruji jugak dengan kekawan mixed mode.

Alkisah Sarah hadir sama satu sharing moment sisters dengan beberapa masyaikh yang dihormati. Sesi sisters nak tanya apa-apa nasihat pandangan daripada para syeikh. Dalam duk dengaq orang tanya pelbagai soalan, tiba-tiba keluarlah seorang sisters tanya satu soalan yang buatkan jiwa Sarah bergetar memuji nama Tuhan beliau, Allah.

Oh, why?

Sister ni adalah bagi intro, ayat dia lagu nih,

"Syeikh, currently many of our sisters still not married and they have a great akhlaq, subhanallah."

Sarah pasang telinga lagi, ak-maklum bahasa penjajah bukan lidah-mak.

"Alhamdulillah I am already married. Subhanallah, my husband is caring, loving, strong and trustworthy."

Sebenaqnya ada beberapa lagi karakter suami dia yang dia describe tapi Sarah dah lupa!

"I am having wonderful times and I would love my other sisters to share the happiness. I want my other sister to be protected too, dignified and being loved by a good man."

Lidah Sarah takdak apa dah, tapi memang terpantul dengan jelas perkataan puji-pujian buat Tuhan beliau. How on earth does a super sincere heart ever existed? Well at least dalam zaman akhir nak kiamat nih, sukar mahu cari wanita muda yang kelihatan biasa-biasa sahaja nak offer suami penyayang dia untuk dikongsi dengan saudaranya yang lain.

Pergh.

Itulah kata hati Sarah yang sedikit terpana dengan soalan istimewa tersebut. Sebelum Sarah dah duduk mengelamun tu, sister tersebut menghabiskan ayat beliau yang berserta soalan utama.

"I would like to share my husband. Dear syeikh, may you advice me on how to prepare myself for polygamy."

Of course memula syeikh menzahirkan rasa kagum dia pada sister tersebut. Antara yang lainnya Sarah rasa part penting adalah syeikh sentuh pasal satu hadith femes ni. None of you [truly] believes until he loves for his brother that which he loves for himself [Bukhari No 13, Muslim No 45]. Ulama' have said based upon this hadith that the believer with another believer is like a single soul, and so it is desired that he loves for him that which he loves for himself, since they are as though a single soul. Tulah yang Sarah teringat secara skemanya. Heheh.

Sebab selalunya in English tu lebih best. Ni apa yang Sarah fikir lah!

Dalam komen-komen syeikh, beliau ada mention pasal jelousy jugaklah. Heh. Since syeikh cerita wanita memang terkait dengan sifat itu. Dan kisah-kisah daripada sirah of course! Ce teka pasal sape? *sambil senyum sorang*

Sarah time tu dia takdak terfikir dah pasal dia, cuma dia super kagum dengan sister tersebut. Daripada apa yang dia nampak dan dengar lah. Lain-lain dia tak ambil pusing. Dan dia take this issue sebagai satu pengajaran yang cunG! Kemuliaan hati seorang Mukmin. Menginginkan apa yang diinginkan hatinya buat saudaranya.

Untuk wanita, part ni antara paling sensitif issue. Lain orang lain pulak isunya. Tepuk dada tanya iman, mampukah kita untuk wish for our brothers/sisters what we wish for ourselves. Mampukah. Mahukah. Semat azam as a start pun oke dah. At least dapat pahala azam. Ye dak?

TERAKHIR

Hah tetibe Sarah teringat satu entry tentang sahabat blog owner ni pasca nikah. Harapan dia nak tengok blog owner ni happy jugak macam dia. Nak baca? Kat sini, sila. Tapi ni Sarah nak pesan. InsyaAllah blog owner tu dah way stronger than before. ^_^

Berbalik kisah atas ni. So amacam?



27 December 2011

Mixed.

aku [EXPLORE #53] by As |||
aku [EXPLORE #53], a photo by As ||| on Flickr.
Mood rudum sedikit, kelam macam gambar ni. Mungkin sebab kesakitan yang super kuat. Oh macam dah lamaa sangat tak bukak cerita sakit. Good.

Pagi tadi ada cakap mungkin takkan rasa efek besar jika kesakitan ni mai lagi style menggila. Oh nampaknya terus diuji kesabaran. Memang Allah nak bagi reminder cash and carry. Haila aku lah jugak seorang manusia. Ada waktu tergelincir sedikit. Hatta sebesar kuman pun, mesti ada.

Bila Allah izin nak jadi. Gitulah. Allah jugak yang bukak hati.

Disebabkan masuk mengajar kat madrasah ni dan dan je dekat nak bukak sekolah, terus hari yang sama kena pergi kursus dan hari-hari seterusnya sibuk beraktiviti bagai. Tak lupa lesson plan nak kena prepare. Dan patutlah kena ada basic ilmu formal pendidikan supaya tak jadi agak terkapai di awanan macam aku. -_-"

Pastu petik kepala, come on ujian je ni. Simple dimple. Sat lagi okelah ni. Sat lagi zass dia jadi easy measy. Tapi belum jadi lagilah lepas seminggu. Takpe malaysia boleh. Walaupun hari ni dah tahap nak nangis mengenangkan lesson plan.

Ape, google je? Copy yang tahun lepas? Aa yelah, sebab takdir silibus baru. Jadi takda rujukan mana-mana lagi melainkan dah pergi kursus pasal silibus baru. Ala takpe petik jari nanti setel lah benda simple nih.

-_-"

Hah nilah syndrome kesakitan super time kerja banyak. Mental emosi berperang dengan iman. Harapnya iman menang, takmo bagi syaitan the devil mevil menang. Cannot!

MINTAK IZIN

Alkisah mintak izin tentang dua perkara pada parents. Perkara satu dah lama mintak, tapi lulus bila dah ada wonderwall guardian angel sahaja. Perkara kedua, pun tak dapat kelulusan.

Jadinya selagi tak bertentangan dengan syariat wajiblah seorang anak ini dengar dan taat tanpa banyak soal. Still lah aku doa kat Allah bukak hati ibu ayah bagi izin laluan. Amin.

BANYAK

Tiap kali tengok banyak nya pil nak telan. Aku cepat-cepat ingat ramai lagi orang yang suffer nak kena telan lebih juta-juta ubatan dalam sehari. Erk metafora je.

ANOTHER HALF

Means we're better when we're with them. Faham? Suatu perkongsian in any senses that matter. Sesuatu yang menyebabkan aku speechless, macam sekarang ni.

Yang tak perlukan cinta masyuk. Hadiah bertindan-tindan. Cukup satu tunas kecil yang kadang tak sedar pun dia existed. Tinggal nak semai nak baja at the right time. Sometimes. Sometimes sebab it would be even better bila walau tanpa tunas, dia boleh mekar dengan jayanya pada masa yang tepat.

"Where are those who love one another through My glory? Today I shall give them shade in My shade, it being a day when there is no shade but My shade."
[Hadith Qudsi No. 23, Al-Bukhari & Malik]

Oke, done.

SEORANG AISYAH

Seseorang telah merujuk kan kami. Sekujurnya Aisyah itu adalah Aisyah Nur Hakim. Oh kerap ternampak padahalnya seorang nama itu di tempat-tempat yang sangat familiar.

Oh btw Aisyah, beliau yang merujuk kita itu nampaknya telah memberi pesan. Moganya As mengikut jejak langkah ninja akhir zaman yang seorang ini. Alhamdulillah niqab menjadi pilihan hatimu duhai ukhti.

Siapa yang tak bangga. Hati berbunga mekar senyum melihat di sebalik dua biji mata yang terlihat. Hanya itu. Cukup untuk memberi ruh penyejuk buat seorang As.

Doakan doakan. Doakan seorang Hasanah ini diberi izin oleh Allah. Sedang berusaha. Moga Allah permudahkan pada jalan menuju kebaikan. Allahumma ameen!

SEORANG ANAK

Dalam sibuk menaip perlahan-lahan menahan sakit, si kecil datang dan pergi. Menagih kasihkah? Menghulur buku-buku yang sekeping dua itu. Seolahnya dah lebih daripada berat badan dia sendiri!

Cuma mahu datang hulur buku untuk aku terima. Kemudian mahu aku serah kembali. Dan dia dengan gembira akan mengucapkan, "Ciiihh."
Yang bermaksud, terima kasih! Itulah anak-anak kecil mahukan perhatian. Hatta sekecil itu yang baru setahun setengah mengenal kaki. Yelah, dapat kaki boleh jalan.

Oh aku letak azam tanak blogging nanti dah ada anak. Er maksud aku, waktu depa berkehidupan lah. Depa tidoq bolehla nak menaip sepatah dua kata buat peminat. Ceh!

Oh anak-anak memang penyejuk mata dan penyejuk hati. Moga si kecil besar jadi pemimpin golongan bertaqwa. He's my little sweetheart, he taught me patience. Hatta bukan anak sendiri.

TERAKHIR

Last dah. Boleh pulak menaip sambil macam ni. Yelah nothing is impossible, for whatever it takes. Tinggal nak ke tak nak je. Sama jugak dengan agama. Jika hati dah berkehendakkan agama, alasan reasoning semua dah tak perlu dah. Lautan api pun sanggup direnangi. Sepatutnyalah.

Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa.
Wallahua'lam.

p/s: Oke dah habis satu entry. Err nak taip lagi satu terus boleh?

21 December 2011

Kerjaya baru.

Patience is most fitting by As |||
Patience is most fitting, a photo by As ||| on Flickr.

Setakat hidup ni ada tiga kerjaya yang pernah aku ceburi sesungguh hati.

Satu - tiga tahun training kat hospital tulah. Tapi sebenarnya jadi pekerja tak rasmi. *La ni rasa cam dah lupa 70%*.

Dua - Pernah tangkap gambar sana sini. Dah lama bersara. Bai bai. Kecintaan untuk landscape hampir berkubur da la ni.

Tiga - Hah, kerja untuk syarikat minyak. Sibuk planning sana sini untuk operasi loji syarikat. Totally whole new world sebab sesat ke dunia engineering. Sungguhlah bukan aku tapi Allah jugak yang bagi mudah.

Empat - InsyaAllah coming soon. :)

WHY A TEACHER?

Rasanya dalam banyak-banyak benda, insyaAllah yang ini terbaik buat aku, selamat pada banyak perkara. Hari tuh bila banyak kali dapat kol daripada pelbagai syarikat multi-nasional tawar jawatan menarik gaji lumayan, aku pun start jadi berbolak hati. Tak sedap hati. Dan pelbagai hati.

Aku fikir-fikir, ape kes nak guna intelek aku untuk non-Muslims nye? *walaupun takdelah seberapa pun* Baik la aku guna intelek hat ada ni untuk didik anak-anak generasi pelapis Islam.

Tak kisah lah gaji berapa pun sebab rezeki tu milik Dia, kita apa susah? Yang penting berkat. Yang sikit pun rasa banyak, makna kata lebih daripada cukup. Dengan syarat kena ikhlas ah. If not nanti Allah cakap, boleh blah~

Tu semua hidayat, Bro. Datangnya ibarat lintasan cahaya. Zass sekali je masuk kotak fikiran. Allah bagi idea dan paling penting bagi kesedaran secara cash and carry. Syukur yang amat.

If not tah mana-mana lah aku pi sedekah intelek nih. Eh weh korang jangan terasa pulak. Ni sebab aku dapat peluang double triple rezeki sebagai guru jatuh bergolek tiba-tiba depan mata. Korang dah kerja kat mana-mana tu asalkan halal dan berkat kira orait lah!

So tadi masa kursus, bila aku disoal lagu tuh. Why a teacher? Aku dah zass ada jawapan depan mata secara hologram. Alhamdulillah a'la kulli ni'mah.

RAHMATAN LIL 'ALAMIN

Dulu Universiti aku ada lagu baru. Kami hafal sebab jadi komiti Ta'aruf Week nak kena ajar junior. *Aaa Taaruf Week tu Minggu Orientasi la*. Lagu dia pendek dan simple. Tapi ada word rahmatan lil 'alamin. Hari ni baru aku faham phrase tu dalam erti kata sebenar. Boleh dengar sini.

Seorang guru atau nama Arab dia muallim/muallimah - peranan mereka adalah rahmatan lil 'alamin. Makna kata memberi kasih sayang dan keberkatan dengan menyampaikan perkara yang baik. Patutlah lirik lagu Universiti aku jadi camtu:

Together we make the world a better place.
Forever expand the culture of Iqra.
IIUM is to realize the meaning of Rahmatan lil Alamin.

Oh camtu rupanya!
Faham tak? Tak faham balik fikir sendiri lah pulak. Oke?

PELUANG BESAR

Yup. Peluang untuk menyampaikan fikrah Islam kepada anak-anak. *Ceh gaya cakap macam makcik-makcik yang ada anak-anak.* Maknanya gitulah. Kita ada audience yang insyaAllah kita boleh selit didik fikrah tu dalam sesi pembelajaran.

Apatah lagi isu tauhid. Perkara paling asas dalam jiwa-jiwa Muslim. Kita nak tanam terapkan keimanan dalam jiwa manusia, maka elok benar jika boleh mula time belum jadi buluh. Kenapa iman? Hah lain kali lah cerita, oke? *Banyak dah hutang. Hutang yang sendiri buat*.

Bukan bermakna kau kerja yang non-guru kira kau takda peluang ni. Pandai-pandai cari na. Cuma aku tengok lecturer aku dulu banyak guna time mengajar untuk emphasize Islamic values. Serius. Nak-nak bila subjek Medical line. Aku suspect betul dengan depa. Memang touching and inspiring.

Jadi, I would like to be one!

AKIDAH MERENTASI KURIKULUM

Wah ini antara perkara paling best kat sekolah ni. Ada elemen AMK. Ape itu AMK? Yang aku mention kat atas ni lah, heh! Dia ala-ala Universiti aku dulu, lecturer ajar kena selaraskan dengan Islamic input. Students, contoh untuk report Lab Physics kena ada hadith atau ayat Quran yang relate dengan eksperimen buh dalam tu sama.

Tahun first selalulah kami yang takda basic sekolah agama ni blur je part tuh. Belek Quran versi tafsir tu cam nak makan je. Siap memasing ada software hadith. Hoho. Tahun-tahun selepasnya alhamdulillah dah cun dah part tuh. Nilah antara hikmah didikan gaya nih.

Ala-ala untuk anak-anak sekolah ni, nantilah aku belajar lagi dan kaji cara terbaik. Sebab fokus kita adalah anak-anak ni. Misi kita nak lahirkan generasi pelapis yang memandang dengan pandangan iman.

InsyaAllah!

HARAPAN

Seorang guru kena banyak islah diri, check hubungan dengan Allah dan aku kira banyak perkara kena koreksi diri. Aku doa moga dengan meletakkan Islam sebagai masdar dalam pendidikan mampu jadikan kami one step beyond. Beyond those yang tak.

Moganya diri aku sendiri telah 'terdidik' supaya proses penyerapan Islam dalam kehidupan anak-anak tak 'terputus' dek kerana aku.

TERAKHIR

Seorang guru yang sangat aku hormati pernah share kata-kata seorang alim tentang konsep tahu, faham dan yakin.

Ada orang kerat tangan dan boleh sambung semula kat pasar.
Kalau kamu dengar cerita itu, kamu TAHU.
Jika kamu pergi dan lihat orang itu kerat & sambung tangan, kamu FAHAM.
Jika kamu serahkan tanganmu untuk dikerat dan disambung semula, barulah kamu YAKIN.

Ha gitulah. Dengan asbab hidayat Dia juga kita dapat faham, especially faham agama. Dulu aku suka satu quote ni, yang selalu aku teringat tiap kali pandang wajah lecturer aku kat Universiti.

The mediocre teacher tells.
The good teacher explains.
The superior teacher demonstrates.
The great teacher inspires.

Again, moga Allah bagi faham dan beri kekuatan untuk beramal atas iman yakin.

Nilah first time aku rasa cuak nak kerja. Serius! Tapi Allah kan ada. Time-time gini sangat-sangat teringat hadith make your best. Aku try cuba jaya. Dan aku serah kat Dia for the rest.

We are here to touch the hearts. Still, makhluk takda kuasa, Allah Maha Kuasa. Pemilik segala hati.

La haula wa la quwwata illa billah...

p/s: Hari ni attend course micro teaching, sebab tu la jadi lagu ni. Harap-harap tawajjuh la time dengar tadi.


14 December 2011

Allah yang pilih - kisah Haramain.



وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
"Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus." 
[Al-Baqarah: 213]

Kali ni bukan nak fokus cerita pasal hidayah. Tak. Aku teringat macam mana kisah aku dijemput jadi tamu Allah dan tamunya Rasulullah SAW. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Cuma aku akan touch sedikit kaitan penyakit aku dengan kehidupan yang dilalui.

Takda nya nak raih simpati, belas atau puji.Cuma aku teringin nak kongsi bagaimana Allah tarbiyah kan seketul hati. Sebenarnya adalah beberapa perkara telah terjadi dalam kehidupan, yang berjaya membuka mata hati pada keinginan dan kerinduan untuk ke Haramain. Dipendekkan cerita, bertahun doa dipanjatkan pada Dia supaya jemput aku menjadi tamuNya. Tapi rasanya tak tawajuh (bersungguh).

Kehidupan empat tahun lepas banyak berkisar dan bertarung dengan kesakitan. Maksud aku, berperang secara spiritual. Yup aku sakit teruk. Dan dokter pakar letak aku di bawah kategori seolahnya 'pesakit kanser yang tidak dapat dirawat'. Tapi takda lah aku ada kanser, cuma chronic pain disease.

Dengan ujian ni, Allah bina kematangan dalam berfikir. Selain tu Allah ajar yang amat sangat tentang tawakkal, bergantung harap pada Dia semata-mata. Semata-mata. Blog ni pun sebenarnya saksi macam mana aku membesar daripada kanak-kanak riang kepada seorang 'ummi'. Ceh.

Yelah ada orang ingat aku dah berusia sedikit dan ada anak sorang. Heh. Tapi aku memang dah tua pun.

Dan sejak awal tahun ni, dokter semua impress macam mana aku boleh berhidup dengan sangat positif. Awat, pesakit depa hat lain semua drowning ka? Tapi entahlah pengalaman attend ramai pesakit, yang aku nampak pesakit paediatric lebih bertabah. Malaikat jaga agaknya?

Yup, aku nampak seolahnya tak sakit langsung di depan orang. Nak kata cerita pendek, Allah betul-betul bagi aku ke oversea tengok Kaabah selepas spiritual aku dah 'kuat' sedikit berbanding sebelum ni. Jika nak kata tarbiyah daripada Universiti, aku setuju jugak. Dengan bi'ah (environment) yang solehah dan segala perkara kat dalam tu telah mentarbiyah diri aku. Jadinya aku grad bukan sahaja dengan sekeping scroll yang tah apa-apa tuh, tapi aku dapat scroll tarbiyah kehidupan beragama yang Dia redha. Itu yang lebih penting.

Aku grad bulan May dengan semua classmates. June aku start kerja. August Dia jemput aku. Nak kata aku kumpul duit untuk Umrah, tak pernah langsung. Duit banyak guna untuk treatment hospital, surgery, admit ward banyak kali dan beli ubat. Nak kata bila Allah nak jemput, duit keperluan semua tu datang bergolek je. Seriyes.

June baru masuk kerja. Takkan tiba-tiba nak apply cuti lama. Plus minus 3 minggu. Seingat aku, aku sempat kerja dan berpuasa di ofis hanya selama 5 hari. Masa tu dah sedih siap taknak kerja. Tapi sebab mak ayah dah cakap, kerja dulu takpe. Maka aku ikut instinct mak ayah, dengan harapan ada keberkatan padanya.

Start kerja, July aku dah usha Bos. Cakap direct agak-agak aku nak cuti boleh tak? Ada beberapa perkara yang aku pegang yang menyebabkan sukar nak mintak cuti sebenarnya. Tapi selamba je Bos let go. Aku pun macam agak-agak tak percaya je. Satu rahmat rasa menyiram diri. Aku ambil unpaid leave selama cuti umrah tu.

So setel hal kerja. La ni nak setel tiket, visa segala. Ingat time tu da line clear dah. Rupanya Allah takkan terus bagi nikmat secara mendadak tanpa ujian-ujian untuk test pengharapan dan keimanan kita. Pergi sana sini, konfirm banyak kali dan terpaksa kansel pun banyak kali.

Time tu aku first timer, ingat nak pergi before dan during Ramadhan. Supaya tak shock sangat dengan cuaca suasana segala. Kita merancang je. Plan lah macam mana pun, still Allah ada plan yang lebih the boom. Lebih gempak ah maknanya.

Ada 3 minggu lebih lagi. Masa makin suntuk. Ramadhan pulak semua orang dah book awal-awal lagi dengan travel agent. Aku dah makin cuak. Passport pun takda lagi. Injection meningitis pun belum ambil. Gambar pun tah ke mana. Aku setel semua secara ulang alik banyak kali despite of hectic kat ofis. Yup aku bepergian tanpa mahram. Tapi tu citer lain masa lah ye. Yang paling penting preparation ilmu dan spiritual neh. Fuh seriyes cuak!

Sepanjang waktu tu, despite of cuak nak bawak diri yang kerdil jahil ni ke Baitullah, Allah jugak ajar aku menangis bersungguh-sungguh mintak dengan Dia supaya pilih aku Ramadhan kali ni. Memandangkan dah lamaaa sangat simpan rindu dan doa. Allahu, time tu memang sangat rasa hanya Dia. Allah ajar supaya sempurnakan semua perkara lain dulu. Amal, kesungguhan, tawakkal, raja' (pengharapan), khauf (takut), rasa redha dan sabar. Allah cuci dan tarbiyah dulu siap-siap before bagi green light.

Last minutes, dalam seminggu lebih before Ramadhan akhirnya berjaya konfirm flight date. Subhanallah. Memang kepayahan yang amat bila nak pergi last minutes dan dalam bulan yang semua orang ramai nak pi. Tapi bila Allah habaq kau boleh pi, takdak sapa boleh halang dah. Mai la gunung ganang ribut petir pun.

Mencecah bumi Jeddah, lewat petang 2 Ramadhan 1432H. Jasa kamera handset cabuk.
Allah is way too kind to us. He taught us well. He prepared and strengthen us before we are ready for something tougher. Yup tougher. I might be not a good story teller, but then I would love to share. Whether this story 'reach' you or not, I leave it to Him.

Trying to give part in conveying the greatness of Allah through real life stories. My time, my efforts, if it did not been use to share to speak about Allah and Rasul, then for what my life would be aim to? We are all the caliphs of Allah, having the promise to bring people to fitrah, towards Allah and Rasulullah SAW.

Aku sebenarnya bercadang nak simpan sorang je kisah-kisah ni. Entah macam mana ter sampai jugak ke sini. Allah jualah yang bukakan hati. Cerita yang tak seberapa ni insyaAllah aku sambung lain kali lain siaran. Nak banding dengan kisah orang lelaki pergi berjuang di Afganistan, lelaki pergi khuruj (keluar) fi sabilillah (di jalan Allah) berbulan-bulan, kisah orang yang korban diri harta dan masa di jalanNya, memang tak terbanding langsung. Itu kisah orang-orang hebat pilihan Allah.

Tapi kisah ini, tentang kembara tanpa mahram di Haramain, tak banyak pun at least sedikit ada yang aku boleh bawa kat kalian tentang kebesaranNya. InsyaAllah.

Siapa kita tanpa Dia? Tak dak sapa lah kita. Allah Maha Kuasa manusia tak dak kuasa apa pun. Come on, people! Segala pergantungan hanya padaNya. Allahu Rabbi!

Okeh! Jumpa lain siaran, insyaAllah.

p/s: Korang lagi suka aku yang 'comel' ni atau aku yang 'garang'? Well camna pun kita tukar-tukar la eh. Cakap 'aku' kira sopan la ye. Bye!


12 December 2011

Rezeki milik Allah



Kau percaya tak rezeki kau tu Allah yang punya?
Selalu tak kau risau pasal rezeki?
Tapi pernah tak kau ingat siapa pemilik rezeki sebenaqnya?

Kau risau pasal gaji kau bulan-bulan
Tapi kau ingat tak pasal barakah?
Gaji kecil pun asal ada barakah, seolahnya macam banyak.
Gaji besar pun jika tanpa barakah, still macam tak pernah cukup.

Apakah itu barakah?
Sesuatu yang sukar nak diungkap, Bro.
Barakah adalah keajaiban.
Baginya dalam syukur dan sabar.
Barakah membuatkan kita senyum walau air mata jatuh menitik-nitik membasahi bumi.
Boleh bayang dak?

So bagaimana mencari barakah?
Kuncinya adalah keIMANan.
Iman yakin bahawa pemberi rezeki adalah Allah.
Bukan manusia.
Bukan bos.
Bukan company, sama ada gah atau tidak, besar atau kecil.

In everything, in anything, back to Him.
Dalam susah mahupun senang, sentiasalah cari Dia.
Doa tu kan senjata mukmin, takdir pun bisa berubah dengan doa Bro!

Kalau kau biasa dengar cerita wali-wali Allah?
Yang hanya bergantung harap sepenuhnya pada Dia.
Time orang mintak duit pape, dia just duduk bertafakur berdoa sepenuh hati je.
Tup tup turun duit entah dari mana.
Bergantung tahap iman yakin kau lah tapinya.
Ni kisah wali Allah.

Kita ni, usaha wajib ada.
Sebab Allah pandang pada usaha kita bukan pada hasil.
Barakah tu jugak adalah rasa tenang bila kita melangkah ke tempat kerja.
Berkerja ikhlas kerana Allah SWT, bukan kerana gaji.
Menjaga solat awal waktu sesibuk mana pun.
Serta berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.

Kita berkerja sekadar untuk keperluan.
Bukan untuk memenuhi kehendak diri.
Sekadar supaya kita tenang mengabdi diri pada Ilahi dengan cukupnya keperluan
Tapi tak salah pun nak berbelanja untuk kehendak.
Cumanya bersederhana itu lebih menghampiri taqwa.

Rasulullah SAW dan para sahabat tak pernah hidup senang.
Mana yang ada kelebihan harta, akan diwaqafkan di jalan Allah.
Kehidupan mereka selain kerja dan beribadah, depa sibuk fikir risau tentang ummat.
Sibuk fikir macam mana nak sebarkan agama.
Hangpa ada pikir dak?
Biasa asyik fikir harta dunia tak cukup-cukup je.
Takdak rasa nak ajak manusia pada kebaikan.
Kat akhirat nanti kena soal baru tau.

Dan ingatlah ketika suatu ummat berkata; "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan diazab oleh Allah?"
Mereka menjawab; "Agar kami mempunyai alasan terlepas tanggungjawab kepada Tuhanmu dan agar mereka bertakwa." [Al - A'raf: 164]


Yosh!
_____________________


Pasal aku berhenti kerja tuh.
Aku adalah apply lagi lepas-lepas tu.
Memang banyak interview dipanggil.
Syarikat besar-besar, post menarik dan gaji yang lumayan.
Aku terima memula, tah kenapa.

Tapi bila fikir-fikir semula.
Tentang aku dan wanita, tentang masalah-masalah yang bakal timbul.
Tentang maslahat nya, lepas duk fikir dalam-dalam.
Aku rasa nak pergi berbakti mencurah dan mengutip ilmu.
Aku nak cari redha Allah, aku nak lalu jalan taqwa..
Aku harap Allah thabat (tetapkan) hati.
Supaya cinta akhirat bukan cinta dunia.
Takdak anak sendiri nak didik, aku nak pi didik anak orang laen lah.
Ajar sekolah agama ke, madrasah ke best gak.
Biarpun gaji tak seberapa, like I care?

Bukan sebab aku kaya, nope!
Tapi kan aku dah cerita pasal barakah kat atas tadi?
Kau ada baca tak?

Bye!

11 December 2011

Tentang Aku - Kisah Tudung

Ingin ku mengikut cahayaMu! by As |||
Ingin ku mengikut cahayaMu!, a photo by As ||| on Flickr.

Ada masa aku menulis secara santai. Sebab aku tengok dah banyak blog yang cerita agama secara skema. Jadi aku nak approach cara berbeza.

Ada masa aku kembali pada fitrah wanita yang cintakan kelembutan. Apa-apa pun, sesuatu yang disampaikan daripada hati yang hidup je akan sampai pada hati-hati yang lain. Tu pun if hati korang hidup a. Aku nak berkongsi sesuatu dengan korang.

Aku asalnya bukan sekolah agama, sekolah arab dan sebagainya. Aku sekolah sekular. Yang mewajibkan usrah. Dan aku dididik oleh super woman dengan agama. Walaupun Ibu bukan ustazah, Ibu banyak usaha belajar-belajar untuk didik anak-anak dengan agama.

Better late than never. Itulah yang aku lihat pada Ibu. Asal-asal tidak bertudung, Ibu terus berubah drastik. Ni semua asbab hidayat dari Allah SWT. Time tu kitorang kecik lagi. Ayah banyak pergi off-shore. Means, pergi pelantar minyak kerja kat sana. Jadi Ibu yang banyak di rumah dengan kami. Padanlah hak untuk anak-anak antaranya memilih bakal Ibu yang baik [Umar Al-Khattab RA].

Dulu lagi aku tak suka lawa-lawa macam gadis lain. Tak minat tengok TV. Tak suka dengar lagu-lagu. Semua ni aku syukur sangat kat Allah sebab skang tak payah susah-susah nak kekang diri.
Aku pakai tudung dulu bidang 45 segi tiga tapi tak suka selempang. Pin tiga, supaya tak nampak leher.

Dulu aku cita-cita jugak nak ke sekolah agama. Tapi tak berjaya. Jadi aku aim nak masuk Universiti agama. Tak kisah course ape pun. Tapi lama-lama aku minat ke arah kesihatan. Sepanjang tingkatan 4 dan 5 aku semakin minat pada agama dengan tulus hati. Alhamdulillah Allah jugak yang bukak hati.

Pasca SPM, PK HEM hantar kami ke satu konvensyen yang menyebabkan aku jumpa ramai sisters yang tudung labuh. Wah hati tenang bangat tengok. Aku ada cakap kat sorang kakak ni, aku teringin nak pakai tudung bulat labuh, tapi aku rasa aku jahat sangat inside out tak deserve with the attire.

Aku keluar dengan sahabat-sahabat cari sehelai tudung bidang 60. Bukan kategori tudung bulat tapi tibai test dulu slow-slow. Memang Ya Allah rasa akward yang amat bila pakai walaupun aku selempang. Aku pun pakai lah jarang-jarang sekali. Sebab still rasa pelik, tapi rasa selamat.

Aku rasa agak bertarung lah sebab aku tak biasa. Dan berada di environment yang tidak membantu.

This is somehow many years ago!

Alhamdulillah aku diterima masuk Universiti Islam. Kat sana ramai yang pakai tudung labuh dan tudung bidang 50 atau 60. Suasana macam taman syurga, walaupun ada jugak lah yang tak proper attire cover aurah.

Kat sana aku dapat bi'ah solehah untuk berubah tentang banyak perkara. Tapi tudung aku still macam tu lah. Campur-campur 45, 50 dan 60.

Tudung labuh bulat? Jauh sekali. Bertahun-tahun beginilah aku. Asal boleh, asal cover dada, tak jarang, asalkan tudung at least atas hujung bahu, aku layan semua. Bertahun-tahun.

Alkisah bepergian aku ke umrah atas jemputan Allah yang tak disangka Ramadhan lepas. Kat sana antara doa, aku mohon Allah:

- bukakan hati untuk mencintai jalan taqwa
- bukakan hati untuk mencintai jalan kebaikan
- bukakan hati untuk mencintai amalan yang mendekatkan diri padaNya

Aku pun hairan dengan doa aku ni. Tapi aku keep on praying and hoping. Doa doa doa aku nak jadi wanita solehah. Nak sangat. Tapi aku tak nampak jalan lagi.

Doa doa doa Allah temukan aku dengan somebody yang mampu merubah sedikit sebanyak diri aku, supaya aku menuju jalan taqwa. Memilih jalan taqwa tanpa peduli dah apa pandangan manusia.

Makna kata, kuat lah nak pertahankan pendirian. Tak segan kat manusia. Tak malu. Tak fikir nak nampak smart atau cantik. Rajin berteleku kat sejadah. Rajin bangun malam. Semua-semua lah.

Tu cerita doa, tarbiyah Allah kat sana pun banyak. Fuh! Lenkali citer kalau rajin.

Balik umrah, sampai habis Ramadhan. Aku ada masalah tak boleh tidur. Aku sempat kerja 5 hari sebelum raya. Haywire yang amat bila tak tidur malam dan siang puasa. Tapi yang penting best bila tak boleh tidur langsung malam secara direct. Especially 10 malam akhir Ramadhan. Banyak boleh buat. Antara kerja yang boleh dibuat is, stay tengok tarawikh dari Mekah. Sambil-sambil mengenang rindu yang masih baru. Ceh.

Betul, malam-malam di sana bersama Sudais yang biasanya sadis sayu time tarawikh. Nak-nak part ayat Quran yang memang touching. -_-"

Haih dah lari topik!

Oke! Al kisah dua hari sebelum raya aku ajak ofismate teman pergi beli kain tudung labuh. Pakcik kedai kain tu pun macam curious banyak beli macam2 kaler.. Aku beli warna-warna lembut. Balik rumah terus potong jahit. Rasa macam kartun pun ada yelah mana pernah nak potong jahit tudung labuh! Nak pakai lagilah, memang doa Allah bagi kekuatan. T_T

So rasmi pakai sejak time pergi akad nikah sahabat rapat, teman dunia akhirat insyaAllah. Hah part ni depa pun tatau. Memang tak bagitau lagi.

The feelings: Subhanallah so calming, at peace, soothing and harmonious! Totally wonderful.

The challenge: Yup there must be challenge. Especially in the crowd, in the office, in sophisticated places etc. I feels like an alien sometimes.

The reality: I still mix up with various bidang of tudung. Semua pakai. Selempang ke tak ke, semua ada.

Weh apsal kecek amerika pulak?

Nak dijadikan cerita lagi. Lepas-lepas tu Allah temukan aku dengan orang yang banyak jugak ubah pemikiran aku. Tentang attire muslimah, tentang jalan taqwa, tentang sunnah, tentang macam-macam.

Oh my! Moga rahmat Allah untuk dia. Jadi asbab hidayat untuk ummat. Minda aku pun dah asyik fikir, jalan taqwa jalan taqwa. Allahu. Aku sendiri rasa syadid nya diri aku yang baru nih.

Tapi begitulah contoh yang Rasulullah SAW, sahabat-sahabat tunjukkan. Islam tu memang mudah Bro, tapi bukan untuk dimudahkan. Nilaian Allah pada kita hanyalah taqwa. Nak tahu taqwa tu apa, dipersilakan tanya pada Tuan Haji Google. Oke?

Nak jadikan kisah, aku mula faham sangat yang wanita ni mudah sangat nak jadi sumber fitnah. Sebab tu Allah tak bagi tabrruj. Berlawa-lawaan, apatah lagi dengan niat untuk dilihat lelaki ajnabi.

Jadi tudung-tudung 50 tu aku hadkan dalam rumah. Tudung-tudung 60 yang aku selalu selempang, aku just jatuhkan ke bawah. Seriyes super selesa. Walaupun nampak ala selekeh tak kemas. Like I care? Tudung labuh tu, insyaAllah kena modify lagi supaya jadi better in covering the aurah. Honestly, I feel protected and secured.

Sejak sebelum October lepas, adalah tahun-tahun aku membina diri menanam sabar, tabah dan redha pada ujian kat aku. Pada kesakitan aku. Tahun-tahun tarbiyah akan tawakkal padaNya. Allah is too kind to me despite of the pain. I feel truly blessed.

Satu kelegaan yang besar bila aku dah lepas fasa bertarung emosi dengan kesakitan aku. Walaupun masih terikat dengan ubat-ubat.

Jadi after October adalah fasa aku membina diri pada benda lain pula. Aku syukur yang amat.

Honestly, bukan mudah nak kuatkan tekad pakai tudung labuh. Allah knows how hard it is, tapi Dia juga yang bagi mudah. But then ketenangan hati tu yang tak dapat dijual beli. Aku pun tak nak fikir apa dunia nak pandang, yang penting pandangan Allah.

Aku menulis kat sini bukan nak bagi nasihat. Aku cuma nak share bahawa aku bukan ustazah alim ulama'. Aku hanya daripada orang biasa-biasa yang usaha nak sampaikan kalimah Dia. Tu tanggungjawab tiap kita. Islah nafsak wad'u ghairak (merubah diri dan ajak orang lain pada kebaikan). Hatta asal kita daripada zero knowledge of Islam.

Asal aku daripada jahiliah. Merangkak jatuh bangun mencari jalan taqwa. Hatta dengan asbab manusia, still itu wasilah (cara) Allah nak turunkan hidayat. Kehidupan ni sementara sahaja. Dan ia proses mengutip ilmu. Semua ni untuk akhirat nun yang kekal. Keep on learning, hijrah pada kebaikan, ajak orang lain sama. Moga Allah berkati.

Dalam apa sahaja, back to Allah. Pegang kuat iman yakin pada Dia, beramal atas keyakinan tersebut. Pegang sunnah Nabi SAW. Moga kita jauh daripada azab. Ameen.


p/s: Aku still harap korang tegur-tegur lah aku. Dan nasihat pada kebaikan.

Wallahua'lam.

10 December 2011

Allah panggil tiga kali je

Full moon at Dentistry



Korang tau dak panggilan Allah ada tiga kali je selama kita hidup ni?

________

SATU - PANGGILAN AZAN.

Jadi lelaki-lelaki yang bajet macho di luar sana, kau hanya akan terserlah kehenseman apabila dengar je azan kau terus solat sunat di rumah [Al-Muwatta' No: 8.1.4] dan susun langkah ke masjid untuk berjemaah fardhu. Macam tu baru hensem terlebih Bro.

Semua orang pun tau solat berjemaah tu pahalanya kali 27 banding dengan solat sesorang [al-Bukhari no: 645 & Muslim no: 249]. Tapi tak semua ambil tau kelebihan solat berjemaah, walhalnya Rasulullah SAW sentiasa solat berjemaah sejak berhijrah ke Madinah.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang muslim keluar menuju masjid, maka Allah akan menulis baginya untuk setiap langkah yang diayunkan satu kebaikan dan menghapuskan darinya satu kesalahan hingga ia sampai di safnya."
[Al-Albani di dalam Al-Silsilah As-Sohehah No: 1063]

Ikutkan hati nabi, nak je baginda perintahkan semua orang solat jemaah. Sampaikan baginda nak bawak kayu api pi bakar rumah yang kat dalam dia ada kaum lelaki yang tak pi solat jemaah kat masjid [berdasarkan hadis dari Abu Hurairah, riwayat Bukhari & Muslim].

Hadis tersebut tunjuk kat kita bahawa solat jemaah di masjid ni adalah Fardhu Ain [kata Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Fathul Bari]. Fardhu Ain ni Tuan-Tuan maksud dia kewajipan bagi setiap diri. Takkan Rasulullah SAW sampai nak pi bakar rumah if solat jemaah ni sekadar fardhu kifayah? Fardhu kifayah ni pulak maksud dia, if da ada orang lain kat kampung tu yang pi solat jemaah di masjid atau surau, maka orang lain yang tak buat tu kira takpalah.

Dulu sejak zaman belajar sampai la ni, time-time aku down aku akan jejak masjid atau surau cari tenang. Kau rasa tenang tak duk kat masjid? Rasa macam di-tenggelam-kan dalam dunia berbeza kejap. Dulu aku selalu fikir sebab ni rumah-rumah Allah. Apatah lagi bila dalam kalamNya dah dinyatakan, hati kita tenang bila ingat Dia [Ar-Ra'du: 28].

Ikut kajian Sains, banyak dah terutama pasal kalimah Allah, bila kita baca dalam air pun molekul dia berubah jadi super indah. Oh ini seriyes benar sebab aku dan sahabat-sahabat buat research sikit berdasarkan kajian orang terdahulu. Untuk subjek ape entah kat Universiti dulu. Walaupun aku budak Sains, tapi zaman Universiti dulu banyak sangat subjek ke-agama-an sampai dah lupa subjek mana satu.

Jadi bila azan dilaungkan, gelombang dia akan diserakkan ke sekeliling, sekaligus gelombang sekeliling kita nih akan berubah ke frekuensi theta. Which frekuensi yang sama jadi bila kita dalam keadaan sangat relax. Bila sangat relax wajiblah tenang. Sebab tu mudah capai tahap khusyu' dan tenang bila solat di rumah-rumahNya.

Papepun rasa tenang tu Allah yang bagi, segala logical reasoning ni untuk orang-orang yang nak kukuhkan lagi iman yakin depa. Termasuklah orang-orang yang belajar Medical Science, banyak ketemu kebesaranNya dalam penciptaan manusia. Moga membawa para penuntut ilmu lebih dekat pada Allah.

Tuan-tuan, ragu-ragu lagi nak jemah di masjid? Klik sini.

Wanita pulak, lebih baik solat di dalam bilik di dalam rumah mereka berbanding solat jemaah di masjid [Riwayat Ibn Abi Syaibah, al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah, Fiqh al-Sunnah li an-Nisa, m/s 249]. Taaapi korang hanya akan nampak cun if usai azan je kau dah angkat takbir nak solat sunat/fardhu. Seriyesly.

Oke! If nak kait dengan Sains jugak. Konsep masih sama, gelombang Theta tadi tuh. Dia berserakan, sampai jugaklah rumah-rumah yang dapat dengar azan neh. So awal waktu tuh dia segar lagi, makin lewat makin kurang dah gelombang best tersebut. So, rugi.

Apabila ditanya pada Nabi SAW apakah amalan yang terbaik, baginda cakap solat di awal waktu [Hadis sahih riwayat Tirmidzi & Abu Daud]. Sebab-sebab yang lain adalah, kau bukan boleh expect bila kau akan mati? Kan? If mati sebelum sempat solat nak buat lagu mana? Jadilah kita golongan yang melengahkan solat.

Lain pada tu, ada lagi benda yang kita tak boleh expect. Period yang datang pada waktu yang tak kita jangka. Dan if kita duk rumah, tetamu yang mai tiba-tiba. Wanita yang kat ofis pulak, kerja yang tiba-tiba je Bos bagi. Kena pulak if time tu dah habis waktu rehat dan kau baru je nak gerak pi solat tetibe Bos panggil suh buat kerja.

Biasanya orang yang belum solat sedang waktu dah lewat sangat, depa segan nak bitau. So biasanya proceed jelah buat kerja dulu.

So janganlah berlengah. Jangan. Please please. Jadilah kita wanita-wanita yang dimuliakan..

________

PANGGILAN SETERUSNYA

Panggilan kedua is panggilan haji dan panggilan ketiga is panggilan Ilahi bi ma'na dijemput Ilahi meninggalkan dunia yang fana nilah Bro!

Oh aku tak berniat nak bincang pasal kedua-dua panggilan ni. Agak-agak nak baca sangat cuba kau tanya kat Tuan Haji Google yang serba tahu. Make sure source bacaan korang tu reliable na. If rajin aku citer lah lenkali.

_________

PENUTUP

Bagi wanita jom try-try galakkan mahram kita tunaikan solat berjemaah di masjid/surau. Agak-agak payah kau follow sekali bagi semangat. Dah agak oke kau lepas jelah dia pi sorang. Seriyes memang kena tawajjuh (bersungguh-sungguh) wa cakap lu. Mana ada semua benda datang bergolek Bro?

Ingat senang ke nak dapat syurga? Fuh! Tapi wanita seriyes senang nak masuk syurga. Hubby yang pergi jemaah masjid, isteri dapat sama pahala 27 kali hatta solat sengsorang je di rumah. Tapi wanita pun senang jugak nak masuk neraka if tak kena gaya. Hah lenkali lah citer!

Doalah jugak kat Allah supaya hadirkan tenang, khusyu' dalam hati-hati kita. Bantu kita berjemaah di masjid bagi lelaki dan bantu kita solat awal waktu bagi wanita. Kena usaha kuat lawan nafsu ni. Kena usaha sungguh-sungguh takdak masa da nak main-main. Gambatte ne!

5 December 2011

Aku berhenti bekerja

pada pendakian kehidupan by As |||
pada pendakian kehidupan, a photo by As ||| on Flickr.

Sahaja aku berhenti kerja kerana Allah taala.

Hari ni 5 December. Hari ni sangat special. :)

Try usha gambar atas ni. Kehidupan ni lebih kurang macam nilah. Yang mendatang tu still blur tatau apa yang pasti, tapi yang jelas adalah hari ini.

Hujung dia pun kita tatau lagi apa akan jadi. Syurga atau neraka? Kita just boleh usaha atas keimanan pada Dia.

________

Oke! Ramai la duk tanya awat berhenti kerja. Bila tanya mata ke mata, memang jiwa sukar nak berkata.

So la ni tulis lah moga mudah faham. Syadid (tegas, keras) ke apa ke, terpulang pada hati yang membaca. Jari jemari sekadar mahu menjawab dan berkongsi.

________

BELAJAR TINGGI-TINGGI

Yup memula aku start belajar dulu aku takda niat nak bekerja dengan degree aku tuh. Makna kata pergi bekerja di hospital.

Aku berniat nak sedut semua ilmu untuk aku guna akan datang for ibu ayah, adik beradik, anak-anak, famili dan sesiapa yang boleh manfaatkan ilmu hospital aku yang cetek ini. Sebab tu aku ambil kos tersebut.

Sia-sia?

Mana ada benda yang dijadikan sia-sia atas muka bumi ni. Banyak dah post medikal aku letak sini, pandai-pandai ah cari. Ilmu-ilmu islamik yang aku dapat sepanjang belajar kat Universiti pun ada aku cerita kat sini. Belek ah sendiri.

Semua benda ada hikmah dia. Takyah la risau duk fikir negatif. Orang yang HIV positif pun boleh positif. Orang yang kanser pun boleh positif. Orang yang sakit kronik pun boleh positif. So? Kau yang sihat segar bugar tu malu je if masih duk takuk negatif.

Lagipun penat beb duk fikir negatif. Tak penat ke?

Orang yang fikir dunia semata dan fikir material je rasa membazir tak bekerja di hospital-hospital yang gah dengan degree yang ada. Apa kelas sangat?

Duk rumah jaga rumah lebih mulia aku fikir. Tak, ibu yang ajar. Ibu cakap duk rumah jaga rumah adalah satu jihad. Sebab bukan mudah.

_______

SELEPAS KERJA SETENGAH TAHUN

Alkisah aku pergi bekerja selama setengah tahun yang lepas dalam usaha untuk mengembangkan ilmu di bidang yang berbeza dan tolong-tolong tuan punya section.

Bila tiba-tiba aku hantar notis sebulan, dan berhenti kerja Khamis lepas, semua orang yang jumpa pun rasa pelik dan tanya kenapa. Cuma payah nak cerita secara singkat.

Kenapa wajib ke kerja? Lagipun takda keperluan yang mendesak, seriyes. Dan adalah sebab-sebab lain kenapa aku berhenti. Sabaq na, sat lagi aku cerita.

Cuma aku tak salahkan korang tentang mentaliti ni. Sebab kita-kita semua dah terlalu banyak menghadapi perang minda dalam pelbagai cara yang kreatif daripada pihak barat seperti system pendidikan, iklan, drama, filem, politik, pemikiran dan sebagainya.

Yup tipah tertipu. Asyik tertipu. Takda rasa nak bukak minda dan fikir sendiri. Kadang aku pun sama je.

________

MENYESAL?

Sejak aku kenal erti istikharah, setiap keputusan dalam kehidupan, tak pernah aku rasa ralat dan ragu-ragu. Dialah juga yang memegang hati-hati manusia hatta hati tu berada dalam dada kita sendiri.

Dulu ada income sekarang takda income. Still duit kita tu if ada berkepok pun takkan cukup. Dan if ada banyak pun still kita akan guna untuk membazir. So baiklah guna duit tu untuk jalan Allah if ada lebihan.

Saham akhirat sekali dapat sama. Oh ni Ibu yang ajar lagi. Bila kawan tanya apa rahsia famili aku sebab macam asyik sentiasa cukup dan gaya macam banyak lebih walaupun ayah kerja biasa-biasa sangat je. Yelah tu pandangan mata manusia semata.

Depa tanya ada saham pape ke? Tarak. Jauh sekali.

Tapi satu je, Ibu ajar banyak bersedekah secara material dan secara Dhuha. Anak-anak bagi Ibu duit pun, Ibu salur semua untuk jalan-jalan Allah. Niat atas nama anak-anak.

Ayah? Sebab Ibu dah supermummy, so Ayah tak susah hati dah pasal hal rumah sebab semua beres seperti mana yang telah mereka sepakati bersama. Kira ibu lah tukang lancarkan projek nya. Ayah tolong lead je. Untunglah ayah.

"....Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi tanggungjawabnya...."
[Bukhari dan Muslim]

Hadis ni direct je kan sure boleh faham. Kalau agak tak faham tu kau tanya jelah Tuan Haji Maulana Gugel.

________

KEHORMATAN SEBAGAI HOUSE MANAGER

Women, women, women! Wake up. House manager adalah term yang aku guna sempena menghargai pengorbanan seorang ibu di rumah sepenuh masa.

Mungkin orang dengar suri rumah tu cam low class je. Tapi cuba fikir balik, sape yang duk mentaliti low class tuh? Korang la jugak. Sedang Allah telah mengangkat tinggi martabat wanita dan meletakkan di tempat yang terpuji. Sebagai manager di rumah sendiri. Macam hadis kat atas nung.

Wanita adalah pemimpin kepada anak-anak. Untuk mendidik, mengajar dan menanam sifat-sifat mulia pada akhlak mereka, serta membina fikrah (pemikiran) yang mantap.

Ibu pernah pesan, kerja ni semua bukan senang Bro! Seorang Ibu perlu bijak dan berilmu, kira termasuk ilmu agama yang jadi inti penting dia. Hatta kau ada pHd pun belum tentu kau boleh excel untuk kerja ni.

Maka tuntutlah ilmu agama setakat mana boleh dan mampu (tapi kena usaha sungguh-sungguh lah) dalam proses nak siapkan diri menjalankan tanggungjawab maha berat ini.

Kenapa maha berat? Sebab pagi tadi Ibu cakap esok-esok kat akhirat Allah akan tanya para Ibu. Dan para ayah sekali! Yelah since para ayah adalah pemimpin para Ibu. Teeet!

Dulu ada orang pesan, kena prepare diri awal-awal sebelum kahwin since bila dah ada anak baru nak susah payah korek ilmu, agak sukar sebab kita da super busy. Tapi better late than never Bro! Yup sebab aku jadi saksi pada Ibu sendiri.

Sebab tu aku adore sangat dia, nak jadi macam dia. Jika Allah izinkan. Aku pun banyak perkara lagi nak kena koreksi.

Saranan Allah SWT di dalam Quranul Karim tentang perlunya untuk wanita just stay at home unless ada perkara yang sangat butuhkan mereka keluar.

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikan zakat, taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui."
[Al-Ahzab:33-34]

Asyik semua wanita je, so suami? Yup suami juga bertanggungjawab sediakan keperluan untuk isteri nak laksanakan tugas dia ni. Antaranya cari rezeki untuk beli keperluan asas so hati isteri tenang sebab barang-barang dapur semua cukup. Jadi suami jugak kena didik isteri dengan pemahaman Islam, then bolehlah isteri guna untuk ajar anak-anak.

Wanita, kamu semua sangat mulia. Sebab tanggungjawab pada anak-anak dah bertimbun, belum masuk tanggungjawab pada suami (tanggungjawab suami pada isteri pun banyak jugak). Dan juga itu belum campur tanggungjawab wanita terhadap Rabb.

So walaupun kaum Ibu duduk di rumah je, tapi hakikatnya peranan mereka bukan terhad pada suami dan anak-anak je, malah merangkumi segala perkara. Yelah contoh dapat anak lelaki, Ibu kena didik supaya esok-esok dia boleh jadi tukang laung azan panggil orang solat, boleh jadi Imam solat, boleh jadi ketua keluarga yang beriman dan sebagainya. If anak perempuan pulak Ibu kena didik supaya mampu jadi wanita solehah yang esok-esok akan lahirkan mujahid, mampu pikul beban dakwah kepada keluarga dan masyarakat serta didik supaya rela berkorban di jalanNya. Tu contoh.

Tapi ramai mak ayah didik anak-anak skang supaya jadi pandai besar nanti dapat gaji besar hidup kaya raya. Material. Dunia semata! Allahu.

________

BEKERJA ITU HARUS

Based on kisah-kisah dalam sirah purba, zaman Rasulullah SAW dulu, adalah perkara yang tunjukkan keharusan wanita bekerja.

Contohnya Rufaydah Al-Aslamiyyah, doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW sediakan khemah special kat Masjid Nabawi untuk rawat pejuang Islam time perang Khandaq. Kepakaran dia diperlukan di situ.

Jadi bekerja itu harus tapi terikat dengan syarat a Bro.

1. Suami meninggal nak kena sara diri dan keluarga.
2. Nak membantu ayah ibu yang uzur atau suami yang sakit.
3. Punyai kemahiran yang superb dan sangat diperlukan.
4. Kerja yang sesuai dengan fitrah seorang wanita contohnya nurse, cekgu, doktor etc.
5. Wajiblah tutup aurat dan jauh daripada fitnah.
6. Takda campur baur dengan lelaki.
7. Dibenarkan suami.
8. Tidak menggangu tanggungjawab kepada suami dan anak-anak.
9. Bekerja sementara sahaja.

Nak jadikan cerita masalah aku adalah pada syarat yang nombor 4 | 5 | 6. Kerja aku yang lepas tu, out bagi hal-hal tersebut. Nanti cerita kat bawah.

Oke habis pun, ni baru part nak kasi korang faham je. Kan hari tuh aku dah pesan suh korang balik basuh minda sebelum datang baca. Tapi alik-alik aku jugak kena cerita. Apelah korang.

________

KERJA TAK SESUAI DENGAN FITRAH

Erm macam mana nak explain ye. Pendek cerita kerja aku yang lepas under Engineering Department, dan position pula ada keterlibatan dengan beberapa kerja-kerja lelaki.

So jadilah ia tak ikut fitrah wanita. Dan kerja tu takkan terjejas malah would be better if lelaki yang uruskan. Seriously!

Bukan nya aku ni manja sebab aku pun orang jenis lasak dan bukan masuk kategori intan payung atau puteri lilin. Tapi dah Islam gariskan kau lasak lagu mana pun kau still wanita, still kena jaga aurat, still kena jaga adab sopan dan still haram menyerupai lelaki.

Oke?

Tapi if kerja macam jadi cekgu ke, pensyarah ke, yang tu memang sangat sesuai lah dengan fitrah wanita. Jadi perawat pun oke, but since tu Fardhu Kifayah je dan kita belum masih ketandusan perawat wanita, so takpa la if aku tamau pun kan kan?

________

MENUTUP AURAT DAN JAUH DARI FITNAH

Fine. Tutup aurat insyaAllah ikut syariat. Walaupun terpaksa rebel dengan undang-undang safety. Bab ni letak tepi jelah. Cuma teringat ada satu ketika, few days start kerja aku dapat tau kena pakai coverall.

Tau dak coverall? Baju satu suite dari bahu sampai kaki. Aku fikir 5 kali dan tanya sahabat-sahabat yang faham hukum. Aku siap fikir memang tak kisah nak resign la ni jugak if benda ni jauh dari berkat.

Tapi timbul idea best untuk sedikit rebel, yang which ikut akta undang-undang masuk loji, ia adalah dibenarkan, cuma takdak orang praktis lagu tuh kat sana! So ia seolah jadi kesalahan. But like I care? So letak tepilah bab ni.

Jauh dari fitnah.

Allah Maha Tahu perkara yang lepas, hari ini dan akan datang. Hatta wanita itu menjaga aurat camna pun still if orang nak kata pape, akan terkata lah jugak. Biasalah spekulasi.

Few weeks kot before last day kerja, start timbul fitnah sket-sket. Yang which bagi aku seorang wanita, aku rasa segan ah. Maybe orang-orang lain rasa biasa-biasa je and takdelah isu besar pun, tapi dah aku rasa segan super. Sebab beginilah aku. Dididik begini.

Aku fikir if aku stay lagi for sure akan berlarutan juga. Jadi Allah da bagi sign suh step out awal-awal.

Jika kita boleh ambil contoh hadis riwayat Ibnu Hibban dan Khuzaimah yang berbunyi begini dalam bahasa Malaysia:

“Wanita adalah aurah, dan apabila ia keluar dari rumah, harapan syaitan akan meningkat (look forward to see her). Dia tidak akan dekat dengan Tuhan melainkan apabila dia berada dibahagian yang dalam dirumahnya.”

Ape, syadid sangat ke hadis ni? By the way, hadis ni di-sahih-kan oleh Sheikh Nasyiruddin Al-Albani dalam buku beliau, al-Silsilah al-Saheehah, no. 2688. Oke? Kira hadis ni sejajar ah dengan surah Al-Ahzab ayat 33 atas nung. Hah sila lah belek balik.

__________

CAMPUR BAUR DENGAN LELAKI

Bro, kat mana-mana tempat kerja pun ada percampuran lelaki perempuan kan? Sekolah perempuan sahaja pun ada cekgu lelaki Bro!

Sat, sat. Nanti aku cerita slow-slow na.

Tempat kerja aku ni first day aku duduk kat workstation, tengok depan tengok kiri tengok kanan semuanya adalah lelaki. Daripada depaaaan sana sampai belakaaang sekali kat section aku, campur semua ada 5 orang je wanita. Fuh.

Hari-hari kerja aku deal dengan para-para engineer yang semuaaanya lelaki kecuali seorang. Rata-rata hari-hari aku deal dengan technician yang semuaaanya lelaki.

Banyak kena bincang berdua je, bertiga je, keluar cari material dan sebagainya. Kalau bincang berdua, tak proper kot nak duk jauh-jauh dan melaung. Semuaa orang dengar especially if benda tu private and confidential. *Of course lah bukan hal personal Bro!*

Kalau manager atau engineer nak explain pasal kerja, nak bagi tasks ke, semua tu kena bincang berdua atau bertiga je. Kadang aku ajak gak wanita lain sorang teman aku. *Oh terima kasih banyak-banyak akak!* Tapi tak mampu tiap masa sebab dia pun banyak kerja.

Kat Malaysia ni kebiasaan telah menyebabkan banyak perkara syubhah menjadi halal dan tidak salah langsung. Ada ke ofis yang nak asing workstation lelaki dan wanita? Yup ada, pensyarah yang dapat bilik sorang satu.

Menundukkan pandangan. Duduk dalam ofis sama-sama lebih daripada 8 jam sehari, takda maknanya rule ni nak been practice. Kena pulak orang-orang peramah macam aku. Bila dah orang-orang depan kiri kanan cakap-cakap, takkan nak buat pekak. Ter-peramah lah cakap sama. Tambah pulak ni lah naluri healthcare personnel. If not jadilah dingin pelik dengan pesakit yang first time jumpa. Heh.

Tambah lagi kalau orang duk tanya pasal masalah medikal. Lagi laju dan ringan lah mulut ni menjawabnya.

Nak menundukkan pandangan? Sesama staff akan tegur menegur, bergurau, buli-membuli *normal sebab 90% lelaki* dan sebagainya yang akan geleng kepala kalau lecturer UIA tengok.

Yelah kat kampus aku takda percampuran keterlaluan antara wanita dan lelaki. Hatta classmate aku yang lelaki tu pun boleh bilang berapa kali je tiap semester kami perempuan ni cakap-cakap dengan depa. Bila lecturer usik nak suh grouping sama-sama pun kami cepat je melatah orang kata. *Haha takdelah melenting, saje hyperbola*

Yup kami yang sangat segan dengan lelaki-lelaki beriman kat UIAM tuh. :D
Tah kat sana kami dididik begitu. Lama-lama jadi kebiasaan yang normal.

Semua perkara lelaki dan perempuan mesti asing. Ikhtilat sangat dijaga. Kat kampus aku lah. Aku bukan saje nak puji, tapi aku nak cerita benda ni still ada tempat yang praktis. Takde nya kolot ke ape.

Korang ni kalau aku rahsiakan nama Universiti pun sure boleh teka. So cakap jelah.

Bila recruit orang baru pun aku pujuk suh ambil lelaki ganti aku. Malas lah aku nak terlibat sama if ambil wanita jugak. Tak sanggup nak diri depan Tuhan soal jawab benda yang aku takda jawapan neh!

________

BAJET BAIK

Yelah tu. Bajet bagus jelah aku bagi reasoning camni walhal memang tanak kerja.

Honestly, ini adalah sebab utama. Ada lah lagi sebab-sebab minor tapi tu semua aku guna pakai untuk beralasan dengan manager, dengan engineer, dengan sahabat seperjuangan di tempat kerja.

Aku risau berubah muka orang dengar aku bagi ceramah panjang berjela macam ni, pasal ikhtilat pulak tu! Sah-sah dia cop aku kolot dengan agama aku. So mana boleh! Aku belum cukup kuat untuk terima orang cakap agama aku kolot, atau aku kolot sebab amalkan agama camni.

Aku follow Quran Sunnah je Bro! Aku takut sebab dunia yang sementara ni aku merana nak menjawab kat dunia yang kekal esok-esok. -_-

__________

REZEKI?

Dah tu macam mana tak kerja rezeki nanti macam mana?

Bro, orang takda iman je cakap macam tu. Cuba tepuk dada sket tanya iman, siapa yang beri kita rezeki? Nun di atas sana ada Pemilik segala rezeki kat dunia ni. Kata beriman, tapi tak beramal. Ape kes lu?

Aku yakin dengan Allah SWT, yakin akan Rasulullah SAW, yakin semua-semua. Asbab yakin aku, aku nak tinggalkan apa yang syubhah, yang membawa pada jatuhnya iman, membawa pada rosaknya hati.

________

PENUTUP

Aku bukan apa, aku ni dahlah asalnya golongan jahiliah jugak, bila dah jumpa cahaya ni, aku malas ah nak tawar-menawar pulak dengan hidayah Allah. Kang kena tarik balik baru tau. Aku akui aku ni manusia normal lah macam korang. Iman turun dan naik. Harapnya time iman turun dia still on the track. Penat nak channel semula train masuk landasan Bro.

Bro tu dapat didikan kat tempat kerja ah ni. Orang panggil aku Bro jugak. Dah jadi kasaq lak. Astaghfirullah. Kira aku guna bro tu kira untuk semua lah lelaki dan perempuan.

Cumanya untuk keputusan ni, aku harap redha rahmat Allah untuk kehidupan aku. Korang doakan lah eh.

Kau buat baik untuk akhirat kau, banyak tu lah kau dapat untuk dunia kau. Seriyesly!

So amacam? Nak follow Quran Sunnah atau nak follow hati?

Well, gudluck!

1 December 2011

Leave it to Him

hatimu, ibu dan ayah.. by As |||
hatimu, ibu dan ayah.., a photo by As ||| on Flickr.

Kau dah decide, jadi ragu-ragu tu campak tepi longkang. Seriyes!

Dua minggu lepas ada ofismate tanya ala-ala sharing moment,

"Aku tak sure betul tak keputusan aku nak resign nih."

*Takdelah cakap aku engkau, fiksyen semata.*

"Faiza 'azam ta, fa tawakkal 'alaLLah. And when you have decided, then put your trust in Him. Ali-Imran ayat 159, nanti balik try check study sket-sket moga dapat faham insyaAllah." Aku senyum.

Thank you Allah. Ni wasilah Kau bagi kawan tanya soalan camni sebab nak suh aku peringatkan diri sendiri jugak eh? Exactly.

So kau dah doa, dah berusaha dah berazam, tinggal lagi kau tawakkal jelah dengan Dia. Yang selebihnya, urusan Allah pulak nak jadikan lagu mana. Oke?

Pernah dulu zaman belajar kat satu Universiti nih, ada kakak ni pesan. Sebelum tidur solatlah istikharah. Sebab setiap langkah dalam kehidupan kita perlu kepada membuat keputusan. Jadi moganya takda satu pun yang di dalam pilihan kita sendiri. Semoga setiap masa Allah yang pandu.

Itulah antara hikmah belajar kat Universiti yang agak Islamik, aku yang agak jahil ni pun dapat jugak aura-aura bi'ah islamik. Alhamdulillah.

So kenapa aku berhenti kerja?

Well...nantilah tunggu next entry pulak tulis. Sebelum tu sila pulang dan basuh minda sedikit supaya tak terkejut sangat dengan sebab kenapa aku berhenti kerja.

Sekian.

24 November 2011

Bicara biar bermakna

"As, teman pergi cafe beli breakfast boleh?"

"Orait boleh, jom."

Hari-hari bawak je bekalan breakfast pi kerja. Almaklum sekarang ni ofis 12 minit je dari rumah if drive 120km/h. Ada house manager yang expert pulak jaga dengan kasih sayang sepenuhnya. Bahagia.

Sambil jalan dia tanya-tanya. As share satu cerita daripada hadis Qudsi. Btw ulama' hadis cakap hadis Qudsi ni ialah perkataan Nabi SAW yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya. Faham dak?

Dulu kala awal-awal penciptaan bumi, dia asyik bergoyang bergoncang. Malaikat pun risau. So diorang pun pi tanya kat Allah.

"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?"

"Kerana belum dipaku." JawabNya.

Pendek cerita Allah cakap nanti Dia akan paku bumi dengan gunung-ganang. Maka amanlah bumi daripada goncangan sejak itu. Bila dah siap gunung-ganang sebagai paku, malaikat pun tanya kat Allah,

"Adakah yang lebih kuat daripada paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dapat mencairkan besi."

"Adakah yang lebih kuat daripada besi?" Malaikat tanya lagi.

"Ada, yakni air yang memadamkan api."

"So Allah, ada lagikah yang lebih kuat daripada air?"

"Yup, yakni angin yang dapat meniup air ke mana sahaja."

"Tapi Ya Rab, ada lagi ke yang lebih kuat daripada semua ni?"

"Ada! Nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya dua itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT menjelaskan. :)

Hah dapat tak the idea? Time ter-lalu-kan diri dekat kaunter receptionist, depa tegur sembang apa. Ulang cerita semula pasal hadis Qudsi ni. Walaupun As bukan sekolah agama, bukan expert hatta bukan ustazah, namun tetap menjadi kewajipan untuk menyampaikan. As try merapu bernas based on apa pernah baca dan dengar sebelum ni. Allah nak bagi peringatan kat diri lah tuh. Telinga ni yang paling dekat dengan mulut yang bicara.

Pendek cerita takdir Allah tu di hujung usaha. Antara usahanya of course du'a sungguh-sungguh pada Allah! Du'a senjata mukmin paling the boom semua orang tau. Tapi tak semua orang beramal. Bila berdu'a kena banyak-banyak kali tak putus dan bersungguh-sungguh mintak. Yelah, if kita mintak dengan orang, nampak muka bersungguh baru orang lembut hati nak bagi. If main buat muka nak tak nak, orang pun akan tanya balik, kau ni nak ke tak nak?

Nak best lagi bangun malam tahajud bercinta dengan Allah. Mohonlah du'a di saat Allah turun untuk mengabulkan. Bangun tahajud lebih disukai Allah banding solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabi. So takyah susah-susah tunggu time dijemput buat umrah. Anytime, tiap malam boleh bodek Allah dengan tahajud.

Nape, syadid sangat pulak ke? Takdelah bro, ni semua yang Rasulullah SAW ajar dan ajak kita lakukan. Sepatutnya if tak buat tu yang macam ganjil sket. Ye dak?

Kena faham tanggungjawab menyampaikan tu milik semua muslim. Terus laju beri peringatan tentang kebesaran Allah walaupun kurang ilmu di dada macam sahabat-sahabat nabi di awal mereka memeluk Islam. Tatau apa jadi kat ummat if Nabi SAW dan sahabah tunggu sampai dah terer baru nak ajak pada Islam. Kita ni entah sempat ke tak masalahnya nak tunggu terer, tah mata ditutup tak bukak-bukak dah jap lagi. Usaha pun tatau kat mana. -_-

Para anbia', para sahabat, para tabi'in dan para ulama' tidak pernah mensiakan bekalan du'a. Sehingga segala sesuatu seolahnya cukup sempurna walau sangat perit daripada mata dunia. Sematlah yakin. Teringat IIUM song kat foundation centre dulu. Antara yang banyak mengubah jiwa.

"Let us come along and get together.
Affirm our faith in God and the Messenger.
Light the flame of love in him, warm and brighter.
Hold the rope, and trust in him forever."

Wallahua'lam.

11 November 2011

Memoir Raudhah. Sekeping warkah buat Kiniey.

Harapan padaMu subur kembali by As |||
Harapan padaMu subur kembali, a photo by As ||| on Flickr.

Kiniey,
Diri sahabat yang di sana sedang sibuk bekerja agaknya. Menyalur segugus pengalaman dan pengetahuan medikal pada kerja pejabat. Sudah selesai Maghrib awal waktu, inshaAllah As pasti. Kiniey yang akan kelam kabut di awal waktu seolahnya ada bersisa beberapa minit sahaja lagi.

Kiniey,
Dulu waktu sambil bersiap ke Al-Haram versi Madinah, tiba-tiba sesuatu terlintas di minda. Tak sempat fikir dah keluar sepatah-sepatah membentuk bicara.

"If Rasulullah ada lagi, susah tak nak jumpa agaknya?"

Sunyi.

Lau ka na bainana. Jika peribadi indah itu masih bernyawa.

Kiniey,
Dulu kala, jiwa ni masih blur. Raudhah, macam mana agaknya? Di sini ada waktu tertentu untuk wanita menziarahi Raudhah memandangkan tu kawasan solat lelaki.

Kawasan Raudhah tu antara mimbar dan maqam nabi (rumah nabi dan aishah), kawasan asal Masjid Nabawi. Keseluruhan masjid berkarpet merah kecuali kawasan Raudhah, hijau damai.

عن أبي سعيد الخذري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي هَذَا رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجِنَانِ

“Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun syurga.” [Musnad Ahmad bin Hanbal]

Kiniey,
Ramadhan dan Raudhah. As menanti di ruang masjid selama 3jam, sebelum berpeluang sujud di Raudhah. Mungkin 6 minit?

Sahabat yang bersama dalam kembara Madinah (sahabat2 yang baru dikenali), kata mereka, seram mereka melihat sujud As tatkala banyak kaki yang melangkah kepala. Sambil mereka berharap dan berdu'a moganya sekujur badan As ini, bangkit dari sujud tepat pada waktu. Tika segala langkahan telah reda. Diri sendiri sebenarnya tak berapa sedar.

Selain solat dan du'a, hati telah meletak azam mahu menziarahi makamnya Rasulullah s.a.w. Melihat mimbar, menjiwai tempatnya nabi menerima wahyu, menyampaikan khutbah dan juga di mana baginda bersolat hingga akhir hayatnya.

Kiniey,
Letaklah azam untuk menziarahi Rasulullah s.a.w, moganya kelak dapat kita pahala keazaman dan pahala ziarah betul-betul. Okey Kiniey? :)

Kiniey tahu kan Raudhah adalah Taman-taman syurga di mana inshaAllah termakbul du'a kita?

Moganya suatu hari nanti dapat kita melangkah sujud bersama di Raudhah. Hati diiring sebak. Moga dijemput dirimu menjadi tamunya Rasulullah s.a.w.

Amin Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Terakhir,
Jazakillah khairan kathir: atas pendakian perjalanan bersama-sama, pendidikan jiwa, perubahan fikrah - hampir masuk usia 10 tahun bersama. Arwah ayahanda pasti tersenyum bahagia, melihat jiwa tenang anakanda yang dikasihi, Noorsakini. Moganya menjadi wanita solehah sebaik perhiasan duniawi. Amin.

May Allah bless!

p/s: Kiniey, esok Sabtu, jom dating masuk ofis sama-sama :D

23 October 2011

Positive forever.

Jiwa dan hati ini sentiasa kagum pada ukhuwah dan semangat sahabat-sahabat di Aku HIV positif. Yes, they are HIV +ve, but they are +ve forever~!
Sedikit cebisan entri dedikasi buat empunya laman yang melaluinya Allah satukan hati-hati. Sama ada yang menerima nasib yang sama, atau sekadar singgah untuk membantu memberi sokongan tanpa putus. Sejujurnya hati ini kagum.

__________________________

Uncle,
Kala ummat manusia berasak keluar dari al-Haram pasca tarawikh, As cuba berjalan perlahan di sisi jalan melawan arus. Kaki yang kali pertamanya menjejak, sedikit terkejut dengan suasana lautan manusia yang padat dan hectic. Semua mereka bergerak pantas. Tua muda sihat sakit semua hampir sama.

Pada yang tua, pada yang sakit, As melihat kesungguhan, kekuatan dan kesabaran mereka menuju Tuhannya. As kagum.

Uncle,
entah jiwa ini terasa ingin bicara, terasa ingin menulis. Jua pada hati yang rindukan ketenangan al-Haram. Pada ujian saban hari yang Allah hadiahkan. Didoakan moga ketenangan yang Allah campakkan dalam hati-hati kita. Moga terus dilapangkan jiwa, menerima dengan besar hati segala keperitan.

Uncle,
As masih ingat lagi. Saat pertemuan dengan Dr. Iskandar Firzada. Pada hujungnya, diambil sekeping kertas lalu dicoret sebaris perkataan. Yang kemudiaannya diserah pada As.

"Try to read this link, it might be helpful to you too."

"Akuhivpositif.blogspot.com." As baca, sedikit tergagap. Menerima huluran kertas, dipandang 4 detik. Wajah ditala ke arah doktor, mungkin mahu mendengar butir bicara seterusnya.

"He's my patient."

Uncle,
sepertinya doktor merasa kuat melihat semangat kita, jua kita merasa kuat mendapat sokongan beliau. Peribadi indah, menyapa jiwa-jiwa yang sedang menanggung perit rasa. Bak angin salju sejuk lembut menyapa.

Uncle,
kesakitan ini, keperitan ini, ujian ini, semuanya dari Ilahi. As selalu terfikir, ikhlaskah hati menerima semua kerana Dia. Kuatkah jiwa, tabahkah, sabarkah, hidup bersama penyakit yang dikurniakan Dia yang kita cinta. Untuk mengaku cinta as sendiri masih risau. Benarkah apa yang terlafaz?

Seperti mana si sakit yang berusaha bersungguh2 melangkah penuh payah ke al-Haram, cukup bersungguh kah kita seperti mereka. Atau kita lebih banyak merungut menanggung beban kesakitan?

Uncle
Badan ini yang semakin worsen keadaannya, berkadar tua tidak seperti umurnya, ada hari-hari As akui as merasa gundah. Jika sekarang keadaan sudah sepertinya usia 50 tahun, bagaimana 5-10 tahun akan datang untuk As hadapi semua ini. Apatah lagi kadar pemikiran As yang semakin slowing-down akibat 'brain fog'. Jujur as katakan, prestasi kerja as makin menurun. Kadar pemikiran, ingatan, carelessness...entah..

Kekadang As rasa semua ini lebih kepada bisikan syaitan. Ada masa As rasa ini suara hati yang banyak memendam keadaan. Entah.

Uncle,
kita semua ini, terlalu kuat nampak di luaran. Terlalu tabah kelihatan. Tapi hati yang dalam ini, siapakah yang menyelam untuk melihat rapuhnya yang hampir berderai. Hanya Allah. Dia yang mencipta tiap hamba, yang memberi segala keadaan, yang lebih memahami derita di jiwa.

Apakah yang lebih besar selain kebersamaanNya dengan kita?

Ini sahaja kekuatan As untuk terus bersabar, dan meneruskan kehidupan sepertinya manusia normal. Yup, as kelihatan sangat normal. Hanya terlihat kelemahan bagi mereka yang mahu 'melihat'.

Uncle
Manusia, seorang hamba. Banyaknya merayu dalam doa. Banyaknya meminta di depan Baitullah. Baru As terasa dan makin sedar, banyak yang kita pohon tidak Dia kabulkan, tetapi apa yang tidak diminta pula hadir sama ada menceria atau mengguris jiwa. Itulah indahnya aturan Allah. Diberi sesuatu yang lebih baik daripada permintaan hamba, sama ada perkara yang kita suka atau tidak.

Tiada kompromi. Hanya nya seorang hamba yang mengikut darah muda, senantiasa tidak mahu memahami takdirnya Sang Pencipta. Seperti mana anak-anak yang tidak pernah kan faham hati ibu dan ayah. Yes, speaking the truth.

Walau perit, walau terlalu sakit dan payah, namun jika itu aturanNya, jika itu dalam redhaNya, mahukah kita menolak?

As masih tertanya pada diri. Naik dan turunnya iman.

Uncle
Ramai yang tidak mampu menerima kelemahan diri seorang pesakit kronik. As faham dan cuba menerima. Hatinya seorang manusia yang lemah serba serbi, itulah As.

As hargai nasihat dan pesanan salah seorang sahabat walaupun namanya agak unik, Anonymous One, AO. Pesanan indah. As percaya ia datang dari jiwa yang telus.

Sahabat, pandanglah ujian ini sebagai kifarah dan rahmat Allah kepada kita lalu titipkan rasa syukur terhadap rahmat Allah yang lain. Insyallah kebahagiaan itu akan dapat kita rasakan, walaupun kebahagian itu kecil di mata sahabat-sahabat kita yang lain namun besar buat kita.. Insyallah.

Pandanglah dunia ini hanya sementara dan pinjaman, lalu kehidupan akhirat merupakan sebuah kehidupan yang abadi, lantas jika kita merasa sedikit kekurangan berbanding yang lain insyallah hati kita merasa sedikit tenang walaupun hanya beroleh sedikit kebahagiaan.

Berjalan di bumi Allah di bawah lindungan keyakinan terhadap pencipta kita, berbahagialah kita dengan hati milikNYA. Isyaallah..
Uncle,
indah kan? Entah bahagian mana, cuma hati ini terasa damai membaca. Sedamai tika mata memandang Baitullah.

Entri ini entah apa-apa, as cuma harap ada sedikit simpanan untuk saham akhirat. As dedikasi khas untuk sahabat-sahabat di laman uncle. Semua sekali. As teringin nak tepuk bahu setiap kalian dan ucap tahniah. Kalian yang membaca pasti faham betapa kita sangat memerlukan sokongan antara satu sama lain. Mungkin ada mata-mata yang mengatakan kita terlalu meletak emosi. Tapi hanyasanya yang merasa akan memahami, dan mengerti tentang besarnya makna sebuah sokongan dan peringatan.

Uncle,
As harap tersampai lah pesanan As ini di angin lalu. Betapa As mengharapkan buat yang sedang kesakitan moga terus kuat bertahan. Buat yang bertarung fizikal dan emosi pada stigma manusia moga diberi jiwa yang kental pada ujian, dan lembut padaNya. Buat sahabat2 yang diberi ujian kesakitan sebagai kafarah dosa.....

Allah sayang kamu, pasti.

As bersyukur diberi peluang mengenali kalian yang berjiwa hebat, walau kalian bukan siapa2 di mata manusia. Walau entah bagaimana rupanya, walau manusia pandang penuh stigma, namun harapnya kita hebat di sisiNya. Ameen ameen.

Uncle,
terlalu banyak bicara. Dalam kesakitan, pasti kekuatan untuk menulis itu hanya dariNya. Mohon undur diri meletak diri dengan aman di dalam laut kesakitan, moga hati terus cekal, kuat dan tabah. Yup, yes, we can!
Pada keadaan diri yang makin merosot kadar kesihatan dan fungsi badan, moga ada yang sudi hadir memberi sokongan padu tiap masa. Menerima keadaan diri. Bukan senang kan?
Jua buat sahabat yang memahami, yang banyak memberi dalam nyata atau tidak, tanpa peduli jarak. Hanya Allah yang mampu membalas.


As sangat suka tagline di blog Alia Haryanie, the one who kneels to Allah can stand up for anything. As doakan akak terus terus menjadi superwoman iron lady. Yes, you can. :)

Uncle
tinggal dulu. Jumpa lagi. Andai masih diberi rezeki usia, kekuatan dan masa..


11 October 2011

pasca

"Kenapa tak angkat kol Ibu." - Ibu

"Ambik MC la suara macam tu." - Kawan kerja.

"Are you really2 okay? Please don't force yourself." - Bos

"Haih lepas konvo terus takde suara. Menjerit ke?" - Rakan kerja


Alhamdulillah 'ala kulli hal. As ni susah nak hilang suara sebab infection. Jarang amat. Teringat kesah waktu dulu di sini - why people temporarily lost their voice.

I'm still trying to make my job done. Still trying to be there in the office. Still communicating with my colleagues pasal kerja. Bukan maknanya terlebih rajin still kerja time tak sihat. Cuma kesian sahabat2 lain kat ofis jika As MC. Plus, everyday of my life, is like the time when you're having flu. That's what we-FMS, feel everyday. So demam ni small matter inshaAllah. Since hari-hari in pain all over the body. If not hari-hari la MC. :)

I'm a big girl now. I just have my convo ceremony last Saturday, alhamdulillah. Convo for me is mainly just for my parents, jugak to celebrate with friends and most important, those whom I love meet each other during the day!

Been working for 4 months and half have given me the feeling of nothing-ness regarding convo. Saya paling merasa graduated selepas peperiksaan terakhir semester terakhir. Tika itu lidah hanya mampu melagukan ar-rahman sambil airmata berjatuhan. Mengenang nikmat Tuhan, membawa As melalui segala keperitan untuk menamatkan sebuah perjalanan sementara. Thanks Allah for bringing me through!


Minggu lepas banyak hari bekerja hingga lewat malam. Perubahan cuaca sejuk panas, jadilah badan panas. Kemudian semua beransur kurang. Tiba-tiba sahaja suara comel yang sihat di dalam dewan majlis konvo, berubah menjadi serak selepas keluar dewan. *saya tidak menjerit okeh*

Allah k.i.v sampai habis konvo :)

Sekadar sedikit pertambahan kepada cubaan yang lebih besar. Yes, you can :)

24 September 2011

Seorang wanita

Hasil foto usai peperiksaan paling akhir dalam sejarah ijazah muda


Entah, entri kali ini mungkin berbaur luahan seorang wanita itu. Andai ramai yang membaca, mungkin sisi-sisi tepi kehidupan dapat dilihat dengan minda yang lebih terbuka.

Aku sebagai wanita, orang sekeliling tidak akan bertanya tentang sumbangan aku pada masyarakat. Persoalannya lebih berkisar pada jodoh dan perkahwinan.

Sewaktu sedang belajar persoalan lebih kepada seputar perkara akademik. Baikkah atau bagaimana? Jika baik maka mereka tumpang gembira. Bila sudah habis belajar, soalannya sudah bekerja kah? Jika bekerja jurusan berbeza daripada kursus yang diambil, orang akan kata, kenapa ambil kursus yang susah dapat kerja?! Bila sudah kerja, orang akan tanya bila mahu kahwin?

Tapi soalannya takkan habis di situ. Kemudian isunya masuk perkara anak pula. Soalannya takkan pernah habis. Ramai manusia jadikan jawapan "sudah" sebagai kayu ukur kejayaan sebuah kehidupan seorang wanita itu.

Manusia, seringkali memandang pada hasilnya. Dan Allah memandang hanya pada usaha. Ada orang usaha sedikit tetapi dapat lebih. Ada orang usaha kuat habis upaya namun hasil tetap setakat cukup makan. Itulah indahnya pandangan Ilahi. Dan manusia akan terus dengan padangan mereka pada hasil, dan juga anugerah2 peringkat keduniaan yang seseorang itu sandang.

Berkisar tentang jodoh, usia aku masuk arena kemuncak pertanyaan dan suruhan untuk berkahwin. Normal. Cumanya seikhlas hati aku katakan, mahu petik calon sesuka hati bukan semudah memetik cili di tangkai. Dan masak spagetti jauh lebih mudah.

Apatah lagi dengan keadaan aku yang begini. Yup begini. Chronic pain yang jika aku sebut ramai akan ternganga apakah alien yang aku sebutkan tu. Yes, kalau rajin sila google Fibromyalgia. Kesakitan sepanjang masa di semua tempat serta emosi yang selalunya tidak stabil. Memang penat weh jika orang tu nak jaga aku dan ada di sisi tiap masa. Penat tengok aku. Which sepatutnya menjadi penyejuk mata pendamai hati. Yes, tiada siapa yang sanggup untuk me-mampu-kan diri.

Sukar nak cakap, tapi untuk memudahkan cerita supaya orang faham, aku akui aku setuju dengan kata-kata kamu. Seperti yang kamu harapkan, aku juga inginkan seseorang yang boleh bersama memikul beban kesakitan yang aku lalui tiap hari, seseorang yang boleh aku berkongsi derita, seseorang yang boleh memberi bahu menadah tangisan kesakitan aku saban waktu.

Memang mudah dan indah jika nak cakap, "mesti ada punya seseorang yang akan tahan semua ni dengan kamu". "Bila kahwin nanti akan lain, dia akan support kamu sepenuhnya tiap masa". Dan pelbagai lagi ayat2 indah. Indah. Imaginasi manusia memang hanya mahukan yang indah2 belaka.

Tahukah kamu bagaimana teruknya kesakitanku tiap saat dan tika? Tahukah kamu bagaimana emosi boleh bertukar deria? Seringkali waktu aku kesakitan dan kemurungan, sahabat2 terpaksa menarik aku kemas dalam dakapan hangat meredakan kepiluan dan kekusutan di jiwa. Dan biasanya tangisan aku akan terhambur di bahu mereka. Yup, aku menulis dengan birai mata menakung air, jiwa menahan sebak.

Kerna itu aku sentiasa berfikir, manusia, sejauh manakah mampu bertahan dengan emosiku yang selalu tak stabil. Manusia, sekuat manakah dia akan bertahan untuk menjaga seorang yang sentiasa kesakitan. Pasti ada masanya turut sama melenting dan meluah rasa perit menjaga seorang pesakit. Apatah lagi jika impian dan harapannya pada sebuah perkahwinan adalah yang indah dan mahukan seorang pendamping yang mampu memberi segala keperluan jiwa.

Tidak bermakna aku katakan mereka tidak baik. Dan tidak bermakna aku sahaja yang betul. Cumanya menjaga isteri yang sakit juga adalah ujian besar buatnya. Pasti dia akan jatuh jua pada kemuncak kepenatan. Penat emosi mungkin. Kerana fitrah kita ini yang cenderung untuk jadi begitu. Fitrah. Bukan salah seorang suami itu. Ia hanya fitrah.

Sahabat2 ku sudah masuk ke era pelepasan mungkin. Setelah perjalanan meraih sebuah ijazah sarjana muda berakhir. Maka berakhir jua kepenatan emosi mereka melihat diriku yang sentiasa kesakitan. Berakhir jua kepenatan pada sebuah penjagaan yang hampir sempurna buat sahabat yang sakit. Seriyes, aku selalunya untuk menjaga diri pun masih fail akibat kesakitan ini.

Jadi sejujurnya, aku tidak mahu menambah beban buat seseorang. Seseorang yang akan terpaksa menghadap diriku hampir tiap masa. Aku tidak mahu menyukarkan kehidupan seorang dia. Kerna apa yang dia damba selayaknya ada pada wanita-wanita yang jauh lebih baik. Yang tidak punyai sakit kronik sebelum perkahwinan. Jika sihat di awal perkahwinan, sayang dan cinta boleh meresap. Kemudiaanya waktu sakit, hati lebih terbuka untuk menjaga, kerana sayang yang beraja. Aku kira tidak mampu seketul hati itu untuk tiba-tiba menjaga isteri sakit yang baru hendak dikenali hati budinya. Boleh jadi anjakan paradigma begitu. Terkejut juga.

Aku sebenarnya sudah penat mahu menerangkan. Maka kamu baca sahajalah di sini. Mungkin kamu ada fahaman dan pendirian kamu, bahawa ia akan jadi yang indah-indah sahaja pasca perkahwinan buat seorang wanita yang sakit kronik sepertiku. Itu fikir imaginasi kamu. Bagaimana dengan logiknya?

Terima kasih atas segala perhatian daripada kamu atas kesakitan dan perlunya pada sebuah perkahwinan aku.

Demikian hidup ini adalah tautan daripada segala rasa. Tapi percayalah kesakitan yang diberi adalah kerna dia mahu kita sentiasa mengingatiNya. Dia mahu kita sentiasa merasa perlu kepadaNya..

Sepertinya perjuangan itu takkan berakhir, hingga kedua tapak kaki kita menginjak ke syurga..
Mahu ku singkap tabir hatiku yang kelabu, moganya ada ruang untuk cahayaMu!


p/s: Bila sudah habis ijazah muda, soalan seterusnya, bila mahu sambung belajar? -__- manusia...takkan habis.