Dulu pernah aku bersembang dengan salah seorang penulis buku ini. Bila aku menyebut tentang doa awal tahun dan akhir tahun, katanya tidak pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Dan aku selalu terbaca ada pelbagai fadhilat-fadhilat bacaan doa tersebut.
Selalunya mentaliti rakyat Malaysia mengamalkan doa tersebut kerana fadhilatnya. Aku kurang setuju. Ini pendapat aku.
Kamu boleh review this site untuk penjelasan lanjut, salah satunya yang ada. Boleh jugak check tempat lain. Tolong bagitahu aku jika kamu tahu ya.
Walaupun bila disemak, tiada dalam kitab-kitab dan sebagainya. Bagus juga jika diterapkan dalam kepala ummat Islam di Malaysia tentang doa tersebut, atau terapkan pergi berdoa beramai-ramai di masjid. Antara baiknya:
- Semua orang akan tahu kita akan beralih ke tahun Hijrah yang baru
- Bagi yang jarang ke masjid/surau dalam setahun, sekurang-kurangnya permergian mereka ke masjid pada petang 1 Muharam untuk baca doa awal dan akhir tahun dapat menambah bilangan kali mereka ke masjid bagi setiap tahun
Cuma tulah, macam agak sedih dengan mentaliti ummat Islam (malaysia la aku fokus neh) bahawa dengan membaca doa tu dapat fadhilat-fadhilat tertentu dan menyabitkan amalan ini dengan Rasulullah s.a.w.
Walau bagaimana pun, pada pendapat aku, aku galakkan je kalian berdoa. Berdoa lah apa sahaja yang baik, yang terlintas dalam diri kamu, dan tak perlu terikat pada doa tertentu. Lainlah jika kamu rasa lebih senang baca doa tersebut, macam agak complete sket atau lebih baik dari ayat-ayat doa kamu. Terpulang apa yang kamu fikir terbaik.
Memang bagus je duduk di masjid pada petang tahun baru hijrah, berjemaah solat. Harap-harapnya kekal pada hari-hari lain jugak berjemaah dan tidak hanya pada hari-hari tertentu. InshaAllah. Boleh kan? Itu lebih baik aku rasa. :D
Pernah aku cerita pasal doa di sini, berdoa tiap tika dan saat di mana-mana sahaja.
p/s: harap sangat kamu review site ini untuk penerangan yang jelas :D
SALAM MAAL HIJRAH 1430H
Tag: Ini Pendapat Aku
15 comments:
pointnya sangat jelas, tapi harap nya mereka2 yang ade mentaliti yang rigid itu dalam menerimanya, sebab susah nak ubah mentaliti orang yang dah melekat dengan amalan yang sudah dianggap "bagus dan betul" sejak daripada kecil @ sejak dahulu lagi.
:)
Ana setuju pendapat nt as. Kita tidak boleh diskriminasi dalam beribadah..
ape yg saye leh katekan...
betol3...huu
As, realiti yg blaku mmg da kita nmpk.
Epah ada jwpnnya... Nnt epah akn wat satu entri khas utk bnda ni.
p/s:"Perubahan mentaliti" itu suatu kemestian..
isu bid'ah2 ni mmg susah kalau nk dibincangkan..lg2 kalau dgn org tua2 yg degil n xmau trima yg apa diorg practice 2 mungkin salah...
hmmm...i got my next entry =D
dear szakif
phrase "bagus dan betul" itu mengancam ok. Tepat tuk jelaskan keadaan :D
part yang rigid tu memang pening jugak pk nak wat camne
***
Dear mutiara bd
hah, tepat jugak word 'diskriminasi' ituh. :D
***
dear jennyto
ok jenny kenny jadi upin dan ipin ye
***
dear 3p4ah
'perubahan mentaliti'
ok menarik tuk wat entry :P
***
dear Master J
haiyak, direct die cakap..hehe
ok as tunggu entry kamu ye :P
farah enh terpikir gk pasal ni. btw thanks sbb wujudkan entri ni ;)
salam maal hijrah 1430
Salam maal hijrah 1430 ye as.
perkara macam ni memang susah nak diterangkan pada orang ramai, apatah lagi pada mak ayah & adik beradik kita. nanti dikata belajar ajaran sesat kat universiti pulak, hehe.
Yang penting, kesabaran & jangan mudah melenting =)
dear farah
my pleasure :)
***
dear shafiqrahman
part deviant teaching tu memang takleh tolong, abang, people tend to say that.
kena berlapang dada ah :D
pendekatan yang sangat lemah lembut dan diharapkan mampu menarik orang awam ke arah terbuka menghayati amalan berdasarkan Sunnah Nabi.
ok point aku dengan master j, cuma dianya ayat lebih power dan direct. heh
ada yang hanya ingat taun hijrah bila masuk awal Muharram...
"oooo...dah 1430 rupenye.."
dear fizi
kalau golongan muda inshaAllah mudah nak terima..
dan mereka nilah penting untuk akan datang supaya tak bawak mentaliti sama
***
dear szakif
bukan korang adek beradek ke? kepala pun sama aaa kan :P
***
dear candlesky
tu pun naseb bek tahu 1430H..kalau tatau dah tahun mana dah, lagi haru :D
kami memang adek beradek tapi dia kekurangan zat. kesian~ :P
salam
alhamdulillah,
nice words.
thanks for perkongsian.
wakil bait al-isra :)
Post a Comment