5 December 2008

Nota ini mahal harganya bagi aku, tentang cinta hidupku.

pesan: Jika kamu sedang terburu-buru sekarang, aku nasihatkan supaya kau pergi dan kembali semula ke sini apabila kau ada masa untuk membaca.

Iklan: Buatmu sahabat lama yang setia di sisi, salam ulang tahun kelahiran ke 21.

header: maaf teman jika nota kali ini berunsurkan emosi, aku baru pulang ke rumah dari day care hospital, menerima beberapa suntikan pada bekas jahitan surgery. Dua hari lepas aku mula boleh tersenyum kerana kesakitan bekas suntikan jumaat lepas sudah beransur reda. Tapi hari ini kegembiraan itu padam, aku kembali terlantar kesakitan.

Malam ini aku terasa hendak memartabatkan bahasa kebangsaan. Demi rindu, aku ingin menulis. Beberapa hari ini mata aku melekat di kaca TV menyaksikan berita jemaah haji di Makkah. Beberapa hari ini hati aku penuh airmata mendengar laungan lambaian Kaabah.

"Oh my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You, here I am.
Truly, the praise and the provisions are Yours
also the dominion and sovereignity.
There is no partner with You!"

Aku alih maksudnya kepada bahasa penjajah, kerana aku yakin bahasa penjajah lebih touching maknanya.

Yup, hati dan mataku menangis mendengarkan laungan itu. Satu, kerana aku rindukan baitul atiq. Dua, kerana aku rindukan Mak. Mari aku terangkan siapa emak dan serba sedikit mengenai keluarga aku. Aku kira ia agak mahal untuk dikongsi.

Mak yang selalu aku sebut pada nota-nota yang lepas adalah ibu saudaraku. Aku panggil Mak kerana kasih dan sayang aku padanya sama dengan nilai kasih aku pada ibu kandung sendiri. Langsung tiada beda. Ibu mempunyai 3 anak. Mak juga begitu. Hubungan kami berenam sangat rapat bagaikan adik beradik kandung sejak lahir lagi.

Anak-anak Mak: Abang Pu, akak dan Abang sir
Anak-anak Ibu: Abang, aku dan adik

Dikisahkan akhir tahun 2001 hati Mak berkecai tika ujian biopsy dijalankan kerana hatinya terlalu fragile. Mak tiba-tiba disahkan menghidap barah hati peringkat akhir. Kebetulan tika itu akak jatuh tangga dan retak tulang buku lali.

Hari-hari berlalu dengan Mak di ICU dan akak di wad. Hari-hari aku berendam airmata melihat Mak yang tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Hari-hari berlalu dengan rasa cemas di hati. Hari-hari berlalu dengan kami gundah jika ada berita buruk yang bakal dikhabarkan. Aku menahan airmata daripada semua. Aku bertahan. Hanya menangis bila keseorangan. Namun ku kira aku tidak tahan lagi apabila airmata terlerai jua di hadapan mereka. Apatah lagi kesedihan akak yang tidak terdaya menjenguk Mak walau sekalipun tika itu.

Masa itu aku bersekolah sesi petang. Setiap hari aku akan minta pulang awal untuk ke hospital yang jaraknya sejam setengah dari rumah. Aku akan berada di sana sepanjang malam, kemudian pulang ke rumah Mak untuk tidur. Jam 4am keesokkannya sebelum pulang ke rumah Ibu, aku akan pergi ke hospital menjenguk akak. Bayangkan diri aku yang masih di menengah rendah meredah kegelapan malam di hospital untuk bertemu akak di awal pagi sebelum Subuh. Itulah rutin harian aku selama beberapa minggu.

Mak kemudian dipindahkan ke wad pemerhatian selepas keadaannya agak stabil. Namun tidak lama apabila Mak tiba-tiba tenat dan doktor memanggil kami semua berjumpa Mak sebelum surgery dijalankan. Peluang untuk hidup hanyalah 10%, namun kami memilih untuk berikhtiar. Abang berusaha bersusah-payah membawa kakak turun bertemu Mak, dan hati aku runtun melihat abang dan kakak menangis di luar bilik pembedahan. Tika itu kaki kakak masih bersimen.

Alhamdulillah pembedahan berjaya. Mak berjaya distabilkan. Kemudian aku bergelut dengan peperiksaan akhir dalam emosi yang berganti-ganti. Dua tahun di awal menengah rendah, tiap kali peperiksaan, sama ada aku di tempat pertama atau kedua. Namun cuti akhir tahun tika itu penuh dengan duka. Bukan hanya duka untuk Mak, jua duka kerana aku jatuh ke tempat ke7. Jauh sekali untuk tergolong dalam star sekolah untuk peringkat negeri.

Cuti aku habiskan dengan menjaga kakak. Dan apabila doktor minta bawa pulang Mak kerana tiada harapan lagi, Ibu minta kakak dan Mak duduk bersama di rumah kami. Tika itulah Mak perlahan-lahan bangkit semula dan kakak mula berjalan. Kakak agak kesal kerana langsung tak berkesempatan menjaga Mak kerana dirinya jua tidak berdaya. Mak sedikit berubah perwatakan kerana terlalu banyak darahnya diganti darah orang lain. I still wonder why..

Kakak ambil keputusan untuk bawa Mak menunaikan haji tahun 2002 yang jatuh pada bulan Februari. Mungkin rezeki mereka, dengan keputusan dalam masa yang singkat itu, Allah sediakan kekosongan tempat buat mereka.Tarikh peperiksaan akhir, tahun pertama Master akak adalah pada 14 Februari, namun akak memilih untuk berhenti belajar kerana tarikh itu bertindan dengan tarikh penerbangan ke Makkah.

Malam sebelum Mak berangkat ke tanah suci, Mak pesan pada Ibu. Kini Ibu ada 6 orang anak, bukan lagi tiga. Kasih sayang Ibu untuk 6 orang, bukan lagi tiga. Susah senang, kami berenam. Suka duka, kami berenam. Mak pesan untuk jaga kami berenam sesungguh hati. Aku ingat kami hantar Mak pergi dengan dia masih di kerusi roda dan kakak masih terhincut-hincut dengan tongkat. Mak pesan minta aku belajar bersungguh-sungguh. Aku hanya minta Mak doakan untuk PMR aku. Mak nak tengok aku dapat penuh 8A, itu harapan dia.

(agak lama aku berhenti di rangkap ini mengambil kekuatan untuk menyambung cerita. setiap bait membawa airmata...)

Kakak dan Mak pergi dengan haji ifrad, menunaikan haji terlebih dahulu diikuti dengan umrah. Tiga hari mereka di sana, Mak kepingin makan laksa. Itulah kali terakhir Mak makan sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar King Faisal, Jeddah. Kami hanya boleh mendoakan yang terbaik buat Mak, dari jauh.

Hari ke5 Mak dan kakak di Makkah. Hari ke3 Mak di hospital. Kami sudah berkira-kira terpaksa menggunakan ambulan untuk membawa Mak melaksanakan ibadat wuquf. Hari itu, 6 Zulhijjah 1422H, kakak pergi melawat Mak di hospital. Tika di lift kakak berselisih dengan ustaz yang menjaga urusan haji kumpulan mereka. Ustaz tersenyum dan kakak bertanya bagaimana keadaan Mak.

"Takpelah, naiklah dulu tengok ye." Ustaz berkata lembut.

Kakak naik ke wad. Sampai di wad, kakak hairan kenapa katil Mak sudah siap dikemas cantik dan Mak tiada di situ. Rupa-rupanya Mak telah meninggal dunia beberapa jam yang lepas dan tiada siapa yang memberitahu kakak. Mak meninggal kira-kira jam 3.30pm waktu Malaysia, 19 Februari 2002, tika aku bergelut untuk pingat emas acara lompat tinggi bawah 15 tahun.

Dan aku berjaya dengan pingat emas, beserta rekod baru. Tapi apalah erti semua itu apabila Ibu mengkhabarkan berita pemergian emak selepas aku pulang. Aku terduduk..aku tidak mengerti perasaan aku saat itu. Aku serasa tidak percaya akan pemergian dia. Airmata entah hilang ke mana. Solat ghaib aku lakukan. Masih dalam tidak percaya kerana aku tidak melihat jenazah Mak di depanku. Aku blur..kekosongan..

Aku hanya mendengar dari jauh Ibu berbicara dengan kakak. Aku blur. Kasih aku pada Mak setara kasih aku pada Ibu. Aku kehilangan Mak, aku masih di awangan. Jenazah Mak disolatkan di Masjidil Haram, jutaan manusia turut serta bersolat jenazah hinggakan kakak hanya sempat menyelit di hujung luar masjid.

Eidul-adha tiba. Cerita Ibu, aku dilahirkan pagi 10 Zulhijjah, aku berbesar hati untuk itu, mungkin aku dilahirkan untuk berkorban...sekadar simbolik..

Pagi eidul-adha itu kami menunggu panggilan kakak. Suaranya biasa-biasa bercerita, namun akhirnya sebak kedengaran. Kakak meredah lautan manusia mengelilingi Kaabah dengan kaki yang masih terhincut-hincut, bersama berat beban kesedihan di jiwa, kehilangan Mak. Dan tanpa keluarga di sisi saat kesedihan terbesar menimpa.

Selepas lebih kurang 40 hari, kakak pulang. Ibu minta kakak tidak berlama di sana jika jiwanya tidak dapat bertahan. Aku tunggu kakak di lapangan terbang. Lama. Aku menunggu awal pagi itu jam 4am. Akhirnya aku nampak kelibat kakak keluar. Dia berjalan laju, menuju kami. Aku hulurkan tangan, kakak paut badanku, dipeluk erat dan airmatanya terlerai di bahu aku. Lama. Aku tahu sudah lama dia pendamkan airmata, sudah lama dia nantikan bahu ahli keluarga untuk menampung dirinya, sudah lama dia keseorangan menahan beban di jiwa.

Kakak, kau tabah!

aku menumpul kekuatan jiwa menaip rangkap-rangkap di atas. Mungkin Mak bukan ibu kandungku, mungkin kakak bukan kakak kandungku, namun kasih di hati hanya Tuhan mengerti. Kasih Mak berbekas di jiwa hingga kini, kelembutan yang tiada tandingnya. Aku hargai Mak, sama seperti aku hargai Ibu. Aku sayangi abang-abang, kakak dan adik, sama rata.

Dan tika itu mungkin dalam sejarah, aku di tempat berbelas-belas dalam peperiksaan awal tahun. Prestasi aku merudum. Jiwa aku runtun. Untuk menghidupkan kembali semangat tika itu, aku terasa gagalnya aku.

8A PMR aku tidak terasa apa tanpa Mak, namun aku hadiahkan itu untuk Ibu dan ayah tercinta. Pemergian aku ke sekolah berasrama penuh kemudiannya tanpa ditemani abang dan kakak, mereka di Makkah tika itu. Tahun-tahun yang berlalu, umrah dan haji, eidul-fitri dan eidul-adha, mereka penuhi untuk ziarahi Mak. Tinggal aku dan adik yang masih belum menatap kuburan Mak. Kerana itu hingga hari ini aku masih terasa belaian lembut kasih Mak, serasa dia masih hidup disampingku. Segala kenangan begitu segar, dan aku sentiasa terfikir andai Mak masih di sini, di sisi.

Hari-hari aku dibayangi Mak, lembut tutur kata yang tidak pernah memarahi kami, tulus hati mencintai kami, aku rasa kasih aku tidak mampu membayar segala itu! Jua untuk Ibu, yang sepenuh jiwa hanya dipenuhi cinta buat ayah dan kami ber6. Ibu tempat luahan masalah, tempat berendam airmata, tempat mengadu duka, segala-galanya. Aku tidak kisah berkongsi kasih Ibu, seperti mana mereka tidak berkira akan kasih Mak pada aku waktu dulu.

Setiap manusia punyai cerita, punyai kehidupan berbeza. Aku tidak gemar dibanding-bandingkan jalanan kehidupan sesama manusia, kerna aku percaya setiap dari kita punyai cerita suka duka berbeza. Segalanya sekadar ujian di dunia sementara atas matlamat yang satu, iaitu pengabdian dalam jalanan kembali padaNya.

Ini takdirku, dan kamu jua punya takdirmu. Walau mungkin sama, atau berbeda, semuanya adalah SATU, yakni ujian dariNya. Ringan atau berat, bukan lagi persoalan, tapi apa yang dikira, bagaimana kau dan aku belajar untuk redha dan bersyukur. Tidak Allah timpakan sesuatu melebihi kemampuan kau dan aku.

Andai kamu berjaya membaca nota ini dari awal hingga akhir tanpa meninggalkan sebaris pun, aku kagum akan ketabahanmu. Anggaplah kau tergolong dalam mereka yang bertuah, kerana cerita ini sangat mahal bagiku. Dan aku percaya kau jua punyai cerita-cerita mahal dalam hidup. Dari aku ini sekadar coretan perkongsian kecil untuk sama-sama iktibarkan.

Ingat ini temanku pesan dariku, fitrah dirimu adalah manusia tabah yang redha dan bersyukur dengan ketentuanNya. Maka andai jiwamu tersasar walau sedikitpun dari fitrah ini, kau akan lesu! Mari kembalikan kekuatan jiwa kita, teman.

Ingat, kau manusia tabah, dan aku kagum punyai teman seperti kau!

18 comments:

Anonymous said...

subhanallah as... air mata diya tak berhenti mengalir [bermula dari ayat - kakak, kau tabah!]. luluh hati diya baca [tanpa tertinggal satu perkataan pun]... :(

skrg, diya rs diya dh dpt jawapan dari mana dtgnya ketabahan yg as miliki slama ni... u make me proud, as... :)

anyway, thanks 4 sharing this. sangat mahal juga bg diya ;)

Anonymous said...

alfatihah utk mak...

izzati.abdullah said...

salam dearie..

saya terlupa akan besday sahabat itu..huhu..

smoga kamu terus tabah sahabat..
nk jumpa n gi jalan2 lagi..

izzahismail said...

i read word by word.
death is inevitable.and we the one who still alive have to move on. it's good that you move on and ponder on things that happened.

ujian buat kita tabah.despite what kind of test it is.

i glad i read this :)

loOkinoomz said...

Sy ske bce entry akak.. =)

Jepah said...

rindu pada ka'abah.. ntah masih ade pluang atau x utk jepah ke sana...

org sakit, mmg akan berubah "perangai"... like my late father...
but the change not longer... =)

jepah tau as mmg seorang yg tabah... keep it up.. =)

Amin Mansor said...

sorry as, as pg same jgk ke g umrah & haji? ada kekeliruan...

Unknown said...

As, sesungguhnya aku kagum dengan perjalanan hidupmu.

As said...

Dear Diya,
tabah sungguh diya menghabiskan pembacaan :D sharing is caring.
syukron atas do'a..as pun tatau lah mana as dapat ketabahan tuh, inherited kot :P haha

***

dear zaty,
sampai hati kamu lupa harilahir beliau..dush3 hehe :)
boleh je nak pegi jalan2, make sure u give us ur time ah! :P

***

dear izzah,
great that u give us the conclusion. Actually that is the conclusion i wanted to make for us to grab it. People come and goes, but we need to move on. Kau dan Aku. ;)

***

Dear lookinoomz,
hu susah nak eja. :D
adik ex-mozac ke dulu?
thanks singgah

***

Dear Jep,
inshaAllah andai diizinkan Dia, Jep sampai ke sana :)

***

Dear Amin,
tulah amin, diorang semua dah pergi, as and adik je belum sempat pergi :D

***

Dear szakif,
aku juga kagum dengan hidupmu :P

Asyima Binti Dollah said...

salam singgah..
sgt2 meruntun hati nurani sy..
berat beban di bahu sy,sy fikir sy sudah sgt kuat & tabah..saudari lebih lg..semoga kekuatan sentiasa di jiwa2 kita..
assalam=)

madziani said...

Salam...
Alhamdulillah.selesai juga membaca entri kali ni.Sebak.
Awak tabah.Harap dapat jadi tabah gak.

Jika air mata adalah beban,jadikan senyum sebagai penawarnya.

Harapnya awak bertambah baik dan sihat kembali.

neem said...

-> Aku hanya mendengar dari jauh Ibu berbicara dengan kakak. Aku blur. Kasih aku pada Mak setara kasih aku pada Ibu. Aku kehilangan Mak, aku masih di awangan. Jenazah Mak disolatkan di Masjidil Haram, jutaan manusia turut serta bersolat jenazah hinggakan kakak hanya sempat menyelit di hujung luar masjid.

air mata neem mengalir. mengalir lagi..

di masjidil haram, rata2 jemaah akan berdiri dan menunaikan solat jenazah. Tabah, akak! neem faham..akak rasa macam mana. biarlah sama2 kita tabah. alhamdulillah kerana Dia uji kita. jadikan kita sbg org yg lebih bersyukur. masih ramai yg lalai, tak diingatkan. bersyukur lah byk!

al-fatihah utk mak..dan seluruh umat islam! al-Fatihah!

tabah kak as!!

Jepah said...

da pernah smpai sana as... tp, nk gi lg... seronok sgt...

As said...

Dear asyima,
beban saya tak seberapa pun :)
masuh ada yang lebih derita, pandanglah pada mereka :)

***

dear Hana,
yup tqvm for the advice :)

***

Dear humairah,
harapnya ujian lebih dekatkan kita pada Dia, dan lagi2 bersyukur hehe :)

***

dear Jep,
wah best :)
moga ada peluang seterusnya ameen

nova said...

As,

Sy x pernah jmp As in person, tp sy sgt yakin tuan empunya badan is a very strong person, both in faith and in life.

Sy sgt kagum dgn cerita hidup yg As coretkan utk pengajaran kita bersama.

Thanks a lot for reminding me! La yukallifullahu nafsan illa wus'aha... right?

I thank God He made me get to know a person like you! :)

-Shazani

As said...

dear shazani,
im speechless.pe nak cakap eh? :D

moga sama2 kuat faith kita, ameen :)

loOkinoomz said...

yups..
sy ex-mozac

maaf, dah 4bulan..bru perasan skln kak as..
hhee..

joegrimjow said...

da baca abes

sedey je...