Aku selalu bersyukur sebab teman-teman aku kebanyakan nya bila duduk bersembang, bersembang pasal benda-benda serius. Seperti masalah negara, sistem pendidikan, sistem kementerian kesihatan dan tak lupa jugak sembang pasal sistem pengurusan kat universiti aku neh. Haih. Tapi paling best bila sembang pasal mentaliti masyarakat.
Bila kawan aku tanya satu soklan nih,
"Eh, memang orang melayu je ke yang ada mentaliti pandang serong kat anak luar nikah?"
"Mentaliti pelik-pelik ni bukan memang hak milik sejahtera orang Melayu ke?" Aku tanya balik.
Semua diam. Aku tatau diam setuju ke, diam tatau nak komen ape ke, atau diam sebab sibuk cicah buah epal dengan kuah rojak buah. Memang maju betul budak-budak ni, tukar buah-buahan tempatan kepada buah epal untuk cicah dengan kuah rojak. Haha.
Pelik kan mentaliti mengutuk anak luar nikah. Ni orang-orang tua ah. Tapi kalau ada gak orang-orang muda mentaliti camtuh, aku tatau ah nak cakap pe. Buruk tul mentaliti tuh.
Cuba fikir logik, mereka tu sesungguhnya lahir suci murni seperti bayi-bayi lain. Tapi orang selalu pandang keji. Kutukan manusia jugak menjadi penyumbang besar mereka rasa mereka tak mampu jadi budak baik. Bila besar mereka lahirkan rasa geram dan marah mereka melalui sikap dan perbuatan.
Jadilah mereka budak-budak yang rosak akhlak. Pastu lagilah gembira orang-orang yang mengutuk neh,
"Haa kan aku dah kata, besar mesti jadi budak jahat punye."
Padahal tak sedar, diri sendiri yang menyebabkan budak-budak tuh rasa rendah diri, jauh hati dari nak jadi baik macam budak lain. Padahal kalau ikutkan, takde beza pun diorang dengan budak-budak lain. Sume sama. Budak-budak jugak. Orang jugak.
Teruk betul kamu.
Ya, kamu memang teruk. Kalau kamu nak kutuk pun, pergi kutuk mak ayah diorang yang buang diorang dan lahirkan diorang tanpa ikatan sah. Jangan sabitkan anak tu pulak! Ok, aku emo skang.
Bila kawan aku tanya,
"Mak dia tak rasa pape ke buang anak macam tuh? Takkan tak rasa sayang langsung?"
"Senang je, lepas lahirkan, jangan tengok langsung anak tuh mesti tak rasa pape. Kalau tengok mesti ada jugak sket rasa sayang."
Haha, tah pape je assumption itu. Tapi ada la jugak kebenaran dia, berapa peratus tuh aku belum kira lagi.
Walau papepun, tak perlu kot nak mengutuk orang-orang yang buang anak neh. Ada yang insaf, ada yang cari balik anak dia, ada yang jaga balik semula, macam-macam la yang kita tatau. Yang pasti ada je yang nak bertaubat tapi rasa macam tak nampak pintu taubat. Ni sume sebab mentaliti kita ah, dan jugak kata-kata kita yang menyebabkan diorang rasa rendah diri nak jadi baik.
"Alang-alang orang dah mengutuk aku, pandang hina kat aku, baik aku teruskan je. Kalau aku taubat pun, orang tetap kutuk aku macam-macam."
Haa..nampak tak ape kesan mentaliti kamu pada diorang? Nampak? Ke tak nampak lagi? Kalau tak nampak gak, baik kau berhenti jelah kot baca ape aku tulis ni.
Sebab aku memang dah nak berhenti pun kat sini.
Chiaoz~~
24 comments:
nampak dah masalah umat melayu
semua yang buruk adalah buruk..
padahal bayi itu fitrahnye comel,
cute, innocent,mulia..
lagi mulia dari orang yg mencerca
tp kite x nmpk tu,
kite terer kite nampak dosa parent die
ntah ustaz mana tah ngajar,
dosa mak bapak perlu turun
pada anak2..
jadi anak x berdosa perlu
dapat dosa2 itu,
bawak dosa2 itu,
sampai mereka xbernyawa
ceh..
huh! penulisan yang sedikit berlainan daripada kak As, tapi tetap ada impaknya!
:)
taktaulah orang macam tuh masih ada lagik ke tak sekarang nih. saki-baki gen X dan Y semakin berkurang hari demi hari, tapi adakah sikap2 macam tuh terus akan kekal dalam baby boomers era nih?
terpulang pada kita untuk menentukan kerana the future is in our hands! and we are the leaders of tomorrows!
:D
hehehe..nak tambah sikit..
alangkah baiknya kalau member2 sebaya yang merupakan 'young adult' nih dah start cakap dan tak rasa kekok lagi kalau bincang2 mende2 'heavy and critical' nih..
rasa2nya fazli terlebih matang dulu kot!
hohoho~
:D
entri yang ni pon mengingatkan daku tentang kelas sastera. kitorang ada belajar satu poem william wordsworth pasal anak luar nikah. yyuupp..anak luar nikah same je ngan anak lain2. suci murni.
dah mindset mereka begitu "yg jht tetap jht", nak wat camne kan?
mentaliti... ye... mmg sesuatu yg sukar di ubah..
apa yg buruk berlaku sekarang ialah hasil tgn org terdahulu..
jika dilihat anak luar nikah, maka cercanya patut jatuh pada ibubapanya, dan masyarakat pada zaman ibubapanya..
bukan pada anak luar nikah itu
hadir
anak ibarat kain putih
dan ibu bapalah yang mencorakkan
jadi apalah salah si anak kecil
yang suci murni naluri
tidak tercemar
dan sejak bila
insan jadi penghukum
buat sesuatu
dan bukankah tiap perkara
telah ditetapkan kadarnya
oleh Tuhan empunya alam
dan hukum Tuhan
di dalam kalam-Nya
ada menyeru
bahwa anak itu suci
dan ibu bapa
yang menentukan ia nasara
mahupun majusi
link buat tatapan halwa telinga
Raihan - Anak Permata
as dah pernah buat statement yang lebih kurang begini dalam entri yang sebelum2 ni:
Aku selalu bersyukur sebab teman-teman aku kebanyakan nya bila duduk bersembang, bersembang pasal benda-benda serius.
dan aku rasa kau sangat bertuah dikurniakan teman2 seperti itu.
about the anak luar nikah thing, sebenarnya nak relatekan dengan satu perbualan aku dengan seorang kawan lelaki aku yang lembut dan dah nampak macam perempuan dah (i know you would think of someone and you maybe right) semalam dalam kereta.
from the discussion, apa yang cuba aku nak relatekan ialah, memanglah pandangan masyarakat sangat2 memberikan impak yang besar kepada orang yang dicerca dan dihina. jika impak itu bagus, tidak mengapa, tapi jika impak itu memakan diri orang yang dicerca dan dihina itu, maka berdosa besarlah masyarakat2 yang tidak supportive itu!
jadi, dalam kes ini, dengan sesiapa pun yang diuji Allah dalam bentuk apa sahaja e.g. self history and being softy, kita sebagai a part the community perlu sama2 menjalankan tanggungjawab untuk hidup aman dan damai, jadilah supportive, bukan yang mendownkan lagi mereka!
ye memang. aku memang tak boleh nak tolak memang sikap orang Melayu begitu dan aku benci sikap itu.
B-E-N-C-I
salam as.
hrm. mentaliti masyarakat kite ni mmg susah nak ubah. yg psl anak luar nikah dipandang serong tu, baru satu jenis kan. belum yg lain lg. huhu. bile frh keluar dr malaysia ni, nampak satu2 perbezaan masyarakat kita dgn org luar. bukan nk ckp semua org barat/ org putih ni baik sgt, ade jugak mende yg kite xperlu ikut, tp bile bab mentaliti mcm ni, mcm pandang serong kat sesetengah jenis org, ni mmg "org kite" yg akan menang. huh...
dear tusky
yupie, baby to born adorable :D
***
dear al ikhsan
hey, kamu boleh mulakan dulu dengan mereka! ;)
btw, gaya penulisan kasar ke? haha. sengaja.
***
dear bawang merah
as rasa kamu kena ajak as masuk kelas literature kamu lah
***
dear jep
impossible..kalau yang tua2 aa..
mentaliti kita terhadap orang2 camni pun kena ubah..haha
adei
***
dear Lord Hosni de Croquignolet
sebaiknya takyah cerca kot.. :)
panjang nick kamu :D
***
dear ibnu sobri
indah sajak ciptaan empunya diri
seindah bahasa hati suci
itulah cara terbaik ajaran nabi
untuk menegur hati yang pergi
maaf entry ni bahasa nya agak kasar, disengajakan..
thanks for the link
***
dear szakif
ye betul szakif...ayat sama tuh cam berulang-ulang tanda kesyukuran as pada Tuhan
yup i know him, die nice sangat ape. Mentaliti manusia je..
aaah as benci jugak
dan komen kamu emo..haha
dengan as skali jadi E.M.O :D
***
dear farah
what to say, that's the reality
sebab tu agaknya mentaliti pelik2 ni kepunyaan orang melayu??
huu
hurm...mentality celaka....
haih...
hurm...mentality celaka....
haih...
mantap-mantap..setuju dgn pandangan as. NAk nambah sikit:
Dalam proses pembinaan jatidiri, seseorang itu bukan sahaja terdedah dengan peer pressure, tetapi juga community pressure.
Inilah bukti perlunya kita kepada biah solehah..
community pressure.... suka!
haih..emo plak cik hasanah ni =p
mentaliti melayu mmg byk yg ada mslh..dats y i suka ckp i part aussie n not full malay =p n dats y i also slalu kutuk2 melayu wpun i melayu gak..
mentaliti2 mcm ni mmg xkn berubah..kita yg alhamdulillah blh pikir dgn lebih elok lg (kan?) blh try utk buat p'ubahan..tp sama ada akan nmpk p'ubahan ke x pd ms dpn 2..wallahualam..
tu la masalah umat melayu. Mentaliti Melayu payah nak diubah. Its a thing that has been happening since the 14th century, the time where the Sultanate of Malacca began to crumble.Kalo As ada tgk 'The day the earth stood still', humans only change at the brink or the critical point of a disaster.. Sometimes, we changed, but only for a certain time. Thus, we need constant reminder..........
wahai orang2 melayu yang memberikan komen di sini, marilah kita ubah bangsa kita supaya tidak terus begini!!!
SEMUA INI BERMULA DENGAN DIRI KITA
YA!
KITA!
bagus tu. dari sembang tah apa-apa, baik sembang hal semasa dan mentaliti masyarakat.
melayu memang selalu suka berfikiran negatif. mana belajar pun tak tahu la. asal orang lain buat itu je salah, buat ini je ada udang di sebalik batu lah dan macam-macam lagi alasan yang diberi atas apa saja orang buat. itu tak kena dan ini tak kena. kiranya, kita saja lah yang betul. kita lah yang hebat. tapi habuk pun takde.
betul. nak kutuk ke nak marah ke, asal tak marah and kutuk mak ayah dorang? takleh cari? diam boleh? kan senang cerita. melayu bab-bab kutuk orang tu memang score 100% la. 4 flat la. kalau suruh baca buku ke, belajar ke terus otak dah takleh masuk la itu la ini la. tapi kasi fatwa kalah orang pakar agama. anak luar nikah ni akan jadi lagi apa yang parent dorang buat lah. sampai ada yang pandai-pandai kasi fatwa konon orang tua-tua cakap kalau sekali dah jadi dalam keturunan, sampai 7 keturunan akan jadi macam tu. ada ke dalam al quran cakap macam tu? haiz. mentaliti melayu memang pelik. kadang macam nak muntah pun ada. cakap pandai, isi kosong. pompang pompang macam tin kosong diketuk dengan kayu.
diharap melayu akan bersikap dan berfikir positif di masa akan datang. entah bila. wallahualam.
dear manusia rumit..
huuu, sabar dik..
***
dear mutiara bd
community pressure tuh lg tensen senanya. Heh.
Biah solehah..huu bestnye..
***
dear szakif
heh, yup2 suka jugak! tak penah terfikir term tersebut :D
btw as suka seruan szakif, kita yang perlu ubah diri kita dulu. rasa macam nak pampang seruan tuh kat header blog. haha
***
dear Master J
hey Jaz, I tau you memang bukan melayu pun :P
takpelah Jaz, kutuk untuk pembangunan :D
I bukan 100% melayu jugak, tapi I taklah poyo macam you Jaz. Hahaha. (ok memain je)
kali ni sengaja buat emo, tah, bagi yang mentaliti camnih sedar sikit pemikiran depa salah.
***
dear MNM
manusia memang camtuh, dah last minute barulah..nak2 melayu..haha. As lah tuh. Tengok perkara gak aa. Kalau benda melibatkan idea, best ooo buat last minute, idea banyak kuar :P
untuk constant reminder, bolehlah pegi blog Master J :D
***
dear faisal
huyoo..panjang komen faisal, bagus ah, leh buat satu entry baru.
tataulah bila nak lupus mentaliti neh. Haiyak.
terfikir gak mana depa dapat, adakah gene kita memang bermasalah bab pemikiran sume neh eh??
ala, sama gak dengan keje. melayu memang ramai yang malas (bukan semua ye!). so mentaliti akan ikut apa rakan² buat. environment selalu main peranan penting. nak hidup mewah tapi taknak usaha. bangsa lain usaha, keje rajin². melayu? yang pandai merempit je keje. tu memang nombor 1. hebat gile! taukeh emas pun salute.
bila nak sedar pun tatau. sampai jepun memerintah balik kot?
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1409] dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman[1410] dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
al-hujurat,ayat 11
Assalamualaikum.
Kak As,.
Mmg benarlah jika saya katakan org Melayu yang menjatuhkan orang Melayu itu sendiri. Apabila sebut saja ttg anak luar nikah, org dah pndg hina.
Sbnrnya ank yang lhr tu terlalu suci dan perbuatan ibu dan ayah mereka yang tidak murni.Tapi kita tak boleh menyalahkan seratus peratus pada ayah dan ibu mereka kerna ada yang menjaga anak mereka sebaiknya hingga anak itu berada di puncak kejayaan.Orang Melayu yang berminda negatif cubalah mengerti. Terlalu sukar untuk anak luar nikah ini memikul status ini. Walau mereka menangis air mata darah sekalipun, ia tak akan dapat mengubah kenyataan. Mereka harungi segala tohmahan dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Mungkin sebab terlalu memendam perasaan dan tertekan dengan keadaan sekeliling, mereka akan rasa rendah diri dan malu untuk berdepan dengan masyarakat luar.
So,hormati dan sayangi mereka seperti insan-insan lain.Jangan disebabkan persepsi kita, harapan dan impian indah mereka hancur berderai.
serius emo.. ok people, apa lagi..tukar mentaliti. bersikap terbukalah dan berbaik sangka. berdoalah perkara ni tak berpanjangan. bersyukurlah sebab kita tak berada dalam situasi tu.
mmg btol..
dieorg baik kdg²..
tp, sbb bile org ngate, jd cmtu..
alang² dh org kate, baik buat..
Post a Comment