"seorg anak kecil ditemukan di acheh barat, di tubuh anak itu terdapat tulisan nama Allah, dan anak itupun bisa bicara dgn binatang apapun, ini tanda kiamat, dunia ini hampir dekat, sebarkan berita ini ke 10 orang, insyaAllah dalam jangka 10 hari anda akan mendapat rezeki besar, kalau tidak anda akan mendapat kesulitan tanpa henti, ini amanah, jangan diremehkan."
dan yang sewaktu dengannya?
Sila tekankan phrase yang as bold kan.
Fenomena forward message macam ni berzaman dah yang claim bahawa kalau tak forward jadi bala lah apa lah. Kalau forward dapat kebaikan tulah nilah.
MashaAllah...aku tak pasti nak kategorikan ni sebagai khurafat atau syirik khafi (hidden).
Khurafat - Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
Manakala antara ciri syirik khafi:
- Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab baik atau buruk.
- Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu selain daripada Allah.
Malangnya fenomena forward messages berbunyi "tolong sebarkan" atau "sila forward" dan sebagainya melalui YM, sms dan sebagainya sudah menjadi trend masyarakat kita. Sekali tekan ENTER je terus message ni sampai pada semua orang yang berada dalam YM list, email dan sebagainya. Huu..kuasa satu click pada zaman berteknologi ni.
Dengan satu click tu jugak lah, beratus orang terima berita palsu dan kepercayaan mengarut. Beratus orang yang akan percaya dan tambah sebarkan lagi kepada beribu yang lain. MashaAllah...
Ok, kepercayaan mengarut itu satu hal. Satu hal yang lain lagi, berita yang disampaikan.
Berita-berita seperti ini kita panggil hoax. Suatu informasi yang sifatnya tidak benar dan
tidak terbukti. Informasi ini biasanya digunakan untuk menyebarkan informasi palsu dan mengakibatkan orang menjadi takut atau terpengaruh dengan apa yang diinformasikan pada hoax tersebut. Hoax beredar di mana saja: email, buletin friendster, YM dan SMS.
Selalu bila as dapat message macam ni dari teman, as akan reply semula dengan pertanyaan.
"Er, confirm ke berita ni sah?"
atau
"Mana sumber berita?"
Lepas tu macam-macam gaya reply la yang as dapat. Dan bila as cakap,
"Kena semak dulu berita ni benar atau tak, baru boleh forward."
Teman-teman sekalian, seperti yang disyariatkan dalam Al-Qur'an suratul Hujurat ayat 6,
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."
Pernah as dapat jawapan,
"sbb tu bg org lain siasat....so,siasat la....mane tau benar."
Owh, agaknya ayat tu hanya tuju kepada sesetengah orang je. Dan bukan ditujukan kepada dia. Teman, kamu sedar tak, tiada siapa yang terlepas daripada perintah Allah dalam Al-Qur'an termasuklah ayat 6 suratul Hujurat.
Atau aku salah? Kalau rasa aku salah, bagilah ape yang betul kat aku.
Dalam Kitab Riyadhus Shalihin Bab Orang Yang Pertama Kali Melakukan Kebaikan atau Kejahatan. Time seorang Sahabat Ansar bersedekah dalam jumlah besar, kemudian sahabat yang lain menirunya. Sehingga Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Siapa saja yang pertama memberi contoh perilaku yang baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahala kebaikannya dan mendapatkan pahala orang orang yang meniru perbuatannya itu tanpa dikurangi sedikitpun. Dan siapa saja yang pertama memberi contoh perilaku yang jelek dalam Islam, maka ia akan mendapatkan dosa kejahatan itu dan mendapatkan dosa orang orang yang meniru perbuatannya tanpa dikurangi sedikitpun."
(HR. Muslim)
wohoho, agak seram hadith ini, kan? Dan juga bawa berita gembira.
Walaubagaimanapun,
dalam suratul Fathir: 18
"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang dibebani berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul bebannya itu tidak akan dipikulkan sedikit pun, meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat engkau beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada (azab) Tuhan-nya (sekalipun) mereka tidak melihatNya dan mereka melaksanakan solat. Dan barangsiapa menyucikan dirinya, sesungguhnya dia menyucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan Allah lah tempat kembali."
Jadi marilah semak-semak dulu berita sebelum sebar-sebar. Ok? Yes, as tahu kalian bukan jenis yang suka forward. Tapi tolonglah sampaikan pada teman yang suka forward messages like this. Elok gak ah reply time depa forward kat YM. Selagi mereka tak diberitahu, mereka takkan tahu.
Terima kasih teman, moga Allah kira perbuatan baik kamu tu sebagai saham di akhirat :)
18 comments:
aha
masa time mukhayyam aritu,
kitorang kene hafal hadith tu,
bab bunuh anak adam tu....
erm....
kalu dia bertaubat mcm mana? still dapat saham>? ahaks
+kes anak adam itusila check balik yer,
saya nak tau kesohihan....bukan saya tak percaya, tapi saya perl lebih bukti
Thanks
tol3..paling tak suka kalau ade orang hantar msg2 camnih..kata amanah tapi macam mengugut jek!tensi gak ar..huhuhu~
[hurm3, sapelah yang stat wat mender yang tak berfaedah nih..]
Bagus As! Keep on writing bnda2 cam ni. Kdg2 'org kita' dok suke sgt wat krja 'baik' ni smpai xsiasat dlu sgala apa yg smpai kt dorg..
Heheee... Oh ya, bkenaan dgn dosa pahala ni, 1 lg nk tmbh, dosa seseorang tidak diwarisi. Betul x?
to all: patik dah edit sedikit..ok tak?
dear Tuan
"....sesiapa yg telah mendapat pedoman dari TUHAN-nya, dan dia menjauhi (yg jahat), maka yang urusan yg lepas itu terserah pada ALLAH...."
al baqarah: 275
harap itu menjawab pasal saham
hehe
dan jugak ayat surah fathir dalam edited entry
thanks!!
***
dear al ikhsan
memang tension..jadi cuba ah reply sket kat orang yang bagi tu eh.
Tahla..mana tahu kalau2 propaganda agama lain untuk biar kita lalai. Wallahu'alam..
***
dear 3p4h
wahaha...betul gak 3p4h, keje2 ni nampak cam 'baik'. lagipun yang duk forward tu one more reason, tengah shock dpt msg terus percaya maybe.
refer al fathir: 18 di atas :)
thanks!
ah.ustaz dkat skolah menengah dulu baru blog pasal benda nih.
good that u blog about this.
for the knowledge. ;)
salam,as..
dalil ini mungkin membantu juga
al hujurat:6
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (6)
wallahua'lam...
naufa pun letih dh dgn forward message yg mcm ni...bukan memeperelokkan aqidah,tp memesongkan tumpuan aqidah..
hai, salam kenal. sori, baru perasan kamu ada melawat blog maksu, kisah anony.
mengenai n3 kamu ni, maksu mmg tak layan cerita2 emel mcm ni or sms. selalunya maksu delete jer :)
Akak kalo dpt je email camtu, akak delete.
Email camtu spam je.
Sibuk je nak tentukan baik buruk hidup org.
Diorg sapa?
Gilo!
msj berantai... kdg2 pening,kan? huhuhu...
dear izzah
owh eh..ape blog ustaz izzah?
***
dear naufa
huuu memang letih :D
al hujurat ayat 6 tu memang dah ade dalam entry, yang dikalerkan merah :)
***
dear maksu
seronok tgk maksu cakap berjela jugak kat sini :)
maksu dah ade datang melawat sini hr tuh, TQ.
as gi blog maksu melalui cik diya kita :P
***
dear knowlee
hihihi...agak aaa, cam depa leh tentukan baik buruk hidup kita :D
***
dear Jep
memang pening, kesian kat masyarakat kita :(
betul ni as..dh dpt byk kali dah..bosan..niat sms ni baik tp cara salah..
hm as, abg bi link kan post ni kat blog abg bi ye..:)
as, abg bi rasa kne wat sumthing la utk kes camni..bkn ape, adik abg bi tu pun bole pcaya n takut kat sms ni..
budak2 mmg mudah percaya..rsau lak..huhu
dear hasbi
tujuan post adalah supaya readers tolong sampaikan pada yang laen pula.
adik mana satu neh? :P
abang bie bgtau aa kat adik2 tuh, cite hal sebenar..kesian budak2, kecik2 dah ditakutkan dan involve dengan sumting yang tak patut :D
salam..betul, betul..kena selalu bagitahu orang, yang bukan semua berita forward adalah benar..teruskan perjuangan anda!
erk, baru semalam adik diya psl mesej tu. uhu. diya bagik pesanan baik punya. jangan dilayan itu2 mesej yang berunsur "perjanjian". diya mcm dah lali sangat dengan mesej gitu. takde perasaan pun ada =p
Assalamu'alaikum...
nice article...but i think the use of "MashaAllah" isn't appropriate...I think we should use it when we see the Greatness of Allah etc...correct me if I'm wrong...
keep it up!
dear ariff
yup, use mashaAllah apabila melihat atau terjadi perkara baik :)
untuk perkara buruk istighfar dan mintak perlindungan dr Allah. Tq ariff
Post a Comment