27 May 2009

The Law of attraction

The Law of Attraction simply says that you attract into your life whatever you think about.

Thus if that's the case, kalau berlaku kes ragut, jangan paparkan di suratkhabar dan TV. Makin diperbesarkan, makin ramai memperkatakan. Makin banyak berlaku kes ragut selepasnya.

Ini teori As, tak pasti sejauh mana ia benar. Untuk kamu, terpulanglah teori kamu. Boleh kan?
---------------------------------

Mungkin kurang sangat update 2 minggu ni sebab kat sini broadband lum dapat coverage, jadi jangan tanya mana As pergi ye, tambah pulak sangat hectic. Gomenei~!
--------------------------------

Semalam aku tertanya-tanya pasal pemasangan k-wire pada pesakit yang alami patah, hari ni tak pasal-pasal aku masuk bilik bedah tengok pasang k-wire dan screw. Asalnya aku bergerak dengan seorang staff ingatkan cuma nak ke wad macam biasa.

Bila aku ikut dengan laju ke mana dia pergi dengan bawak equipment, hinggalah sampai depan bilik tukar pakaian untuk masuk bilik bedah (OT) barulah aku terpinga-pinga. Ini bukan kali pertama ke sana tapi sebab ikut tanpa tanya, secara buta semata-mata.

"Eh, kita nak pergi mana ni..?"

"Masuklah tukar baju OT cepat, patient dah atas table."

"Heh..?"

Maka aku secara blur-blur terus masuk tukar baju selama seminit, cuma ingat nak cepat dalam kepala. Itulah lain kali kena tanya dulu walaupun gaya tengah rush amat. Supaya kau tak terpinga-pinga. Haih..

nota: sape yang request cite pasal clinical posting, boleh je view pada sume entry yang aku link-kan pada entry sebelum ini. Ok?

p/s: aku paling tak tahan bau daging ala-ala hangus dalam OT..

for you, have a good day friends :)

24 May 2009

Semua TV rancangan menyanyi..

Oh itu housemate aku yang nyatakan bila alih channel TV.
Mungkin itu hanya analogi bagi kebanyakan stesen TV yang standard ada siarannya sampai untuk semua rakyat Malaysia.

Kalau kamu pernah baca di sini, kamu tahu aku hanya biasa tonton rancangan omputih dan bukan rancangan melayu, apatah lagi realiti TV. Bila duduk bersama housemate 2-3 hari ini, baru aku keluar dari dunia aku dan boleh tengok channel standard di TV. Yelah takkan expect ada astro lak kan kat rumah sewa :D

Pastu baru aku sedar mana-mana channel kebanyakannya orang duk menyanyi. Oh memang cintakan hiburan semata-mata kah rakyat kita? Entah aku..kamu rasa?

Aku sibuk sedikit menguruskan rumah sewa kami..dan esok mula clinical posting seperti sebelum-sebelum ini. Era punchcard dan kerja-kerja berat bermula. Hopefully I won't suffer that much with this pain T__T

Dan jangan tanya mana aku pergi kalau aku lambat sedikit update, orait? ;)


nota: era punchcard dan kerja2 berat itu entry nya aku buat zaman masih mentah dalam field ini, mungkin banyak perubahan2 laen juga..

22 May 2009

Tiba-tiba sekaligus

datang peringatan yang sama secara direct atau indirect, termenung jugak jadinya.

Aku selalu cakap pengakhiran itu adalah permulaan bagi yang baru, untuk naikkan semangat teman-teman yang berpisah dan sebagainya. Tapi aku banyak fokus pada kehidupan untuk phrase ini. Aku lupa boleh aje relate dengan kematian, kan?

Kematian itu bukan akhir bagi sebuah kehidupan, malah ia adalah satu permulaan kepada suatu kehidupan yang tiada akhirnya. Kematian hanyalah satu proses perpindahan.

Always begin with the end in mind. Sebelum memulakan sesuatu, kita perlu ada final target kita. Untuk apa aku buat sesuatu. Maka bagi kes ini, untuk apa aku di sini, di dunia ini. Lu fikir sendiri ok.

Bila seorang teman SMS dan mengucapkan kepadaku moga mendapat husnul khatimah, aku tersentak, layakkah aku..

Setiap hari aku sentiasa berfikir. Alangkah istimewanya mereka yang mendapat chronic illness, sekurang-kurangnya daripada satu segi. Yang mana doktor boleh nyatakan kamu perlu bersedia untuk hari-hari akhir kehidupan. Yang kau akan terus sentiasa membuat persediaan. Walaupun bukan si doktor itu yang menentukan tarikh akhir hidupmu.

Berbanding aku yang enak dengan kehidupan, entah bila ajal kan datang aku tidak hiraukan. Kalau esok aku mati, apa aku akan jawab di depan Tuhan tentang apa yang aku perlakukan hari ini..??

Inilah yang aku fikirkan sehari-hari, bukan baru hari ini.

Marilah aku kongsi hadis kegemaran aku. Kamu boleh muat-turun di sini

Dari Ibnu Umar r.a:

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menepuk kedua belikatku, lalu bersabda; ‘ Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang Gharib (yakni orang yang sedang berada di negeri orang dan tentu akan kembali ke negeri asal) atau sebagai orang yang menyeberangi jalan ( yakni amat sebentar sekali di dunia ini).

Ibnu Umar berkata: ” Jikalau engkau di waktu (petang) maka janganlah menantikan waktu pagi, dan jikalau engkau di waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu petang (iaitu jangan menanti atau bertangguh untuk berbuat amal dan kebajikan), ambillah kesempatan sewaktu engkau sihat untuk masa sakitmu, dan sewaktu engkau masih hidup untuk masa matimu.”

-Riwayat Bukhari-

lima sebelum lima, anyone?

nota: credits

21 May 2009

Ibu mertuaku

Bila meningkat dewasa, nak tak nak perkara ini mungkin bermain di minda terutama yang bakal kahwin.

"Camnelah mak mertua aku ye. Garang ke sporting ke..."

When I overheard the conversation between ibu and my future sister-in-law, I was like,

"Where on earth will I found a mother-in-law like my mum."

I would like to have a very sporting ibu mertua like my mum (itupun kalau ditakdirkanNya aku dapat lengkapkan separuh agama). Heh. She wont mind anything, asalkan tahu agama. She is the best ibu mertua for me (and I've found some of my frens' mum, who behave angel-like too)

Dear readers who happened to know my Ibu, you may leave comment below on who is she would be characterized to, coz I dun have the words put them here :D

I am seriously wanted an ibu mertua like my mum. Siyesly. Wah bahagia gila sape jadi menantu rumah ni. Haha. (referring to my bro :P )

For sure kita akan berada di zon sangat selesa kalau ibu mertua kita sangatlah easy going. Sape tak setuju sila angkat jari dari keyboard. Heh.

p/s: aku rasa mak-mak skang sume jenis open minded, ada lagi ke ibu mertua jenis makan orang zaman skang? haha...

20 May 2009

Ayat tu penting jugak sebenarnya..

Ini bukan kisah hari ini
tapi kisah hari-hari lepas.

Aku berfikir pelbagai gaya
aku berdoa bermacam cara
untuk kesusahan sakit ini
yang tiada penghujung
antaranya

mohon dipermudahkan urusan
mohon dikuatkan iman untuk kesusahan
dan segala

aku ni jenis tak tengok cite melayu langsung
jauh sekali cite indon
sebab aku tak faham pun
cite melayu sebab jalan cite slow
aku tak larat

disebabkan aku suka action movie
jadi aku tengok cite omputih je manjang
yanga ction movie sahaja
ada tembak-tembak
bunuh-bunuh
investigation

dulu aku cam seram jugak
aku tak tahan sket cite horror
tapi dah immune sikit skang
hari-hari tengok

wei jauh lari topik ni
alkisahnya one day kat umah
terdengar di TV
seorang isteri sedang berdoa

"Ya Allah aku mohon kau berikan jalan keluar bagi kesusahan ini."

ops, aku pun pandang TV
oh ye, nape aku tak doa camtu eh?
Dan siyes telah terjumpa jalan keluar
selepas rajin doa gituh
cuma Allah takkan bg kita senang-senang aje dapat kan
maka dengan segala kesusahan yang akan ditempuh
serta dikorbankan
maka aku tataulah aku akan pilih jalan tu ke tak
untuk mengubah seluruh kehidupan

haiyoh
T__T

btw bagus jugak tengok TV cite indon ye :P
haha
aku cukup anti kot cite indonesia
sebab pelbagai faktor
terutama bahasa yang aku tak faham

p/s: special thanks to you untuk this lucky award

nota: Kota buku untuk ulat buku dan bukan ulat buku

18 May 2009

That night

I was driving to the gym.

Biasalah masuk kereta, kedap sunyi. Start enjin, jalan.
Tangan terus tekan button on radio, pecahkan kesunyian.

Sekali terus terdengar sumting di corong radio,

"Kita ni tak pandai cakap omputih, malu. Salah cakap omputih, malu. Tak pandai bahasa arab tak segan pun. Sedangkan itulah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan Tuhan dalam solat. Adakah kita tak malu dengan Tuhan?"

Oh my..akulah tu yang tak pandai bahasa arab.
Tapi teman, sekurang-kurangnya kamu kena faham a apa yang kamu baca dalam solat.
Paling worst pun kamu tahu maksud al-fatihah.
For at least
takdelah malu sangat dengan Tuhan kan.

Antara wasiat Hassan al-Banna, dia mintak kita belajar bahasa arab. At least cuba sikit-sikit. Yang aku terpana lagi bila aku dengar suara di corong radio cakap,

"Apatah lagi skarang ni medium untuk belajar tu terbuka luas."

Oh memang pun, kat internet, buku. Takpun paling mudah, kau belajar je dari Quran tafsir. Sambil tengok ayat Quran, tengok maksud. Itu yang aku buat. Memang aku rasa cara tu mudah. Sebab tema utama nak faham Quran sekurang-kurangnya sedikit atau certain words. Kan?

Marilah kita..

17 May 2009

Cekgu yang tanyakan khabar murid

Hu, aku agak terkedu sekali sekala apabila si guru yang mencari dan bertanya khabar aku. Aku yang kemudiannya meletak telefon masih dengan rasa tergamam, dan terdiam merenung buat seketika. Akukah yang alpa dan leka atau si guru itu terlaku kasih dan concern.

Haiyoh~ rasa bersalah

Siang tadi telefon bergetar manja tanpa sebarang bunyi, aku yang lebih sukakan silent mode berbanding segala. Aku pandang skrin, hanya nombor yang tertera. Siapakah? Amoi kedai sony kah membawa perkhabaran tentang si hijau aku.

"hallo..siapa ya" tanpa salam, kot kot amoi tu kan..

"hallo, assalamu'alaikum, this is As right?" pastinya si guru memanggil nama penuh aku. "Mdm Yana here." bukan nama sebenar.

Owh my..pensyarah kesayangan daripada fakulti orang lain, fakulti sains. Bukan fakulti aku.

"Sorry Mdm, I switched my phone, thus I lost ur number."

"I was just calling you to say hi..how are you doing?"

Aku sebenarnya shock seketika, memanggil hanya untuk say hi..si guru ini..guru-guru yang tegas tapi cukup pengasih dan penyayang memang dalam ingatan. Hehe. Pasal surgery aku tahun lepas pun beliau ingat. Dan aku ter-bohong si guru itu satu perkara T__T

"How was your surgery, are you better now?"

"Yup alhamdulliah, it's been better now..." sambil sambung bicara. Pada hakikatnya aku yang makin teruk ini. Haiyoh, mintak maaf, guru. Sesungguhnya persoalan mengenai kesihatan tu paling sukar untuk dijawab. Serius.

Aku bertanya tentang beliau yang saban hari memang sibuk, sedang berkursus juga sempat menelefon aku. Dan katanya..

"Life is like this, right? We need to make full use of what Allah has given to us." Aku diam dan mendengar bait-bait seterusnya. Pesanan guru itu, bagi aku bermakna. Time-time cuti gini, memang magic bila kau dapat doa dan pesanan dari cekgu-cekgu kan. 

Mungkin si guru merasakan beliau sekadar bertanya khabar, namun bagi aku ia bermakna, cukup untuk aku diam dan berfikir sementara. (dan blog-kan ia :D)

Si guru itu memang yang aku selalu terkesan dengan kata-katanya, dan juga dengan perkara-perkara yang beliau lakukan pada kami di dalam kelas. Seperti, meminta kami keluarkan handset, dan menaip skrip sms daripada ayat beliau sendiri, dan minta kami kirim pada ayah/ibu dan dan tu jugak tak aci ngelat.

Buat semua guru yang tidak putus memberi nasihat walau aku dah habis sekolah, atau aku yang bukan dalam fakulti beliau :D
arigato sensei~~

kisah dahulu

I was passing tru his blog and found this entry. It was a contest for all bloggers if you would like to join in. It's not that hard, because it's all about you. Just look on the contest details here and you could consider whether to join in or not ;)

I know my readers have arts in writing, aite? And I would like to represent this entry for the contest. My note about my love. This is the entry which I make as draft after few days been published, but this girl already warned me not to make anything into draft again. 

Thus this entry is among the entries which I republish back again eventhou I wasnt at ease to have you reading at it dear friend. Because it is very expensive for me, heh. But in the name of sharing is caring, it's there again on January 2009, I guess. To quote what did Joe said, I know ur story, u know my story.

To recall back, during my school days I always love to join in any writing competition. The most memorable competition was when I'm in here. It was a state level competition and I dont think that I could win for any place. There are few reasons why I couldnt forget the competition. 

In fact, I was writing about my sickness for the competition, on how sciense do help people to recover, for sure with lots of story alteration :D I won for the 2nd place and the award been given during the state level Teacher's Day celebration.

When I was in the hall in Wisma Negeri, I was busy studying for midterm examination on Biology paper 3. It was on the day I receive the award. Oh my. It was the two of us, my friend did make it for the 3rd place. After we went back to school, I was running to the exam hall. Pheww. They all already started the exam, heh.

Every year the winner would come from SMJK(C), and our teachers were quite suprise that we could make it for that particular year, and the 1st place also won by a friend of another school. Btw, congratulation on your graduation dear friend.

Till then.

16 May 2009

mari kita campurkan perasaan

hait, let's go.
It is his birthday on May 13th dan birthday satu-satunya adik yang saya ada, semalam. owh selang sehari, kelam kabut jugak rasa :D Bulan May ini bulan yang penuh hari lahir, haiyoh :D dan juga hari-hari special, kan?

Btw, untuk tarikh hari ini, dulu saya menulis di sini tentang siapa yang patut raikan hari guru. Semua yang pernah mencurahkan ilmu adalah pendidik, termasuklah kamu teman-teman blogger sekalian. Mencurah ilmu di blog :D

Semua yang pernah mencurahkan ilmu, selagi mana ilmu itu mengalir, maka berbahagialah kamu. Sharing is caring beb.Hidup ini adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan kamu takkan pernah rugi. Owh pernah tgk laskar pelangi? Pesan guru yang aku rasa terlekat di hati. Jom tengok sat:



Eh dah tengok belum..best kan? Sangat worth watching.

Hidup untuk memberi itu satu kepuasan bukan. Tahun ini mahu dedikasi khas buat guru paling mantap dalam hidup saya. My ibu cekgu. Hehe, that's what I call my mum sejak kecil. Beliau yang ajar saya tulis baca, sampaikan umur 3 tahun setengah saya sudah membaca surat khabar. Walaupun sebenarnya saya tak faham pun suratkhabar tu cakap ape :D

Beliau yang ajar saya Quran, ajar saya banyak tentang kehidupan. Beliau yang membuatkan guru-guru darjah satu saya goyang kaki. Beliau guru pertama..dan pasti ur mum pun ur first teacher aite ;)

Hargailah ibu ayah kerna ramai di luar sana yang tidak merasai kehadiran ayah dan ibu dalam kehidupan mereka.

tribute to all parents, teachers, lecturers, dear frens, fellow bloggers, readers and everyone who once shared their knowledge with others. You are the teachers =)
Happy teachers day. May Allah rewards you. Ameen.


nota: jadilah pendidik, bukan sekadar pengajar :)

14 May 2009

kerana pertanyaan beliau

Beberapa bulan yang lepas, kami makan bersama dalam talam. Ada banyaaak makanan hanya untuk kami berempat. Kami pandang-memandang fikir macam mana nak habiskan. Tapi kami makan jelah.

Tiba-tiba seseorang bersuara;

"Untuk cepat kenyang, kena makan cepat ke makan lambat-lambat?" Tanya beliau sambil pandang aku yang menyuap.

Maka tiba-tiba aku cakap,
"Tahukah anda, ia mengambil masa 20 minit sejak kita mula mengunyah makanan, untuk impulse dihantar kepada vagus nerve mengatakan bahawa kita kenyang."

Semua dengar. Aku berfikir sesaat sambil memandang tepat mata beliau sebelum menambah bicara,

"Jadi maknanya kita kena makan laju-laju la kan kalau nak habiskan semua makanan ni..?"

"Yeah, hari ini kita kena lawan arus. Makan cepat sket ye." Kata teman aku.

Jadi kami makanlah laju-laju sikit supaya tak membazir :D

Haha.

Dan hari ini baru aku dapat relate dengan salah satu sunnah nabi iaitu makan tiga jari. Ada yang cakap budaya nabi makan roti so memang a tiga jari je, makanan ruji kita mana boleh. Makan nasi bocor nanti. Walaupun aku pun memang makan nasi guna 4-5 jari. Utilize la katakan :D

Dulu kala suka makan dengan sudu, pastu asyik kena smashed je kan, maka jadilah aku kembali pada wanita melayu terakhir. Owh ye, kenapa orang melayu tak suka makan dengan sudu? I asked a friend dan die cakap sebab tak puas makan, tak berselera. Ye betullah tu.

Sebab tu nabi makan tiga jari. Because eating with 3 fingers provide sufficient amount of food that stomach could handle in each bite. Kalau makan 5 jari, we give more food to the stomach in each bite. Plus ape yang aku nak kaitkan dengan fakta yang di atas adalah, bila makan 3 jari akan menyebabkan kita habis makan lambat sikit.

Biasa kamu semua makan berapa lama? Tak sampai 10 minit kan. Thus camne perut nak rasa kenyang kan sebab information kenyang tak sampai lagi ke otak. Itu yang ramai tend to makan benda-benda ringan pulak lepas makan berat. Atau ramai yang tend to tambah nasi sampai berpinggan-pinggan. Betul?

And I believe it is hard for us to apply this sunnah tika makan nasi. Jadi, tika makan nasi tuh, jangan laju-laju sangat, kunyah biaq hancur sket baru telan. Akan amik masa sedikitlah kan jika makan. Jadi akan rasa lah kenyang tu. Perut pun tak terkejut dapat nasi yang tak hancur lagi :D

Dan bolehlah apply sunnah nabi ini jika makan benda lain macam roti dan sebagainya whichever applicable.

Ingat lagi entry pasal steroid ni?

Well no comment, cuma aku suka makan sejak setahun lepas. Daripada kurus cengkung jadi berisi dengan berat normal akhirnya. Sebab aku suka makan lately, so aku cam kena control. Which means, kalau rasa nak amik nasi banyak, jangan. Banyakkan lauk dan salad. Biasa banyakkan salad la sebab ada fiber.

Sebab nasi hanya kenyang sementara je, carbs kan cepat digest compared to fiber and protein. Tapi sebenarnya protein la yang buat kau rasa kenyang. Try makan nasi kosong tengok cane rasa kenyang ke tak. So dalam pinggan tu better lauk dan salad lebih banyak daripada nasik. Fiber lambat digest jadi kau akan rasa kenyang lama.

Time-time yang bukan waktu makan dan kau rasa lapar, try amik buah la dan bijirin. Ni sume fiber yang buat kau kenyang lama sikit dan inshaAllah better for your body rather than kau makan benda high calory.

Tapi tak salah je kau nak makan benda-benda high calory macam kek sume, cuma jangan kerap hari-hari dan berlebihan for sure. tapi ganti la semula dengan exercise sume. Mungkin kau gelak je, but exercise adalah sangat-sangat penting untuk badan kau. Jangan amalkan sedentary lifestyle. Hampeh. Kalau rasa nak cepat kena heart attack, silalah amalkan ye. Dialu-alukan.

Ingat, kau tak jaga makan, kau merana. Kau tak exercise kau merana. Kau tak rasa hari ni tapi kau akan rasa akan datang bila dah berusia. Dan saat tu macam agak sia-sia la kan. Paling penting, jangan makan ikut nafsu. Mungkin kau boleh kata akan datang kau akan jaga lah makan, but you are what you eat, and once dah jadi habit macam tu, it's hard to change. Sekian.

nota 1: kalau cara kau berbeza dengan aku, tak payah kot kalau rasa nak condemn, but u always cud share it here with others. All above are those I found through my reading.

nota 2: mari baca sini jap jom

p/s: ini kali pertama aku termenung on what to write to share with u guys, dan apa yang berjela ni sume datang emncurah secara tiba2 tika aku menulis. Ilham dari Tuhan..

12 May 2009

Kau mudah menangis tak kupas bawang?

Pernah dengar tak orang yang mudah nangis bila kupas bawang ni ape character dia?

Aku pernah terdengar, tapi cam tatau sahih ke tak, aku malas layan. Haha. Kalau kau ada tahu pape bolehlah share mitos-mitos itu :D

Aku baca kat sini beliau bagi aku award amazing blog. Aku tertarik part die pilih penerima kerana kesemua penerima punyai kaitan dan persamaan. Huhu.

Dia mintak autograf aku, cam pelik, apelah best autograf kami neh. Heh. But aku terima sebab daripada dia, dan aku bagilah sumting memandangkan birthday girl

Klik sini nak tau cane aku buat benda tu. hope u dun mind bawang :D

tentang bawangmerah,
aku tatau sape dia, aku hanya tau course dia, umur dia. Tapi biasalah ikatan dunia maya ni menarik sangat. Kau menyatu kerana minat, kerana hobi. Betul..?

Tentang aku
aku guna ringtone ini sejak tahun 2006. Aku suka suara lembut merdu empunya suara walau tanpa muzik macam lagu-lagu kontemporari terkini. Yeah~
And for the lyric, here

"O mankind! Lo! We have created you from male and female, and have made you nations and tribes that ye may know one another. Lo! the noblest of you, in the sight of Allah, is the best in conduct. Lo! Allah is Knower, Aware."
[al-hujurat: 13]

10 May 2009

strangers belanja makan, kau terima tak..?

Dear joymin and wabi, my apology that this entry is again in Malay =)

Adalah 2 bulan lepas waktu aku praktikal di sebuah hospital. Aku dan Mawar Merah queue la di kaunter dengan pinggan dan air di tangan nak bayar harga makanan. Kami yang akhir takde siapa di belakang.

Di depan pulak cam ada 2-3 orang lagi. Beraturnya bukan sebaris tapi cam kena bergerak ke kiri. Jadi aku mengadap depan dan bergerak ke kiri sikit-sikit bila barisan dah mula bergerak. Aku cam banyak pandang Mawar Merah la kan berbalas cakap sementara tunggu.

Bila sampai turn aku, aku cam biasalah tanya,

"berapa ye kak?"

"Dah bayar dah."

"Saya belum bayar lagi kak."

"dah bayar dah."

Eh, dan muka aku berkerut, takkan cepat sangat aku lupa aku dah bayar. Tapi konfem belum bayar. Agaknya akak tu tengok muka aku berkerut, dia sambung lagi,

"Dah ada orang tu (sambil tunjuk tah ke arah mana) bayarkan."

"Eh.." dan aku gaya serba salah sambil pandang nampaklah beliau yang dimaksudkan. Rasa nak bayar semula pun ada. Biar betik kan.

Dan Mawar Merah pulak nak bayar.

"Dua-dua dah bayar." Kata akak tu lagi.

Lagilah kami curious dan muka pelik. Agak beberapa ketika jugaklah kami dengan gaya bersalah stay depan kaunter tuh. Nasib baik takde sapa dah kat belakang kami. Dan akak tu bersuara,

"Memang dia selalu belanja orang kat sini, dah beberapa bulan die duk sini jaga mak dia sakit."

Aku angguk. Tapi still terpinga-pinga. Akhirnya, kami pergilah gerak cari meja best nak makan. Sambil mata aku mencari-cari that sumone ke arah yang akak tu tunjuk tadi. Tapi aku cam duk fikir, sape eh.

Masih ada perasaan yang pelik sebab makan je duit orang yang tak dikenali. Rasa cam nak gi bagi duit or say thanks dan berbagai macam perasaan, tapi buntu nak buat mana satu. Haha.
Then aku just makan lah dengan aman. Aku rasa Mawar Merah pun rasa yang sama. Kan?

Cuma aku tolong doakan aje untuk mak dia, aku harap aku gi posting bulan ni aku dah tak jumpa da dia kat hospital tu. Aku harap mak dia dah sehat. Aku rasa mungkin dia amalkan konsep dari salah satu hadith ni.

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkanlah do’a untuk menghadapi datangnya bencana.
(HR. Ath-Thobrani)

[baca sini - Efek medikal bersedekah]

Lebih kurang macam, kalau kita rajin bersedekah, memudahkan jalan penyembuhan penyakit. Sort of. Mungkin itu salah satu usaha dia untuk sembuhkan ibu dia. Mungkin. Aku hanya mampu bersangka baik. 

Takkan nak gi sangka orag tu belanja sebab nak' ayat' kita kan :P
Sebab takde plak lelaki muda itu datang kepada kami, malah dia belanja senyap-senyap je. Aku even tak sempat tengok betul muka dia, yelah kot jumpa laen kali kan bleh say thanks :P
haha

Ok mesti korang dah fikir mengarut. Sudah. Sangka baik naa~

Ok teman teman semua, ini version agak serious sikit aku mahu ajak kau berfikir. Sekarang mungkin ibu ayah kau masih sehat dan mampu menguruskan diri sendiri seperti biasa. Mungkin hari ini ibu ayah kau bergembira bersama kau, gelak ketawa.

Mungkin hari ini ayah ibu kau mampu bekerja sedia kala. Mungkin hari ini ibu ayah kau yang masih mendengar cerita-cerita kau, gembira kau, tangis kau.

Namun ia pasti datang satu masa di mana, mereka terbaring sakit di katil, tidak bermaya. Dan aku pernah merasai perasaan ini. Tiada lagi gelak ketawa, rumah penuh suram. Dan aku hanya berteman airmata menangisi keadaan bonda. (pastinya menangis dalam bilik ler, takkan nangis depan mak kan..)

Kau uruskan ibu/ayah kau. Kau mandikan. Kau suapkan. Kau masakkan. Kau jaga segala. Ingat teman, saat itu akan tiba. Aku harap kita semua bersedia dari sekarang kerana ia akan tiba bila-bila masa. Jangan kau buat konsep escapism pulak. Lepas tangan kepada orang lain.

Ingat ibunda boleh jaga kita yang ramai, namun kita yang ramai belum tentu dapat jaga ibunda nan seorang. Belum tentu.

Saat teman ibu datang melawat, dan dari jauh aku nampak teman ibu duduk di sisi katil memegang erat tangan,

"Im so sorry...Im so sorry..I did not know u're in this state. Im so sorry.." sambil meratap hiba.

Saat itu ingin jua aku meratap hiba, namun aku sebagai anak harus kuat kerana bukankah kita semua, anakanda ibunda, adalah sumber kekuatan mereka. Ini aku pasti. Kerana saban malam dan siang doa mereka hanya untuk kita, 24 jam fikiran mereka untuk kita.

Aku ingat kata-kata ibunda,

"Hati semua ibu dan ayah, hanyalah nak tengok anak-anak mereka okay. Itu sahaja dah cukup bahagiakan mereka. Mereka tak mintak lebih"

Aku harap aku kuat untuk hari itu. Hari yang pasti tiba. Aku harap aku dan kau semua jadi anak-anak yang soleh solehah. Aku harap dan aku doa. Moga kita semua bukan golongan yang merasa susah bila masa itu tiba. Moga-moga. Kerna aku sendiri belum pasti tentang yang akan datang.

Aku bukan anak yang baik, namun aku berusaha. Aku cuba. Ibu dan ayah, adik mohon ampun atas kelemahan diri....

p/s: dun worry, ibunda beta sekarang sehat-sehat aje. Doakan =)

nota: aku rasa cam lari topik plak, hihi :D

8 May 2009

kalau kau boleh jawab

Aku cuma nak bagi soklan simple je kat kau

Ape jadi kalau yang pegang undang-undang, die jugak yang langgar undang-undang?

Agak-agak haru tak negara?

p/s: Damn~

7 May 2009

Bolehkah tulang dicuri?

sebelum ini kau pernah terbaca tidak di suratkhabar mengenai doktor yang curi tulang sewaktu bekerja. Aku mahu bagi pautan suratkhabar tapi nampaknya pautan itu telah dialih pulak. Boleh cuba klik sini.

Maka aku petik sedikit daripada Utusan,

"PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ‘mencuri tulang’ oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masih menunggu dalam kesakitan - memang menghangat."

Aku terkejut jugak tapi aku tak amik pusing sangat, mungkin salah faham yang dibesarkan. Kemudian bila aku baca kisah sebenar di sini, benarlah tekaan aku. Memang salah faham dan hanya perkara kecil. Aku petik lagi sikit,

"Tetapi akhirnya lain pula cerita sebenarnya. Dua doktor yang dituduh curi tulang itu sebenarnya doktor pelatih yang baru habis bertugas sejak hari sebelumnya. Bilangan pesakit yang menunggu hanya lapan orang (selebihnya ahli keluarga yang menunggu). 

Tataulah ape perasaan yang dituduh. Aku rasa mungkin jugak Menteri tersebut hanya mendengar aduan pesakit, kemudian bila ditanya mengenai doktor yang bertugas, staff memberi maklumat yang salah. Aku rasa begitu kot rentetannya.

Papepun, kalau betul pun doktor pergi minum makan sekejap pada waktu bekerja, aku tak hairan. Di Jabatan tempat aku membuat latihan klinikal juga sama. Kira-kira jam 10 pagi kakitangan akan bergilir keluar untuk minum pagi. Walaupun ia tidak termaktub dalam sistem.

Kami pelajar praktikal meneruskan kerja kami, takkan kami nak follow sama jugak kan. Heh. Hakikatnya kerja di Jabatan kami, banyak mengendalikan mesin-mesin berat (bagi aku yang kering nih), pintu-pintu campuran plumbum, dan tak lupa juga pesakit-pesakit yang berat :D

Aku tak marah, tapi aku rasa wajar mereka keluar makan seawal itu. Kau tahu kenapa? Ini apa yang aku dan teman-temana rasai lah. Walaupun dah sarapan, jam 10 pagi kami semua dah rasa mau pengsan kehilangan glukosa. Ini rasa lapar bukan biasa-biasa punya lapar.

Jadi hari-hari seterusnya kami sentiasa membawa bekal diletak di dalam poket white coat kami, seperti nips, chocolate bar dan sebagainya yang boleh memberi tenaga segera. Aku dah tak peduli tentang nilai kalori segala bagai.

Paling penting aku ada tenaga untuk attend pada pesakit. Ada tenaga untuk terus bantu orang lain. Walaupun kesakitan sangat kuat menggigit, yelah sakit aku menghalang aku untuk berdiri lama dan angkat benda berat..heh.

Dan aku rasa, semua pekerja bidang perubatan berfikiran yang sama. Kami deal dengan manusia, yang special nya, manusia yang sakit dan mereka ini golongan yang di dalam keadaan darurat. Pastinya pelbagai kerenah. Sabar jelah jawabnya. Namun ramai jugak daripada golongan ini yang berubah sikap setelah sekian lama berkhidmat.

Mengapakah? Aku pun tercari-cari sebabnya. Mungkin kelak aku sendiri akan ketemu jawapan. Tapi yang aku agak-agak fikir..mereka ini lama-lama dah rasa sangat bosan dengan kerenah pesakit mungkin..atau lama-lama dah rasa jemu..mungkin. Wallahu'alam

Wah..seram jika begitu. Moga kita-kita semua ni dalam golongan yang sentiasa istiqamah, boleh? Ameen..

nota: aku mahu kau take note sedikit, bukan hanya doktor yang bekerja di hospital. Ada pelbagai jenis healthcare personnel lagi yang jadi tulang belakang hospital. Orait?

4 May 2009

Kasih yang tak pernah hilang untuk mereka


Aku teringat entry "aku tak pasti", dan ini baru kali ketiga entry tentang ini berputar di blog aku sepanjang 4 tahun ini. Bukan aku tak mahu, tapi aku pasti aku belum cukup kuat untuk menulis mengenai mereka. Aku rasa aku tak layak berbicara dalam keadaan aku yang masih mengutamakan dunia T__T

Tapi, aku tulis jugaklah, memenuhi tanggungjawab aku untuk mengajak kamu berfikir kembali tentang mereka. Mereka yang sangat istimewa pada mata aku, mereka yang menjadi pilihan Tuhan semesta alam. Oh, kadang-kadang aku jeles jugak dengan mereka sebab Allah sayang lebih, tapi bila fikir balik ini semua sebab mereka lebih kuat semangat jihad berbanding aku!

Jika aku yang diletakkan di sana, aku tatau sama ada aku mentally prepared atau tak. Papepun, kalau ada sesiapa offer pada aku, aku nak pergi. Hal kat sana aku serah pada Ilahi. Aku pun nak mati syahid..walaupun tahap aku skang memang aku tak layak. At least aku ada impian. Kau? Kau pun kena ada impian yang sama, mati syahid. Kenapa? Ah cari sendiri.

Oh kau tak boleh teka lagi ke aku tengah cakap pasal apa? Aku tengah bicara mengenai saudara kita di sana, di Palestin. Atau kau suka sebut isu Gaza skang. Bagi aku selamanya aku akan sebut Palestin. Palestin.

Ibu berkongsi kisah dengan aku mengenai sahabat Ibu yang berkesempatan ke sana baru-baru ini. Mari, aku mahu kongsi pengalaman beliau di Palestin, mungkin kisah sebegini tidak dipaparkan di media. Mungkin. Katannya (kawan ibu), apa yang di media hanyalah secuit sahaja daripada situasi sebenar. Biasalah tu kan. Yang tak perlu atau isu kecik, jadi besar-besaran. Haih, tak faham.

Oppss..kat sini pun dah berjela entry ni. Haha. My apology, just bear with it.

Aku cerita secara random jelah ye memandang is hanya disimpan di memori. Kisahnya, mereka di sana menggunakan sistem terowong untuk menyelamatkan nyawa dan sebagainya. Namun akhirnya terowong di sana berjaya dikesan oleh Israel dan di bom. Oh sapelah tu yang bitau. Sebab walaupun US dan Israel ada satelit paling canggih, namun satelit tu tak pernah berjaya mengesan terowong mereka.

Ok itu hanya introduction yang kau boleh dapat di TV kot. Allah kurniakan mereka bawah tanah yang terdiri daripada batu, maka proses menjadikannya sebagai terowong lebih mudah. Setiap kali berlaku serangan, tentera Hamas akan 'menculik' orang-orang tua dan kanak-kanak untuk dimasukkan ke dalam terowong, hanya apabila serangan reda barulah mereka dipulangkan ke pangkuan ayah bonda. Oh ini pertama kali aku mendengar kisah penculikan yang menarik =)

Gadis-gadis juga akan ditarik masuk ke terowong kerana mereka adalah golongan yang akan menjadi sasaran pemerkosaan tentera Yahudi. Ini semata-mata untuk menyebabkan mereka melahirkan zuriat yang bercampur darah Yahudi. Ok ayat aku macam berbelit-belit. I can feel it.
Agaknya sebab aku menulis dengan emosi.

Setiap kali bom dilepaskan, terasa jantung bergegar sama. Bukan kerana takut tetapi kerana kuatnya frequency bunyi bom itu, dan kuatnya bergegar di tanah, aku kira. Ini yang teman ibu katakan, beliau risau jika organ anak-anak kecil rosak dek gegaran. Orang dewasa pun merasa gegaran kuat pada organ dalaman, inikan pulak kanak-kanak dan bayi.

Kanak-kanak sekecil 5 tahun sudah memegang senapang. Setiap kali mereka terlihat tentera israel, mereka akan berlari dan cuba menembak. Tapi biasanya tentera israel lebih mudah menghabiskan nyawa anak-anak kecil ini dengan senjata canggih diorang.

Kanak-kanak seusia mereka jika di sini, adalah usia yang masih dibelai dan dimanja, serta disayangi. Tapi tanpa sedikit rasa belas tentera israel menghabiskan nyawa mereka sekelip mata. Ini yang aku fikir diorang semua ni seolah diberi dadah. entahlah. Atau semangat keagamaan mereka yang kuat. Entah.

Seusia 5 tahun mereka dah tahu macam mana nak bukak bom. Anak-anak kita kat Malaysia? Bukak pembalut aiskrim pun merengek mintak mak bukak lagi. Inilah bezanya didikan di sana dan sini. Heh. Dalam pelat lidah usia 3 tahun sudah lantang melaungkan "jihad fisabilillah!". Ya Allah..jauh sekali dengan anak-anak di Malaysia. Umur 30 tahun pun belum tentu ada hati nak laung jihad fisabilillah.

Ya Allah...dalam aku membandingkan hambaMu di Palestin dengan diri ini..dan ummat masyarakat di sekelilingku, serasa hati ini luntur, jatuh. Kotor.

Teringat juga kisah sewaktu pemberian bantuan kewangan dari Malaysia. Tentera Hamas mengambil sambil memacu senapang di bahu si pemberi, takut-takut jika itu hanyalah penyamaran. Ibu ceritakan ini sambil jari ibu diletak secara tiba-tiba di bahuku, analogi sebagai senapang. Huhu. Kaget sesaat di dalam hati. Macam mana agaknya jika aku yang di sana.

Senapang je pun, bukan machine gun ke ape, jauh lagilah fosforus. Berbekalkan senjata biasa-biasa tu jelah mereka berperang, tetapi yang hebatnya, mereka dibekalkan dengan semangat luar biasa.

Berbalik kisah tadi, sambil menerima duit sambil berjujuran airmata dan mengucapkan "God bless you." Semua duit terpaksa diberi by hand kepada wakil Hamas, if not memang takkan sampai la duit tu semua. Wei, aku cakap-cakap ni, korang tau tak Hamas tu ape? Pandai-pandai a pegi cari k.

Kau ingat tak, pihak israel laknatullah tu kan ada bagi masa sejam dua untuk penghantaran barang bekalan dari luar ke dalam Palestin. Sampai je lori-lori tu kat sempadan, tentera Hamas akan tarik keluar pemandu lori tuh.

"You stay here, I'll drive."

Sebab ape? Sebab kalau biar pemandu tadi yang bawak masuk, alamatnya tak sampailah bekalan. Sebab ape? Sebab sejak dari sempadan sampailah ke destinasi, Israel akan berterusan mengejar lori tuh dan lancarkan bom dari udara. Tak putus-putus. Jadi perlukan pemandu yang tahu selok belok Palestin. Gila betul. Baik takyah bagi masa camtu. Sama je.

Sebab tu betapa Allah larang keras di dalam Quran untuk kita bersahabat dengan Yahudi. Laknatullah 'alaikum! Mereka takkan pernah akan ada belas kepada Muslim. Malah diperangi hingga ke lubang cacing.

"Oh Allah support the Islam and Muslimeen in Palestin, Oh Allah make their hearts firm (in Imaan, Taqwaa, Tawakkul etc.), Oh Allah make their feet firm (uncompromising and steadfast), Oh Allah support them (the Mujaahideen) over those who show animosity to them, Oh Allah destroy their enemies, Oh Allah shake the earth beneath their (the enemies) feet, Oh Allah support our scholars, Oh Allah be with them and protect them, please accept our du'aas you are indeed the best knower and the best listener..ameen ameen"

Sudah ah, baru cerita sikit dah berjela. Aku cuba untuk menjauhkan unusr emosi di dalam entry ini. Kang basah pulak blog ni dengan airmata korang kan. Marilah keep on praying and show our support to them.

Aku tingat adik aku sorang ni, bawang merah dalam entry yang ni, dan banyak entry-entry beliau yang laen. Pasal camne kuatnya die tahan diri daripada makan McD. Heh. Nampak simple kan, bukan senang tapinya. Yang paling aku berminat part die analogikan daging burger McD sebagai daging orang Palestin dan sos dalam burger tu sebagai darah orang Palestin. Mahu makan??

Tepuk dada tanya iman.

Kalau mahu tahu ape kau boleh buat untuk tolong mereka, sila klik link "aku tak pasti" kat atas tuh.

p/s: bukan senang nak boikot2 ni dan konsisten lak tuh, but ade certain benda yang bukan darurat kan. But boikot lah setakat mana yang kau mampu teman. Jangan paksa sampai meloya :P

ni aku tulis pasal pandangan aku pada boikot barangan israel, sila gi baca:


3 May 2009

MAF 14


Could you notice those 3 characters of Mafia in the image? The Mogul which earns money faster, the Fearless who recovers health faster and lastly the Maniac who recovers energy faster.

I was actually been invited by him to play this so-called Mafia Wars, online. And I am shocked to see that there's a character which could recover health faster. I was wishing for that in real life, like Wolvarine in X-Men. Hehe.

Apa guna banyak duit seperti Mogul jika tiada rawatan yang available, this explain to you, money is not everything, but we cannot deny that almost everything needs money. Even though I would love to have the Fearless (recovers health faster) in real life, but I choose to be as Maniac where I could recovers energy faster. For me to earns more money, and for me to be able to fight with the pain.

Heh, cam sadis je ek. Sebenarnya it is applicable in real life. We choose which character we would like to be. Nak jadi rajin atau malas, nak jadi berguna atau tidak, nak jadi hamba yang bersyukur atau tidak dan sebagainya. You choose what you wanna be, even though Allah has destined everything. It is only you who could change yourself.

But still, I wish to choose the Fearless in this real life, if I ever had been given a choice. Wuhuu~

p/s: really wanted to recover..hope to find the cure sooner..unbearable.
Posted by Picasa

1 May 2009

May 2009

Menulis kali ini, untuk kamu dan untuk aku pastinya. Ini entry istimewa sedikit agaknya. Hari ini May 2009, dan aku menulis sejak May 2005. Tika aku masih mentah ku kira. 

Mula serius menulis sejak May 2008. Di mana aku mula sasarkan siapa target reader aku, aku cuba update lebih kerap dan aku cuba untuk memberi manfaat buat orang lain melalui penulisan. Harap kelak Dia tidak soal aku tentang apa yang aku buat. Sama ada sia-sia atau bermakna.

Mula saat itu juga, aku bukan sahaja bertemankan teman-temana lama, namun aku mula kenal ramai mereka-mereka yang berhidup di dunia cyber bernama blogger. Tidak pernah bersua, tapi rapat di muka pintu blog. Tak lupa pelbagai jenis anony, hehe. Aku hargai kesemuanya.

Tika itu aku mula menulis untuk membaiki diri aku dan ajak teman-teman sama. Better late than never. Mungkin banyak yang kalian baca entry aku seputar kesakitan aku, seputar norma masyarakat dan kehidupan pelajar.

Tentang sakit aku, bukan untuk mohon simpati namun untuk kau turut sama merasa kuat dan supaya aku juga merasa kuat. Tentang norma masyarakat pulak, aku mahu kita menjadi agen yang merubah, bukan agen yang merosakkan...

Maaf banyak aku menulis secara kasar. Hakikat dalam dunia nyata, aku tidak langsung pandai ber kau dan aku dengan teman2. Heh. Mungkin bahasa 'dalam hati' ini adalah yang terbaik untuk digunakan, supaya mudah meresap ke hati jugak. Itu perkiraan aku, entah benar atau tidak, aku tidak tahu. Tapi muntah pulak aku nanti kalau guna saya awak :D

Sesungguhnya aku tidak pandai berbahasa, aku hanya berkata-kata dari hati, menulis untuk kau dan aku. Jalinan yang telah kita bina, aku mahu kau tahu, aku hargai gila. Walaupun hanya di skrin komputer :D ganas ape beb, hehe.

Buat kali ini, entry ini, sesiapa yang terbaca, bolehkah aku mintak kau untuk menyapa. Bolehkah?

Dan seperti katanya, aku jelas kelihatan 'growing' melalui penulisan aku sejak mula hingga kini. Namun aku pinta kau janganlah belek entry lama aku, melainkan bermula dengan May 2008. Kerana yang sebelumnya hanyalah sia-sia ku kira :D

Terima kasih kerana bersama-sama. Dan maafkan andai aku banyak memilih untuk 'emo' pada kebanyakan entry, barulah kau boleh feel kan ;)

p/s: aku terasa nak tukar template selepas dah setahun, tapi aku fikir nanti kau tak terasa macam masuk blog aku lakbila wajahnya dah berubah, kan?