10 May 2009

strangers belanja makan, kau terima tak..?

Dear joymin and wabi, my apology that this entry is again in Malay =)

Adalah 2 bulan lepas waktu aku praktikal di sebuah hospital. Aku dan Mawar Merah queue la di kaunter dengan pinggan dan air di tangan nak bayar harga makanan. Kami yang akhir takde siapa di belakang.

Di depan pulak cam ada 2-3 orang lagi. Beraturnya bukan sebaris tapi cam kena bergerak ke kiri. Jadi aku mengadap depan dan bergerak ke kiri sikit-sikit bila barisan dah mula bergerak. Aku cam banyak pandang Mawar Merah la kan berbalas cakap sementara tunggu.

Bila sampai turn aku, aku cam biasalah tanya,

"berapa ye kak?"

"Dah bayar dah."

"Saya belum bayar lagi kak."

"dah bayar dah."

Eh, dan muka aku berkerut, takkan cepat sangat aku lupa aku dah bayar. Tapi konfem belum bayar. Agaknya akak tu tengok muka aku berkerut, dia sambung lagi,

"Dah ada orang tu (sambil tunjuk tah ke arah mana) bayarkan."

"Eh.." dan aku gaya serba salah sambil pandang nampaklah beliau yang dimaksudkan. Rasa nak bayar semula pun ada. Biar betik kan.

Dan Mawar Merah pulak nak bayar.

"Dua-dua dah bayar." Kata akak tu lagi.

Lagilah kami curious dan muka pelik. Agak beberapa ketika jugaklah kami dengan gaya bersalah stay depan kaunter tuh. Nasib baik takde sapa dah kat belakang kami. Dan akak tu bersuara,

"Memang dia selalu belanja orang kat sini, dah beberapa bulan die duk sini jaga mak dia sakit."

Aku angguk. Tapi still terpinga-pinga. Akhirnya, kami pergilah gerak cari meja best nak makan. Sambil mata aku mencari-cari that sumone ke arah yang akak tu tunjuk tadi. Tapi aku cam duk fikir, sape eh.

Masih ada perasaan yang pelik sebab makan je duit orang yang tak dikenali. Rasa cam nak gi bagi duit or say thanks dan berbagai macam perasaan, tapi buntu nak buat mana satu. Haha.
Then aku just makan lah dengan aman. Aku rasa Mawar Merah pun rasa yang sama. Kan?

Cuma aku tolong doakan aje untuk mak dia, aku harap aku gi posting bulan ni aku dah tak jumpa da dia kat hospital tu. Aku harap mak dia dah sehat. Aku rasa mungkin dia amalkan konsep dari salah satu hadith ni.

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkanlah do’a untuk menghadapi datangnya bencana.
(HR. Ath-Thobrani)

[baca sini - Efek medikal bersedekah]

Lebih kurang macam, kalau kita rajin bersedekah, memudahkan jalan penyembuhan penyakit. Sort of. Mungkin itu salah satu usaha dia untuk sembuhkan ibu dia. Mungkin. Aku hanya mampu bersangka baik. 

Takkan nak gi sangka orag tu belanja sebab nak' ayat' kita kan :P
Sebab takde plak lelaki muda itu datang kepada kami, malah dia belanja senyap-senyap je. Aku even tak sempat tengok betul muka dia, yelah kot jumpa laen kali kan bleh say thanks :P
haha

Ok mesti korang dah fikir mengarut. Sudah. Sangka baik naa~

Ok teman teman semua, ini version agak serious sikit aku mahu ajak kau berfikir. Sekarang mungkin ibu ayah kau masih sehat dan mampu menguruskan diri sendiri seperti biasa. Mungkin hari ini ibu ayah kau bergembira bersama kau, gelak ketawa.

Mungkin hari ini ayah ibu kau mampu bekerja sedia kala. Mungkin hari ini ibu ayah kau yang masih mendengar cerita-cerita kau, gembira kau, tangis kau.

Namun ia pasti datang satu masa di mana, mereka terbaring sakit di katil, tidak bermaya. Dan aku pernah merasai perasaan ini. Tiada lagi gelak ketawa, rumah penuh suram. Dan aku hanya berteman airmata menangisi keadaan bonda. (pastinya menangis dalam bilik ler, takkan nangis depan mak kan..)

Kau uruskan ibu/ayah kau. Kau mandikan. Kau suapkan. Kau masakkan. Kau jaga segala. Ingat teman, saat itu akan tiba. Aku harap kita semua bersedia dari sekarang kerana ia akan tiba bila-bila masa. Jangan kau buat konsep escapism pulak. Lepas tangan kepada orang lain.

Ingat ibunda boleh jaga kita yang ramai, namun kita yang ramai belum tentu dapat jaga ibunda nan seorang. Belum tentu.

Saat teman ibu datang melawat, dan dari jauh aku nampak teman ibu duduk di sisi katil memegang erat tangan,

"Im so sorry...Im so sorry..I did not know u're in this state. Im so sorry.." sambil meratap hiba.

Saat itu ingin jua aku meratap hiba, namun aku sebagai anak harus kuat kerana bukankah kita semua, anakanda ibunda, adalah sumber kekuatan mereka. Ini aku pasti. Kerana saban malam dan siang doa mereka hanya untuk kita, 24 jam fikiran mereka untuk kita.

Aku ingat kata-kata ibunda,

"Hati semua ibu dan ayah, hanyalah nak tengok anak-anak mereka okay. Itu sahaja dah cukup bahagiakan mereka. Mereka tak mintak lebih"

Aku harap aku kuat untuk hari itu. Hari yang pasti tiba. Aku harap aku dan kau semua jadi anak-anak yang soleh solehah. Aku harap dan aku doa. Moga kita semua bukan golongan yang merasa susah bila masa itu tiba. Moga-moga. Kerna aku sendiri belum pasti tentang yang akan datang.

Aku bukan anak yang baik, namun aku berusaha. Aku cuba. Ibu dan ayah, adik mohon ampun atas kelemahan diri....

p/s: dun worry, ibunda beta sekarang sehat-sehat aje. Doakan =)

nota: aku rasa cam lari topik plak, hihi :D

16 comments:

farah, s. said...

sayu T_T

izzahismail said...

terharu.

dan takot.

the biggest fear is losing the ppl we love..

btol. they are happy when we're happy :)

Anonymous said...

what an inspirational entry, as. thanks for sharing the hadith anyway =)

Syahrir bin Zaini said...
This comment has been removed by the author.
Syahrir bin Zaini said...

Kekok berfikir...
Optimiskan diri anda;
rezeki jangan ditolak,
kepada ibu bapa perlulah berbakti.

:P

As said...

farah amin
farah balik tak cuti ni...?

***

izzahismail
me too izza..i cant imagine..
T_T

***

diya
wah gaya laen macam sikit komen diya, ahaks.
ala2 wanita korporat gitu :D
sama2 diya, u re most welkam as always

***

syahrir
thanks~~!

3p4h said...

Nak nyanyi lagu untukmu ibu bole? =)

p/s: Stranger blnja mkn mknn yg kita ambil sndri ok je, tp if mknn yg dberi stranger kne bhati2. He5

tusky said...

yummy..
hihihihi=)

mawarmerah said...

yup memang rase cam tanak gerak dari kaunter tu rase huhu serba salah..

harap2 mak die da sehat..ameen..

as, memang sangat takot kalau hari itu adalah esok atau bile2

moga kite same2 tabah untuk hari itu ameen..

flove said...

cam daddy long leg pulak

... blanja but tak tunjuk muka ...admirer kot? .. sye pon pernah buat cam2 kt sorang perempuan but pasal hari hari dier bawk bekal, kesian ...
gi tarik tangan dier terus bawak makan kt kanteen huhuhu ...

camne anime hari tu ...best ker ?

As said...

3p4h
hehe silakan
dan pesanan itu sgat berguna!
tq

***

tusky
die lak yang kenyang :P

***

mawarmerah
mari kita doakan

***

flove
bagusnya wat camtu :D
nak tiru laaa

yang flove bg manga kan bukan anime..kalau ada anime lg best siot!
best je manga die..hehe

Akmal Azeman said...

i wouldnt knw wat i'd do if ever a a someone blanja sy mkn dgn cara begitu. mungkin kita ambil itu sbg rezeki?

btw. takut jgk mghadapi saat2 di mana si anak kena jaga si ibu bapa, tkt tak boleh nk pikul tggjwb. sy pon bkn anak yg baek, suka merajuk sana sini, mcm bdk bdk kecik. huhu

As said...

kema azeman
itulah pasal, as tak sempat nak imagine dpt cmtu supaya leh prepared, terus diberikan Ilahi. Wuhuu.
takpe kema mesti time tu akan dpt buat tindakan terbaek :D

owh kanak2 riang merajuk la nih :D :P

hehhehehe

alifzaimimra said...

:)

Anonymous said...

bahahaha!! korporat tu tak tahannnn!! =))

as. as. =p

As said...

hawa
hehe :D

***

diya
ada gaya aa tu :P