datang peringatan yang sama secara direct atau indirect, termenung jugak jadinya.
Aku selalu cakap pengakhiran itu adalah permulaan bagi yang baru, untuk naikkan semangat teman-teman yang berpisah dan sebagainya. Tapi aku banyak fokus pada kehidupan untuk phrase ini. Aku lupa boleh aje relate dengan kematian, kan?
Kematian itu bukan akhir bagi sebuah kehidupan, malah ia adalah satu permulaan kepada suatu kehidupan yang tiada akhirnya. Kematian hanyalah satu proses perpindahan.
Always begin with the end in mind. Sebelum memulakan sesuatu, kita perlu ada final target kita. Untuk apa aku buat sesuatu. Maka bagi kes ini, untuk apa aku di sini, di dunia ini. Lu fikir sendiri ok.
Bila seorang teman SMS dan mengucapkan kepadaku moga mendapat husnul khatimah, aku tersentak, layakkah aku..
Setiap hari aku sentiasa berfikir. Alangkah istimewanya mereka yang mendapat chronic illness, sekurang-kurangnya daripada satu segi. Yang mana doktor boleh nyatakan kamu perlu bersedia untuk hari-hari akhir kehidupan. Yang kau akan terus sentiasa membuat persediaan. Walaupun bukan si doktor itu yang menentukan tarikh akhir hidupmu.
Berbanding aku yang enak dengan kehidupan, entah bila ajal kan datang aku tidak hiraukan. Kalau esok aku mati, apa aku akan jawab di depan Tuhan tentang apa yang aku perlakukan hari ini..??
Inilah yang aku fikirkan sehari-hari, bukan baru hari ini.
Marilah aku kongsi hadis kegemaran aku. Kamu boleh muat-turun di sini
Dari Ibnu Umar r.a:
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menepuk kedua belikatku, lalu bersabda; ‘ Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang Gharib (yakni orang yang sedang berada di negeri orang dan tentu akan kembali ke negeri asal) atau sebagai orang yang menyeberangi jalan ( yakni amat sebentar sekali di dunia ini).
Ibnu Umar berkata: ” Jikalau engkau di waktu (petang) maka janganlah menantikan waktu pagi, dan jikalau engkau di waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu petang (iaitu jangan menanti atau bertangguh untuk berbuat amal dan kebajikan), ambillah kesempatan sewaktu engkau sihat untuk masa sakitmu, dan sewaktu engkau masih hidup untuk masa matimu.”
-Riwayat Bukhari-
lima sebelum lima, anyone?
nota: credits
5 comments:
"Berbanding aku yang enak dengan kehidupan, entah bila ajal kan datang aku tidak hiraukan. Kalau esok aku mati, apa aku akan jawab di depan Tuhan tentang apa yang aku perlakukan hari ini..??"
=(
takut jadinya bila ingat mati ...
assalamualaykum kak as! =)
hee2, lama tak bertegur sapa.
ada kawan pun suffer from chronic illness. an inherited one. n dia cakap dia sangat bersyukur sebab musibah tu lah yang buatkan dia selalu zikrulmaut. musibah jadi ni'mat buatnya.
=)
part yang diya copy paste tuh, seram jgk nk baca.
takut bila sebut sal mati.
Mati itu memang sebaik-baik peringatan..
indah;)
salam..
Post a Comment