Maka aku petik sedikit daripada Utusan,
"PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ‘mencuri tulang’ oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masih menunggu dalam kesakitan - memang menghangat."
Aku terkejut jugak tapi aku tak amik pusing sangat, mungkin salah faham yang dibesarkan. Kemudian bila aku baca kisah sebenar di sini, benarlah tekaan aku. Memang salah faham dan hanya perkara kecil. Aku petik lagi sikit,
"Tetapi akhirnya lain pula cerita sebenarnya. Dua doktor yang dituduh curi tulang itu sebenarnya doktor pelatih yang baru habis bertugas sejak hari sebelumnya. Bilangan pesakit yang menunggu hanya lapan orang (selebihnya ahli keluarga yang menunggu).
Tataulah ape perasaan yang dituduh. Aku rasa mungkin jugak Menteri tersebut hanya mendengar aduan pesakit, kemudian bila ditanya mengenai doktor yang bertugas, staff memberi maklumat yang salah. Aku rasa begitu kot rentetannya.
Papepun, kalau betul pun doktor pergi minum makan sekejap pada waktu bekerja, aku tak hairan. Di Jabatan tempat aku membuat latihan klinikal juga sama. Kira-kira jam 10 pagi kakitangan akan bergilir keluar untuk minum pagi. Walaupun ia tidak termaktub dalam sistem.
Kami pelajar praktikal meneruskan kerja kami, takkan kami nak follow sama jugak kan. Heh. Hakikatnya kerja di Jabatan kami, banyak mengendalikan mesin-mesin berat (bagi aku yang kering nih), pintu-pintu campuran plumbum, dan tak lupa juga pesakit-pesakit yang berat :D
Aku tak marah, tapi aku rasa wajar mereka keluar makan seawal itu. Kau tahu kenapa? Ini apa yang aku dan teman-temana rasai lah. Walaupun dah sarapan, jam 10 pagi kami semua dah rasa mau pengsan kehilangan glukosa. Ini rasa lapar bukan biasa-biasa punya lapar.
Jadi hari-hari seterusnya kami sentiasa membawa bekal diletak di dalam poket white coat kami, seperti nips, chocolate bar dan sebagainya yang boleh memberi tenaga segera. Aku dah tak peduli tentang nilai kalori segala bagai.
Paling penting aku ada tenaga untuk attend pada pesakit. Ada tenaga untuk terus bantu orang lain. Walaupun kesakitan sangat kuat menggigit, yelah sakit aku menghalang aku untuk berdiri lama dan angkat benda berat..heh.
Dan aku rasa, semua pekerja bidang perubatan berfikiran yang sama. Kami deal dengan manusia, yang special nya, manusia yang sakit dan mereka ini golongan yang di dalam keadaan darurat. Pastinya pelbagai kerenah. Sabar jelah jawabnya. Namun ramai jugak daripada golongan ini yang berubah sikap setelah sekian lama berkhidmat.
Mengapakah? Aku pun tercari-cari sebabnya. Mungkin kelak aku sendiri akan ketemu jawapan. Tapi yang aku agak-agak fikir..mereka ini lama-lama dah rasa sangat bosan dengan kerenah pesakit mungkin..atau lama-lama dah rasa jemu..mungkin. Wallahu'alam
Wah..seram jika begitu. Moga kita-kita semua ni dalam golongan yang sentiasa istiqamah, boleh? Ameen..
nota: aku mahu kau take note sedikit, bukan hanya doktor yang bekerja di hospital. Ada pelbagai jenis healthcare personnel lagi yang jadi tulang belakang hospital. Orait?
19 comments:
ouh, macam tu ke..berat jugak keje kat hospital ni kan? kena banyak9x bersabar..bersabar dengan kerenah pesakit, staff, dan masyarakat.
ramai org yg suke ckp blkg. padahal diorg tatau perkara sebenar.cuba suh diorg yg jadi doktor.baru tau penat.huhuu.da la malaysia ni mmg kekurangan doktor..
[heh~]
dear MAR
laju gila die komen :D
memang berat..bukan hanya doktor..tapi SEMUA healthcare personnel..
:)
Eh tidak lama lagi Tulang Anjing Hitam di Istana Budaya! Jomlah ramai-ramai doktor di HKL melintas jalan curi tulang-tulang itu! ha ha
nak cepat gi spital pakar lah.
tak cukup duit, guna medical card.
nak tau medical card, boleh tanya sama Darus.
curi tulang? Secara realistiknya. Kalau kerja di lab yang ada tulang temulang. Boleh je nak curi. Tapi berkenaan doktor yang 'mencuri tulang' yang membawa maksud, tidak bekerja pada waktunya atau bertugas, itu no komen.
Kamu jadi doktor sebab apa eh? Sebagai tuntutan pekerjaan ke? Minat? Atau kamu memang nak merawat orang, tak kira susah or senang.
anuar manshor
menarik tajuknya ;)
***
BITMD
haa saya ade satu soklan pasal tu
die cover only surgery or semua segala jenis mak nenek rawatan di private hosp? tq
:)
***
CAHAYA yang bercahaya sentiasa
erm...cahaya baca betul2 tak ye entry as..
im not a doctor..im a healthcare personnel
as amik sebab minat
dan as rasa puas dapat jd seorang pemberi..dr segi kesihatan sebab as banyak sakit dan banyak deal with hosp
im aiming to improve the system..Allah's willing
as, diya kalau boleh kan nak "mewajibkan" diri diya komen setiap entri as. walau lambat mcm mana sekalipun. walau diya tak berapa paham sekalipun. huhu.
just nak cakap, terima kasih sebab selalu ada dengan diya. terima kasih banyak2.
p/s-check ur email, dear.
diya anak uncle kamaruzaman
boleh aje, anything for you :)
as merepek pape pun, diya baca jelah :D
terima kasih jugak untuk diya, moga Allah balas kebaikan..ameen.
p/s: dun worry email yang diya email tu, may primary email..inshaAllah akan sentiasa updated :)
THANKS~
im with you..
not only doctors should be recognized..
smua staff plays an integral role in keeping the hospital running in full maximum capacity..
termasuk golongan yang walaupun tidak bersarjana atau diploma, mereka maseh menjerih perit membantu mengutuhkan institusi hospital..
p/s: to those yang nak tuduh org curi tulang, curi beruang DSB. check2 la dulu, jangan serbu tak pakai helmet...hehe
suasana hospital memang sibuk..kena faham,semua kakitangan hospital bekerja keras.semoga diriku yg bakal menjejakkan kaki di hospital nnt insyaAllah moga istiqamah mengikhlaskan diri untuk berkhidmat pada masyarakat.
like (tiru fb) =)
whoaa, cari rezeki kena lah jujur dan pikul amanah dengan sebaiknya
tak ape lah as. nak buat camne kita manusia2 radiasi nih orang tak kenal hehe..
kita bekerja seikhlas hati & sentiasa lapang kan dada masa kerja insyaallah ok =)
tapi pinggang kena jaga haa..up table tu yee..
AhmadN
I like ur comment
especially part helmet tu eh :P :P
thanks!
***
hidayah
ameen =)
***
fb
tak faham...
***
Mak Su
itulah terbaeekk
***
shafiqrahman
haha kelakar :D
jagalah waist anda...eh?
mereka2 belum cukup pendedahan..
haha nanti wat entry len :P
Menteri itu mengeluarkan statement secara memH1N1 buta.Tidak selidik terlebih awal dan ingin mencari populariti murahan.
Mereka ingat semua yang berkerja di hospital adalah hamba.Dari doc,nurse dan sebagainya.Mereka hanya mahukan layanan cepat.Mereka tidak fikirkan perasaan seorang healthcare personnel.
No wonderlah,ramai doc tidak bekerja di hospital gov,layan terhadap mereka teruk.
Statement B***H.
Sori terlepas kat sini.
wah..marah nampak dokter muda kita.
biasalah..ini lah malaysia tanah air ku..
dah bekerja ni lagi lah realiti terang dan nyata..
healthcare system kita kat malaysia ni masih terkebelakang..
Dr Ahmad
itulah, memang ada konsep serkap jarang di sini yang tak sepatutnya lah berlaku.
Maybe jugak lah nak femes atau to show concern sampai tak sempat check. Luckily our Health Minister semak dulu semula :) sebab dia faham
***
shafiqrahman
yosh
macam selalu yang dipesan pada kita, disebabkan sistem banyak sgat lack sana sini dan management tak terurus sumwhere here and there, plus protokol2 sume.
THus jika kita nak merubah sistem, we must have the authorities, kalau kita sekadar cakap dr bawah, no one will listen to you..
Jadi kita kena berusaha ke atas..heh.
Kalau rasa nak ubah sistem lah.
Mcm abang dah keje, get into the system lg nampak here and there..kan..
malaysia tanah iar kau dan aku. hehehe
For me, everyone works kat hospital tu doktor. Kalau nurse, its obvious kan? Kalau amah, pun obvious.
What a 'healthcare personnel' do actually?
CAHAYA
=)
heathcare personnel ramaaai
-antaranya those yang buatkan x-ray for you..Ct scan, etc segala benda yang hasilkan gambar of ur body, radiographer
-orang yang tolong pulihkan anggota, physiotherapist
-orang yang jaga diet patient, dietitian
-orang yang pulihkan orang yang cedera akibat kerja, eksiden etc, occupational therapist
-orang yang check blood kita semua, biomedical technologist (aiyo betul ke ni)
-orang yang buat test untuk masalah telinga, audiologist
-yang kite gi wat spec ngan dia, optometrist
-yang prescribe ubat, pharmacist
ok the list will grow longer :D
pharmacist u call doctor jugak....? :)
biasalah, time as posting pun people will call me doctor sedangkan bukan :)
Post a Comment