17 May 2009

Cekgu yang tanyakan khabar murid

Hu, aku agak terkedu sekali sekala apabila si guru yang mencari dan bertanya khabar aku. Aku yang kemudiannya meletak telefon masih dengan rasa tergamam, dan terdiam merenung buat seketika. Akukah yang alpa dan leka atau si guru itu terlaku kasih dan concern.

Haiyoh~ rasa bersalah

Siang tadi telefon bergetar manja tanpa sebarang bunyi, aku yang lebih sukakan silent mode berbanding segala. Aku pandang skrin, hanya nombor yang tertera. Siapakah? Amoi kedai sony kah membawa perkhabaran tentang si hijau aku.

"hallo..siapa ya" tanpa salam, kot kot amoi tu kan..

"hallo, assalamu'alaikum, this is As right?" pastinya si guru memanggil nama penuh aku. "Mdm Yana here." bukan nama sebenar.

Owh my..pensyarah kesayangan daripada fakulti orang lain, fakulti sains. Bukan fakulti aku.

"Sorry Mdm, I switched my phone, thus I lost ur number."

"I was just calling you to say hi..how are you doing?"

Aku sebenarnya shock seketika, memanggil hanya untuk say hi..si guru ini..guru-guru yang tegas tapi cukup pengasih dan penyayang memang dalam ingatan. Hehe. Pasal surgery aku tahun lepas pun beliau ingat. Dan aku ter-bohong si guru itu satu perkara T__T

"How was your surgery, are you better now?"

"Yup alhamdulliah, it's been better now..." sambil sambung bicara. Pada hakikatnya aku yang makin teruk ini. Haiyoh, mintak maaf, guru. Sesungguhnya persoalan mengenai kesihatan tu paling sukar untuk dijawab. Serius.

Aku bertanya tentang beliau yang saban hari memang sibuk, sedang berkursus juga sempat menelefon aku. Dan katanya..

"Life is like this, right? We need to make full use of what Allah has given to us." Aku diam dan mendengar bait-bait seterusnya. Pesanan guru itu, bagi aku bermakna. Time-time cuti gini, memang magic bila kau dapat doa dan pesanan dari cekgu-cekgu kan. 

Mungkin si guru merasakan beliau sekadar bertanya khabar, namun bagi aku ia bermakna, cukup untuk aku diam dan berfikir sementara. (dan blog-kan ia :D)

Si guru itu memang yang aku selalu terkesan dengan kata-katanya, dan juga dengan perkara-perkara yang beliau lakukan pada kami di dalam kelas. Seperti, meminta kami keluarkan handset, dan menaip skrip sms daripada ayat beliau sendiri, dan minta kami kirim pada ayah/ibu dan dan tu jugak tak aci ngelat.

Buat semua guru yang tidak putus memberi nasihat walau aku dah habis sekolah, atau aku yang bukan dalam fakulti beliau :D
arigato sensei~~

9 comments:

Anonymous said...

wah~! diya pun tergamam baca cerita as ni. mesti as istimewa bagi beliau, tu yang dia calling2 tanya khabar. heee =D

joegrimjow said...

2 la kekuatan seorang guru

farah, s. said...

kadang2 ade student yg dh tak ingt guru, nama pun tak ingt, tp surprisingly, guru tu masih ingat student tu T_______T

neem said...

i know how u feel..

smlm cikgu neem rply msge. punya lah pjg. terasa serba salah. dorg sebenarnya sygkn kita tanpa kita sedari..

T_T

Anonymous said...

apa khabar?

As said...

diya
bukan ke kalau cekgu sejati, sume anak murid istimewa :P
huhu
maybe sebab die tau as ingat die kot
walla~
tp takdelah tahap nak kol..as sms je, segan aa kol :D

***

joegrimjow
itulah pahala mengalir sentiasa

***

farah amin
cekgu tu selalunya special kan
guru yg sebenar guru
huhu
sedih plak nothing to be put into memory pasal our skul..tentang guru..banyak memory hirisan hati. Hehe. Tapi guru tetap guru yang as hormati regardless og anything
:)

***

neem
selalunya begitulah =)

***

BITMD
owh cekgu datang tanya khabar... =)
cekgu tau kan soklan tu susah bg as? hehe

CAHAYA said...

Cikgu aku pun cam tu gak. Rindunya!

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

dlm banyak2 student dia,
kak as jugak yg diingatnya.
bukan senang chegu2 or lect2 nak ingat kat student2 dia.
you must very nice to her..
btw,
mereka adalah yg terbaek!
syg chegu2ku..

As said...

CAHAYA
sume cekgu mmg camtu kot kan
kagum :)

***

miss gaza
haha no komen :P