30 September 2008

Mari belajar fotografi

nota atas: cuba untuk mencari email semua orang tetapi tidak berjaya, jadilah akhirnya image kad raya ini terpampang di sini.

nota bawah: entri raya yang cuba diputar belitkan supaya tak terasa seperti entri raya


Assalamu'alaikum, salam sejahtera buat semua makhlukNya yang bernyawa dan juga yang telah meninggal dunia. Andainya ini Ramadhan yang terakhir, moga Allah menerima segala amalan kita, dan menjadikan kita satu entiti yang lebih baik selepas ini. Ameen.

Ungkapan klasik maaf zahir batin dalam card di atas datang dari lubuk jiwa yang ikhlas, walaupun klasik tetap rock. :D

"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka/berhari raya dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya (kelak)."
[bukhari wa muslim]

--------------------------------------------

Notes: Image infomation
(click on image for larger view)

photographer: As bob

Date & time taken: 22/9/08 6.52pm during sunset with orange light from the sun. The whole earth in IIUM Indera Mahkota shining bright, orange in colour, what a miracle, at least for us living in level 4 M6 college.

Camera Model: Olympus FE320, x835, c540

Exposure: 0.006 sec (1/160)

Flash: Flash did not fire


Er..i love photography, and I am also doing degree in this field, known as medical imaging. We are not using camera, but we use advanced imaging modalities to capture the image of the internal human body, we call it human anatomy (including the bones, organs and muscle etc). It is for medical purposes and also for forensic.

We did learn things like film, cassete, latent image, contrast, exposure, dark room and almost everything which a photographer did learn, even much more than that~! ;p

one year and half being in this course, to conclude that it is a combination of engineering and medicine. Two diferent fields which cause us to have at least 10 subjects per semester, also caused us to almost quit! Huu~~pening..

Please choose one,
To quit or to fightback..??


Related link on IIUM medical imaging in this blog:
MH series 007
because no one told you
the punch card story
bye bye freshie

-----------------------------------------------

Meh nak share sedikit takbir raya yang sebenar-benarnya diamalkan oleh sahabat-sahabat, ringkas dan sangat mudah untuk dihafal. Klik sini baca ayat dalam kotak kuning atau baca je kat bawah ni.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لاإله إلاالله
الله أكبرالله أكبر ولله الحمد

senang kan kan kan? Ok boleh balik praktis.

yang dalam kotak kuning tuh rasanya boleh dengar, tapi sebab tak mahir 'arab, cari-cari perkataan yang memberi maksud boleh mainkan atau dengar tapi tak jumpa-jumpa. Sape2 jumpa sila bitau ye. Terima kasih.

walaupun haru dengan pemergian Ramadhan, tetap kita dituntut untuk meraikan hari kemenangan, selepas habisnya Ramadhan. Datangnya hanya setahun sekali itulah yang menyebabkan kita lebih menghargai Ramadhan. Moga Allah panjangkan umur kita untuk ketemu lagi Ramadhan akan datang. Ameen.

Senyumlah dengan ketibaan lebaran, hari kemenangan. Bersyukur dengan nikmat limpahanNya. Semoga sebulan perjalanan kembali kepada fitrah bertemu makna sebenar. Ameen.

nota sebelum paling bawah: amalan sunnah ketika eid-ul fitri dan worth reading on ramadhan syawal

nota bawah tengah: esok pagi ada open house, kalau kamu rasa boleh datang, ini jemputan untuk kamu, kalau nak alamat, sila email ye

nota paling bawah: Alhamdulillah, da banyak do'a korang sama-sama amin kan (: hehe

hari sayur sedunia

kenapa saya kurang suka nak pegi solat jema'ah kat surau atau masjid

nota: ni perspektif sebelah wanita

1. Saf tak rapat

Kebanyakan masjid/surau hampar sejadah dalam bentuk menegak, maka bermulalah konsep "satu sejadah sorang" yang kemudiannya menyebabkan saf tak rapat malah berjarak-jarak. Nak tarik atau ajak orang kiri kanak rapat-rapat, sume makcik2 atau kakak2, sapelah kita ni nak suarakan pape. Nak rapat ke kanan, sebelah kiri pulak lompong dan vice versa. Solat dengan serba salah. Sebab tu baik tak payah pergi, afdal di rumah. Cuma kadang2 rasa gak nak pergi, contohnya terawikh.

Meh kita lihat sabda Rasulullah s.a.w daripada Abu Hurairah,

"Seandainya orang2 tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencaainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya."
[Riwayat Bukhari, no. 615. Muslim, no. 137]

2. Saf mula dari kanan

Solat sume mula daripada sebelah kanan, salah satu sebab jadi saf tak rapat. Tingat satu kes sorang makcik dengan saya ketika berdiri nak mula solat.

"*Maghi rapak sini skek agi je nih." Kata makcik yang merapatkan saf ke kanan (walaupun sebenarnya banyak jugak gap nye).

Saya yang berada di paling tengah rasa pelik. Terus tanya (lepas translate kata2 makcik itu ke dalam bahasa standard).

"Er makcik..saf mula dari tengah kan...?" Saya dengan bahasa 'foreigner' saya di negeri sendiri (masih dalam training untuk berbasaha ganu sepenuhnya).

"Eh dok eh, kena rapak ke kanang...maghi2.."

Jadi nak cakap ape lagi, kena sami'tu wa'ato'tu la jawabnya. Rapat ke kanan, belah tengah pulak macam lompong. Haih..

Sekadar pengetahuan saya, saf hendaklah dimulakan dari tengah, iaitu bermula daripada belakang imam hinggalah penuh saf pertama.

Dalam susunan makmum diajar Rasulullah (saw) dalam solat berjamaah. Ini termasuk kedudukan saf pertama dan seterusnya, bagi saf yang bermula selepas imam, mesti bermula dari bahagian tengah saf pada kedudukan di belakang imam.

Sabda Rasulullah (saw), maksudnya: “Menengahi imam dan tutup tempat kosong [iaitu ruang antara dua makmun] .” (Abu Dawud) (Sabiq, 2000: I: 173).

Kemudian bila datang makmum lain, maka diselang-seli di antara kanan dan kiri dengan dimulai di sebelah kanan dan seterusnya kiri supaya saf tersusun rapi dan seimbang.

3. Busy lipat telekung

Satu lagi fenomena sebelah wanita, selesai je bagi salam, sume dah busy lipat telekung lipat sejadah. Dengan sejadah kita sekali tolong lipatkan. Imam tengah wirid lagi (walaupun bukan 'amalan sunnah), macam agak tak patut dah busy ready nak balik. Kan?

4. Solat tanpa telekung?

Yang ni lari sket daripada topik atas sume.

Kadang2 bila saya dalam perjalanan ke mana2, saya lebih selesa solat dengan pakaian yang dibadan semata-mata tanpa telekung di surau/masjid. Yelah tengah musafir. Ada jugak time2 kat shopping centre wat camni atau kat UIA (uia konfirm takde sapa akan tegur). Kadang ada makcik/kakak tegur saya (biasanya di masjid luar).

"Nak, kenapa sembahyang tak pakai telekung ni, tak sah nampak aurat."

"Eh, aurat kat mana ye makcik?" tanya saya pelik.

"Tu tangan tu." Sambil menunjuk bahagian tapak tangan. "Semua orang solat kena pakai telekung, nak. Tutup satu badan boleh nampak muka je."

Saya senyum sahaja. Malas nak memanjangkan cerita :D

Cuma saya selalu suka tanya kawan-kawan kalau situasi macam ni.

"Kamu pakai baju dengan tudung ni menutup aurat tak?"

"tutuplah ni semua ikut syarat."

"Dah tu mestilah pakai macam ni je pun boleh je tunaikan solat."

Biasanya mereka termenung kejap sambil angguk kepala setuju. (:

(kalau kamu tak faham kenapa, nanti kamu tanya ye)


5. Kain solat jarang/nipis

Antara syarat sah solat adalah menutup aurat. Selalu saya dapat lihat kebanyakan wanita solat dengan telekung nipis yang masih menampakkan warna kulit (terutama lengan dan kaki), rambut etc. Ada yang memakai telekung nipis tetapi menutup aurat sempurna di sebelah dalam, ini takpe.

Ramai orang amik syarat tutup semua tanpa amik kisah telekung solat yang nipis, cuba check perati semula telekung masing2. Kalau diikutkan solat tidak sah kerana aurat masih tampak di pandangan orang lain. Biasanya bila solat di rumah atau hostel dengan tanpa tudung, t-shirt lengan pendek dan sebagainya.

Pengalaman sendiri, dulu setiap kali nak solat akan pakai sweater nipis dan tudung tiga segi serta stokin. Memang penat jugak setiap kali nak solat buat macam tu. Jadi kemudiannya ibu carikan solution, carikan telekung khas yang kain putih dijahit dua lapis, memamg tak nampak lah aurat alhamdulillah. Dan saya gunakan kain pelikat sebagai kain sarung untuk solat, warna kotak2 gelap, jadi takyah susah2 pakai stokin :D ini idea daripada ayah (:
Jadi sejak tu memang tak perlu saya tutup aurat lengkap sebelum sarung telekung solat, tak rasa terbeban.

Ramai teman mintak belikan telekung tuh, tapi memang mintak maaf, susah betul nak dapatkan stok, dan harganya mahal..

Kesimpulan

Wah, da pandai buat kesimpulan. :D
Kebanyakan yang berpendirian seperti number 1, 2 & 3 adalah golongan yang hari-hari ke masjid/surau. Jadi rasanya baiklah jika imam dapat bagi tazkirah sedikit mengenai perkara asas seperti ini. Penting ni penting. Susunan batu bata jika tak rapat dan kukuh, runtuh bangunan tuh.

Jangan jadi macam saya, tak berani nak cakap lebey2 dengan makcik2/akak2 yang lebih senior di surau/masjid. Salah satu sebabnya, bahasa saya lah, masih belum mahir. Kalau saya bicara bahasa ganu kawan2 cakap baek tak payah, buruk sangat kata mereka. Bila saya bicara kelate, teman2 cakap 'go ore sie' (macam orang Siam). Haha. Bahasa tu penting sangat sebenarnya untuk dekati mad'u (ah poyo ;p ).

Saya suka solat bersama teman-teman yang faham sepenuhnya undang-undang solat, terutama di musolla/surau/masjid di sume kampus UIAM. Rapat utuh padu dan tunggu sampai imam berlalu baru busy lipat-lipat sume. Gembira dan tenang je.

Golongan kategori 5 memang di mana-mana pun ada. Cuba check masing2, perati dan tanya kawan.

Banyak benda yang dah jadi pegangan dalam masyarakat kita walaupun sebenarnya benda tu salah (even nampak betul). Dan di atas hanyalah sekadar dalam pengetahuan saya yang tidak pernah mendapat pendidikan di sekolah agama, mana salah sila tolong betulkan ye.

p/s: hari ni hari makan sayur sedunia~! haha

29 September 2008

sila baca jika mahu, dan abaikan kemudiannya

nota sangat atas: mungkin boleh jadi pengajaran buat kamu

amaran: menulis dengan emo..jika kamu mahu entri sejuk, sila ke sini. tq.

sampai hati kamu sume duhai teman..

kamu tahu tapi kamu tak beritahu

kamu tahu tapi kamu abaikan

kalaulah kamu tahu betapa susahnya teman kamu yang sorang ni buat sesuatu yang kamu boleh buat dengan petik jari je, mesti kamu akan beritahu awal2 sebelum aku da siapkan sume..


for your not-concern-forget-to-tell-dun-want-to-ambil-tahu attitude, i curse you~~

teman, aku menangis sekarang. Kau tahu aku kat hospital masa tuh, tapi kau tak beritahu aku dan telah sebabkan aku buat benda-susah-sia-sia-sebab-da-tak-berguna-walaupun-penuh-info. dan aku siyes menyesal sebab pergi hospital hari tuh.

i curse you becoz you know i am an OKU, still you practice the not-concern-dun-wanna-ambil-tahu attitude. Time aku takmo dependent kat kamu semua, kamu paksa. Time sekali dua aku dependent kat kamu semua, kamu buat-buat tak tahu pula. Aku tak faham. Laen kali jangan paksa aku ok.

Ok, aku siyes nyesal pegi hospital, len kali aku takmo pegi dah time ade kelas walaupun terpaksa tahap gaban.

aku tarik balik curse aku, sebab kamu sebenarnya tak perlu bertanggungjawab pun pada aku, kan?
ok, aku menulis dengan emo, mintak maaf petang 29 Ramadhan.

Ya Allah, aku sedih amat sangat, dengan kesusahan-lawan-sakit aku buat semua ni padahal boleh je depa inform aku... T_T
Tuhan, tolong kuatkan langkah kaki aku dengan kudratMu~

ok, sila pergi remake semua sekali, terima kasih.

28 September 2008

Many things

Yup, many things I wanted to say out in one post. :D be ready~

Mengenai keberkatan ilmu

Ini pesan seorang guru daripada Kuliyyah Farmasi di dalam kelas kami yang berkisar mengenai ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesan terapi radiasi bagi pesakit kanser. (hu, berbelit rasanya lidah saya).

Kata Dr.,
Pandangan 1. exam results show how much you give your focus in lectures. Benda yang kita cari sungguh-sungguh, kita akan pegang untuk tempoh yang panjang.

Pandangan 2. datang ke kelas, dengan nia't untuk mencari 'ilmu. Walau pandai macam mana pun kita, Allah akan tetap bagi pelbagai dugaan (ye saya sebak dengar kata-kata ini, tapi tidak memberi maksud saya pandai). Mari kita sentiasa berdu'a moga Allah mudahkan pencarian ilmu kita dan beri berkat untuk itu. Tempoh dengan guru biar bermanfaat, giving commitment towards yourself.

ah kamu mesti dapat teka sape Dr. tersebut (:

Puasa dan berkata benar

Manusia ni bertahun-tahun puasa, namun ramai yang tak berubah-ubah. Hidayah Allah itu ada sebenarnya, namun ramai manusia yang tak dapat apa yang Allah nak bagi. Dalam banyak perkara pun. Cuba test diri kita, bila kita berbohong, apa yang kita rasa. Menipu sekali rasa sardin je atau menipu sekali dah rasa semacam..?

Wahai orang-orang yang beriman, taqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar….” (33:70)
"..wa quulu qaulan sadidan.."

Dalam perkara yang memerlukan kebenaran, sila nyatakan kebenaran kerana suatu hari nanti kita akan kembali pada Dia, Tuhan Pemilik 'Alam.

"wa man ya'mal mithqola zarrotin syarron yaroh"
dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. (99:8)
Untuk mereka dan kita yang belajar nuclear science atau belajar kimia mesti tahu berapa berat satu zarrah. Hanya 1 x 6 x 10^23. Berat yang takde benda pun sebenarnya, tapi tetap dikira sebagai kejahatan, itu pun masih berani katakan apa yang tidak benar dan berani buat kejahatan.

Ini yang orang cakap dosa sikit-sikit jika dikumpul agak-agak..??

Sadaqah

Ada teman pesan, sedekah itu salah satu cara untuk sembuhkan sakit.

mari ikuti kisah bersedekah dan kesannya pada kita:
Sila baca kisah number dua jika nak tahu pasal kesan sadaqah pada sakit, sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pasal hadith nabi dalam kisah ni, takde perawi, agak syubhah sedikit bagi saya. Tapi asalkan tak berkait 'ibadah atau 'aqidah, layan je (:

Sedekah tu boleh jadi dengan rmseratus, boleh jadi dengan seposen, boleh jadi juga dengan sebiji tamar. Macam-macam boleh jadi. Paling senang duk makan sesama rumate, kongsi-kongsi makanan da dikira sedekah even secuit.

Ramai orang salah faham sedekah tu hanya kat masjid surau, mesti sedekah dengan duit. Share makanan adalah sedekah, senyum tu sedekah jugak, senangkan hati orang lain. Kamu susah hati macam mana pun, bad mood macam mana pun, cuba kamu senyum. Perasaan ketat tuh akan lega. Percayalah.

du'a dan keberkatan hidup

ah lain kali la cite, leh kaitkan dengan radiation therapy for cancer patients. :D
serupa macam takyah cite kan? haha


nota tambah: er saya takde mood nak taip arabic jadi taip ayat Quran dalam bahasa je, takpe?

nota tambah dua: entri ini peringatan untuk si penulis..

26 September 2008

This is for you


I want to tell everyone
I could not endure this illness on my own

When I meet you guys
It would give me infinite energy
The courage is not only come within me
but also from you

For the unconditional loves and supports
for the helps..
when you feel like you cannot do anything to help
you actually did do something
for at least

if and only if
i could give something
in return..




Thus,
i wanted to tell everyone
just one thing












Thank yOu~!!

25 September 2008

popia + MM

Tika aku berjalan di satu kawasan yang agak ramai orang
tiba-tiba ada satu suara yang berselisih dengan aku menyapa,

"Oit~!"

'Uih, mamat rambut serabai mana lah yang sapa lagu tuh tu'
sambil aku kalih pandangan ke belakang

Yang aku recognized hanyalah popia electrik
tapi suara tuh bukan die punya
kemudian aku pandang orang sebelah dia

"Eh?" aku terkejut
Macam mana abang genius matematik lalu tepi sampai tak pasan
ingatkan mamat tah mana-mana
dengan rambut specially designed tuh
kalau kau tak kenal dia dan jumpa tepi jalan
memang kau takkan percaya
yang dia adalah mamat boleh harap
dan al hafiz

aku teringat bicara suami cik siti
mengenai mamat rambut serabai di sini
penampilan bukan cerminan watak sebenar

kau tolong ingat tuh


er..satu jek
kalau kau berselisih dengan kenalan kau
rasanya lebih baik jangan cakap
"Oit~"
dengan penuh semangat waja
macam nak sapa penyamun je
haha

:D

p/s: teman-teman, selamat pulang hari ini, dan aku masih ada kelas sampai petang (:

24 September 2008

Tuhan yang menentukan

(dedikasi khas buat teman yang telah pergi)

"As bob"
itu yang kau dan teman-teman panggil aku

"spongebob squareskirts"
nama yang kau panggil aku dalam perutusan terakhirmu

Teman,
aku tatau nak cakap macam mana
cuma satu
siyes, aku rindu giler kat kau

Aku lost

bila aku tau kau akan tinggalkan aku
aku tak dapat terima hakikat
tapi aku bertahan
sebab aku tengok kau tenang

kami kuat menangis lepas tuh
tapi kau yang tenangkan kami
hati kau tabah teman

hari-hari aku sembunyikan kesedihan
tapi kami semua menangis di belakang
hingga hari ini
setelah hampir sebulan kau pergi

sejak sebulan ni jugak
aku dah tak semangat ke kelas
semangat aku hilang
dengan kekosongan kerusi di sebelah aku

nak belajar pun tak semangat
buat assignment pun longlai
apatah lagi bila buat presentation
yang sepatutnya kau ada bersama kami

"kalau nak kenal sahabat yang sebenarnya, aku dah jumpa....kau"
teman, kalau kau tahu cacat di hatiku
tentu bukan itu anugerah yang aku dapat
terima kasih atas segala pengorbanan
dan kasih sayang
yang takkan aku terlupakan

dalam kehilangan
tapi tetap dalam rasa kebersamaan
mana-mana pun aku pergi
aku bawa kau dalam hati

tika rumate aku goncang badan aku
dan tanya pasal kau
aku hanya boleh diamkan diri
dan menangis
aku mintak maaf teman
hanya do'a yang aku panjangkan

teman
aku kenang semuanya
semuanya tentang kita
kerna kadangkala
persahabatan lebih bermakna
berbanding darah daging sendiri

"aku nak grad dengan korang"
itu kata-katamu yang buat aku
menitiskan airmata di dalam kelas
hati aku luluh teman
luluh..

bukan ini yang kita pinta
bukan ini yang kita cuba coretkan
namun
segala yang terbaik hanya dariNya
Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyayang..

kau tahu, dah lama aku nak menulis begini di sini
tapi aku tahan
tapi hari ni aku tak tahan
aku tak dapat tahan perasaan
kalau boleh aku taknak dengar sape-sape sebut nama kau
sebab aku siyes tak dapat tahan ingatan
aku harap kau tenang je kat sana
kalau Tuhan benarkan
aku nak jumpa kau lagi..aku nak..

kalaulah kau ada di sini sekarang...

aku rindu kau~!

---------------------
terima kasih khas sebab jaga aku kat hospital april lepas dan paksa aku makan..

T_T

23 September 2008

Awak cat hijau ke bilik ni?

That was what been asked by our dearest fellow just now when looking at our room.

Two of four compartments given green furniture set, whereas the other two is pink in colour.

We just decorated our room with green curtain (all 4 of us got the same pattern) and green mat at the so-called hall. Overall it's looks like we painted everything in green.

'Rajin nye nak cat bagi kaler hijau'
bak kata my rumate

:D

anyhow, we help to green the world~!

kamu taklik gelap atau cerah?

Saya kurang gemar
bila saya baca Qur'an perlahan-lahan sorang-sorang dalam bilik
dan ada orang datang tegur

"takleh solat kan, mana boleh baca Qur'an!"

Saya suka kalau orang menegur bil hikmah walaupun tegurannya tu mungkin berbeza dengan pendapat saya.

Erm...apa yang kamu pegang dan kamu faham? *Takleh solat, jadi takleh baca Qur'an?

Mari bagi saya dalil kepada pegangan kamu..saya tatau jadi saya nak tahu..tolong saya..

Terimas!

*takleh solat = perempuan yang ada waktu-waktunya diharamkan menunaikan solat

senyum seindah suria


I've been tagged by this young man where I need to put the image which you could see as above, and also required to tag another 5 people. And I hate to tag others, either I will end the tag like my entry here, or go and tag others in entry entitle '7 wonders of me'. Heh.

And beware, you have been tagged!

- dia tahu!
- lama menyepi, bagi die berbunyi sket
- dia yang makin seriyes berbicara
- tiny man (once been tagged by him, balas balik)
- our new YB (once been tagged by him, balas balik)

ah, tak suke tag orang~

tapi buat jugak..hehehe

selamat berbahagia di hari-hari akhir ramadhan kerna 10 malam terakhir yang ditunggu-tunggu, kan?
tapi juga indikasi kesayuan kerna akan berpisah dengan hari-hari bahagia..

"Ya Allah, berkati ramadhan kami dan terimalah segala amalan..kurniakan kami lailatul qadr~! Ameen"

22 September 2008

sampaikan aku ke sana


Jalan
turun dari tingkat 4 ke tingkat bawah
turun lagi ke tempat parking
sambil dada sebak

Tuhan aku pohon kuatkan aku untuk melangkah ke kelas,
sikit je lagi

Sampai bangunan kuliyyah
jalan sampai lif depan atau belakang
sampai tingkat 5
jalan lagi menuju ke kelas

Tuhan aku pohon kuatkan aku untuk melangkah ke kelas,
sikit je lagi

airmata tahan
jalan kena kontrol
kuat kena buat-buat

Walaupun hakikat jasad tak tahan
hati ruhani kena paksa
aku hanya harapkan
dengan kesakitan dasyat pada kaki nih
Kau tolong aku untuk sampai ke kelas pun dah cukup Tuhan

Terima kasih tolong aku hari-hari Tuhan
tolong aku untuk berlakon tabah
sejak 'Ta'ruf Week' 2007/08
sampai sekarang

-----------------------------------------


p/s: erk..apsal la kat uia ni banyak sungguh tangga nya, merata-rata di mana-mana. Macam kat matrik dan sester. Huuu~

3 in 1

Last 18th Ramadhan we have our Ijtima' Al-Kubra 1429H for HEALS members, containing 3 big events.

Three events in one day.


1. 'Honor Thy Masters' during lunch hour
-or well known among those who belongs to Kuliyyah of Allied Health Sciences as Redhamu Mu'allim which been done every semester before the final examination. A session where lecturers give us some valuable words to be glued in mind. But this semester it was done earlier, due to some reasons, maybe.
I did not attend the ceremony but for at least I did contribute to the backdrop :D
I was in the hospital that afternoon, which at last I went back to uia without meeting the doctor. *kejar kelas at 2pm

Erm, bukan ke MAy lepas bebudak KOS ada cakap nak buat benda ni jugak tiap akhir sem..?


2. Recite the scripture + iftar
Alhamdulillah, before maghrib we have had this special moment for khatam Al-Quran, also been done every semester. I love this session as we all have our own Quranic Circle throughout each semester to finish up certain juzu' of the Qur'an where for at least every week we will sit together and hear everyone recite the kalamullah.
Here we could help each other in improving our recitation also for tadabbur.


3. Abide the leaders
Very well known by everyone as AGM (annual grand meeting) for HEALS, where again I attended this event only until 9.34pm. I cannot wait, we have to continue our jihad preparing ourselves for the examination on the next day :D
For a very close person to me, congrats for being as one of the top leaders, Allah knows that you can do it as He gives you the responsibility. I'm here to assist anytime you are in need, as always.

Khalas, all the 3 in 1~! Where only one which I manage to attend from the beginning till the end ;)

Mantop!

p/s: pls ignore the grammatical error this time around ;D

18 September 2008

Jika kamu tak tahu

Aku sangat susah untuk meminta, aku hanya diajar dan diterapkan dengan unsur memberi sejak kecil.

Sekarang ni, banyak sangat-sangat yang aku perlukan bantuan orang, al maklum MM da declare kan aku sebagai OKU. Setiap kali nak mintak tolong, aku rasa bukan tangan aku yang menaip sms atau dail number telefon. Aku sangat2 memaksa diri untuk pergi mintak tolong orang bila sesuatu tu di luar daripada kemampuan.

Manusia ni fitrah mereka adalah diberi, banyak benda yang diberi Allah. Jadi bila mereka terlalu banyak diminta, mereka boleh jadi fed up. *tapi bukan semua manusia lah

Cuma satu yang aku mahu kamu semua tahu, aku sangat benci diri aku, di kala aku perlukan bantuan kamu.
Kalau boleh, aku tidak mahu hidup jika hidup aku perlu menyusahkan kamu.

Fikir-fikir semula, dosa banyak bertimbun belum habis bertaubat, jadi aku terpakasa batalkan niat itu.

Tapi Tuhan, aku siyes tak tahan!

Tapi aku taknak Kau laknat, jadi aku ingat ni dalam kepala,

"Apabila datang satu ujian atau cubaan daripada Allah, sedangkan engkau tetap tabah dan bertahan menerimanya, maka engkau ialah orang yang mencintai Allah dengan sebenarnya."

in the thought

"As calon SRC kan?" Tanya beliau, mantan ass. secretary si dia.

"Eh mana ada~" Jawab sambil terkejut.

"Nampak asyik busy je." Sambil senyum.

Hakikatnya busy dengan student's life. Mid term 10 subjects yang tak habis-habis lagi, assignment yang masih datangnya bertubi-tubi, praktikal di hospital, kelas ganti bagai nak rak, semua 7 hari seminggu berebut-rebut. :D Dan aku, senyum bahagia.

"Er..as..As kena masuk SRC, perlu ada yang berfikrah dalam satu organisasi."

Ya, point itu sangat penting, maksud aku berfikrah, bukan part aku kena masuk SRC. Korang faham tak maksud berfikrah? Aku pun malas nak explain. Tapi dia adalah seorang yang tahu apa yang betul perlu dibuat pada masa dan tempat yang betul.
Mungkin lebih kurang macam apa yang dia gambarkan di sini.

Satu organisasi jika kepalanya senget, susah untuk ditegakkan walaupun ada orang bawahan yang tegak-tegak.
Satu organisasi, jika yang berfikrah itu minoriti, juga sukar untuk menegakkan yang lain.
Susah tapi bukan mustahil.

Ini apa yang aku fikirlah, tak kira salah atau betul, hanya pandangan, bukan satu usul.
Cuma satu perkara yang buat aku rasa taknak langsung join pape kat UIA Kuantan neh, tak kira bersemangat lagu mana pun kita, biasanya akan termati begitu saja oleh sebab...oleh sebab..

Ah, sape yang tau jawab ah sendirik.

Sekian, trimas!

16 September 2008

Rentetan Compound Note

If you still remember this entry

'Amount has been reduced to RM O

Since you have follow the procedure, we will waive your compound. Finance division kindly liaise with security management on the matter'

note: disalin bulat2 seperti yang ditulis, membawa maksud compound dimansuhkan.

Alhamdulillah, great! It was approved by Sr. Sabirah from OCD. We deserved that due to the strong facts and also suggestions in the letter. We ask for warning letter instead of reduction of the amount, but Kak Sobi has make it void. :D

Hari merewang sedunia sudah bertukar menjadi senyum seindah suria (: (just for today ler)

Still been busy with additional classes, presentations, assignments and never ending examinations. All for 10 subjects. Great, love this hectic student's life!

15 September 2008

Kisah dua gadis dan sekeping artikel

Kisah benar mengenai dua gadis.

Gadis A sedang membaca artikel daripada suratkhabar bertajuk ‘Bertudung sudah, tapi bertelanjang jua..’

Gadis B tiba-tiba datang turut membaca artikel itu

Kelihatan ada dua perenggan yang di’highlight’kan.

Lebih kurang berbunyi,‘Kebanyakan remaja bertudung sudah, tetapi memakai jeans sendat dan baju ketat singkat. Maka jadilah mereka ini bertelanjang.”

Aw kama qal

Berkatalah gadis B“Ala, nak buat macam mana, memang dah adat zaman skarang trend pakai baju macam tu. Terima jelah.”

Gadis A geleng kepala :D

Hmm…jika dalam membaca artikel sedemikian oun masih boleh berkata2 sedemikian, tatau nak abaq pa ah. Jika tidak mahu menurut syari’at, cukup kiranya malu menjadi benteng mengelakkan pendedahan aurat secara dasyat.

Bukan apa, semasa saya di PLKN, teman-teman wira acap kali memberitahu saya,

“Aku menyampah betul tengok perempuan pakai seksi2, diorang ingat kitorang ni suka sangat ke? Lagi meluat ade lah! Bajet lawa.”

“Dah tu korang layan je pulak.” Bidas saya.

“Dah orang jual, kita beli jelah. Haha.”

Itu dia teman-teman jika anda mahu tahu apa sebenarnya yang lelaki fikirkan. Pakai sendat-sendat lagilah mereka rasa meluat. Terutama perempuan yang memakai baju sendat, naik motor, dan asyik menarik2 baju supaya menutup bahagian belakang yang terdedah.
Bak kata seorang teman, dah baju singkat, tariklah lagu mana pun, tetap Nampak :D

Mari kita doakan teman-teman di luar sana, supaya menyedari hakikat ini. Rasanya cukuplah rasa malu yang menjadi benteng. Itupun jika di hati tiada rasa mahu menutup aurat kerana Allah, kerana itu yang disyariatkan Islam.

Kan manis jika menutup aurat, tak perasan eh? Erk..balik cuba check hati.

p/s: er..ni nak balik muhasabah jugak neh

9 September 2008

Tika Itu (2)

Oleh: Candlesky~

Cadangan bacaan: Tika Itu (1)


Sepintas lalu kenangan itu datang dan pergi. Datang membawa secebis sebak untuk dikesali dan pergi dengan meninggalkan kesedihan yang tak berkesudahan. Lalu, tika itu dirimu datang membawa sejalur cahaya….

…………………………………………….
……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………

‘Thanks Nur. Semangat yang Nur hantar untuk Eny dari jauh akan Eny jadikan gulungan bara yang menjalar di segenap jiwa ini. Selagi nyawa masih bersisa, harapan itu tetap ada, kan?

Lalu, Eny segera keluar dari alam siber itu. Laman web Friendster tidak lagi ditatapnya. Testimonial balasan buat seorang sahabat itu tidak mampu mengungkap rasa syukur dikurniakan teman yang setia di saat dugaan menjengah kesabran. Benaknya mula memikirkan keputusan yang terbaik untuk diambil. ‘Ya Allah, bantulah hambaMu ini….’

Peperiksaan pertengahan semester dilalui dengan hati yang kosong. Masakan tidak, status yang terumbang-ambing langsung tidak menjanjikan sebarang jaminan arah yang akan dituju. Usai peperiksaan untuk subjek Matematik itu, Eny segera pulang ke bilik yang menempatkan dirinya keseorangan. Tiba-tiba hatinya terkenangakan Jannah, teman sebiliknya yang telah mengambil keputusan untuk bertukar ke Matrikulasi Negeri Sembilan setelah mendapat tawaran TESL di sana. Nur Jannatul Ma’wa. Nama yang secantik tuannya. Walau perkenalan yang terlalu singkat itu belum sempat membuahkan butiran persahabatan, namun ia mampu memberi secebis kenangan buat Eny. ‘Mungkin diriku tidak selemah ini andai Jannah masih ada di sisi.’

Eny nekad. Almari pakaian dibuka. Diambilnya satu demi persatu pakaian yang nergantung di ‘hanger.’
Dia hanya melipat tanpa memasukkan kesemuanya ke dalam beg yang bersedia untuk menerima isinya.

“Ma, adik dah balik.” Renungan mata seorang ibu tidak mampu ditatap lebih lama. Eny segera merebahkan dirinya dalam pelukan insan yang paling dirindui. “Ma, adik dah tak nak pergi lagi. Adik dah tak sanggup lebih lama kat sana. Adik tak mampu. Semangat adik dah tak ada. Bukan adik tak cuba, adik dah paksa diri adik gagahkan diri untuk terima tawaran pinjaman tu. Tapi, adik dah tak mampu nak teruskan perjuangan kat sana. Adik dah give up, ma.” Air mata terus mengalir meluahkan rasa yang terpendam. Dan Puan Kamsiah, seperti hari-hari sebelumnya, hanya mengangguk memahami gelodak rasa puterinya.

“Eny kat mana ni?” Tak jemu-jemu Nur menghubungi Eny. Menanyakan keadaan si sahabat yang amat merisaukannya.

“Eny kat rumah, Nur. Tengah tunggu panggilan UiTm untuk December intake. Eny dah betul-betul ambil keputusan untuk quit. Eny dah hantar pun surat ke MMU. Semua barang Eny dah bawak balik.”

“Betul Eny nak masuk UiTM ke? Takkan Eny nak ambil Diploma je? Eny… Sayang sangat dengan result Eny dulu.” Sahabat nan satu terus melahirkan kegelisahannya.

“Betul, Nur. Eny dah fikir masak-masak. Dua hari lepas ada wakil daripada pihak tu call. Untuk minta Eny masuk semula. Macam pujuk la. Nak tawarkan pinjaman. Pinjaman tu akan diconvertkan ke loan kalau Eny dapat keputusan yang memuaskan. Tapi, Eny dah nekad Nur. Sekali Eny melangkah, biarlah Eny teruskan langkah ni. Eny akan teruskan perjuangan di tempat yang akan lebih menghargai Eny.”

“Emmmm… Kalau itulah keputusan Eny, Nur akan sokong. Nur sentiasa ada di belakang Eny. Ingat tu. Eny akan cuba usahakan untuk Eny masuk ke UIA. Itu janji Nur.”

“Eh, Nur. Janganlah sampai macam tu sekali. Mustahil semua tu. Eny tak pernah isi pun boring UPU sebelum ni. Lagipun, macam tinggi sangat nak masuk UIA dengan status Eny yang terumbang-ambing macam sekarang ni.”

“Tak apa, Eny. Eny jangan risau. InsyaAllah, Dia akan bantu. Percayalah. Nur akan usaha sedaya upaya Nur. Nanti ada apa-apa, Nur bagitahu. Eny pun, janganlah pulak nak sorok apa-apa lagi daripada Nur. Bagitahu Nur kalau ada apa-apa ye. Ingat tu. Kalau Eny sorok lagi, siap Eny!”

“Wah… Ugut kita yek.” Eny tergelak mendengarkan kata-kata Nur. “InsyaAllah, eny takkan sorok apa-apa dah. Takuttt…” Eny terus tergelak.

“Tau pun takut… Hehehe. Ok lah Eny. Nanti ada masa, kita borak panjang ye. Ibu dah mula panggil tu. Nak masak rendang. Nanti sampaikan salam buat Ma ye.”

“Emmmm… Sedapnya rendang. Ok la Eny. Sama la. Salam jugak buat ibu ye. Miss you. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam wbt.”

8 September 2008

Please justify

Arahan: Read phrase by phrase and give your justification.


Support is a thing which always gives you satisfaction or consolation
brings a sense of being valued

Even if there's a single friend to support
it would be adequate to give you the power to stand up against the whole world

That is important
but sometimes you get down even more if that supportive hand pulls her/himself back from you
that's really hurts

Everything is temporary
thus, never expect anything
just cherish the moment


note: I believe there are hands which would always be there for us :D


Suggested readings:
Bicara
Pergi
kawan season I
kawan season II

Du'a dan Puasa

nota: entri ini di trigger kan oleh dia

Keberkaitan du'a dan puasa seperti yang disebut Rasulullah s.a.w

"3 kelompok manusia yang tidak ditolak du'a mereka; orang yang sedang berpuasa sampai berbuka, pemimpin yang 'adil dan orang yang dizalimi." [tirmizi]

Berdekatan dengan ayat perintah untuk berpuasa [2:183], Allah ada menyampaikan berita gembira pada [2:186]

'When my servants question you about Me, tell them that I am near. I answer the prayer of the suppliant when he calls to me. Therefore, let them answer My call and put their trust in Me, that they may be rightly guided.'

(Selalunya terjemahan di dalam bahasa Inggeris lebih dekat di hati)

Ayat ini turun rentetan persoalan seseorang kepada Rasulullah s.a.w,
"Apakah Tuhan kita dekat sehingga kita boleh meminta padaNya dengan perlahan, atau apakah Dia jauh sehingga kita perlu memanggilnya dengan keras?"
[dari al hasan]

Sehinggakan selepas itu terus orang-orang bertanyakan,
"Bilakah kita boleh berdu'a kepadaNya?"

Selanjutnya turun pula ayat ini,
"..ud'uuni astajib lakum.."
'Berdu'alah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan kepadaMu'
Seperti kata Khalid Ar Rib'i, dia terkejut mendengarkan ayat ini

Du'a bukan hanya 'ibadah
lebih kepada pengharapan dan permohonan
tak kisah lah jika kau hendak berdu'a selepas solat
atau di dalam sujud
cuma
kalau boleh
amalkanlah berdu'a di mana-mana sahaja

From the verse, Allah really wanted us to be optimistic
that He always hear our prayers
to hold and trust only to Him

Seperti pengakuan Umar Al Khattab r.a,
"Aku tidak berfikir tentang pengabulan du'a, aku hanya berfikir untuk terus berdu'a"

And now,
we are in the blessed month of Ramadhan
the month of du'a and raja' (hope)
take the opportunity
to continuosly ask anything from Him

tak kira jahat atau baik kau dan aku
teruskan mengharap dan berdu'a
tiap tika dan saat
saat bersahur
saat berbuka
saat bersolat
saat belajar
dan tika berjalan
moga lafaz penyesalan dan lafaz kesyukuran
memudahkan kita meraih mardhatillah (keredhaan Allah)

Hopefully our 'amal which is consistent for 21 days
will be continuosly done throughout life
ameen~!

7 September 2008

To specify

"..وعافية في الجسد.."
(...sihatkanlah tubuh badanku..)

atau

"..اللهم إني أسألك تعجيل عافيتك"
(Ya Allah, aku mohon kesembuhan daripadaMu atas penyakitku..)

atau

[Tatau nak 'arabkan]
Ya Allah, aku mohon kesembuhan daripada kesakitan pada (....sekian sekian body parts)

I think I need to be more specific in my du'a, or is it doesn't matter if we make a du'a in general..? Because I believe that Allah knows our real raja' (hope) in heart. Or what your say?

5 September 2008

Ayat-ayat Sihir

Rasulullah dulu suka apabila dibacakan al-Qur'an dihadapannya
walaupun hakikatnya ayat-ayat tersebut turun ke atas dirinya
Pernah Rasulullah meminta Ibnu Mas'ud membacakan al-Qur'an untuk baginda

"cukup...cukup.." Kata baginda tika Ibnu Mas'ud rahimullah sampai pada An nisa': 14.

Dalam Fathul Bari ada menyebut
mungkin Rasulullah s.a.w lebih suka diperdengarkan Al-Qur'an daripada orang lain
untuk lebih dirasakan dan difahami isinya
kerana orang yang membaca biasanya
disibukkan dengan bacaan dan tajwid

Dikisahkan
Abul Walid pernah datang menentang Rasulullah s.a.w
habis segala caciannya
Rasulullah s.a.w bertanya

"Sudah selesaikah wahai Abul Walid? Sekarang dengarkanlah dariku."

Baginda kemudian menyambung dengan Surah Fusilat: 1-13
Abul Walid segera meletakkan tangannya di mulut Rasulullah s.a.w
agar Rasulullah s.a.w berhenti membaca
Abul Walid kembali kepada kaumnya dengan kelainan
apabila ditanya,

"Aku mendengar daripadanya kalimat yang bukan kalimat jin dan bukan kalimat manusia...
Demi Allah, kalimat itu sangat nikmat."

Itulah sihir daripada Al-Qur'ankepada jiwa-jiwa orang kafir terdahulu

Mendengar Al-Qu'ran dengan tenang bisa mencairkan hati
menggegarkan jiwa
Al-Qur'an, syifa' wa huwa rahmah

walaupun bahasa itu
bukan bahasa yang aku fahami
dan bahasa yang kau fahami

I wish I could understand the languange of Qur'an
I wish I could..

supaya aku turut merasakan 'sihir' itu..

5 Ramadhan 1429H

Kenapa dengan 5 Ramadhan?
5/9/1429H
5/9/2008
Sebab aku gemarkan nombor itu :D

Ramadhan kedua di UIAM kampus Kuantan
aku lihat paling kurang ada satu suasana yang berbeza kali ini
tahun lalu teman-teman berbuka bersama teman sebilik masing-masing
kerana, hendak berbuka dengan rumate (owh, memang itulah sebabnya)
tahun ini, semuanya menjadi nomad
dua bilik berbuka di satu tempat, begitulah juga yang lain

amalan sebegitu biasanya hanya diamalkan pada bulan non-Ramadhan
tapi kali ini berbeza

Great~!
Moga ukhwah bertambah erat


Selamat berbuka semua teman-teman (:

4 September 2008

as you could afford



"Buatlah setakat mampu..."

This is what you always said to others.

It is good and it is true enough. It cannot be deny.

But for some people, if they really follow this rule,
you won't be seeing them anymore around you.

Some people they need to force themselves,
fighting against the nature given by Allah to them.

If not, it will lead to a failure of a life.


Pity them, aite?



note: If you drive for a long journey, it is great to have some nips ;)

2 September 2008

Allah knows..

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows.

1 September 2008

Tika Itu [part I]

Oleh: Noorsakini Salleh

Telah tertulis suratan nasibmu…
Derita buatmu ada hikmahnya…
Terlukis senyum di bibir lesu…
Tak siapa tahu hatimu…

‘Ruginya aku tak mintak UPU dulu. JPA ke, MARA ke… Nak berbakti buat yang tak sudi. Inilah yang aku dapat,’ gumam Eny sendiri.

‘Kalau ayah ada lagi, mesti takkan jadi macam ni..'

Eny_iws05: BUZZ!!!Nur!!!

Nur_qalbi: Eny!!Mana menghilang selama ni?? Merata nur cari.. Nur contact phone number eny pun tak dapat.. Sejak result SPM keluar lagi.. Eh, tak.. Lebih lama daripada tu. Sejak lepas nur balik dari PLKN lagi….

Eny_iws05: Sory sangat3 nur.. Eny tak berniat nak menghilang.. Tapi, simkad eny kena block.. Lagipun, eny rasa nur dah tahu kan apa sebenarnya yang terjadi.. Dugaan Nya buat eny.. Dulu, kita hadapi semua tu sama2 masa perkara tu menimpa sofia. Tapi, kali nie eny hadapi dengan doa nur dari jauh…

Nur_qalbi: Sedih sangat… Kenapa eny mintak MMU?? Kenapa tak mintak UIA? Boleh kita duk sama2. Sayang dengan result yang eny dapat tu..

Eny_iws05: Eny tak tahu nur… Hati eny yang suruh eny buat semua nie.. Bukan UIA je.. Semua yg lain eny tak mintak.. Skrg nie eny dah give up dgn MMU nie.. Hrapan eny tggi sgt. Tapi, semuanye mcm tak dihargai lgsung

Nur_qalbi: Wat happen, dear??

Eny_iws05: Ntahlah nur… eny dah decide nak quit…hmmmm….

Nur_qalbi: Hah??!!! Nape mcm tu? Pk btul2 eny.. Jangan macam nie…

Eny_iws05: Betul nur… Eny dah decide. Susah sangat nak explain kat orang. Tapi, memang eny btul3 dah tak larat.. Eny dah tak nak amik risiko lagi. Dah hampir 3k duit habis. Tapi, macam tak berbaloi sume tu..

Nur_qalbi: Cube eny cite btul2…

Eny_iws05: Eny tak dapat scholar.. Bila dah bayar yuran sume, masuk cni siap2, baru tau yg nama eny tercicir..

Nur_qalbi: Hah??!! Astaghfirullah…. Mcm mana boleh jadi mcm 2?? Eny dah kol pihak 2 ke before masuk sana??

Eny_iws05: Dah, nur… Masa lepas je dapat surat tawaran, terus eny kol diorg. Diorg memang mula2 tawarkan engineering.. Tp, eny tak minat.. Nur pun tahu kan eny minat accounting.. Eny nak jadi mcm arwah ayah…. Eny bitaula diorg yang eny nak amek management.. Diorang agree je.. Tapi, at last.. Tengok dalam senarai scolars, nama eny takde =(

Nur_qalbi: Siannye eny… Eny masuk cni la.. Nur pun 2nd intake UIA… Nama nur hilang. Kena belek smule sume file kat UIA tu cari nama Nur, baru jumpa.. Nur amik engine kat sini.. Eny sabar tau.. Nur nak eny jadi mcm kat SESTER dulu… Nanti nur kol eny. Nur ada kelas pasnie… Ingat, eny tak pernah keseorangan.. Allah ada di cc eny.. Ada pape, bagitahu nur.. I will alwayz be there 4 u, dear.. miz u soo much!!!

Eny_iws05: Thanks sangat nur… tak tahu nak describe mcm mana syukurnya eny hari nie dapat jumpa nur.. Patutlah rasa nak online sgt3 tadi. YM nie pun baru je eny buat last week. Mizzz u too, dear.. Nak sgt3 jumpa nur skrg nie..G la kelas dulu.. Blaja leklok tau.. Jgn lupa doakan eny tau..

Nur_qalbi: Alwayz, eny… Nur sentiasa doakan eny.. kuar dulu yek… Assalamu’alaikum..

Eny_iws05: Wa’alaikumussalam wbt…

bersambung..
----------------------------------------------------

“Dulu teman, dirimu tabah hadapi dugaan
Hatimu utuh seteguh batu
Sakinah buat yang seperjuangan
Mengapa kini lesumu bertandang
Memberi gundah pada yang memandang.”
(nurhasanah.mz)

The beauty

When given an assignment, did you really practice copying and pasting..? Wanted to hear what the view of a lecturer?

"When I gave assignments, students would normally copy & paste from the net or committed plagiarism in other forms. I don't quite mind as long as they know what they are copying and pasting and plagiarising. It is a learning process. Plagiarising in itself is a technique. Sometimes it can be so glaring it amounts to humiliation. I try not to get offended. So, once in a while, when a student submit something so original, your heart just swell with pride. Such a case was with Shaabana. She chose a topic on effectiveness of industrial training. To gather information, she prepared her own questionnaire and got the participation from her seniors. As Tracy Chapman croons, "give me another reason to stay...", I know I at least have one!:) "

Luckily in my department, we're used to be given assignments which couldn't be found anywhere on the net. Hu. We are sick of that but in a sense, it is great to invent something new based on available facts.

I remember what my lecturer always said,

"this is the beauty of being a lecturer.." while giving us a big smile. Hehe.

By the way, I love your classes, very much~! *even though ur exam paper is killing us!

Terima kasih, guru.