9 September 2008

Tika Itu (2)

Oleh: Candlesky~

Cadangan bacaan: Tika Itu (1)


Sepintas lalu kenangan itu datang dan pergi. Datang membawa secebis sebak untuk dikesali dan pergi dengan meninggalkan kesedihan yang tak berkesudahan. Lalu, tika itu dirimu datang membawa sejalur cahaya….

…………………………………………….
……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………

‘Thanks Nur. Semangat yang Nur hantar untuk Eny dari jauh akan Eny jadikan gulungan bara yang menjalar di segenap jiwa ini. Selagi nyawa masih bersisa, harapan itu tetap ada, kan?

Lalu, Eny segera keluar dari alam siber itu. Laman web Friendster tidak lagi ditatapnya. Testimonial balasan buat seorang sahabat itu tidak mampu mengungkap rasa syukur dikurniakan teman yang setia di saat dugaan menjengah kesabran. Benaknya mula memikirkan keputusan yang terbaik untuk diambil. ‘Ya Allah, bantulah hambaMu ini….’

Peperiksaan pertengahan semester dilalui dengan hati yang kosong. Masakan tidak, status yang terumbang-ambing langsung tidak menjanjikan sebarang jaminan arah yang akan dituju. Usai peperiksaan untuk subjek Matematik itu, Eny segera pulang ke bilik yang menempatkan dirinya keseorangan. Tiba-tiba hatinya terkenangakan Jannah, teman sebiliknya yang telah mengambil keputusan untuk bertukar ke Matrikulasi Negeri Sembilan setelah mendapat tawaran TESL di sana. Nur Jannatul Ma’wa. Nama yang secantik tuannya. Walau perkenalan yang terlalu singkat itu belum sempat membuahkan butiran persahabatan, namun ia mampu memberi secebis kenangan buat Eny. ‘Mungkin diriku tidak selemah ini andai Jannah masih ada di sisi.’

Eny nekad. Almari pakaian dibuka. Diambilnya satu demi persatu pakaian yang nergantung di ‘hanger.’
Dia hanya melipat tanpa memasukkan kesemuanya ke dalam beg yang bersedia untuk menerima isinya.

“Ma, adik dah balik.” Renungan mata seorang ibu tidak mampu ditatap lebih lama. Eny segera merebahkan dirinya dalam pelukan insan yang paling dirindui. “Ma, adik dah tak nak pergi lagi. Adik dah tak sanggup lebih lama kat sana. Adik tak mampu. Semangat adik dah tak ada. Bukan adik tak cuba, adik dah paksa diri adik gagahkan diri untuk terima tawaran pinjaman tu. Tapi, adik dah tak mampu nak teruskan perjuangan kat sana. Adik dah give up, ma.” Air mata terus mengalir meluahkan rasa yang terpendam. Dan Puan Kamsiah, seperti hari-hari sebelumnya, hanya mengangguk memahami gelodak rasa puterinya.

“Eny kat mana ni?” Tak jemu-jemu Nur menghubungi Eny. Menanyakan keadaan si sahabat yang amat merisaukannya.

“Eny kat rumah, Nur. Tengah tunggu panggilan UiTm untuk December intake. Eny dah betul-betul ambil keputusan untuk quit. Eny dah hantar pun surat ke MMU. Semua barang Eny dah bawak balik.”

“Betul Eny nak masuk UiTM ke? Takkan Eny nak ambil Diploma je? Eny… Sayang sangat dengan result Eny dulu.” Sahabat nan satu terus melahirkan kegelisahannya.

“Betul, Nur. Eny dah fikir masak-masak. Dua hari lepas ada wakil daripada pihak tu call. Untuk minta Eny masuk semula. Macam pujuk la. Nak tawarkan pinjaman. Pinjaman tu akan diconvertkan ke loan kalau Eny dapat keputusan yang memuaskan. Tapi, Eny dah nekad Nur. Sekali Eny melangkah, biarlah Eny teruskan langkah ni. Eny akan teruskan perjuangan di tempat yang akan lebih menghargai Eny.”

“Emmmm… Kalau itulah keputusan Eny, Nur akan sokong. Nur sentiasa ada di belakang Eny. Ingat tu. Eny akan cuba usahakan untuk Eny masuk ke UIA. Itu janji Nur.”

“Eh, Nur. Janganlah sampai macam tu sekali. Mustahil semua tu. Eny tak pernah isi pun boring UPU sebelum ni. Lagipun, macam tinggi sangat nak masuk UIA dengan status Eny yang terumbang-ambing macam sekarang ni.”

“Tak apa, Eny. Eny jangan risau. InsyaAllah, Dia akan bantu. Percayalah. Nur akan usaha sedaya upaya Nur. Nanti ada apa-apa, Nur bagitahu. Eny pun, janganlah pulak nak sorok apa-apa lagi daripada Nur. Bagitahu Nur kalau ada apa-apa ye. Ingat tu. Kalau Eny sorok lagi, siap Eny!”

“Wah… Ugut kita yek.” Eny tergelak mendengarkan kata-kata Nur. “InsyaAllah, eny takkan sorok apa-apa dah. Takuttt…” Eny terus tergelak.

“Tau pun takut… Hehehe. Ok lah Eny. Nanti ada masa, kita borak panjang ye. Ibu dah mula panggil tu. Nak masak rendang. Nanti sampaikan salam buat Ma ye.”

“Emmmm… Sedapnya rendang. Ok la Eny. Sama la. Salam jugak buat ibu ye. Miss you. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam wbt.”

4 comments:

KnowLee said...

'Selagi nyawa masih bersisa, harapan itu tetap ada.'

Betul tu...
Jgn putus asa.
Teruskan usaha dan doa.
Kita taktahu bila akan termakbul.

Eh, lari skit dr topik.
Sbb quote tu bleh dikatakan general.
Sesuai utk byk keadaan.

jennyto said...

cerpen?
kisah benar?

candlesky said...

yup...harapan tetap akan ada=)

sabar yek...
hopefullt u can wait 4 d ending...
to know either it's true or not=)

khalifahMasyhur said...

menanti dgn tidak sabar sambungan tika itu [part 3] sehingga ending.. cukup2 menarik..