18 September 2008

Jika kamu tak tahu

Aku sangat susah untuk meminta, aku hanya diajar dan diterapkan dengan unsur memberi sejak kecil.

Sekarang ni, banyak sangat-sangat yang aku perlukan bantuan orang, al maklum MM da declare kan aku sebagai OKU. Setiap kali nak mintak tolong, aku rasa bukan tangan aku yang menaip sms atau dail number telefon. Aku sangat2 memaksa diri untuk pergi mintak tolong orang bila sesuatu tu di luar daripada kemampuan.

Manusia ni fitrah mereka adalah diberi, banyak benda yang diberi Allah. Jadi bila mereka terlalu banyak diminta, mereka boleh jadi fed up. *tapi bukan semua manusia lah

Cuma satu yang aku mahu kamu semua tahu, aku sangat benci diri aku, di kala aku perlukan bantuan kamu.
Kalau boleh, aku tidak mahu hidup jika hidup aku perlu menyusahkan kamu.

Fikir-fikir semula, dosa banyak bertimbun belum habis bertaubat, jadi aku terpakasa batalkan niat itu.

Tapi Tuhan, aku siyes tak tahan!

Tapi aku taknak Kau laknat, jadi aku ingat ni dalam kepala,

"Apabila datang satu ujian atau cubaan daripada Allah, sedangkan engkau tetap tabah dan bertahan menerimanya, maka engkau ialah orang yang mencintai Allah dengan sebenarnya."

4 comments:

Adlan said...

bagus la kalau dah dilatih utk memberi.. tapi kdg2 kne jugak minta bantuan org. xsemua perkara kita boleh buat sendiri..

Anonymous said...

assalamualaikum..
as, banyakkan bersabar, saat2 begini, Allah beri kita suatu benda yang pada hari kemudian, dia mahu memberi suatu yang terbaik dan terhebat untuk kita.

pujukkan hati ukhti, ALLAH sentiasa bersama mereka yang bersabar (pause seketika dalam mencari tindakan yang terbaik selepas ini).

Faisal Admar said...

Diharap Nur kuatkan semangat sentiasa mengingatinya dan perlu faham erti sebenar redha. Setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya. Itu kita perlu set di minda dan tanam dalam hati.

Memang betul, orang boleh cakap sebab dia tak alami, tapi jika nasihat itu ke arah kebaikan kenapa tidak kita dengar?

Pepatah "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima". Betul... jadi salahkah jika dia menolong kita? Jangan anggap kita susahkan dia... kita set di minda kita yang kita sedang menolong dia mendapat pahala... bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.

Yang penting mindset. Jika positif mindset, positif lah jadinya... jika negatif, maka negatif lah jadinya.

Tabah ye Nur... Insyaallah.

As said...

dearest alan,
betullah tuh, memang betul..sebab tu mintak tolong gak :D

dearest umaralfateh,
lama tak nampak ;D
kejap je jadi confused mind, 2-3 minit, nanti inshaAllah okay sound mind semula :) cuma depression itu kerap juga, tapi short-term

sekarang ni okay jek :D ngee

dearest faisal,
thanks for such a long comment and advice, i cherish that.

Extra-supportive friend, glad :)