27 May 2009

The Law of attraction

The Law of Attraction simply says that you attract into your life whatever you think about.

Thus if that's the case, kalau berlaku kes ragut, jangan paparkan di suratkhabar dan TV. Makin diperbesarkan, makin ramai memperkatakan. Makin banyak berlaku kes ragut selepasnya.

Ini teori As, tak pasti sejauh mana ia benar. Untuk kamu, terpulanglah teori kamu. Boleh kan?
---------------------------------

Mungkin kurang sangat update 2 minggu ni sebab kat sini broadband lum dapat coverage, jadi jangan tanya mana As pergi ye, tambah pulak sangat hectic. Gomenei~!
--------------------------------

Semalam aku tertanya-tanya pasal pemasangan k-wire pada pesakit yang alami patah, hari ni tak pasal-pasal aku masuk bilik bedah tengok pasang k-wire dan screw. Asalnya aku bergerak dengan seorang staff ingatkan cuma nak ke wad macam biasa.

Bila aku ikut dengan laju ke mana dia pergi dengan bawak equipment, hinggalah sampai depan bilik tukar pakaian untuk masuk bilik bedah (OT) barulah aku terpinga-pinga. Ini bukan kali pertama ke sana tapi sebab ikut tanpa tanya, secara buta semata-mata.

"Eh, kita nak pergi mana ni..?"

"Masuklah tukar baju OT cepat, patient dah atas table."

"Heh..?"

Maka aku secara blur-blur terus masuk tukar baju selama seminit, cuma ingat nak cepat dalam kepala. Itulah lain kali kena tanya dulu walaupun gaya tengah rush amat. Supaya kau tak terpinga-pinga. Haih..

nota: sape yang request cite pasal clinical posting, boleh je view pada sume entry yang aku link-kan pada entry sebelum ini. Ok?

p/s: aku paling tak tahan bau daging ala-ala hangus dalam OT..

for you, have a good day friends :)

11 comments:

Anonymous said...

erm... macam ada betul jugak teori as tu. nowadays, sehari kalau takde kes ragut, rape apa semua, macam weird pulak.

teringat masa baca harian metro kat stesen bas menunggu bas. pening kepala jadinya baca 5 kes rape dalam satu surat khabar.

uhu. k-wire tu apa? =D

Fatin Baharum said...

mmg camtu pon, makin dedah, makin kuat jadinya.
kes mat rempit pon sama, kt tv, kdg² byk sgt aksi or gaya mat rempit dok merempit, benda tu bg effect kpd mat rempit beginner pny nk try buat camtu.
kes rogol, aniaya pompuan, dera amah pon sama.
dlm paper bln boleh kire, kdg2 detail sgt cerita, boleh buat org yg bermasalah dlm hal sekian² jd nk buat kan.

Anonymous said...

nk pgil As Miss Grey boleh tak?

Akmal Azeman said...

eh u sound as if u already bc buku The Secret yg ckp psl Law of Attraction n wat not. betol ke? huhu. suka suki je kan? hahah. anyway. kt tak bc bk tu lg, tp da ade da, nantilah bile da rajen. haha

alifzaimimra said...

sgt menarik.. selalu ke ada bau daging ala-ala hangus tu?

Anonymous said...

as, ada award utk as kat blog diya. sila ambil ye =D

Anonymous said...

kalo diambil dr sudut positif, law of attraction tu adalah konsep istiqamah..n dr situla org barat cedok konsepnya.....

al-ikhsan said...

dengar2 kata, sekarang ada buku The Quranic Law of Attraction?

ada yang sudah membacanya?

=)

CAHAYA said...

Teori berkenaan mangsa ragut tu boleh diterima pakai. Makin banyak cerita, dah macam trend plak diorang ni. Kat depan ofis Cahaya dah banyak kali orang kena ragut. Rantai halus pun sanggup.

Unknown said...

Saya rasa ada benarnya isu pertama itu. Sekarang pun sedang panas dengan isu "along". Tapi buku The Law of Attraction banyak orang aplikasikan dalam percintaan dan bisnes. Inilah pertama kali saya baru tahu ada relevannya dalam hal semasa.

Ahmad Naeem said...

The Law Of Attraction...

To put it in simple terms...we should just say "monkey see,monkey do"

This is an effect that has beleaguered out society for as long as all of us could/would remember..

With the increase cases of retrenchment, society has taken another step down the morality stairs, closer to primeval people who lives with no rules and practise total anarchy..

This is the sad truth...look around you, how society had deteriorated thus far coinciding with what I am saying...

We need change and we need to start taking a good look at ourselves in the mirror...

sekian, terima kaseh

p/s: as, lama menghilang pulak..apa cerita..hehe..seronok berkerja nampak...