30 October 2008

Apoptosis - programmed cell death

I wonder, this is how it would be when a junior, describe you. Here. Not the title, but the intro. And I have to admit, it is really a 'was'.

Okay, tukar gear dua, tukar cerita!

The University will make us to occupy the same seat every semester in the Kuliyyah of Medicine examination hall. Thus, we always seat side by side, me and candlesky. Maybe this is to complete the fact made by others that, we are twins!

I remember during the registration day in june 2007, people at the counter thought that we are twins. Aha!

OKeh itu selingan to explain the story below

During our examination this morning, there's one invigilator came through and being in an erect position standing quite long looking through something on her desk. I am curious :D

After examination, candlesky told me, she's kind of 'cuak' when the invigilator(she) did that. But she is actually looking through the examination slip. Mungkin jugak die cuak tengok berderet subjects. And candlesky's examination slip is kind of like this. Mine is almost the same, it is just a slight different here and there.

Okeh, got presentation this Monday, wah kena semangat!

I hope the apoptosis did not occur among us after all the examinations. Hopefully.


And..before the examination starts, I am quite sad, seeing an empty desk in front of me. Empty desk, but with a set of question paper. And I missed her so much.
Allah loves you dear, and we love you too.

28 October 2008

berakhir lakonan pentas dunia hari ini

hari ni aku exam
hanya guna sebelah tangan
sebelah lagi
immobilize
seksa jugak eh
sebab tu Tuhan kurniakan sepasang tangan
tak lebih tak kurang
sufficient

Hari ni aku exam
kertas engineering
tajuk Instrumentation II
hari ni kami sume jadi pakar mesin
setiap inci pada construction
dan design mesin kena tahu
walaupun banyak tak faham
kami tetap
kena berlagak
sebagai jurutera
mesin mesin mesin

Hari ni
aku nak lintas jalan depan hospital
kereta tu da dekat
tapi dia bagi laluan

seronok jugak jadi OKU
dapat keistimewaan

:D

hari ni
takdir aku jumpa
doktor yang hati suci murni
cakap tak tahu bila tak tahu
cakap tahu bila tahu
rendah hati rendah diri
aku belajar dari sikap dia
dia belajar dari ilmu aku

"Awak rasa macam mana x-ray ni ye." tanya doktor pada aku tentang analisa image. "Saye tok de nok ngaji dulu, 6 minggu je pun. Doktor semua belajar x-ray 6 minggu je, nak pakar tengok x-ray kena belajar lama." Sambil senyum dia cerita.

Aku senyum basa basi pada doktor dengan pertanyaan dan pernyataan dia. Dan aku beri opini aku tentang image.

"Lepas ni pergi jumpa pakar ah. Wat balik dulu x-ray ni, tunjuk kat radiologist awak." Merujuk kepada lecturer aku. Eh..?

Sebelum pulang, aku cakap untuk sedapkan hati doktor tuh, "doktor, saye pun tok de nok ngaji lagi, baru tahun dua jah."

walaupun aku sebenarnya tahu skit2 besar kuman, aku lebih suka buat tak tahu
Bak kata candlesky
bila mereka tahu kita tahu (sebagai pelajar etc)
separuh hak sebagai patient
akan mereka tarik (tak sengaja tarik)

masuk semester ini
khatam sudah kami belajar tentang
posisi dan analisa x-ray seluruh badan
terima kasih cikgu.

dan terima kasih
pada MM dan candlesky
sebagai watak tambahan
dalam lakonan pentas dunia hari ini
di sebuah hospital swasta

25 October 2008

I wish I could do something

when I'm in great pain

I wish I could reduce the pain

Thus I could continue studying

When I'm in great pain

I wish I wouldn't burden others

Thus no one will hate me

When I'm in great pain

I wish I don't need to ask others to pray for me

Thus no one will feel annoyed

When I'm in great pain

I wish I could do something

I really wish I could do something

I wish I could do something


Wishes...remain as wishes


Yet still

I wish I could do something..

24 October 2008

Bila jejaka memasak

Related link: akhirnya by MNM

Fakta aku: Aku percaya skill memasak jejaka lebih hebat daripada jejaki, dan sepatutnya masakan mereka lebih sedap daripada masakan jejaki.

Fakta aku percaya: Sebab memasak itu asalnya memang kerja jejaka bukan kerja jejaki.

Semalam kami semua iftar bersama. Ini iftar meraikan usaha keras kami bersama dalam I-Quest lepas. Masing-masing ada tugasan masing-masing berdasarkan menu.

Tiba-tiba MNM offer menu nasi beriyani instead of menu asal sebab main dish memang daripada RJ (Rumah Jaz). Maka candlesky dan Master J tanyakan aku okay atau tak. Dan aku, okay aje :D

Kemudian aku teringat dan terus tanyakan Master J,

"Er nasi beriyani tu sape nak masak?"

"MNM, experimental je, kalau tak sedap jangan sue lak."

Owh bangga aku mereka nak masak termasuk afiq. Cuma bab experimental memula aku risau sikit. Heh. Mengenangkan fakta di atas, aku kemudian terus yakin.

Walaupun jejaka RJ sume nak masak, tak dapat tidak akhirnya mereka masih perlukan jejaki dalam meng-complete-kan task mereka. Ha, betul tak? ;P

Aku salute korang sebab susah aku nak jumpa jejaka dikalangan teman-teman yang aku boleh sembang pasal cara masakan. Dan secara overall two thumbs up untuk korang. Dan aku pun tak terkebelakang sebab aku boleh bicara tentang gadget secara meriah dengan kamu. Kan?

Main dish:
Nasi beriyani
Side dishes:
Mix
Nasi himpit + satay
Deserts:
Kek batik
Tembikai
Sirap bandung soda Johor

Semua menu hasil air tangan person-in-charge sendiri melainkan satay :D

Okay, jom bukak bisnes!

nota: aku tak pernah rasanya bicara tentang makanan (;

22 October 2008

kaedah menjawab soalan exam

Tagged by Jenny Kenny, Jazz Lazz, and Bluish Lady.


Every question is referring to 1 person.
I would like to answer them in Malay :D

1. What is the relationship of you and him/her?
ngak bisa dipisahkan

2. Your 5 impressions towards him/her.
- sudah layak berkahwin
- pemerhati diam
- bijak bijak
- penyayang
- sangat kelakar ;P haha

3. The most memorable things he/she had done for you.
keluar date

4. The most memorable things he/she have said to you?
"The true eyes of the people who deserved for you, really can see the special things of you"
banyak kata-kata penuh memori, tapi ini yang terbaru

5. If he/she become your lover, you will...
ya, aku menyayangi dia, selagi hayat dikandung badan

6. If he/she become your enemy, you will...
ku mahu curik anak sedare die yang ramai

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
cukuplah dengan diri dia sekarang

8. If he/she become your enemy, the reason is...
aku lebih comel setengah inci daripada dia

9. The most desirable thing to do on him/her is?
ajak date. Aku sangat enjoy semua date kita

10. The overall impression of him/her is...
hebat!

11. How do you think the people around you will feel about you?
perisa strawberry, mungkin?

12. The character of you for yourself is?
semulajadi manja dengan dia :D

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
terlalu naif kadang-kadang

14. The most ideal person that you wanna be is?
wiser

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
kamu dihargai as much

16. Ten people to tag?
yes, those old friends of mine :D rindu!


1. Badrul
2. Aishah
3. Ubey
4. Farah
5. Cheng
6. Fatim hanaz
7. Aalim
8. Zaty
9. Abang Bi
10. Candlesky

17. Who is no. 2 having a relationship with?
She knows better :D

18. Is no. 3 a male or a female?
Male ;)

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
They already have a good connection ngeh3

20. How about no. 5 and 8?
Did they know each other eh??

21. What is no. 1 studying about?
Lughatul Qur'an

22. Is no. 4 single?
Already engage with her Mr Nice Guy :)

23. Say something about no. 6
kau ku angkat sebagai teman (:



p/s: jika kamu tahu siapa yang saya bicarakan di atas, yes you can announce to the world that you know but shhhh...senyap ok!

nota: er, lagi beberapa jam nak exam midterm tapi boleh buat tag neh, biasalah 'exam oriented' :P

nota: nasib baik buat tag lambat, boleh compile semua skali

nota akhir: LIB, i love ur descrition abt me. Menambahkan keyakinan diri dan saya ingatkan beg itu warnanya maroon rupanya coklat :D

19 October 2008

Sreettttttt..

kawasan petak kuning = medicine square

Er agak-agak kamu boleh bayangkan dengan tepat ke bunyi ape tu. Ia bukan sejenis perkataan.

Semalam hari terakhir Inter-U sport carnival di uiam. Aku keluar awal pagi amat untuk selesaikan apa yang patut.

Waktu tengah hari semua komiti pegi lunch, aku dan cha duduk menunggu segala equipment di bawah kanopi Medicine Square. Hujan renyai-renyai.

Tiba-tiba terdengar sesuatu macam gaya terpelanting terbalik. Tak nampak apa-apa. Aku agak ada orang jatuh motor. Jalan kat medicine square tu memang sangat licin bila hujan sebab jalan diperbuat daripada clay brick. Aku berada di stage area, berlari ke jalan melihat.

Betullah, jatuh motor. Tak hairan lah sebab jalan memang licin. Bawak laju ke, slow ke..memang akan jadi mangsa..

Kami tengok, Sister jatuh. Tapi ok lah sebab motor tak hempap dia. Kami yang beberapa kerat ada neh, tolonglah apa patut dan angkut bawak ke bawah kanopi stage area. Belek-belek apa yang patut.

Tengah kami sembang-sembang, ada sumbody cakap,
"Kena letak papan tanda la kat sini, perlu sangat berhati-hati tunggang motor kat sini time hujan."

Belum 30 saat kata-kata tu terpancul, tiba-tiba,

"sreeetttttt........." Kuat bunyi. Kami semua berpaling. Hah, ada plak motor sedang terseret bersama penunggang nya.

Kami witness depa duk sedang terseret dengan kaki bawah motor. Based on condition depa, first thing first, kena angkat motor yang hempap depa.

Tapi dalam aku berlari tuh, aku terfikir gak, er larat ke aku nak angkat motor tu. Haha. Tapi banyak perkara yang possible dalam keadaan terdesak. Betul?

Nasib baik ade sorang player U mana tah, lari sama-sama ngan aku, dan die dulu tolong angkat motor tu. Yang kali ni macam agak parah jek. :D

Lepas-lepas tuh, nampak je motor, ramai yang melaung,
"Oy, bawak slow!"
Depa pun macam tau-tau jugak dah banyak motor jatuh area situ.

Dah kebetulan macam tu, skill men-dressing-kan luka adalah penting memandangkan first aid da sedia ada di situ. Sempat lah tolong-tolong beberapa orang yang jatuh.

Tapi sebab da ade pelajar medic final year yang kebetulan lalu situ, jadi silalah aku bagi laluan. Erk..banyak aku yang kena tegur pasal emergency kit kat situ. Isi-isi dalam emergency kit tu memanglah aku yang prepare, tapi takde yang salah dah sebab kegunaannya sebagai first aid. Nama pun emergency kan, maka takleh ah kite expect sterile cam kat deparment A&E (accident & emergency). Dan aku diperlekehkan seperti aku tatau apa-apa pasal first aid. Huu..aku senyum jelah. Sebab aku bukan dak medic :D

Jalan depan Kuliyyah of Medicine tu memang smart especially untuk perbarisan. Tapi kalau boleh membahayakan penunggang motor, aku rasa something perlu dilakukan. Er, perwakilan pelajar atau ahli tertinggi persatuan mungkin boleh naikkan perkara ni..?
At least buh signboard,
"AWAS, jalan sangat licin tika hujan!"

:D

fakta 1: mereka-mereka yang jatuh agak lucky kerana kami berada di sana ramai-ramai dan first aid kit telah tersedia ada. Padahal yang menyebabkan mereka berada di situ waktu itu, sebab program tu jugak :D takdir..

fakta 2: aku tringat dua gadis yang jatuh motor di bandar, pulang ke uia, ke kaunter informasi I-Quest semata-mata untuk dapatkan rawatan. Pakcik yang offer bantuan di bandar ketika kejadian pun terpinga-pinga bila mereka nak balik dapatkan rawatan di uia. :D

motorsikal memang berbahaya, namun sangat berjasa juga. Aku semalam agak menggigil bawak skuter teman sciencess atas jalan licin tuh bile dah tengok berderet orang jatuh. Kalau motor aku, selamat sket kot. Hehe.

moral 1: Bawak motor slow amat jika lalu medicine squre tika hujan
moral 2: Kena letak papan tanda amaran
moral 3: kalau da ditakdirkan eksiden..tetap akan eksiden. Tapi..kita usahalah takat mampu dalam membasmi kemalangan

p/s: gambar diambil daripada tingkap Jabatan Radioterapi dan Pengimejan Diagnostik UIAM

18 October 2008

immediacy!

segeralah berlalu presentation dan kelas sabtu
supaya aku boleh stady exam slasa rabu

segeralah berlalu exam slasa rabu
supaya aku boleh prepare presentation khamis

segeralah berlalu presentation khamis
supaya aku boleh pegi maen bowling petang khamis

eh silap..
supaya aku boleh stady final exam

:D

duniawi semuanya..moga jadi saham akhirat
ameen

untuk kamu semua juga, jangan penat~
Rabbuna yusahhilu amra..

p/s: kesusahan itu kadangkala terlalu manis, sekurang-kurangnya aku pernah merasa. Rugi kan jika kamu asyik bersenang-senang sentiasa (:

Namun Allah Maha 'Adil..The One who knows best

Nama events pelik pelik

Satu perkara mengenai UIAM
Kebanyakan events akan mempunyai nama yang pelik-pelik
Maksud aku,
nama program nya takkan memberi kamu klu bahawa program itu mengenai apa
Ia bukanlah perkara besar
cuma bila ia melibatkan orang luar
agak susah sedikit

Contoh
I-QUEST
semua pelajar tahu itu adalah pesta tahunan
tapi
bila diwar-warkan ke luar UIAM
perlu ditambah menjadi
Festival UIAM

Contoh terbaru
Pertandingan Sukan antara Universiti di Kuantan
Namanya Fatal 4 way
takde kaitan langsung kan
aku sendiri rasa pelik dengan nama tuh

Ketika aku berjumpa seorang officer hari ini

"akak, saya nak ambil barang untuk sukan antara U esok."

"Owh, fatal four way tu ke?" Tanya beliau.

Aku merasa janggal dengan nama itu, terus aku bertanya soalan tak okay, "kenapa nama die macam tu eh?"

Tertanya, tidak sengaja.

haha. Patutnya beliau lah yang tanya aku. Tapi memang itulah nama turun temurun.

Fatal four way = Mati empat cara? Patutnya fatal four ways kot..tu pun salah grammar jugak..

hmm...

16 October 2008

Kekuatan itu adalah senyuman tika kau rasa sangat lemah

Getting closer to the final examinations
Means..
getting more and more classes
getting more and more presentations
getting more and more midterm examinations

Yeah~!

Khamis depan revision period starts
semua orang sama ada
ada satu dua je kelas
atau takde kelas langsung

Tapi kami RDI/2
ade dua lagi midterm exams
dan dua presentations pada revision period tersebut
dengan kelas pada hari minggu
kami bangga!
:D

"10 subjects, memang amik masa nak habiskan midterm." jelas tahirah kepada emaknya (yang agak hairan dengan kondisi kami) pada ahad lepas mewakili saya.

Er..actually it is 11 subjects to be exact :)

Dan aku risau akan exams tersebut
bukan sebab aku tak stady lagi
(walaupun memang itu hakikatnya)
tapi sebab
I cannot write much using my fingers
they cannot grip the pen very well anymore..

er cekgu,
kalau saya menaip boleh..?

nota bawah: nampaknya kena buat physiotherapy untuk jari jemari ini
nota paling bawah: aku telah berjaya kembali memberi lakonan terbaik di pentas dunia. Kekuatan itu adalah senyuman tika kau rasa sangat lemah.

"senyum di waktu susah, tanda ketabahan, senyuman itu tanda keimanan.." Kata kumpulan Raihan.

14 October 2008

aku perlukan kata kunci, kamu ada?

"You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up
To more that I can be.."
[josh groban]

Ibu..
kau disayangi kerna menyayangi..
hidup ini akan terus mengajar aku..
----------------------------------

menghidupkan kembali semangat yang baru
failed..
the destruction of me
not yet entering the recovery phase
still under the development phase
development of the destruction

efforts on the track
to shut down the destruction
trying to log in
into full spirit user mode
but
I'm not yet having the new password

ujian
dugaan
takkan selamanya di takuk lama
akan makin mencabar
akan ada pembaharuan teknik setiap kali
membentuk diri supaya lebih maju
dengan teknologi baru

cuma kali ini
aku masih belum ketemu
kata kunci baru
sedang mencari dalam binaan ketabahan

moga..
dikembalikan ketenangan
dalam sesak derita dunia
dikekalkan ketahanan
dalam kesakitan
dicukupkan ketabahan
dalam rasa kekurangan
ditambah kesyukuran
dalam kesusahan
ameen..

anyone willing to share any stories with me?
I need to hear sumting..
to forget everything

13 October 2008

moja + nela, akhirnya..

sekitar 'akad nikah mujahid + nihlah, 11 syawal 1429H

penyatuan dua hati

terlepas sudah tanggungjawab si ayah, terpikul segalanya di bahu suami

moga dakwah terus mantap

“Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya.”

Barakallahu laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair!

p/s: saya amat sukar untuk menghadiri walimah sahabat-sahabat, hanya ini yang pertama yang mampu saya penuhi, kerana kedua-duanya sahabat baik saya :D

12 October 2008

Malaysia Cuti (MC)

Pernah tak kamu pegi klinik dan pulang dengan banyak banyak surat MC..?

aku pernah, baru lagi. Sume untuk ganti segala kelas yang aku tak pegi kerana hilang keupayaan berjalan. Itupun selepas aku cuba paksa diri berjalan namun gagal.

MC itu hanya untuk guru-guru yang tidak faham akan kesakitan aku. Juga untuk yang mahukan MC walaupun faham.

Aku selalu terfikir, jika aku boleh bangun pegi amik MC pada sekian hari yang aku hilang upaya berjalan itu (atau tika sakit lain), maka lebih baik kiranya aku pegi kelas daripada aku pegi mintak MC. Tak begitu teman? Aku rasa semua guru patut berfikir begitu. Er..takpe, kite husnu dzon (baik sangka).

Teman, jika kamu menuduh aku menjadikan sakit sebagai alasan untuk setiap titip perkara, kau silap teman. Bicara mengenai sakit ini pun tidak dengan kamu, bagaimana kamu boleh menuduh aku begitu.

Namun jika difikir-fikir semula teman, jika sakit itu langsung tidak memberi efek kepada kehidupan kita, takkan pula diletakkan sakit dalam 'ingat 5 sebelum 5'.

SEHAT SEBELUM SAKIT

Jika kamu demam pun, banyak kerja kamu terganggu. Inikan pula sakit sepanjang masa seperti aku. Mari kita lihat demam sebagai contoh. Tak perlu aku explain, kamu baca di bawah:

the fever - szakif
saikologi - MM
walau semput tetap beraksi - MM
sesuci kasihmu - candlesky
misi minggu ini - aku

hari ini selepas baru dapat suara walaupun masih rock basah, aku lencun pula di dalam hujan bersama dia (aku rindu jiddan pada kamu), meredah hujan dengan motor seorang teman. Maka teringat aku pada satu idea best. Dan hadiah daripada lencun itu adalah selsema :D

Kesimpulannya, kamu jangan kejam mengatakan sakit itu tiada apa-apa efek pada manusia. Walaupun sakit itu tidak bleh dijadikan alasan (excuse), namun boleh dijadikan sebab (reason). Dan kamu hilang banyak perkara (yang tampak) apabila kamu sakit, ini yang aku cuba nafikan namun gagal.

Jika kamu sakit, aku harap kamu terus senyum. Dan jika kamu sehat, jangan kerek senyuman ye.

''Setiap cubaan yang menimpa seorang Muslim, walaupun satu tusukan duri, adalah kerana salah satu dari dua sebab, yakni kerana Allah hendak mengampuni kesalahannya yang tidak dapat diampuni melainkan dengan cubaan itu, atau Allah hendak memberi suatu kemuliaan yang tidak dapat dicapainya kecuali melalui cubaan itu.'' (HR Ibnu Abi Dunya)

Ada faham?
Cuma aku kadang-kadang tidak faham, lupa sebentar jika berada pada tahap ekstrim. Pemikiran tahap darurat dan tidak siuman boleh kira.

Jika ada sehari yang aku tidak sakit, itu adalah abnormal bagi aku. Maka, aku sedang cuba buat-buat kuat, jadi kamu jangan cuba runtuhkan aku ye :D chayyo!


9 October 2008

puasa 6 terlebih dahulu

rentetan komenan di entri ini.

Puasa 6 hari syawal tanpa menggantikan puasa yang tertinggal terlebih dahulu.

Sorang student diberi dua tugasan yang punyai due date yang sama, satu yang wajib hantar satu lagi kalau hantar boleh dapat markah lebih, kira macam sampingan aa. Student A buat tugasan yang sampingan terlebih dahulu dan hantar pada due date tersebut. Manakala tugasan yang wajib hantar tu, dia baru siap separuh.

Lecturer dia tak bagi langsung markah kat dia sebab tak hantar yang wajib buat, abaikan yang wajib dan pentingkan yang sampingan. Sebab lecturer dia nak kan yang wajib, yang sampingan sebagai aksesori tambahan markah sahaja.

Analoginya, yang wajib itu puasa qadha dan yang sampingan itu puasa sunat syawal. Due date itu ibarat tarikh kematian. Apatah lagi jika kita tak boleh nak jamin kita akan hidup cukup untuk habiskan puasa ganti selepas puasa 6 hari syawal. Atau kamu boleh jamin tarikh mati kamu?

Apabila menyebut tentang hadith puasa 6 hari dalam syawal, Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan puasa 6 hari itu hanyalah selepas puasa Ramadhan (termasukla yang ganti ramadhan). Maka wajib bersegera qadha puasa kerana hukum yang wajib didahulukan di atas yang sunnah.

Kemudian lagi satu, niat puasa enam tak boleh disekalikan dengan puasa qadha’. Imam As-Syafi’e (dalam kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab “setiap amalan dengan niatnya” bahawa; hendaklah dibezakan puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha’ dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan, atau nazar atau puasa sunat. Namun jangan sedih jangan risau, seseorang yang berniat puasa qadha di dalam bulan Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat tersebut) mengikut pendapat sebahagian Ulama’.

Er, saya bosan nak menulis pasal ni sebab sepatutnya benda yang dah well known. Bukan nya tajuk baru. Jadi silalah alert ye, jangan beramal sukati kita je (: jangan sampai jadi sia-sia..

8 October 2008

Why people temporarily lost their voice?

Lokasi: Bilik
"As, kita boleh tubuhkan Kelab Takde Suara neh." - Roomate

Lokasi: Meeting
"As, tak jumpa-jumpa lagi ke suara?" -  Ahmad Z

"As, ko baek duk sebelah aku, susah aku nak dengar ko cakap ape." -  Irene

Lokasi: Kelas
"As, senyap~! Seksa kitorang dengar." - Classmates

"As, shhhh.." - Mawar Merah

"Nak tanya sangat, tapi takde suara." - Lecturer *sambil gelak*  :D

Lokasi: phone conversation
"Ah, macam penyanyi Rock!" - Abang no. 3

"Lamanya tak kol ibu, kenape?" - Ibu

I reduce any phone calls, and only make up phone calls when it is really important. To those friends who tried to hear me in the phone; dammit, MM, jep, azri, thanks a lot. Nak-nak time banyak urusan event management macam ni. People will understand if they really wanted to listen. Yang face to face mudah je nak recognize what did I say kan even though I need to repeat them over and over for you. (:

--------------------------------------
Oke! Malam ni start makan Zithromax for fast action. It was laryngitis. I thought it was tonsilitis as I always have this kind of infection since last two years. I was at first kind of blur-blur why my skull started to swelll. From back of ear, to the occipital area then to the parietal area. But it is actually the lymph node.

Macam biasa, batuk-batuk then demam to the loss of voice.

(image of larynx)

Have you ever experienced the loss of voice? Or hear someone said, "I lost my voice."
Larynx is the source of our voice as there are two bands of muscle called vocal cords inside the larynx.

When we breath, vocal cords are relaxed and open while when we decide to say something, the cords come together. The small space between the cords caused the vibration when the air pass through them.

Laryngitis could occur when you scream a lot as for example in a sport's match, singing aloud also could cause an infection to this area. Our stomach also has the probability to cause larnygitis. Just like we have a tube for air to go into and out of our lungs, we also have a tube for food to go into our stomach. Sometimes the stomach acid that helps break down food, comes back up to the swallowing tube. The acid can irritate our vocal cords.

Did you ever notice that people who smoke a lot have rough, raspy voices? Ha, smoking can cause laryngitis too. Infections from germs are a very common cause of laryngitis (I think mine is due to this). Sometimes bacteria can infect the vocal cords, but most of the time it's the virus - like those that causes flu. That's why sometimes when we have a cold or a bad cough, our voice also sounds funny.

Thus, I met an ENT specialist yesterday, got the medicine and forgot to consume them. Teruk.

If you ever face this voice problem, meet your doctor to have some antibiotics, also please take lots of fluids and rest your voice by talking as little as possible. Kind of hard, aite? As many things just could not be explain by picturing them. For example; questions to be asked to the lecturers.

Tonight, when you open your mouth and say "good night," you will know where the sound of those words come from. And, if that "good night" comes out with terrible sound, you will know that it could be laryngitis! ;p

p/s: Today my hand started to feel numbness and I could not write properly. The disease is worsening but then I need to stay positive, Hiyark~!

5 October 2008

ma ma'na taqwa?

تقوى؟
علي بن ابي طالب رضي الله عنه :
الخوف من الجليل والعمل با لتنزيل والرضا بالقليل والاستعداد ليوم الرحيل

Above is an answer from 'Ali bin Abi Talib when he was asked on ma ma'na taqwa (what does it mean by taqwa). All this while I've been introduced to various kind of answers on taqwa, but alhamdulillah, after 21 years of living, only then I reach the meaning of taqwa which is really practical. Better late than never aite? Allah loves me ;)

As Prophet Muhammad been once said: "I am the city of knowledge and Ali is its gate."
He is such an intelligent sahabah, which then Ali answered the meaning of taqwa with 4 points which are:

1. الخوف من الجليل
[Fearing Allah]
no matter wherever we are, our fear were only to Him, fear of His punishment which will prevent us to do anything forbidden by Him. For example: 'jangan menipu' as been stated earlier in here. More on khauf, have it here.

2. والعمل با لتنزيل
[practice according to the Qur'an and sunnah] <- dis is what i understand from the word 'tanzil'. Any other views? Erm, did not go beyond the teaching of Qur'an and sunnah. Qur'an gives us those spesific commandments such as prayers and pilgrimage, but with no details on how to make them into practice. This is where sunnah comes in, bringing the illumination of the Qur'an for us to understand those commandments from our religion. More on sunnah, here.

3. والرضا بالقليل
[being content with little]
Make our heart at ease receiving rizq from Him, no matter how little or how much He gives us, we must be grateful. bersyukur! Jangan asyik rasa tak cukup jek. If there's something left, make it as sadaqah, jangan kerek! Again as been discussed here.

Have you ever heard about the greatest sadaqah ever? Here;

Narrated from Abu Hurairah:

A man asked the Apostle of Allah (s.a.w):

"Apostle of Allah, which sadaqah (charity) is the best?"

He replied: "(The best sadaqah is) that you give something as sadaqah when you are healthy, greedy, expect survival and fear poverty, and not that you postpone it until nearly your death, and then you say: For so-and-so is such-and-such, and for so-and-so is such-and-such, while it was already for so-and-so." [sunan abu daud, book 11, no. 2859]

Translation:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu berkata:

"Wahai Rasulullah, sedekah manakah yang paling agung?"

Rasulullah saw. bersabda:

"Engkau bersedekah ketika engkau engkau sehat lagi kikir dan sangat memerlukan, engkau takut miskin dan sangat ingin menjadi kaya. Jangan engkau tunda-tunda sampai dekat kematian, baru engkau berpesan: 'Berikan kepada si fulan sekian dan untuk si fulan sekian.' Ingatlah, memang pemberian itu hak si fulan."

[juga terdapat dalam sahih muslim, no. 1713, tapi bahasa arab sahaja]


Understand-able, aite? Sadaqah, even if you give a candy to your friend, even by sharing your food with them. Don't limit yourself that sadaqah only made for surau and masjid, only comes with money and so forth. That is wrong. Ok?

Remember, sadaqah could also be attained with other deeds as well such as visiting the sick, attending a funeral, to assist someone when they are in need also with nice words by encouraging friends who were depressed or consoling the grief stricken people. Orait?

4.
والاستعداد ليوم الرحيل [preparing for the day of judgement]

Be prepared to have a new journey after a long walk in this world as every soul shall taste death (ali imran: 185) regardless of who you are. We are aware of this, but how many times do we remember death..?

Have you ever imagine yourself at the moment of death? What did come across your mind that time? Maybe this way will help us to remember death often even though the feeling of traveling from this world to the next cannot be described by words nor be imagine by sound mind. We only gain the knowledge from the divine revealation and inspiration, thus please have a thought in this for a few moments..

done?

My favourite song since long ago, farshit turab (dust is my bed). Enjoy :D [no worries, i also dun understand the arabic much, but it really zouq (heart touching) you know, and translation provided in this video]


eerm, guys..my apology again. I have a request. Can you memorize the arabic words above? Since you have read them. Hehe. Put them inside your heart, because what is differ among us is only our taqwa.

For instance taqwa means, follow Allah's commandments and avoid what He forbid. Crystal clear?

p/s: In remembrance of a close friend named Taqi (taqwa) as he really hopes people will call his name with correct makhraj to be as a do'a for him. ;) ameen

my apology!

it is okay if I'm in pain by myself

but what matter is

I'm also giving trouble to people around me.

I will try to give less trouble to everyone

it is the only thing which I could do

I'm sorry!

T_T

2 October 2008

E.N.A.M

Puasa 6 hari bulan Syawal

"من صا م رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر"
[dari abu aiyub al-ansari r.a, rawahu Muslim]

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal; nescaya ia mendapat ganjaran puasa setahun."

ada 28 hari lagi, masa yang panjang untuk sekadar 6 hari tu. Mungkin lepas seminggu ni kita semua boleh mula puasa 6 inshaAllah. Aite?
Lagi mudah bila dah balik ke kampus/kerja. If kat kampus bolah puasa sama-sama dengan kawan2, semangat sket :D

updated:
info: dahulukan qadha puasa terutama qadha dalam bulan syawal, moga dapat jugak pahala nya, kerana yang wajib itu lebih dahulu drp yang sunat. Boleh nampak drp hadith kat entry ni, digunakan fi'il madhi untuk puasa, mungkin for those yang belum lengkap puasanya.

Dan moga dapat pahala jugak jika kita habiskan qadha dalam bulan syawal dan tak berkesempatan puasa sunat syawal kemudiannya. Islam itu indah, Allah Maha Adil, terutama bg mereka yang tak berkemampuan puasa penuh ramadhan, no worries.

p/s: mungkin saya akan berehat lama, doakan saya sihat dan semua baek2 aje :)

replacement


berikutan pembebasan kapal misc

ada beberapa perkara yang saya kurang faham
mungkin kerana kurang pembacaan
atau memang saya tak faham
kalau kamu faham
tolong
tolong fahamkan saya
boleh?

kalau kamu orang kaya
anak kamu kena culik
dan penculik mintak wang tebusan yang tinggi
adakah kamu akan berunding untuk mengurangkan harga tebusan
atau kamu tidak kisah berapa banyak wang yang perlu dihabiskan
untuk mengambil semula anak kamu dengan segera

kamu pilih mana satu?

ikut logik yang saya faham
duit boleh cari anak tiada ganti
takkan nak ikut pepatah baru
biar mati anak, jangan rosak BMW suamiku
memang haru..

tapi mungkin anak-anak kapal tu bukan anak yang si kaya tersebut
jadi boleh nego-nego terlebih dahulu
mungkin kebarangkalian untuk anak-anak kapal dicederakan
adalah sifar, jadi takdelah kisah sangat
mungkin..

erm lagi satu saya tak faham
kalau kes macam tu
patutnya kerajaan Malaysia bayar
atau pihak MISC bayar?

lupa pulak
MISC tu anak syarikat Petronas
syarikat kebajikan Malaysia
Petronas kan banyak duit
harga minyak dunia naik
jadi yang paling kaya mestilah negara pengeluar minyak
kan kan kan?

ke salah?

erm
taknak salahkan Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas
sebab beliau pun terpaksa dan dipaksa
bukan kehendak sendiri

dengan minyak naik jun lepas
(dan tibe-tibe turun 15 sen kemudian 10 sen..)
even duit minyak kereta saya bukan guna duit saya
tetapi dibayar dengan duit ayah
tapi saya tetap rasa marah
sampai hari ini saya marah
dengan kenaikan harga minyak

eh..dah keluar topik pulak

saya tak suka bile balik raya
dan ayah reveal banyak benda tentang Malaysia dan Petronas

minggu depan balik kL
tak sanggup lagi nak dengar
kakak dan abang reveal tentang kewangan Petronas dan Malaysia
sebab
sebab saya akan bertambah bengang

saya takkan sekali-kali salahkan management Petronas
sebab saya tahu (walaupun tak banyak tahu)
dan orang Petronas sendiri lagilah bengang
sebab banyak tahu
jadi, kesimpulannya jangan banyak tahu
:D

erm, tak lama lagi
mungkin
mungkin
CEO Petronas akan digantikan dengan orang KJ
dan semua orang Petronas yang anti-kerajaan
akan dihapuskan daripada Petronas

dan kata ayah
kalau diorang hapuskan orang-orang *'plant' (loji)
penatlah Petronas
nak latih orang baru makan masa

jadilah sume pekerja Petronas ke Timur Tengah :D
bahagia mungkin
mungkin juga tidak

semua di atas kebanyakan nya hanyalah mungkin

erm, dulu Petronas jumpa gas dekat Kelantannak bukak loji dekat Kelantan
tapi kerajaan pusat tidak benarkan
er agak-agak kenapa?

maka terpaksalah Petronas masuk ikut Songkla..
biarlah negara jiran yang untung daripada negeri sendiri

er tak kena masuk ISA kan dengan sume kata-kata di atas?
manalah tahu entry ni bawak fitnah dan mengancam ketenteraman negara :D

-------------------

*"dulu elok-elok amik engineering, pegi tukar course." kata ayah bergurau apabila saya bertanya 'plant' tu ape ;)

dan abang back up, "Er..orang yang amik engin ni pun kadang2 tak tahu jugak..haha."

wallahu a'lam. Let's pray for the best for ourselves, our family, our 'ummah and our country.