19 October 2008

Sreettttttt..

kawasan petak kuning = medicine square

Er agak-agak kamu boleh bayangkan dengan tepat ke bunyi ape tu. Ia bukan sejenis perkataan.

Semalam hari terakhir Inter-U sport carnival di uiam. Aku keluar awal pagi amat untuk selesaikan apa yang patut.

Waktu tengah hari semua komiti pegi lunch, aku dan cha duduk menunggu segala equipment di bawah kanopi Medicine Square. Hujan renyai-renyai.

Tiba-tiba terdengar sesuatu macam gaya terpelanting terbalik. Tak nampak apa-apa. Aku agak ada orang jatuh motor. Jalan kat medicine square tu memang sangat licin bila hujan sebab jalan diperbuat daripada clay brick. Aku berada di stage area, berlari ke jalan melihat.

Betullah, jatuh motor. Tak hairan lah sebab jalan memang licin. Bawak laju ke, slow ke..memang akan jadi mangsa..

Kami tengok, Sister jatuh. Tapi ok lah sebab motor tak hempap dia. Kami yang beberapa kerat ada neh, tolonglah apa patut dan angkut bawak ke bawah kanopi stage area. Belek-belek apa yang patut.

Tengah kami sembang-sembang, ada sumbody cakap,
"Kena letak papan tanda la kat sini, perlu sangat berhati-hati tunggang motor kat sini time hujan."

Belum 30 saat kata-kata tu terpancul, tiba-tiba,

"sreeetttttt........." Kuat bunyi. Kami semua berpaling. Hah, ada plak motor sedang terseret bersama penunggang nya.

Kami witness depa duk sedang terseret dengan kaki bawah motor. Based on condition depa, first thing first, kena angkat motor yang hempap depa.

Tapi dalam aku berlari tuh, aku terfikir gak, er larat ke aku nak angkat motor tu. Haha. Tapi banyak perkara yang possible dalam keadaan terdesak. Betul?

Nasib baik ade sorang player U mana tah, lari sama-sama ngan aku, dan die dulu tolong angkat motor tu. Yang kali ni macam agak parah jek. :D

Lepas-lepas tuh, nampak je motor, ramai yang melaung,
"Oy, bawak slow!"
Depa pun macam tau-tau jugak dah banyak motor jatuh area situ.

Dah kebetulan macam tu, skill men-dressing-kan luka adalah penting memandangkan first aid da sedia ada di situ. Sempat lah tolong-tolong beberapa orang yang jatuh.

Tapi sebab da ade pelajar medic final year yang kebetulan lalu situ, jadi silalah aku bagi laluan. Erk..banyak aku yang kena tegur pasal emergency kit kat situ. Isi-isi dalam emergency kit tu memanglah aku yang prepare, tapi takde yang salah dah sebab kegunaannya sebagai first aid. Nama pun emergency kan, maka takleh ah kite expect sterile cam kat deparment A&E (accident & emergency). Dan aku diperlekehkan seperti aku tatau apa-apa pasal first aid. Huu..aku senyum jelah. Sebab aku bukan dak medic :D

Jalan depan Kuliyyah of Medicine tu memang smart especially untuk perbarisan. Tapi kalau boleh membahayakan penunggang motor, aku rasa something perlu dilakukan. Er, perwakilan pelajar atau ahli tertinggi persatuan mungkin boleh naikkan perkara ni..?
At least buh signboard,
"AWAS, jalan sangat licin tika hujan!"

:D

fakta 1: mereka-mereka yang jatuh agak lucky kerana kami berada di sana ramai-ramai dan first aid kit telah tersedia ada. Padahal yang menyebabkan mereka berada di situ waktu itu, sebab program tu jugak :D takdir..

fakta 2: aku tringat dua gadis yang jatuh motor di bandar, pulang ke uia, ke kaunter informasi I-Quest semata-mata untuk dapatkan rawatan. Pakcik yang offer bantuan di bandar ketika kejadian pun terpinga-pinga bila mereka nak balik dapatkan rawatan di uia. :D

motorsikal memang berbahaya, namun sangat berjasa juga. Aku semalam agak menggigil bawak skuter teman sciencess atas jalan licin tuh bile dah tengok berderet orang jatuh. Kalau motor aku, selamat sket kot. Hehe.

moral 1: Bawak motor slow amat jika lalu medicine squre tika hujan
moral 2: Kena letak papan tanda amaran
moral 3: kalau da ditakdirkan eksiden..tetap akan eksiden. Tapi..kita usahalah takat mampu dalam membasmi kemalangan

p/s: gambar diambil daripada tingkap Jabatan Radioterapi dan Pengimejan Diagnostik UIAM

14 comments:

Anonymous said...

FYI, masa akak belum guna kereta dulu, akak bwk scooter and bila lalu kat jalan dpn KOM tu, even tak hujan skalipun, mmg licin jgk la. Hampir terjatuh jgk la dibuatnya masa tu.

Ala as, org sekeliling ni macam2. Ada yg perasan pandai, pastu nak pandang sinis kat kita. Biarkan aje. Senyum tu mmg bagus. =)

Anonymous said...

ahli juru bina kene consider ni;

jalan yang cantik sesuai untuk keselamatan kah?

dan

masjid yang cantik2, kiblat betulkah?
ATAU, buat masjid cantik makmum lebih dari 5 orang kah?

ok fine, kuar topic...

Anonymous said...

hurm...
danger2...

Jepah said...

licin atau x, naik moto mmg kene hati2...

As said...

kak norly..betul memang licin dan berbahaya..seram kalo bawka motor..but still speding zaman bawak motor dulu :D

senyum jelah, gaduh mulut pun sia-sia jek.. :(

Tuan, bagus bagus..leh wat entry baru tuh Tuan ngehehehe

chott..heh, boleh bawak mootor tak? :D

jep..betullah tu, takleh deny :D

Master J said...

oh xleh tag eh..xpee..dh tag dh pun..2 late =p

Jepah said...

mmg xleh deny... sbb da pernah accident moto... crash ngan lori kecik... huhuhuhu...

it's jenn. said...

huhu teringt jatuh moto before raye..terhenjut-henjut naek flight...

eyh br je ingt nk tag...
tgh wat tag nk cr sapeer aa nk ditag ni hehe
leh laa ek huhu...tag skali ngan master j..

As said...

Master J...hampehs kamu, sabo jelah

jep..yup ingat2 :D

jenny kenny..best gak skali skala rasa terhincut2 kan.. :D segan giler nak jalan depan orang tp tulah as hari2 jalan hincut..lama2 'best' jugak heh

dah jenn pegi maen jauh2 tak aci tag as sebab jaz tag jenn skali ngan as..
hahahahahaha
gelak jahat

Adlan said...

2 tahun lepas penah gak accident motor kt UIA. da la naik motor kawan.
setahun lps tu motor die plak hilang. malang2

lop said...

uia?..hmm lame x singgah =]

As said...

alan..motor memang tinggi tendecy eksiden rather than kete..kan?

leka..kalau datang bitau ah :D

Anonymous said...

oh..aku pon penah jatoh motot depan tuh.
luka sket.
time ujan plak tuh.sadis kan?
x jadik niat nak g clz sbb da basah lencun.

Amin Mansor said...

me pun hampir terjatuh... motor terpusing 360'... hahaha.ujan time tu