30 June 2009

Sampai masa kau ada anak nanti


aku mahu kau buat jugak yang satu ini. Boleh ke?

Aku selalu tengok mak ayah bawak anak-anak yang dah berisi sangat pergi makan fast food pulak, dan banyak. Fuhh. Sayangilah anak-anak, jangan biarkan badan diorang tak sehat. Seriously. Ramai mak ayah tak sedar ni. Diorang fikir bagi jelah anak-anak nak makan apa.

Tapi sangat penting untuk bagi mereka makanan yang sehat sejak hari pertama dia lahir lagi. Nanti esok2 kena jawab sebab tak bagi makanan sehat kat anak2. Heh.

Nak2 anak-anak moden skang, iklan banyak di TV. Boleh aje, cuma jangan kerap. KIta ada kuasa sebagai mak ayah pada anak-anak yang kecil tu. Use your power untuk kebaikan dan kesihatan dia. Haiyoh.

Kalau mak ayah sume sedar takdelah dietitian pening fikir nak selesaikan masalah kanak2 obese di Malaysia. Dahlah masalah orang besar obese pun belum habis2..heh.

update: kalau memang sebab genetik, itu yang LAGI-LAGI kena jaga2 makan. Sejak bayi lagi tu penting. Kadang sebab susu formula budak2 jadi obese u know. Heh.

Papepun jangan salahkan genetik, kita sendiri kena beware dgan lifestyle kita. Kalau tau dah ada tendecy kenalah lebih2 lagi jaga2. Betul tak? ;)

Sekian berleter.
wassalam.

27 June 2009

Hate Talking

to them. Mereka yang in charge jadi operator untuk bagi khidmat tapi tak pegang amanah dengan betul. Heh. Come on, Im your customer. Heh.

Call talian bebas tol mereka, berterusan tapi tak dapat-dapat cakap dengan operator. Bila dapat cakap, mereka acuh tak acuh. Garang lak tuh. Hehe.

Aku penat kalau service online tak berjaya dan talian bebas tol pun mereka jawab macam apa je. Oh hampeh jugaklah. Aku pulak taknak pergi ngadap mereka di outlet. You know, prices online lain, prices on phone lain, prices kat outlet lain. Beza beratus-ratus pulak tu. Fuh. Pening jugak dengan sistem, heh.

"Akak, kawan saya ni die banyak songeh sikit. Dia ada special request, nak seat tepi window dan dekat wing." She said.

I cannot believe that she would say that. Hehe. Thank you for dealing with them, on my behalf. (tapi serious ke kamu cakap macam tu?)

Last-last aku hantar wakil pergi beli kat outlet, aci tak?

Aku tak berapa suka sebenarnya berurusan dalam telefon atau pergi ngadap. Best je kalau aku sekadar boleh selesaikan perkara dengan email. Jadi aku respect jugak sama ini tempat, baru-baru ini aku buat temu janji untuk ke sana hanya dengan email :D

Er, kalau operator amalkan budi bahasa budaya kita pun dah orait sangat aku rasa..

Terbaek punye

Heh. Ini entri simpanan, akhirnya keluar jugak.

Sejak aku habis sekolah dulu kala, aku macam matang sedikit, time tu aku mula berjaya fikir yang sekolah terbaik bagi aku adalah sekolah kehidupan tu sendiri. Mungkin sebab terlalu banyak kesusahan yang aku hadapi sejak menengah atas. Kesusahan yang tak terfikir bagi remaja seusia 16-17 tahun, untuk mereka hadapi.

Aku rasa ramai yang boleh witness ni terutama dia dan dia. Heh.

Rugilah jika aku tak amik pengajaran dari apa yang berlaku sehari-hari dalam kehidupan aku. Aku suka duduk dan memerhati perlakuan manusia, banyak benda kita boleh kenal dan belajar. Sekolah kehidupan banyak pahit kan? Tak kurang jugak yang manis.

Kamu salah teman.

Sebenarnya yang manis itu lebih banyak. Kita hanya merasa yang pahit sebab bila ada masalah barulah kita beringat. Time kita gembira segala kita tak sedar akan nikmat.

Dan untuk anugerah guru terbaik aku bagi pada kesakitan aku. My sickness. Memang guru terbaik punya dalam sekolah kehidupan aku. Guru paling tegas, paling dasyat, paling kejam pun boleh jugak. Haha.

Tegas sangat, bila dia kata dia nak sakit, maka dia akan sakit jugak. Kalau nak buat apa-apa, mesti dapat kebenaran dia. Bila dia bagi cuti sekejap, takleh leka-leka. Masa itulah kena cuba buat kerja-kerja sekolah sebelum dia datang tarik balik cuti.

Kesakitan adalah guru terbaik. Dia mengajar untuk bangun semula setiap kali jatuh. Dia mengajar erti kemenangan apabila berjaya hadapi dia yang tegas. Dia mengajar untuk lebih bertabah, untuk lebih menghargai nikmat kehidupan. Dan untuk lebih merasai, menghargai kasih sayang Tuhan.

Dan aku nak kamu tahu dan sedar, ujian itu juga guru terbaik buat kamu. Jika kita bijak, kita akan mengubah kerugian kita itu kepada satu keuntungan. Ni aku cakap jelah, sebab aku sendiri bukan mampu sepenuhnya. Bila guru kesakitan aku ada hari-hari dengan aku, kadang-kadang rasa jugak mahu escape dari dia. Lari jauh-jauh tamau jumpa dah. Hehe.

Walaupun aku kadang-kadang benci jugak dengan guruku yang satu ini, selalunya aku layan jelah dia. Heh.

p/s: sape-sape ada tisu? Nak boleh?

26 June 2009

Sudah berzaman aku rasa

Aku tinggalkan sekolah dah 5 tahun. Bila ada peluang berjumpa cekgu sekolah lama berdekatan dengan kampus, jumpa adik-adik, cekgu Fauzi selalu akan cakap,

"This is your super senior."

Aku biasanya terpana sekejap, tapi kemudian baru sedar, yelah dah lama aku tinggalkan sekolah.

Dengan cekgu fauzi dan adik-adik Team Basketball

Aku tingat dulu cekgu Fauzi yang bawak team kami, sampai sekarang pun sama. Cuma aku time tu pilih untuk Debat Bahasa Inggeris berbanding basketball. Sebabnya bukan debat lagi best, tapi sebab nak cari team basketball mudah, tapi debat susah. Yosh. Maka berkorbanlah aku demi sekolah.

Oh aku nak kisahkan hal lain sebenarnya. Setiap tahun bila tima masuk Universiti, mesti cekgu Jamil akan hubungi aku. Sampai hari ini, sehinggakan tiap tahun aku rasa seolah baru hari ni akan masuk Universiti :D

Kali ni cekgu call pasal adik junior yang tengah konfius nak pilih mana satu. Setiap tahun pun macam tu. Awal-awal dulu aku akan bagi pros and cons bagi setiap institusi itu. Tapi tahun ni aku rasa lain gila. Aku macam biasa mintak number phone adik junior dan kontek sendiri tanyakan masalah.

Dan aku tak bagi pros and cons, aku sekadar acting sebagai kaunselor sahaja. Just tenangkan hati dia yang konfius. Aku rasa that's the best way untuk dia memilih. Biarlah dia sendiri yang memilih. Dan aku ada sentuh, biasanya instinct ibu itu yang terbaik, bila dia kisahkan pendapat ibunya. Kau rasa macam mana?

Sejak aku tingkatan Lima, teman aku ini selalu pesan, biarlah senior kita gaya macam mana pun, kita jadilah senior yang baik. Dan itulah yang aku ingat hingga kini, dan itulah yang aku jadi. Er, ada senior korang tiba-tibak call atau kontek bila kau ada masalah? :P haha

Kadang-kadang senior aku pun hubungi aku bila perlukan bantuan, dan aku tak nafikan aku mempunyai agak ramai senior yang sangat baik, senior sekolah lah. :) Im glad. Tak terlupakan senior-senior di kampus sekarang. Kamu, dalam ingatan.

Aku fikir part ni berkait rapat dengan, What you give, you get back. Bukan sebab aku baik, but Im trying to be that way..cuba untuk tidak melawan fitrah. Walaupun aku nakal, haha. :D

25 June 2009

bayi itu suci

Aku paling excited kalau dapat patient budak-budak atau bayi

Ada skali seorang kaka bawak baby 2 bulan datang. So kami attend. Dia sangat adorable dan baik, senyap je.

So my friend said,

"Baik sangatlah dia ni.."

Dan aku terpana sekejap bila dengar jawapan akak tu,

"Amiklah buat anak angkat."

Dan aku, "Hah...?" Muka tak percaya.

Ni bukan anak akak, akak dari pusat kebajikan je bawak die datang check. Sekali lagi aku, "Hah..?"

"Nape mak dia tak jaga dia." Aku tanya. Ni soklan common.

"Tak mampu nak bayar bil."

Oh aku angguk je. Aku tengok baby tu pun aku rasa tamau bagi orang kot. Nikan plak kalau anak sendiri.

Kalau kamu tak tahu lagi, anak-anak ni bawak rezeki. InshaAllah murah rezeki jaga anak-anak dengan baik...

wallahu'alam..

24 June 2009

kalau kamu cari aku

kalau aku sunyi sepi di sini
mungkin boleh cari aku di sini
inshaAllah aku takkan menyepi diri di situ :)

banyak aku menulis dan padam kembali
atau menulis dan simpan sendiri
hairan
heh
:)

moga kamu bahagia sentiasa
ameen

22 June 2009

mahu ganti yang asli atau palsu

one day after the previous surgery in Nov 2008

-the image: frog prince whom did accompany me in the ward, and to tell you it's a specialist who will insert the needle in your vessel, in private hosp :P no offense-

If you planted a flower at your window
and comes the day your flower died
would you put new seeds
which require few weeks to grow

or would you just put an artificial flower...
to give you quick happiness
..??

That was what I've been thinking for this few months
after the doctor has given me the two choices for next surgery
which in need of my endurance
towards the better days..

but I've yet given any answer
for it is only one hospital in Malaysia could do it.

er..btw it's not our country were outdated
but it is the treatment which is been discovered recently
in Malaysia

p/s: to tell u, it's a private hosp which has achieved that level of treatment, it should be the gov hosp isnt it..or am I wrong?

Di LRT itu

Satu malam aku bersama seorang teman sedang berjalan menuju ke kaunter sebuah stesen aliran transit ringan, tiba-tiba seperti biasa kami diganggu penjual jalanan sebuah syarikat telekomunikasi.

"Adik, kami ada buat promosi." Sambil berjalan menyaingi kami dan menghulurkan pakej syarikat mereka.

"It's okay I'm not interested." Aku jawab tanpa pandang wajahnya.

"Adik ada boyfriend?"

Dan teman aku jawab, "Tak."

Terus laju dia berpaling dari kami usha pejalan kaki yang lain.

Oh aku pulak yang terpana. Terkejut. Eh tiba-tiba blah ape kes.

"Jawab takde boyfren terus blah." Kata teman aku. Kami gelak-gelak.

"Apa kaitan die eh?" Tanya aku.

"Takde boyfren, jadi tak gayut telefon so tak guna ah talian diorang tu, kot."

Haha, aku gelak. Bajet je. Ingat gayut phone dengan balak je ke. Tak rock aa beb.

Atau sebenarnya sebab die lain? Korang rasa cane?


21 June 2009

Kau percaya atau tak..

satu fakta bahawa keburukan daripadanya hanya 30% jatuh pada tuan punya badan tetapi 70% jatuh pada orang-orang kesayangannya.

Yes kau pun tahu, asap rokok tulah. Memang fakta tapi aku tatau kamu semua percaya atau tidak. Dan aku pernah buat satu drama video yang wajib buat semester lepas, pasal how depress the husband is after the wife meninggal due to lung cancer. Sebab the husband merokok kuat sangat.

Related to this, minggu lepas tiba-tiba seorang staff datang pada aku, dan cakap,

"Naek ward 7B segera, bawak ni." sambil hulurkan imaging plate dan borang maklumat mengenai pesakit.

Aku terus gerak naek sambil usha form tu. Urgent chest x-ray untuk tengok progression of Ca (cancer). Oh bila tengok urgent barulah aku jalan laju amat. Sampai ke ward aku nampak semua orang tengah kelam kabut with this one patient.

Bila aku check nama patient pada form di tangan, aku confirmkan pesakit mana semua, then I know the one yang sume orang tengah kelam kabut bagi treatment, would be my next patient. So aku duduk dulu, tunggu. Tunggu semua ready dan tunggu machine naik ke ward.

Dalam aku duduk, one of the family members sit beside me.

"Adik tunggu pesakit katil ni ke.." tanya dia.

Aku angguk. "tunggu machine naik kak, tunggu semua sedia jugak dulu."

"Oh ni kakak saya, sakit kanser paru-paru." Aku dengar, yes that's in the form. "Dia tak hisap rokok, suami dia hisap rokok, dapat ah kanser kat dia."

Time tu jugak aku angguk, yes fakta itu dipastikan depan mata aku. Time tu jugak aku macam ada satu perasaan, kenapa kita perlu korbankan orang-orang yang kita sayang hanya kerana kesukaan kita pada rokok..

15 June 2009

daftar sekarang, kamu dapat pergi 16 tahun kemudian

Wow, ape yang daftar hari ini, 16 tahun kemudian baru dapat pergi?

Pagi tadi sambil kami sedang buat satu prosedur pasa pesakit, tiba-tiba pakar radiologi pandang aku dan tanya,

"You dah daftar haji belum?"

Aku terkejut seketika. What a question. Heh.

"Seingatnya my parents dah uruskan pasal tu."

Barulah time tu aku teringat dulu kala ayah ibu bawak aku register tabung haji. Tapi aku tak pernah ambil berat sangat, cuma macam lega aje. Dan selepas itu tak pernah ambil tahu rasanya.
Hampeh.

"you know, I daftar anak I yang umur 5 bulan tuh, tahun 2025 nanti baru dapat turn pergi haji. I tak kesahlah, I daftar je dulu, nanti pandai-pandai la dia nak pergi ke tak nak pergi time tu."

Uih biar betik. Betik jadi nangka. Ini memang pelik atau aku yang tak alert dengan current situation? Kamu ada tahu pape?

"kalau kira-kira, amik masa 16 tahun la lepas you register baru dapat turn."

Yosh..itu dia. Jadi kamu pergi jelah register tak kisah lah takde duit ke ape. Yang penting register dulu, kan? Ke salah?

Hehe.
Fikir semula, skang aku tak hairan da nape ibu ayah bawak aku gi daftar haji
glad.

14 June 2009

Memang betullah

bila dalam Quran asyik sebut kita manusia salu tak bersyukur. Correct me if I'm wrong.

Baru-baru ni berhari-hari jugak elektrik kat washroom takde. Jadi malam gelap lah, memandangkan aku maghrib baru sampai bilik. Takdelah rasa susah, cuma better ada lampu sume kan, takdelah rasa cuak. Heh. Setiap kali masuk washroom macam duk terfikir, bilalah nak ada elektrik semula neh.

Selepas 3 hari, lampu dah ada. Al kisahnya, aku duk masuk keluar washroom tu sampai dah kali ke berapa tah baru aku tersedar,

"Eh, dah ada elektrik rupanya. Sampai tak pasan. Isk3."

Barulah rasa best gila ada lampu. Time tu jugak aku tersedar, bila takde lampu, rasa kehilangan. Bila dah ada lampu, tak sedar pun. Juga bermakna, bila kita diberi nikmat, kita tak pernah rasa syukurnya atas nikmat yang diberi. Bestnya dapat nikmat. Gembiranya takde pape yang ditarik Tuhan.

Kita tak pernah rasa semua tuh. Yang kita rasa adalah just continue buat our daily activity, dan buat apa sahaja perkara yang kita boleh buat. Tanpa kita sedar tu semua adalah satu nikmat buat kita.

Bila ditarik nikmat, baru nak terasa hilang sesuatu. Barulah berharap benda tu datang semula. Time dia ada kita tak sedar pape. We take things for granted. We always been that way. Kita lupa setiap hembuasan nafas kita adalah nikmat. Bila ditarik nikmat tu setengah minit pun kita dah terasa kehilangan. Sedang setiap kali kita bernafas dengan jayanya tak pernah nak rasa itu adalah sesuatu yang sangat nikmat buat kita.

Haiyoh.

Bila kita boleh guna tangan, kita tak pernah rasa ia sesuatu yang sangat gembira buat kita, sebagai nikmat dari Tuhan. Bila luka sikit kat jari kita dah rasa lost sangat takleh nak grab benda. Bila kita dapat jalan macam biasa kita tak pernah rasa bersyukur gila-gila. Bila kita patah kaki terus pulak menangis sebab takleh jalan buat masa yang lama.

Kita ni gila ke ape. Dah ada nikmat depan mata tak nak bersyukur. Bila dah takde kita sesalkan. Kita marah Tuhan yang menarik nikmat. Kita selalu lupa. Kita manusia.

Bila Tuhan bagi kita rezeki yang banyak, kesenangan, berjaya dalam pelajaran, rumah yang besar, kereta, kesihatan tubuh badan, dapat belajar di Universiti, kawan-kawan yang best, kerja yang bagus dan segala benda best dalam dunia ni, kenapa kita TAK PERNAH soal Tuhan macam ni,

"Tuhan, kenapa Kau bagi aku semua benda bagus ni, kenapa Kau tak bagi kat orang lain?"

Pernah ke kita soal macam ni?

Tapi bila Tuhan bagi kita susah, pelajaran jatuh, kematian, kehilangan anggota, sakit teruk, tak disukai teman, masalah keluarga dan segala benda tak best dalam dunia ni, kenapa kita SENTIASA soal macam ni kat Tuhan,

"Tuhan, kenapa Kau bagi kat aku segala kesusahan ni, segala masalah ni. Kau tak adil."

We always been that way, isnt it?

Bila senang tak nak syukur, tak nak persoalkan. Bila susah pun taknak bersyukur, dan asyik persoalkan pada Tuhan. Wei, dah tu bilanya kau nak bersyukur beb? Time senang taknak syukur, time susah lagilah taknak.

Bila kau dapat kerja, kau tak suka, nak jawatan lebih tinggi dan segala. Sedangkan kau tak sedar berapa ramai kat luar sana nak sangat posisi kau, melilau cari kerja.

Bila kau dapat tempat di Universiti pun kau rasa susah. Kau rasa belajar susah, kau rasa kau tak minat. Sedangkan kau tahu tak berapa juta kat luar sana yang nak tempat kau.

Boleh plak kau rasa tak suka dengan apa yang Dia bagi. Oh aku tak faham bila kau taknak lihat mereka yang di bawah kau.

Owh ye, kamu tak perlu terasa. Aku marah diri sendiri.

10 June 2009

Aku bukan nak curse kamu

Hari ni jumpa seorang pesakit yang menarik. He should be fasting 6 hours prior to the examination. Untuk buat angiogram, pendek cite tengok salur darah la, tapi kes ni untuk salur darah bahagian kaki. History of motor vehicle accident, fractured his leg.

Bila di tanya,

"puasa kan? tak makan pape.."

"puasa, cuma tadi hisap rokok banyak ni je." sambil jari-jemari menunjukkan satu per tiga daripada sebatang rokok.

Aku geleng kepala, lapar bleh tahan, rokok takleh tahan. Isk3..
walaupun senanya smoking tak efek pape kot pada prosedur puasa tuh.

Time-time nilah aku tingat komen seorang senior kat entry ini. He is currently working with IJN.

"pada mereka yang merokok..udah-udah le tu..

den yang bekerja kat invasive cath lab nih.. dengan penuh rendah diri, nak cakap, berenti le..yg tak hisap rokok tu..tak payah le cuba-cuba..takde pekdah nye..

hari-hari dok tengok orang sakit jantung salah satu sebab utama nye merokok..

kalau dah dapat berita kena buat bypass lepas tengok angiogram baru nak nyesal dah too late brader..masa tu "terjelepuk sume asap2 rokok yang busuk" tu kat muka sendirik, baru padan muka. (haa..kasar kann kannn..)

tapi, latest case last 2 weeks, 25 year old male triple vessel disease tau..sebab hisap rokok.. haishhh... den dah tak tau nak cakap camne lagi dah..hisap la lagi yek.

Nanti, pandai2 la justify sendiri kebagusan hisap rokok tu bila dah ade dua tiga graft kat dalam dada tu.."

Di IJN spesifically, guna angiogram untuk buat macam-macam prosedur yang aku malas nak cite untuk jantung kamu semua. Lepas habis prosedur tadi, pesakit tu bersuara,

"Sakitlah tadi. Sakit betul." Memang sakit pun sebab hiris main artery untuk prosedur ni, dalam keadaan sedar, cuma ada local anaes je. Aku explain style layman jelah untuk kamu faham.

Bila dia dah cakap camtu, aku pun amik can tu untuk pesan,

"Ha kalau merokok lagi banyak-banyak lepas ni, kena datang balik buat benda yang sama cam hari ni, untuk jantung pulak." Bukan aku nak curse dia, cuma aku rasa perlu ada sumting untuk smokers rasa gerun nak smoking.

"Betul, saya sungguh-sungguh tamau hisap dah doctor." Berkali-kali jugak dia cakap.

Aku tataulah nak caye ke tak. Cuma aku harap die buat ape die cakap. Bahagian aku untuk mengingatkan dah terlepas. Dan aku bukan doctor untuk dia panggil doctor, suka-suka die jek.

And a sharing from AhmadN

"one thing that I notice, amongst all the smokers I had come across, all of them will always punch out this line 

"nanti aku dah kawin,ada anak...aku stop la"

but the harsh reality is that most of the smokers will continue the habit, 

one of my friends passed away due to an acute coronary syndrome, I would'nt straight away fault smoking, but I closely knew my late friend and he is an avid smoker.

usia muda 22 dah tak dapat lagi nak jejak langkah mana2, memang sudah tertulis di lauh mahfuz akan kejadian kita sehari hari, tetapi jika diberi peluang adakah kamu ingin practically take ur lives and slowly deteriorate it?

all my other close friends know that our friend passed away and smoking was one of the causes...but they didnt stop.."

Aku faham diorang tahu kesan-kesan smoking, cuma mungkin pengetahuan atau kesedaran tu belum cukup kuat untuk diroang stop. I have frens yang smoking, and Im sorry guys for this kind of entry. 

Aku sayang korang woi, jadi jangan la smoking dah, tolongla..haish..

Dan sokongan keluarga serta teman-teman tu sangat2 penting.

sekian.

8 June 2009

The instinct of a mother

They are always right, isn't it?

Sebelum-sebelum ini bila aku call biasa-biasa aja. Ibu tak bertanya mengenai kerja-kerja aku di hospital. Tapi hari ini tiba-tiba ibu tanya. Aku sekarang bertukar hospital dan bertugas di kecemasan, and I'm sure you could imagine how it would be like. Bila ibu tiba-tiba tanya pasal kerja, aku pelik jugak, cuma aku terus jawab,

"It was a never ending list of patients, ibu." Phew...

"Then, how's your condition?"

"I'm alright..." Eventhough aku sengsara kesakitan. Adeh. Maybe ibu dapat rasa aku sengsara sebab tu ibu tanya.

Kamu ada cerita mahu kongsi pasal instinct ibu-ibu kamu?

************************

Now I would like to ask you, kamu boleh appreciate tidak panorama alam? Kejadian senja, matahari terbit, awan pelbagai gaya, hujan, bulan bulat serta hutan hijau. Tak lupa sawah menghijau :D

Among of my friends, ada yang jenis boleh appreciate those things, ada yang jenis rasa sangat pelik dengan those yang selalu rasa kagum dengan kejadian-kejadian alam. 

Dan bagi aku, jarang aku dapat jumpa orang yang sukakan senja, boleh berimaginasi dengan bentuk-bentuk awan, teruja dengan pokok-pokok dan hutan, serta beria-ia melihat bulan.

Aku bersyukur kerna Tuhan berikan aku satu perasaan yang sangat tenang dan rasa segalanya terubat tiap kali aku memandang alam ciptaan Tuhan. Aku boleh termenung lama menikmati senja, menikmati bentuk-bentuk awan, melihat bulan dan bintang serta bersama-sama dengan ombak menderu di pantai.

Aku suka melihat ombak yang tak jemu menghempas pantai.
Melihat matahari pulang ke rumah, jatuh di kaki langit ciptaan Tuhan.
Tenang di lubuk hati pabila pandang pada bulan purnama
Jua awan yang punyai pelbagai cerita

Kalau kamu membaca sambil membayangkan bermakna kamu memang jenis yang boleh appreciate alam. Yang tidak...mungkin kamu kategori yang akan rasa pelik dengan orang yang teruja dengan alam. Benarkah?

walla~ manalah aku tau :P

6 June 2009

Aku kini ada di sini


I am now shifting to another hospital ;)

Petang semalam aku bertugad di wad-wad, macam biasa di NICU (ICU pre-mature baby) dan ICU (adult). Bila di NICU macam biasa, aku akan termenung merenung bayi-bayi comel sebesar tapak tangan dan tapak kaki. Macam-macam size.

They are adorable. Aku takleh kot kerja kat NICU nanti kerja terbengkalai dan asyik renung bayi-bayi je. Paling best time diorang nangis berjemaah, meriah! Huhu :D

Di ICU macam biasa aje, cuma semalam terkena sampai di sana waktu melawat. Jadi adalah drama sikit. Kami selesaikan seorang pesakit ini, bila siap, bukak langsir, aku termangu tengok seorang anak menangis-nangis memeluk ibunya. Bila aku perhati, pesakit tadi ayahnya.

"Lama sangat tak jumpa ayah, mak...jumpa-jumpa dah macam ni.." Sambil menangis haru amat dan ulang-ulang ayat sama.

Ha, korang kalau rasa jarang gila kol mak ayah, sila berbuat demikian segera. Kalau rasa jarang sangat balik rumah pun silalah pulang juga. Kol je dah cukup pastikan sume okay..

Lebih dari itu hati aku yang runtun time tu, aku teringat jugak kat mak. Zaman mak di ICU dulu memang aku cuba bertahan, tapi usia yang sangat muda buatkan aku tak berjaya menahan rasa dan airmata.

Last-last skali sambil duk tolak equipment nak pi ke pesakit lain, mata aku lak yang bergenang dengan air. Heh. 

****************************

Ok sudah ah ape la feeling feeling lak. Haiyoh~

Mari cerita best sikit. Beberapa hari lepas di hospital, di department kami. Aku terdengar seorang staff panggil kawan aku ni gaya serius punya. Macam nak tegur sumting je. Beliu duduk di kerusi dan panggil kawan aku. 

"Najwa, mari sini sekejap." Panggil beliau. Aku just memandang dari jauh sebab aku tengah hectic dengan pesakit. Dan ada dua lagi staff turut sama ada.

"Duduk sini." Tegas amat.

 Aku nampak kawan aku duduk dengan gaya teragak-agak di kerusi sebelah staff tu. Yelah takde angin takde ribut tiba-tiba je gaya nak marah. Kemudian staff tu bersuara,

"Nah amik nih." Sambil letak depan Najwa sebuah kotak kecil dan menyambung, 

"Ni makan terus." Kemudian sekotak lagi dikeluarkan, sambil menyambung,

"Yang ni rebus dulu dan  minum airnya." Dengan muka serius.

Masa tu aku tengok Najwa dah gelak sakan. Aku yang kebetulan dah selesai dengan pesakit aku, terus menghala ke arah mereka, aku tertanya-tanya what oh earth had happened. Dan mereka terus sambung lagi,

"Kalau tak habis, suruh kawan-kawan awak minum sekali air rebusan, ni ajak As sama nih."

Heh aku blur, apsal aku plak. Kemudian aku tanya Najwa ape kes senanya. Bila Najwa hulur dua kotak kecil depan muka aku, giliran aku pulak gelak sakan. Haha.

Korang nak tau ke ape benda, jap eh, tengok bawah neh. Dan baca betul-betul tulisan dengan marker atas kotak tu.

 mangsa bersama bahan bukti telah dilarikan ke tempat yang lebih selamat

Sekarang kau faham ke kenapa aku bold nama Najwa, tambah lagi aku tak suka state nama sebenar orang kat blog ni. Heh.

Kata Najwa die gelak sangat bukan sebab nama dia, tapi sebab gaya staff tu macam pharmacist tengah bagi ubat.

"Ni makan terus." Kemudian sekotak lagi dikeluarkan, sambil menyambung,

"Yang ni rebus dulu dan  minum airnya." Dengan muka serius.

Pagi semalam semua staff asyik usik kami. Kami tak buat kerja clinical tapi sengaja duk buat kerja Fizik guna densitometer buat graf. First time buat jadi asyik tak faham dan salah buat. Dan staffs asyik usik cakap nak bagi 5 kotak lagi kismis Najwa. Haha.

Siap nak bagi number phone pakcik yang jual kismis Najwa lagi. wahaha.
Aku dan Najwa sabor jelah. Heh.

Have a great weekend guys~

2 June 2009

Dilarang

aku pelik jugak kadang-kadang, dah tahu bahaya tapi benarkan jugak wujud kat Malaysia neh.
Kamu agak-agak ape benda?

Contoh mudah hari-hari tengok yang aku leh bagi, rokok. Dah tahu membahayakan kesihatan rakyat, dan jugak ORANG-ORANG SEKITAR perokok tu skali. Kalau rasa nak mati sangat, pergilah bunuh diri sorang-sorang kan. Yang nak ajak orang lain sama buat ape!

Orang yang merokok hanya dapat small portion daripada asap rokok tu, yang teruk orang-orang sekitar mereka. Anak-anak, isteri, orang awam dan sebagainya.

Aku cukup menyampah orang smoking depan aku, bau wangi pun aku tak tahan mana, ni kan pulak bau asap rokok. Menyusahkan orang ramai jek.

Aku rasa daripada haramkan rokok di kawasan-kawasan tertentu, buat terus haram merokok kat semua kawasan kecuali rumah sendiri.

Aku geram betul, diorang nak merokok, tapi habis semua orang kena tempias asap dia. 

Btw, ni bukan kesah recent, cuma sekadar apa yang aku fikir. La ni hidup aku hanya dekat kawasan hospital, jadi selamat lah jugak dari segala asap.

Maka apa kata haramkan hisap rokok di mana-mana bukan kawasan tertentu je. Oh aku tau tak relevan, tapi bukan ke itu yang sepatutnya?

Kau rasa macam mana? Ada cadangan lain?

Nota: MINTAK MAAf sebab tak blog walking serta update kerap macam biasa, aku siyesly hectic dan ada masalah broadband slow gila di kawasan ini. So sorry ;)