27 June 2009

Terbaek punye

Heh. Ini entri simpanan, akhirnya keluar jugak.

Sejak aku habis sekolah dulu kala, aku macam matang sedikit, time tu aku mula berjaya fikir yang sekolah terbaik bagi aku adalah sekolah kehidupan tu sendiri. Mungkin sebab terlalu banyak kesusahan yang aku hadapi sejak menengah atas. Kesusahan yang tak terfikir bagi remaja seusia 16-17 tahun, untuk mereka hadapi.

Aku rasa ramai yang boleh witness ni terutama dia dan dia. Heh.

Rugilah jika aku tak amik pengajaran dari apa yang berlaku sehari-hari dalam kehidupan aku. Aku suka duduk dan memerhati perlakuan manusia, banyak benda kita boleh kenal dan belajar. Sekolah kehidupan banyak pahit kan? Tak kurang jugak yang manis.

Kamu salah teman.

Sebenarnya yang manis itu lebih banyak. Kita hanya merasa yang pahit sebab bila ada masalah barulah kita beringat. Time kita gembira segala kita tak sedar akan nikmat.

Dan untuk anugerah guru terbaik aku bagi pada kesakitan aku. My sickness. Memang guru terbaik punya dalam sekolah kehidupan aku. Guru paling tegas, paling dasyat, paling kejam pun boleh jugak. Haha.

Tegas sangat, bila dia kata dia nak sakit, maka dia akan sakit jugak. Kalau nak buat apa-apa, mesti dapat kebenaran dia. Bila dia bagi cuti sekejap, takleh leka-leka. Masa itulah kena cuba buat kerja-kerja sekolah sebelum dia datang tarik balik cuti.

Kesakitan adalah guru terbaik. Dia mengajar untuk bangun semula setiap kali jatuh. Dia mengajar erti kemenangan apabila berjaya hadapi dia yang tegas. Dia mengajar untuk lebih bertabah, untuk lebih menghargai nikmat kehidupan. Dan untuk lebih merasai, menghargai kasih sayang Tuhan.

Dan aku nak kamu tahu dan sedar, ujian itu juga guru terbaik buat kamu. Jika kita bijak, kita akan mengubah kerugian kita itu kepada satu keuntungan. Ni aku cakap jelah, sebab aku sendiri bukan mampu sepenuhnya. Bila guru kesakitan aku ada hari-hari dengan aku, kadang-kadang rasa jugak mahu escape dari dia. Lari jauh-jauh tamau jumpa dah. Hehe.

Walaupun aku kadang-kadang benci jugak dengan guruku yang satu ini, selalunya aku layan jelah dia. Heh.

p/s: sape-sape ada tisu? Nak boleh?

8 comments:

CAHAYA said...

kesakitan tu memang mengajar. tapi kenapa aku selalu rasa sakit yang sama dlm masa dan sebab yg berlainan.

Anonymous said...

tiru entry saya ka??

hahahhahaha

btw, baru saya faham siapa guru kamu!

farah, s. said...

i second that
nah! tisu!

As said...

cahaya
sakit yang sama
sebab dan masa berbeza

hmm...

sakit dalam ke luar?

**

BITMD
entri ini tersimpan lama..
sorry kalau rasa tiru.
sharing is caring

**

FA
T_T

Raihan Mahmood said...

yea btol tu, byk manis dr pahit sebna ye.. kita je xsedar. xsedar sbb kite yg tanak pk..

As, atlis ade 'guru' tu utk ajar erti hdp..
Dugaan dtg dlm mcm2 btk, sakit tu kte nmpk.. & fortunately, byk buat kita sedar..
tp kalo dugaan dlm btk senang, kemungkinan besar akan buat kita makin alpa..

As said...

misyue
yeah kamu tepat sangat teman :)

Anonymous said...

as, sweet nya entri ni. huhu. sorry, memang rasa sweet entri ni. mcm coklat. heeee =D

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

mmg guru kita sgt tegas as, terutama kalau kita tak ingatkan Allah betul2, teruk dibelasahnya kita, kan, kan, kan.... hehehe