26 June 2009

Sudah berzaman aku rasa

Aku tinggalkan sekolah dah 5 tahun. Bila ada peluang berjumpa cekgu sekolah lama berdekatan dengan kampus, jumpa adik-adik, cekgu Fauzi selalu akan cakap,

"This is your super senior."

Aku biasanya terpana sekejap, tapi kemudian baru sedar, yelah dah lama aku tinggalkan sekolah.

Dengan cekgu fauzi dan adik-adik Team Basketball

Aku tingat dulu cekgu Fauzi yang bawak team kami, sampai sekarang pun sama. Cuma aku time tu pilih untuk Debat Bahasa Inggeris berbanding basketball. Sebabnya bukan debat lagi best, tapi sebab nak cari team basketball mudah, tapi debat susah. Yosh. Maka berkorbanlah aku demi sekolah.

Oh aku nak kisahkan hal lain sebenarnya. Setiap tahun bila tima masuk Universiti, mesti cekgu Jamil akan hubungi aku. Sampai hari ini, sehinggakan tiap tahun aku rasa seolah baru hari ni akan masuk Universiti :D

Kali ni cekgu call pasal adik junior yang tengah konfius nak pilih mana satu. Setiap tahun pun macam tu. Awal-awal dulu aku akan bagi pros and cons bagi setiap institusi itu. Tapi tahun ni aku rasa lain gila. Aku macam biasa mintak number phone adik junior dan kontek sendiri tanyakan masalah.

Dan aku tak bagi pros and cons, aku sekadar acting sebagai kaunselor sahaja. Just tenangkan hati dia yang konfius. Aku rasa that's the best way untuk dia memilih. Biarlah dia sendiri yang memilih. Dan aku ada sentuh, biasanya instinct ibu itu yang terbaik, bila dia kisahkan pendapat ibunya. Kau rasa macam mana?

Sejak aku tingkatan Lima, teman aku ini selalu pesan, biarlah senior kita gaya macam mana pun, kita jadilah senior yang baik. Dan itulah yang aku ingat hingga kini, dan itulah yang aku jadi. Er, ada senior korang tiba-tibak call atau kontek bila kau ada masalah? :P haha

Kadang-kadang senior aku pun hubungi aku bila perlukan bantuan, dan aku tak nafikan aku mempunyai agak ramai senior yang sangat baik, senior sekolah lah. :) Im glad. Tak terlupakan senior-senior di kampus sekarang. Kamu, dalam ingatan.

Aku fikir part ni berkait rapat dengan, What you give, you get back. Bukan sebab aku baik, but Im trying to be that way..cuba untuk tidak melawan fitrah. Walaupun aku nakal, haha. :D

5 comments:

farah, s. said...

cikgu fauzi, cikgu jamil.. aaaa rindunye sester!!!

teringat cikgu fauzi ngan kelas bmnye yg best.. dan cikgu jamil, cikgu yg selalu ditemui utk mintak sign balik kampung. kihkih.

As said...

komen kamu buat as rasa nak gelak golek2
apelah farah, asyik balik je kan kita, sebulan sekali mesti~

haa rindunya sebab farah la duk sebalah as dlm bus tiap kali nak balik umah!

farah, s. said...

oh... indahnye kenangan tu.. omg. kalau ade gambar mase tu kan best. tp dulu mane de tangkap gmbr sgt T.T
tapi takpe, dalam memori tersimpan rapi. ececeh.

hahaha. paling kelakar psl cikgu jamil la. kalau mintak sign, mesti dia ckp, eh? awk bukan dah balik ke hari tu?

as, bile farah da balik mesia nnt, kalau ade trip nk ke sester inform eh, mo join :p

LOLOL~~

As said...

farah, i think i have lots of them :)
gamabr2 sume :D

farah, s. said...

aha, nnt as free ymkan kat farah okeh. thankie