22 June 2009

Di LRT itu

Satu malam aku bersama seorang teman sedang berjalan menuju ke kaunter sebuah stesen aliran transit ringan, tiba-tiba seperti biasa kami diganggu penjual jalanan sebuah syarikat telekomunikasi.

"Adik, kami ada buat promosi." Sambil berjalan menyaingi kami dan menghulurkan pakej syarikat mereka.

"It's okay I'm not interested." Aku jawab tanpa pandang wajahnya.

"Adik ada boyfriend?"

Dan teman aku jawab, "Tak."

Terus laju dia berpaling dari kami usha pejalan kaki yang lain.

Oh aku pulak yang terpana. Terkejut. Eh tiba-tiba blah ape kes.

"Jawab takde boyfren terus blah." Kata teman aku. Kami gelak-gelak.

"Apa kaitan die eh?" Tanya aku.

"Takde boyfren, jadi tak gayut telefon so tak guna ah talian diorang tu, kot."

Haha, aku gelak. Bajet je. Ingat gayut phone dengan balak je ke. Tak rock aa beb.

Atau sebenarnya sebab die lain? Korang rasa cane?


7 comments:

CAHAYA said...

maybe dia nak ngorat kot. kalau xde bf, dia nak masuk line plak. :P

Anonymous said...

1st time jumpa soalan sebegini utk promote something. heh. memang tak rock langsung, as.

bawangmerah said...

unik sungguh soklan dia!
hahahaha

3p4h said...

Dia bkenan kat As n kwn 2... Ha5...

Adlan said...

patut nye die kena guna emosi sket.. tanyala..

kamu ada family tak?

pasti jawab ye.. hehe

As said...

CAHAYA
haha :)

***

DK
itulah, baju je cam rock..hehe

***

BW
haha walla~
pelik jugak :)

***

3p4h
isk3...panjang lak nanti kesahnya pah

***

alan
u're the best
patutnya soklan die camtu kan..
tp sedih aa kalau jawab takde parents

kinawa said...

org xde bf ni mmg kurang mesra. hoho