14 June 2009

Memang betullah

bila dalam Quran asyik sebut kita manusia salu tak bersyukur. Correct me if I'm wrong.

Baru-baru ni berhari-hari jugak elektrik kat washroom takde. Jadi malam gelap lah, memandangkan aku maghrib baru sampai bilik. Takdelah rasa susah, cuma better ada lampu sume kan, takdelah rasa cuak. Heh. Setiap kali masuk washroom macam duk terfikir, bilalah nak ada elektrik semula neh.

Selepas 3 hari, lampu dah ada. Al kisahnya, aku duk masuk keluar washroom tu sampai dah kali ke berapa tah baru aku tersedar,

"Eh, dah ada elektrik rupanya. Sampai tak pasan. Isk3."

Barulah rasa best gila ada lampu. Time tu jugak aku tersedar, bila takde lampu, rasa kehilangan. Bila dah ada lampu, tak sedar pun. Juga bermakna, bila kita diberi nikmat, kita tak pernah rasa syukurnya atas nikmat yang diberi. Bestnya dapat nikmat. Gembiranya takde pape yang ditarik Tuhan.

Kita tak pernah rasa semua tuh. Yang kita rasa adalah just continue buat our daily activity, dan buat apa sahaja perkara yang kita boleh buat. Tanpa kita sedar tu semua adalah satu nikmat buat kita.

Bila ditarik nikmat, baru nak terasa hilang sesuatu. Barulah berharap benda tu datang semula. Time dia ada kita tak sedar pape. We take things for granted. We always been that way. Kita lupa setiap hembuasan nafas kita adalah nikmat. Bila ditarik nikmat tu setengah minit pun kita dah terasa kehilangan. Sedang setiap kali kita bernafas dengan jayanya tak pernah nak rasa itu adalah sesuatu yang sangat nikmat buat kita.

Haiyoh.

Bila kita boleh guna tangan, kita tak pernah rasa ia sesuatu yang sangat gembira buat kita, sebagai nikmat dari Tuhan. Bila luka sikit kat jari kita dah rasa lost sangat takleh nak grab benda. Bila kita dapat jalan macam biasa kita tak pernah rasa bersyukur gila-gila. Bila kita patah kaki terus pulak menangis sebab takleh jalan buat masa yang lama.

Kita ni gila ke ape. Dah ada nikmat depan mata tak nak bersyukur. Bila dah takde kita sesalkan. Kita marah Tuhan yang menarik nikmat. Kita selalu lupa. Kita manusia.

Bila Tuhan bagi kita rezeki yang banyak, kesenangan, berjaya dalam pelajaran, rumah yang besar, kereta, kesihatan tubuh badan, dapat belajar di Universiti, kawan-kawan yang best, kerja yang bagus dan segala benda best dalam dunia ni, kenapa kita TAK PERNAH soal Tuhan macam ni,

"Tuhan, kenapa Kau bagi aku semua benda bagus ni, kenapa Kau tak bagi kat orang lain?"

Pernah ke kita soal macam ni?

Tapi bila Tuhan bagi kita susah, pelajaran jatuh, kematian, kehilangan anggota, sakit teruk, tak disukai teman, masalah keluarga dan segala benda tak best dalam dunia ni, kenapa kita SENTIASA soal macam ni kat Tuhan,

"Tuhan, kenapa Kau bagi kat aku segala kesusahan ni, segala masalah ni. Kau tak adil."

We always been that way, isnt it?

Bila senang tak nak syukur, tak nak persoalkan. Bila susah pun taknak bersyukur, dan asyik persoalkan pada Tuhan. Wei, dah tu bilanya kau nak bersyukur beb? Time senang taknak syukur, time susah lagilah taknak.

Bila kau dapat kerja, kau tak suka, nak jawatan lebih tinggi dan segala. Sedangkan kau tak sedar berapa ramai kat luar sana nak sangat posisi kau, melilau cari kerja.

Bila kau dapat tempat di Universiti pun kau rasa susah. Kau rasa belajar susah, kau rasa kau tak minat. Sedangkan kau tahu tak berapa juta kat luar sana yang nak tempat kau.

Boleh plak kau rasa tak suka dengan apa yang Dia bagi. Oh aku tak faham bila kau taknak lihat mereka yang di bawah kau.

Owh ye, kamu tak perlu terasa. Aku marah diri sendiri.

8 comments:

bawangmerah said...

*tersentap*

Anonymous said...

memang betullah

*angguk2 kepala tanda setuju*
*sigh*

Faisal Admar said...

betul. kadang kita lupa nak bersyukur. bila tak ada, kita mengeluh. bila ada, lupa nak bersyukur :)

lumrah manusia?

CAHAYA said...

Sometimes we don't realize how good something/someone when they're right in front of our eyes. Bila dah hilang baru terasa. Tapi bila dah takda, pun sama jugak. Masih tidak bersyukur.

Ya Allah, semoga ini peringatan buat aku juga.

Anonymous said...

dalam quran, memang banyak surah2 yang menyebut tentang syukur.

ini salah satu tazkirah online yg diya simpan. diya baru baca pagi tadi. alih2 latest entri as pun tentang syukur. terkesan sgt.

Ibnu Atha'ullah Askandari pula berkata: "Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia membuka ruang seluas-luasnya untuk nikmat berkenaan hilang daripadanya. Sedangkan sesiapa bersyukur, maka (bermakna) dia mengukuhkan lagi ikatan kekalnya nikmat berkenaan kepada dirinya. Dan sesiapa yang tidak mempedulikan nikmat Allah yang diperolehinya, maka dia akan menghargainya apabila nikmat itu (telah) hilang daripadanya."

As said...

bawang merah
erk...tak perlu :)

***

anony
yosh..tiru ayat as~
hehe

***

FA
lumrah yang tak sepatutnya
kan..

***

CAHAYA
itu yang seram tu
kira2 balik bilanya kita nak bersyukur
haiyoh

***

diya yang dirindui
thanks for sharing
kata2 itu sgaat terkesan :)

shafiqrahman said...

bersyukur suara dah kembali pulih walau pun masih terbatuk2 hehe..

dulu masa lepas buat operation hidung patah, terasa betapa seksa nye seminggu tak bole bernafas ikut hidung..

cuba kalian bernafas ikut mulut 10minit secara berterusan. nak bercakap, makan, tidur..fuhh.. gerenti penat.. masa tu 7 hari straight bernafas ikut mulut je..memang seksa.. lepas tu sampai sekarang, i love my hidung hehe..

great reminder as =)

flove said...

entahla tapi mmg jarang dapat aper yg kiter nak! ....