31 January 2009

majlis berinai pengantin di hostel

Aku rasa tak pernah dibuat orang gamaknya. Tapi sangat unik. Pengantin berinai di hostel, teman sebilik aku. Maka jadilah kami mak andam beliau.

Pengumuman perkahwinan yang sangat mengejutkan walau dijangka. Tapi tak sangka secepat itu :D

Dan aku belum pernah menginaikan pengantin, jua belum pernah menyertai majlis berinai. Ini yang pertama, paling best, di bilik sendiri di hostel!

Sungguh ringkas majlis akad nikah esok yang akan diadakan di masjid. Cumanya, kesemua kami di kulliyyah sains kesihatan bersekutu, semuanya terpaksa menghadiri kelas. Macam biasa, kelas di hujung minggu. Maka kami tidak dapat menyaksikan akad nikahnya.

"Esok kalau pensyarah IJN tu tanya mana kamu pergi, as nak jawab ape?"

"Ah jawab je pergi kawen!" Sampuk seorang teman. Heh.

Sempat kami buat parti bujang versi kami-kami. Haha. Aku nak bagi anugerah pengantin paling otai buat beliau, rumate aku. Isk3..geleng kepala kami dibuatnya. Pertama kali menghadapi pengantin yang berinai di hostel. Moga Allah mudahkan segala urusan kedua-dua pengantin esok pagi. Ameen.

p/s: baru aku tahu, rupanya time majlis berinai lah orang-orang share ilmu tentang memasuki alam rumahtangga ;)

29 January 2009

hanya gerhana

Picture location: in front of my house in terengganu, taken by ayah, filtered with negative film.

I feel like it has been quite a long time since my last entry here. Heh. So now, even though the issue is quite outdated, but I wanted to share something here with you guys, as usual.

I was in Pengkalan Chepa at that particular time with candlesky and mawar merah, when the solar eclipse starts at 4.37pm. After 5.00pm, we have the opportunity to engage in a rare Sunnah, the Solat Sunat Kusuf in KB town.

It is a recommended 2 rak'at prayer when solar or lunar eclipse takes place.
"The Sun and the Moon are two of the Signs (Ayat) of Allah: they do not darken for the death or birth of any person, but Allah strikes fear into His servants by means of them. So when you see them darken, remember and mention Allah, declare His Greatness, offer prayer, give in charity, and supplicate to Him and seek His forgiveness." (Bukhari)

The Sunnah is for the prayer to be held in congregation in the masjid, although individuals who cannot reach the congregation may pray alone. Women may attend the congregation or pray at home individually.

Okay, that is only an additional info. What I would like to highlight here is our reactions towards this rare scene of ayatullah (sign of Allah). After the prayer, we went out of the mosque waiting for the mid eclipse at 5.54pm for the best coverage.

At first we cannot see the eclipse and in fact I were a bit depressed to think of how would it looks like. After a while, we were so amazed seeing one of His signs. This is our first time watching the eclipse. The sun change its shape slowly, and sometimes becoming purple-red in colour.

“When the sight is dazed, and the moon is buried in darkness, and the sun and moon are joined together: Man will say on that day, Where is the refuge?.” (Surah al-Qiyamah)

We were there, standing directly facing to the sun.
Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
It's really amazing.

I am not writing to show you guys my good side or anything related to it (nauzubillah..), but I would like to share my heartbreaking towards our fellow Muslims brothers and sisters. While we were there, they were just walking around, like they did not know about the eclipse (or maybe they really do not know). And it's hard for me to find any of them going to the mosque (which is very near, only few metres away) to perform the Solatul Khusuf.

They're also playing around with us. Maybe for them, it's sort of weird for us to stand there, watching the sun for nothing. And taking some pictures.

"Buat apelah amik gambar matahari tuh, amik ah gambar kami nih." This is what they said for few times and that caused us to move slowly to another port :D

It's okay, let us just take it positively about them. Maybe they have their own reasons. Maybe they perform the prayer in their own places. Maybe..

What we could watch through our eyes, cannot be captured with the camera. I do not know why, is it because I did not use DSLR? By the way, this is only a picture during the eclipse when I'm in KB, but the real scene is really different.

It's just a regret to miss that kind of rare event with our own eyes and also to miss the rare sunnah.

24 January 2009

Jalan-jalan lihat alam..

Dua tiga menjak ini sibuk dengan isu pilihan raya kampus (PRK) di mana-mana. Dan UIA adalah yang terakhir untuk acara PRK ini. Apa yang menariknya di UIA Kampus Kuantan, daripada 6 Kulliyyah, hanya satu yang bertanding, yang lain kesemuanya menang tanpa bertanding.

Huhu, ironik kan?

Ini apa yang aku lihat dan faham, memandangkan aku kurang pengetahuan tentang perkara ini. Lima kulliyyah mengamalkan sistem syura. Wakil yang menang tanpa bertanding sebenarnya dipilih oleh ahli jawatankuasa persatuan Kulliyyah masing-masing secara syura. Manis bukan? Tak perlu pertandingan dan desas desus tentang calon sebelum pertandingan. :D

Pape pun, aku fikir sistem syura yang diamalkan zaman nabi dulu yang paling unggul berbanding sistem demokrasi kita sekarang. Cuma satu yang penting, ahli syura perlulah orang-orang yang boleh dipercayai dan amanah. Sudah tentu pilihan mereka ini lebih tepat berbanding dengan sistem demokrasi yang mana pemimpin dipilih oleh rakyat yang datang daripada pelbagai fikrah.

Bukan calang-calang orang boleh berada di dalam mesyuarat syura. Itulah yang aku faham. Walaupun rakyat mengatakan mereka mahu memilih sendiri pemimpin mereka. Bagi aku ahli syura lebih mempunyai sebab yang rasional tentang setiap orang yang dipilih.

Heh, ini fikiran aku semata-mata. Mungkin ramai yang akan mengecam, namun aku fikir tiada yang salah pada satu-satu pendapat.

**********
Petang tadi, pulang dari Jeram Pasu, kami singgah di pasar malam di bandar Pasir Puteh dengan kadar sekejap. Waktu itu menghampiri maghrib, tiba-tiba selepas beberapa ketika aku terdengar bunyi wisel yang kuat.

"Tahu dok bunyi gapo tuh?" Tanya beliau. Aku geleng. "Tu bunyi mintak berhenti berniaga sebab dah maghrib."

Ooo..aku melopong. Aku ingatkan hari jumaat sahaja bandar Kota Bharu mesti ditutup sebarang jenis perniagaan. Rupanya it is not only that. Heh. Dasyat eh, aku kagum. Belum pernah dalam hayat aku jumpa pasar malam yang kena berhenti berniaga waktu solat. Siap kena saman lagi jika langgar arahan. Hoho. Tempat laen kena contohi nak-nak bandar Kuantan yang MPK nye sangat lah rajin terlajak saman orang :D

p/s: Makin banyak followers, makin cuak aku. Sekarang waktu kurang update, my apology!

19 January 2009

kebaikan membawa kepada ingatan di dalam do'a

Banyak manusia yang membuat kebaikan
walaupun dalam pada itu kita nampak lebih ramai yang membuat kejahatan
manusia baik tetap wujud di mana-mana
cuma kebaikan itu tidak pasti adakah ikhlas keranaNya

Bila aku menadah tangan untuk berdo'a
Aku akan sentiasa teringat kembali segala kebaikan manusia
yang menyebabkan aku terus takkan terlupakan mereka di dalam do'a
tak kira sama ada teman-teman, guru-guru,
doktor dan jururawat, hatta pengawal keselamatan sekalipun
semuanya di dalam do'a

Aku bukan ingin memberitahu kau
siapa yang aku doakan
aku cuma mahu kau tahu
kebaikan yang kau lakukan sesama manusia
walaupun kecil bagimu
namun bagi si penerima ia adalah sangat beerti

Membuat kebaikan bagi orang lain
bermakna kau terpaksa membebankan dirimu untuk keselesaan orang lain
bukan semua orang diberi ketenangan hati olehNya untuk berbuat demikian
andai hati kau senang membuat kebaikan
bersyukurlah kepada Ilahi
kerana kau yang dipilih untuk dekat dengan fitrah azali ciptaan manusia

Buat yang pernah, sentiasa dan akan menyusahkan dirimu untuk membantu aku
walau selaut doaku untukmu
hanya Tuhan yang selayaknya membalas segala kebaikan..

18 January 2009

ade lagi rupenya

mereka yang bencikan Islam takkan berputus asa..

Please flag the blog.

Previously I've made up an entry here asking you guys to flag the blog. Just now I try to reach the site, but it's no longer available or something like that. Maybe it works.

Thus hopefully you could flag this blog too. Tqvm.

The steps:
1- Click flag blog at the site
2- Tick hate and violence
3- click continue
4- click submit

16 January 2009

Paling Menarik

This is the best tag I have ever came across since before. Why? Then let us see..and make your justification.

Credits to alakay for spreding the knowledge directly and indirectly :)
This is about those products by Israel and those who did contribute to Israel that we need to boycott.

The rules as follows:
a) List down 5 of the products that you are boycotting
b) List down 5 of the products that you will try your best to boycott
c) List another 5 of the products that you find it's hard to boycott

a) 5 products that I've been boycotting
1- Coke
2- Starbucks
3- Johnson & Johnson
4- Nokia
5- Carrefour

b) I'll try my best to boycott these products and replace with other brands
1- Jacob's
2- McD
3- Oral-B
4- Nesvita
5- Koko Crunch

c) Those products which is really hard to boycott
1- Intel
2- Timberland
3- Nestle!
4- Google
5- KFC [food collection :D ]

Please share your thoughts and spread the knowledge! (hey, i rarely tag people, but here, u've been tagged, guys!)
1- 3p4h
2- szakif
3- MM
4- Ultimatun
5- Jazz Lazz

Please refer here on the boycott list. tq.

****************
Ok, done. Now I would like to proceed with my opinion. This is an opinion after a deep thought. Beware, it's only my own point of view. You can have your own too. And please respects others view ;)

In my previous entry, I did encourage you people to try to boycott the 3 main products, that is only after you really find it's hard to boycott (haih, baru je suh jihad sikit neh).
And I also did remind you not to go too extreme on this part as I think, sudden change which is not longer lasting is worst than continuous slow change. Got it?

You go slowly, one by one. Everyone is aware, most of the products are our daily needs. Some people just cannot live without them due to some concrete reasons. Thus, here, to be moderate, I would again to stress here the differences between necessity and desire.

Kehendak dan Keperluan.

Try to differentiate between those two before buying any goods by Israel or those who did contribute to Israel. If you do think it will affect your life by not having it, then we could slowly find the alternatives. There's no need to be so harsh and force yourself to stop using it. It will end up that you could only stand for a month.

Thus, here we could detect the rapid change which is not accompanied with the sense of istiqamah. It's much better for you to go slowly, have a deep thought, make your survey in the market, then you'll reach your decision.

But bear in mind, this is only applicable for goods which were really been as your daily gear. Where you live with it everyday, and if you change, it will affect your health (for example). I did not state any products as an example because each of us have our own 'life products'. Nanti jadi bias pulak jika diletakkan :P

Those products which already been as your properties such as Nokia handphone, Timberland accessories, intel chips and etc, just let it be. To boycott is not to buy the products, but you still can keep the products which had been bought and also to accept any 'gift' from the list, from friends. It's not your money anyway, and you can always remind the person who did give the gift about the boycott products' list (haih berbelit lidah tulis).

Everyone's has their own opinion on this matter, but please have a review on the fatwa here.

May Allah ease us, and our Palestinian brothers and sisters..ameen.

14 January 2009

HikmahNya tersembunyi

"dengan rahmat dan kasihNya..dipanjangkan usia.."

Aku dari hospital malam tadi, jam 11.40pm aku sampai di simpang masuk universiti.
Aku tunggu warna merah jadi hijau.
Aku perhati sebuah kereta dari arah bertentangan berhenti. Sepatutnya begitulah, lampu aku hijau, lampu dia akan merah.

Dah hijau tu, aku tekan minyak slow-slow sambil pulas stereng ke kanan menghala masuk ke simpang universiti aku. Kali ni tataulah nape aku slow motion aje.

Sedang aku cross jalan, aku pandang je kereta yang stop tuh. Patutnya aku tengok depan jelah, takyah tengok dah kiri kanan, tapi tataulah nape rasa nak perati belah sana, tak sedap hati. Kemudiannya aku nampak sebuah waja laju gila dari arah yang sama dengan kereta yang berhenti tuh. Aku expect die stop ah sebab lampu isyarat die merah.

Sekali laju je takde tanda nak berhenti. Bila waja tuh agak-agak 5-7 meter daripada kereta aku dan sedang laju.

Aku berkata, "Ya Allah...kini.." dan menekan pedal minyak mengejut. Kini tuh nama kawan aku yang duduk sebelah pemandu. Aku fikir kalau kereta tu rempuh kereta aku pun, kawan aku tu yang teruk dan akan kena dulu.

Masa tuh barulah dua kawan aku sedar tentang waja itu dan mereka serun tengok sipi-sipi sahaja lagi kereta itu nak merempuh kami. Sangat sipi.

Jantung aku berdenyut laju, lemah longlai sekejap rasa kaki.

Aku hairan apa masalah kereta tuh. Nape tak break langsung. Dah lewat malam tapinya. Tahla..

Aku cuba mencari hikmah di sebalik kejadian, aku buntu. Itulah, hikmah Allah terkadang sangat jauh dari pemikiran akal logik manusia. Tika itu, hanya kepercayaan yang membawa kita memahami dan menerima takdirNya.

p/s: andai hikmah itu boleh dirasai dengan terus kali ini tanpa perlu dicari..mungkin aku lebih bahagia dan terkesan..heh, kali ni cari pun tak jumpa....

13 January 2009

Tika Itu (3)

Tika itu 1 dan Tika Itu 2, klik sini.


“Ok.. Come on, girl.. Look up… Cross your hand.. Backward.. Backward..”

Suara Madam yang bersemangat tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan yang ditahan-tahan. Wajah manis Nur ternyata tidak mampu menyembunyikan rasa sakit yang ditanggung. Namun, air mata dapat ditahan buat kali ini. Eny tidak pasti, adakah ia petanda Nur makin immune melawan kekuatan tangan Madam, atau sakit itu telah berlalu sedikit jika dibandingkan sebelum ini.

“Ok.. Again… Look up.. Cross your hand.. Backward… Cross your hand again… Backward.. Backward.. Lagi.. Lagi…”

Eny hanya melihat dengan mata tidak berkedip. Memandang kerut Nur yang seribu.

‘Ishhhhh… Sakitnya..’ Seakan-akan kesakitan itu mengalir ke segenap salur darah Eny. Dan kenangan itu menjengah kembali……

************

“Hello…Assa..” Tidak sempat salam diberikan sepenuhnya, si pemanggil terus bersuara.

“Eny… Cepat beli tiket bas! Datang UIA!”

“Hah??” Eny kebingungan. Betul-betul bingung.

“Nanti Eny fotostat result SPM, pastu fax kat ofis ayah Nur. Nanti Nur mesej nombor tu. Yang penting sekarang, Nur kena datang kat sini. Pak Ngah dah terima. Dia suruh Eny datang. Yang lain-lain Pak Ngah cakap kita settle kan kat sini. Yuran pun tak payah fikir dulu.”

Eny kelu tidak berkata-kata walau sepatah. Usai Nur menghabiskan kata-kata, hanya sepatah kata keluar dari bibirnya.

“Tapi..”
“Kenapa Eny? Eny tak nak datang UIA ke? Tak nak belajar sama-sama ke??”

“Bukan… Sekarang nie, Eny dah settle kan semua urusan untuk masuk UiTM. Tinggal medical check-up je tak buat lagi..”

“Hmmm… Eny fikirlah betul-betul dulu. Tapi Nur harap sangat Eny dapat datang UIA. Tempat Eny kat sini, InsyaAllah. Fikir dulu ye. Nanti bagitahu Nur. Bincang dengan ma, dengan akak and family Eny. Istikharah jangan lupa. Nur dah buat application letter kat Pak Ngah. Dia yang suruh telefon Nur.”

‘Ya Allah…. Betapa Engkau Maha Penyayang..’ Air mata mula bergenang di pinggir kelopak mata Eny.

“Eny…” Menyedari Eny yang diam membisu, Nur kebimbangan.

‘Aku salah cakap ke?’ Gumam Nur sendirian.

“Err… Thanks Nur. Tak terungkap dengan kata-kata rasa terima kasih pada Nur. Nur hadir saat Eny buntu keseorangan. Saat hala tuju masih dalam cahaya yang samar-samar.” Suara Eny berbaur sebak.

“Eh.. Dah. Nak buat drama swasta pulak. Malu kat kucing kalau dia tengok Eny nangis.”

Ada gelak dalam kata-kata Nur. Eny tahu, Nur cuba menceriakan suasana.

“Tak apa. Nanti kucing tu tahu kenapa ada istilah malu-malu kucing. Mesti dia bangga.” Eny tak menghampakan usikan Nur. Memang tercuit hatinya saat itu.

“Bangga sebab ada tuan macam Eny. Yang berangan nak kalahkan Munsyi Abdullah tu..”

“Eleh.. Ok ape. Daripada jadi orang yang selalu tersasul bagi peribahasa dalam bahasa omputih tu.”

“Huuuuuu… Memang kalau dah namanya debator tu, takkan ngaku kalah nye.”

“POI please..Mengata dulang paku serpih. Awak tu dua kali lima, enam tambah empat..”

“Hahahahahaha…” Tawa mereka berdua berderai.

“Ok lah Nur. Thanks again. Nanti Eny bagitahu secepat mungkin ye. Dahla, habis kredit nanti, tak boleh nak call pakwe.” Eny cuba menyakat sebelum mengakhiri perbualan.

“Takpe. Nanti mintak dia topupkan lagi.” Nur tak mengaku kalah.

“Ish… Tak baik jadi pisau cukur tau.”

“Tak apa. Ayah memang tiap-tiap minggu cukur misai dia guna pisau cukur.. Kikiki.”

“Ohoooo… Tak apa, tak apa. Ingat, ada ubi ada batas tau, Nur.”

“Ada batas, boleh tanam bunga..Huuuuuuu”

Eny ketawa semahu-mahunya.

“Errrr… Salah cakap ke?” Giliran Nur kebingungan.

“Mana ada orang tanam bunga kat atas batas.. Hahahahaha.” Eny masih tidak mampu menghentikan tawanya.

“Oh.. Tak ada yek??Heee.. Maklumlah, masa blajar Kemahiran Hidup dulu, Nur tak ambil Sains Pertanian macam Eny.” Nur menjawab dengan nada malu. Ada gelak halus di hujung katanya.

“Ok, ok. Dah.. Kita sambung lain kali pulak ye. Sakit dah perut Eny ketawa.” Tawa Eny masih bersisa.

‘Dah lama Nur tak dengar Eny ketawa…’ Hati Nur puas. Sungguh, dia amat merindui tawa itu. Yang sering menghiasi alam persekolahan mereka…..

**Bersambung…..


sedikit daripada penulis : Mula-mula, ingatkan nak buat ni episod akhir. Tapi, rasa macam nak kembangkan lagi plot nya. Harap bersabar ye. Dan satu lagi, maaf sangat-sangat sebab lambat sambung. Idea banyak kali bertukar-tukar. InsyaAllah, episod seterusnya akan disambung secepat mungkin=)

12 January 2009

Kisah hujung minggu ini

When a friend asked me to write a review on IIUM Kuantan Campus mega assembly for iiumbloggers, I said inshaAllah I will. Cumanya I cannot make it as soon as possible, it would take me for few days to come out with a new entry. Because I was somewhere for 3 days, hectic with a wedding reception ceremony.

End up, I asked him to do the review :D

During the reception..
aku baru kenal telur pindang

food sume sangaaat sedap [during food deco at home]

okeh, nilah yang caused me not to write the review soon after the mega assembly. Helping with the preparation and post-reception. Exhausted, very much. As the saying said, sekali je seumur hidup. Heh. :P
*****************
Orait, let's go to the mega assembly. Seriously, it's the first time I could see everyone at the Medicine Hall. Yang tak pernah jumpa lagi since bukak semester baru pun terserempak di situ. We unite under one fikrah, alhamdulillah. Fikrah islamiyyah, inshaAllah. (okeh, tetibe cam blog ekstrimis plak).

That was just to remind you and me, kita takleh senang-senang je tuduh sesape sebagai ekstrimis hanya melalui pengamatan kecil. Ok?


Time demo tuh, tiba-tiba keluar perkataan 'sayur' or 'sayor'.

"Israel sayor!!" Laung mereka-mereka.

Aku macam nak tergelak jap, tapi tak gelak ah. Sayor itu perkataan yang digunakan untuk menggambarkan lembik dan sebagainya mengikut penggunaan. Er, ni yang aku faham lah. Kebetulan sebelah-sebelah aku ada 2-3 staffs yang berbincang.

"Eh sayor tu ape?"

"Alah, tu word budak2 zaman skarang gunalah." Mereka gelak kecil.

Hihi, aku nak gelak sorang. Tapi end up aku explain jugak sikit sayor tu ape. :D
Yes I know benda ni bukan untuk main, the demo. But tetap ada few things yang mencuti hati dalam keterbakaran hati dengan tindakan Israel laknatullah.

Dalam macam tu pun sempat tercuit hati, orang2 Palestin senyum pun dah lama hilang..airmata pun seolah tak beerti. Yang tinggal berbaki hanyalah keteguhan iman dan jiwa, tapi itulah kunci yang membakar semangat jihad.

Hoi Israel, kau boleh tipu dunia dengan berbagai helah, tapi jangan ingat dunia boleh telan segala cerita dongeng kau! Rasa maca baru semester lepas aku belajar pasal uranium, sekali aku dengar doktor jumpa uranium pada mayat-mayat pejuang Palestin, aku rasa bengang giler. Depa guna radioaktif untuk bunuh pejuang. Gila! Kalau depa tak klasifikasi tuh sebagai jenayah lagi tataulah aku.

Ada teman pesan, kalau tak boleh sangat nak boikot, try boikot 3 benda utama ni:
1) colgate
2) coke
3) starbucks

Tapi takpelah, memang aku guna non of the above. Pasal boikot2 ni pun banyak aku nak cakap, tapi bebile lah. Isu ni agak sensitif kot bagi rakyat. Aku fikirlah.

Ok, resolusi IIUM mega assembly:
1) BOIKOT barang yang support israel (carilah kat memana list die)
2) DERMA
3) baca QUNUT NAZILAH after prayers
4) juga kurangkan hiburan, banyakkan amalan dan tingkatkan Iman.

InshaAllah teman-teman, buat mana mampu. Jangan drastik benor, nanti tak tahan lama. Dan jangan lenient sangat, nanti terus tak buat sume. Understood?

Skang, everyone is waiting for Obama this coming 20th January. Will he make a change, or will he continue what Bush has done. The world is waiting, we're waiting to witness what will happen.
Yes, we are!

9 January 2009

Apa agaknya respond kamu eh?

Apa respon kamu ya bila dapat SMS berunsur begini?

"Maklumat terkini! Umat Islam Palestin sedang disembelih dan yahudi membebaskan fosforus di ruang udara, jika terkena fosforus ini, akan terbakar. Hatta besi pada lori boleh menjadi cair. HANCUR KUFFAR!! Ya Allah, kami hambamu yang lemah, Kaulah sebaik-baik penolong. Sebarkan pada saudara-saudara Islam kita"


Bila dapat SMS sebegitu, adakah kau akan terfikir begini:

a) 'Uih, sape makhluk ekstrem sangat neh?'

atau kau fikir:

b) 'Ah takpelah, pandai-pandai ah ornag lain je yang forward.'

atau kau cakap:

c) 'Ah takpelah, cukuplah aku tahu je.'

d) atau kau terus forward pada kengkawan dan berharap berita ini disebarkan.

e) none of the above

yang mana satu adalah kamu? Tindakan dan fikiran kau terhadap isu ini, dah buktikan sedikit sape kau. Tapi mungkin jugak kau kurang pendedahan. Meh baca sini.

Aku berterima kasih tak terhingga kepada yang peduli dan tak sayang kredit nak forward SMS mengenai Palestine. Aku cuma pelik, kalau SMS yang sebegini rajin pulak orang duk forward. Haih.

Kepada warga IIUM Kuantan Campus, jom hadiri

IIUM Kuantan Mega Assembly:
Condemnation of Israel's Strike & Invasion on Palestine

Theme: Black and White
Date: 9th Jan 2009 [after Friday prayer]
Venue: In front of Kuliyyah of Medicine

Er..untuk ini tak perlu teragak-agak kot..ke ada lagi yang teragak-agak nak pergi?

Aku terfikir dulu 2 tahun lepas. Tentera Israel nih duk smebelih dna bunuh-bunuh orang tanpa perasaan, adakah depa nih dah diberi DADAH?

Tapi dua tiga hari lepas, aku terifkir, maybe mereka berjuang dan terus membunuh kerana semangat keagamaan. Mereka percaya suatu hari nanti Islam akan menguasai al-aqsa dan memerangi mereka. Sebab itu mereka terlebih dahulu berjuang menghapuskan orang-orang Islam di sana.

Wow, mereka dah berzaman buat persediaan untuk hari akhir, tapi kita ummat Islam sendiri??
Apa kita buat?? Ada kita bersedia untuk akhir zaman?? Masih terasa diri akan hidup selamanya. Masih trasa dunia kan kekal. Yes, sila teruskan cara hidup kamu tuh! Selagi kau rasa kau betul!!


nota: yup, aku emo!

7 January 2009

Kisah hujung minggu lepas

Ok, hujung minggu lepas 'ahli keluarga' kami telah berjumpa kembali.

Read the review here, she's the host. Makanya full picture of everyone is there.

And the story behind the gathering, from hasbimendez, here. Cerita pasal die banyak sifu, dengan aku sekalik jadi sifu die. Haih. Ada jugak video MM buat show atas permintaan. :P

Mari kita lihat gambar dari pihak aku pulak ok, since shaqyl and hasbimendez sudah membuat review.

Hari tersebut memasing mengeluarkan dslr memasing dan mempunyai penyakit POD (photography obsessive disorder). Dipercayai tiada rawatan lagi ditemui, hanya mampu dibiarkan sahaja. Disebabkan ramai photographer dah, maka aku jadi sub-photographer jelah. Amik gambar gelagat orang ramai. Haha.

Beware, gambar banyak!



Dia selepas belajar cara-cara amik gambar yang bernilai 1001 cerita. Chewah.

beliau kreatif di mana saja

encik diam-diam ubi yang suka usik orang

pengarah urusan kashfy entertainment yang makin susut badan.

smiles of the week, nana and hanze


nota: aku rasa macam sesi promote blog orang pun ada. Heh. Mintak maaf ye, gambar kamu ada di sini... ;)

6 January 2009

Bahagia adalah ketenangan

Jika kau orang berada, kau boleh cakap macam ni,

"Kalaulah bahagia itu boleh dibeli dengan wang ringgit, aku nak beli."

Kalau kau orang biasa-biasa, kau terpaksa cakap macam ni,

"Kalau duit banyak, aku nak cuba beli bahagia."

Owh tiba-tiba aku teringat, memang banyak penggunaan kalau dalam kehidupan kita seharian, just cannot avoid it.

Siapa kat sini yang tak mahukan bahagia, sila angkat kaki.
Aku pasti takde sape yang akan angkat kaki.
Semua mahukan bahagia.
Yang pasti, status banyak duit bukan penjamin bahagia.
walaupun duit itu perlu untuk kehidupan.

Bahagia tu kat mana ya sebenarnya. Kita cari-cari, kita dapat merasai dalam diri sendiri. Bahagia dalam hati? Kat mana hati?

Sesetengah orang merasakan bahagia = duit. Mungkin benar bagi sesetengah orang, namun persamaan itu boleh jadi tidak selari. Selalunyalah.

Ada satu lagu tuh, aku macam biasalah, mana layan pape lagu unless sumeone asked me untuk dengar mana-mana lagu. Yup, aku jenis yang perlu diperkenalkan. Ok, lagu ni pun aku tak layan, tapi mari kita dengar liriknya di sini. Sorrylah, tu je aku jumpa.

Lirik die signifikan la jugak. Teman, bahagia itu sebenarnya bukan ada pada rasa senang semata-mata. Walaupun dalam susah, bahagia tetap ada. Tinggal pilihan di tangan kita sama ada nak rasa bahagia, atau taknak.

Bahagia itu maksud terseni dari Ilahi, tersirat. walaupun sebenarnya ia ada dalam diri, tapi kita perlu mencari. Dan aku kira jawapannya ada dalam Suratul Ra'du ayat 28. Hanya dengan mengingati Allah jiwa kan tenang.


'Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang '

Moga bahagia milikmu, Teman.

1 January 2009

Aku tak pasti

sama ada kamu alert atau tidak mengenai hal ini. Jadi aku terasa nak kongsi beberapa point di sini. Sebelum itu aku nak tanya kamu, biasa dengar kan perkataan jenayah?

Jenayah mencuri? Merompak?

Pernah dengar tak jenayah perang dan jenayah kemanusiaan?


Tengok gambar atas neh. Aku tak pasti sama ada perang ni dah jadi satu yang memang jenayah atau tidak lagi. Bukan pe, kalau jenayah, mesti dah lama semua yang mulakan perang tuh masuk penjara. Betul?

Kamu pernah dengar perkataan Palestine tak? Kamu ade pernah dengar tak kita ni kena pertahankan Palestine? Eh apsal kena sebuk-sebuk pasal negara orang kan?
Untuk yang belum biasa dan tak faham dengan phrase "pertahankan al aqsa", mari kongsi fakta dulu sebelum aku bagi point, kalau tak kang sia-sia je kamu baca point aku tanpa faham basic.

Meh sini duk rapat-rapat sikit dengan skrin monitor supaya kamu dapat baca sebab kenapa kita kena ambil tahu dan pertahankan Palestin serta Masjid Al-Aqsa. Tengok gambar dulu bagi faham.

Kubah kuning itu kubah as-sakhra dan kubah hijau dalam petak oren itu namanya masjid qibli. Kawasan petak hijau itu adalah tembok, semuanya adalah kawasan masjid al aqsa (haram al sharif). Aku saje bg 2 gambar yang sama, supaya nampak jelas.

ok, kenapa kena pertahankan Al Aqsa, penting sangat ke??

-> Sebab Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. Secara analoginya, kalau Masjidil Haram kena serang dan orang-orang sekitar mati dibunuh dengan kejam, kau marah tak?

-> Cuba bukak Al-Qur'an suratul isra' ayat satu. Kat situ ada sebut nama Masjidil Aqsa kan? Ada dalam Qur'an sebut nama masjid kat kampung kamu? Tu maknanya memang sangat penting masjid Al Aqsa ni, juga sebagai masjid ke3 paling suci buat semua umat Islam sampai Allah sebut dalam Qur'an, . Tapi taklah bermakna masjid kat kampung kamu tak penting, ok?

-> Sebab seterusnya aku bagi dalam bentuk lagu, ok? Klik sini dengar lagu ni betul-betul. Cekgu kitorang dan Muadz terlibat ngan lagu ni :D aku meremang tiap kali dengar lagu nih, seram dowh

-> Dulu kau sekolah ada belajar kan nabi berniaga ke Syam? Kalau kau ingat lagilah. Ok, Syam skang dah tukar nama jadi Al Quds sejak Islam memerintah kat sana, ia adalah kota lama di Palestin. Nama lain Al Quds adalah Baitul Maqdis. Secara matematik nya, Syam = Al Quds = Baitul Maqdis. Aku rasa buku teks kat sekolah kena terang pasal nilah. Hisy.
Akhir zaman nanti, Baitulmaqdis akan dijadikan ibu negara umat Islam, dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman.
Sabda Nabi, "Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak)", hingga akhir hadith, kamu carilah. Diriwayatkan oleh Nuaim b Hammad, salah seorang syeikh kepada Imam Bukhari.

Kota ini kota suci kita teman, dan Yahudi juga beranggapan ia adalah kota suci mereka. Mereka berjuang untuk dapatkan tanah ini, tapi kita masih blur blur lagi, langsung tak buat ape-ape. Aku pun tak faham..

Teman, aku kira kamu dah dapat basic. Kalau rasa sampai sini dah cukup banyak , sila datang semula untuk baca sambungannya. Aku nak mulakan point nih. Ini perkara-perkara terbaru terjadi di Palestin. Yang lama-lama tuh kau cari sendiri memandangkan skang kau dah ada basic nye. Faham?

1. situasi kini - serangan terbaru habis-habisan dari tentera Israel bermula Sabtu lepas. Serangan berterusan tanpa ada tanda-tanda nak stop. Gila.

2. setakat yang aku tahu, 300 mati, 1300 cedera. Ape, sikit je eh? Owh kalau macam tuh kamu cuba kira angka kematian sejak serangan Israel dari tahun 1929 hingga kini. Agak-agak sikit ke banyak?
3. Israel claimed bahawa serangan terbaru ini adalah untuk tujuan keselamatan, bohong semua neh. Mereka menyerang sebab ada serangan roket oleh pejuang Palestin, padahal serangan roket tu untuk balas provokasi dan pencerobohan tentera Israel ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

4. Orang-orang yang sakit teruk, tak dapat keluar dari wilayah gaza untuk dapatkan rawatan kerana dihalang oleh Israel, dan ramai yang mati kerana itu.

5. Hospital yang ada di Gaza kehabisan gas memasak, dan gas yang sama digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada Gaza dua tahun lepas, jadi semua pihak hospital Gaza tak bersedia untuk tangani jumlah pesakit yang ramai.

6. Yang paling dekat dengan Palestin adalah Mesir. Tapi Mesir halang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui sempadannya. Cth macam Libya, depa akan hantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi 'misi maut' kerana berkemungkinan di bom tentera Israel.

7. Penduduk Negara-negara Arab semua sekali 300 juta orang, walhal jumlah penduduk Yahudi Israel 5 juta orang je! Kerajaan-kerajaan Arab dan Islam sekadar nak memerhati dengan tega tanpa sepicing rasa belas kasihan ke?! Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin. Gila.

8. Jangan terpengaruh dengan media, jangan terpengaruh dengan kata-kata pemimpin US, Mesir dan Israel. Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan.

9. Sikap kepura-puraan negara Islam/Arab adalah dibidas. Sikap hipokrisi Mesir dikecam kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyelidiki perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?

10. Aku benci dengan OIC. Memang owh I seeee..yelah tengok je tanpa buat apa-apa yang drastik sebagai negara-negara Islam. Ape, takut kena serang dengan Israel jugak?? Teman, kalau kamu lupa sejarah tingkatan 5, meh aku ingatkan, penubuhan OIC adalah untuk Palestin, untuk Palestin. Tapi mananya, habuk pun takda!

11. Teman, pertembungan ini adalah di antara umat Islam seluruh dunia dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah pembebasan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol kemuncak kezaliman & pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam peradaban manusia masakini. Jenayah!!

Meh aku bagi kamu baca sikit petikan dari ucapan wakil HAMAS waktu mereka datang ke Malaysia dulu. HAMAS ni adalah kira macam kerajaan yang memerintah Palestin. Walaupun Palestin langsung tak diiktiraf sebagai sebuah negara. Owh cuba check peta tengok.

"Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia."

Teman, mereka dah lama jadi wakil bagi kita. Dah lama sengsara, dah lama berjihad bagi pihak kita! Tapi kita langsung tak ambil tahu tentang mereka. Langsung..

"HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami."

"Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???"

Teman, kalian dah sedar belum? Faham belum? Sepatutnya kita yang kena pergi berjuang sekali, tapi diorang dah jadi wakil untuk kita! Tolong tengok balik sebab-sebab yang aku tulis kat atas kenapa kita kena pertahankan Al-Aqsa.

"Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat."

Mereka nak pergi exam, tapi kita kat sini taknak belajar. Sia-siakan peluang yang diberi. Dimanjakan dengan kemewahan dan keamanan negara. Kamu tak bersyukur teman!!

"Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"

Dimana kamu teman...dimana negara-negara Islam..bukankah kita semua yang beragama Islam adalah bersaudara? Atau kamu lupa itu teman??

"Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"

"Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda."

"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."

"
Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu."

Ke mana perginya OIC..kemana OIC..mana hilangnya objektif penubuhan OIC..mana..mana..

"Wahai saudara-saudaraku sekalian, kami tidak perlukan saudara untuk pergi ke Palestine untuk membunuh Yahudi, pemuda-pemuda kami masih cukup untuk menghadapi Yahudi. Kami hanya perlukan sokongan, doa, wang dari kalian. Biar diakhirat nanti, dihadapan Allah...Kami akan mengakui bahawa kalian rakyat Malaysia telah menolong kami, berdoa untuk kami, bersedih bersama kami, syahid bersama kami. Ketahuilah sumbangan kalian tidak sia-sia, darah dan air mata yang tumpah tidak sia-sia. Semuanya ada nilai disisi Allah."

"Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini..."

Apa yang perlu kita buat???

Ada TIGA benda yang kita boleh buat.

1. DOA

Dah jadi fardhu 'ain untuk kita berdoa buat saudara kita di Palestin dan negara-negara Islam lain. Dalam solat tuh, masuk sket ruang doa buat mereka. Tolonglah..boleh kan? Skang ni jom sama-sama baca doa kat bawah ni.

"Oh Allah support the Islam and Muslimeen in Palestin, Oh Allah make their hearts firm (in Imaan, Taqwaa, Tawakkul etc.), Oh Allah make their feet firm (uncompromising and steadfast), Oh Allah support them (the Mujaahideen) over those who show animosity to them, Oh Allah destroy their enemies, Oh Allah shake the earth beneath their (the enemies) feet, Oh Allah support our scholars, Oh Allah be with them and protect them, please accept our du'aas you are indeed the best knower and the best listener..ameen ameen"

2. WANG

Teman ku sayang, tak perlu berjuta pun. Tiket wayang boleh beli, takkan RM5 pun takleh bagi? RM10 kamu pun macam air je skarang neh. Tak payah jumpa sesapa nak bagi sumbangan, senang je, boleh bank in kan. Kalau lokek sangat, nak bagi RM1 pun takpelah, kumpul-kumpul dengan teman-teman kamu lepas tu bank in kan.

Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

3. SOKONGAN

Part ni general sangat. Boleh bahagi banyak.

a) Hey kamu semua yang membaca entry ni dan yang ada blog. Kamu boleh menulis macam-macam kat blog kamu pasal tahun barulah, pergi makan lah dan apa segala. Takpe, tak salah pun, cuma aku rasa boleh kot sambil-sambil tuh kamu tulis pasal Palestin neh. Boleh kan? Tak susah kan? Tulis sikit je. Sebab aku tahu blog kamu ramai pembaca, komen berjela-jela.

Beruntunglah kamu jika kamu ramai pembaca dan kamu menulis mengenai Palestin! Sebarkanlah berita dan pengetahuan ini. Aku menulis di atas nih daripada basic, sebab aku rasa cam sia-sia kot aku menulis kalau yang membaca tatau hape lagi pasal Palestin. Sekurangnya faham idea, dan faham kenapa.

Boleh ye teman tulis pasal ni kat blog kamu? Tak lokek kan?

b) Bagi sokongan kalau ada yang sedang berkempen pasal Palestin.

c) Sambil-sambil sembang ngan member-member tuh, silalah bercakap sket pasal ni. Pandai-pandai kamulah nak cakap macam mana. Announce sekejap kat depan kelas pun okay sementara nak tunggu kelas mula. Announce kat ofis ke. Pandai-pandai la.

Teman, dah berjela aku menulis, kalian dah faham belum hal sebenar? Kalian dah sedar belum dari lena? Aku mengumpul kekuatan untuk menaip entry yang sebegini, sebab airmata aku takkan dapat aku tahan. Selama 4 tahun aku blogging, ini baru kali ke2 aku menulis isu Palestin. Sebab aku memang tak mampu nak menulis, tapi kena tulis jugak ah! Yang pertama ada di sini.

Aku sangat harap kerajaan Malaysia buat sesuatu. Dan aku tak rasa penyokong kuat Israel wajar di back up setelah dibaling kasut biarpun dia ketua kerajaan sekalipun. Malah dia deserved lebih dari tu lagi! Isu Palestin ni patut jadi bahan perbincnagan di Parlimen. Sekurang-kurangnya zaman Tun Dr Mahathir dulu, beliau lantang suarakan hal ni. Waktu tu Malaysia banyak menyumbang, namun aku harap tindakan lebih drastik dilakukan memandangkan ade spesifik OIC tuh.

OIC dengan NAM harapnya jadi agresif ah, drastik. Ada kuasa kan, guna lah. Jangan buat tindakan sama macam kami rakyat yang takde kuasa nih. Kalau macam tu, sama je kalau takda pertubuhan pun. Aku kesal gila November lepas bila Parlimen Malaysia menolak untuk bincangkan usul mengenai tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin dengan alasan usul itu tak perlu disegerakan. Owh my...

Aku fikir, daripada korang duk kutuk-kutuk blog yang macam Adibah sume tuh, lebih baik kalau korang kutuk Israel laknatullah tuh. Lagi bermakna.

Usaha korang nak habiskan baca entry ni, aku kira jihad jugak ah. Alhamdulillah. Lepas ni bolehla ye mula dengan TIGA perkara tadi. Tolonglah ye, aku rayu gila-gila nih. Tolonglah Tolonglah..

p/s: panjang, jadi aku akan biar entry ni kat sini seketika waktu.