Banyak manusia yang membuat kebaikan
walaupun dalam pada itu kita nampak lebih ramai yang membuat kejahatan
manusia baik tetap wujud di mana-mana
cuma kebaikan itu tidak pasti adakah ikhlas keranaNya
Bila aku menadah tangan untuk berdo'a
Aku akan sentiasa teringat kembali segala kebaikan manusia
yang menyebabkan aku terus takkan terlupakan mereka di dalam do'a
tak kira sama ada teman-teman, guru-guru,
doktor dan jururawat, hatta pengawal keselamatan sekalipun
semuanya di dalam do'a
Aku bukan ingin memberitahu kau
siapa yang aku doakan
aku cuma mahu kau tahu
kebaikan yang kau lakukan sesama manusia
walaupun kecil bagimu
namun bagi si penerima ia adalah sangat beerti
Membuat kebaikan bagi orang lain
bermakna kau terpaksa membebankan dirimu untuk keselesaan orang lain
bukan semua orang diberi ketenangan hati olehNya untuk berbuat demikian
andai hati kau senang membuat kebaikan
bersyukurlah kepada Ilahi
kerana kau yang dipilih untuk dekat dengan fitrah azali ciptaan manusia
Buat yang pernah, sentiasa dan akan menyusahkan dirimu untuk membantu aku
walau selaut doaku untukmu
hanya Tuhan yang selayaknya membalas segala kebaikan..
8 comments:
Nice thought As ;-)...err..boley buat kan Alakay sajak gak..hiks...ngengade...hehehe
mcm yg ak pnah kena..
bila buat baik, mmg dibalas baik..
lmbt atau cpt je...
or dlm bentuk apa kebaikan itu dibalas yang jadi beza..
take care!
Terima kasih kak as,
peringatan yg mulia (^^)
stiap ape yg kte buat pasti ada balasannya depending on what we do. :)
salam,saja jenguk2 blog..keep up the good writting.happy blogging
FADZLAN
http://jalakmas.blogspot.com/
http://papan9.blogspot.com/
KEMPEN STOP THE WAR: http://papan9.blogspot.com/2009/01/stop-war.html
Mesti ada orang berbuat sesuatu yang begitu berharga untuk nt dan menyebabkan nt terasa begini kan..
Walau apa pun, nt pun bertuah, sebab Allah berikan nt satu perasaan untuk menghargai kebaikan orang lain..
Bukan semua orang tahu menghargai budi baik orang.
p/s: Kita hanya mengejar keredhaan Allah, maka terhapuslah falsafah "berbuat baik pada orang bererti membebankan si pelaku perkara baik itu.."
apa sahaja, untuk sebuah kebahagiaan
Oh kamu buat aku amat menghargai doa itu krn ia sgt powerful wlupon nampak remeh.
Post a Comment