13 January 2009

Tika Itu (3)

Tika itu 1 dan Tika Itu 2, klik sini.


“Ok.. Come on, girl.. Look up… Cross your hand.. Backward.. Backward..”

Suara Madam yang bersemangat tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan yang ditahan-tahan. Wajah manis Nur ternyata tidak mampu menyembunyikan rasa sakit yang ditanggung. Namun, air mata dapat ditahan buat kali ini. Eny tidak pasti, adakah ia petanda Nur makin immune melawan kekuatan tangan Madam, atau sakit itu telah berlalu sedikit jika dibandingkan sebelum ini.

“Ok.. Again… Look up.. Cross your hand.. Backward… Cross your hand again… Backward.. Backward.. Lagi.. Lagi…”

Eny hanya melihat dengan mata tidak berkedip. Memandang kerut Nur yang seribu.

‘Ishhhhh… Sakitnya..’ Seakan-akan kesakitan itu mengalir ke segenap salur darah Eny. Dan kenangan itu menjengah kembali……

************

“Hello…Assa..” Tidak sempat salam diberikan sepenuhnya, si pemanggil terus bersuara.

“Eny… Cepat beli tiket bas! Datang UIA!”

“Hah??” Eny kebingungan. Betul-betul bingung.

“Nanti Eny fotostat result SPM, pastu fax kat ofis ayah Nur. Nanti Nur mesej nombor tu. Yang penting sekarang, Nur kena datang kat sini. Pak Ngah dah terima. Dia suruh Eny datang. Yang lain-lain Pak Ngah cakap kita settle kan kat sini. Yuran pun tak payah fikir dulu.”

Eny kelu tidak berkata-kata walau sepatah. Usai Nur menghabiskan kata-kata, hanya sepatah kata keluar dari bibirnya.

“Tapi..”
“Kenapa Eny? Eny tak nak datang UIA ke? Tak nak belajar sama-sama ke??”

“Bukan… Sekarang nie, Eny dah settle kan semua urusan untuk masuk UiTM. Tinggal medical check-up je tak buat lagi..”

“Hmmm… Eny fikirlah betul-betul dulu. Tapi Nur harap sangat Eny dapat datang UIA. Tempat Eny kat sini, InsyaAllah. Fikir dulu ye. Nanti bagitahu Nur. Bincang dengan ma, dengan akak and family Eny. Istikharah jangan lupa. Nur dah buat application letter kat Pak Ngah. Dia yang suruh telefon Nur.”

‘Ya Allah…. Betapa Engkau Maha Penyayang..’ Air mata mula bergenang di pinggir kelopak mata Eny.

“Eny…” Menyedari Eny yang diam membisu, Nur kebimbangan.

‘Aku salah cakap ke?’ Gumam Nur sendirian.

“Err… Thanks Nur. Tak terungkap dengan kata-kata rasa terima kasih pada Nur. Nur hadir saat Eny buntu keseorangan. Saat hala tuju masih dalam cahaya yang samar-samar.” Suara Eny berbaur sebak.

“Eh.. Dah. Nak buat drama swasta pulak. Malu kat kucing kalau dia tengok Eny nangis.”

Ada gelak dalam kata-kata Nur. Eny tahu, Nur cuba menceriakan suasana.

“Tak apa. Nanti kucing tu tahu kenapa ada istilah malu-malu kucing. Mesti dia bangga.” Eny tak menghampakan usikan Nur. Memang tercuit hatinya saat itu.

“Bangga sebab ada tuan macam Eny. Yang berangan nak kalahkan Munsyi Abdullah tu..”

“Eleh.. Ok ape. Daripada jadi orang yang selalu tersasul bagi peribahasa dalam bahasa omputih tu.”

“Huuuuuu… Memang kalau dah namanya debator tu, takkan ngaku kalah nye.”

“POI please..Mengata dulang paku serpih. Awak tu dua kali lima, enam tambah empat..”

“Hahahahahaha…” Tawa mereka berdua berderai.

“Ok lah Nur. Thanks again. Nanti Eny bagitahu secepat mungkin ye. Dahla, habis kredit nanti, tak boleh nak call pakwe.” Eny cuba menyakat sebelum mengakhiri perbualan.

“Takpe. Nanti mintak dia topupkan lagi.” Nur tak mengaku kalah.

“Ish… Tak baik jadi pisau cukur tau.”

“Tak apa. Ayah memang tiap-tiap minggu cukur misai dia guna pisau cukur.. Kikiki.”

“Ohoooo… Tak apa, tak apa. Ingat, ada ubi ada batas tau, Nur.”

“Ada batas, boleh tanam bunga..Huuuuuuu”

Eny ketawa semahu-mahunya.

“Errrr… Salah cakap ke?” Giliran Nur kebingungan.

“Mana ada orang tanam bunga kat atas batas.. Hahahahaha.” Eny masih tidak mampu menghentikan tawanya.

“Oh.. Tak ada yek??Heee.. Maklumlah, masa blajar Kemahiran Hidup dulu, Nur tak ambil Sains Pertanian macam Eny.” Nur menjawab dengan nada malu. Ada gelak halus di hujung katanya.

“Ok, ok. Dah.. Kita sambung lain kali pulak ye. Sakit dah perut Eny ketawa.” Tawa Eny masih bersisa.

‘Dah lama Nur tak dengar Eny ketawa…’ Hati Nur puas. Sungguh, dia amat merindui tawa itu. Yang sering menghiasi alam persekolahan mereka…..

**Bersambung…..


sedikit daripada penulis : Mula-mula, ingatkan nak buat ni episod akhir. Tapi, rasa macam nak kembangkan lagi plot nya. Harap bersabar ye. Dan satu lagi, maaf sangat-sangat sebab lambat sambung. Idea banyak kali bertukar-tukar. InsyaAllah, episod seterusnya akan disambung secepat mungkin=)

4 comments:

izzahismail said...

slalu impress pd orang yang bley menulis. since i cant.hehe :)

diya said...

hehehe. diya jarang baca cerpen orang lain. selalu baca cerpen sendiri je =p

fernleaf said...

nice one!
agree with izzahismail.
very impressed!
cz i cant. =)

As said...

izzah
yes you can give it a try! :P

***

diya
isk3...kena berkembang sket dengan baca cerpen orang len :P
ni bukan as yang tulis
it's from my best buddy

***

fernleaf
hehe i like ur nick :D
inshaAllah u cud give it a try my dear ;)