31 January 2009

majlis berinai pengantin di hostel

Aku rasa tak pernah dibuat orang gamaknya. Tapi sangat unik. Pengantin berinai di hostel, teman sebilik aku. Maka jadilah kami mak andam beliau.

Pengumuman perkahwinan yang sangat mengejutkan walau dijangka. Tapi tak sangka secepat itu :D

Dan aku belum pernah menginaikan pengantin, jua belum pernah menyertai majlis berinai. Ini yang pertama, paling best, di bilik sendiri di hostel!

Sungguh ringkas majlis akad nikah esok yang akan diadakan di masjid. Cumanya, kesemua kami di kulliyyah sains kesihatan bersekutu, semuanya terpaksa menghadiri kelas. Macam biasa, kelas di hujung minggu. Maka kami tidak dapat menyaksikan akad nikahnya.

"Esok kalau pensyarah IJN tu tanya mana kamu pergi, as nak jawab ape?"

"Ah jawab je pergi kawen!" Sampuk seorang teman. Heh.

Sempat kami buat parti bujang versi kami-kami. Haha. Aku nak bagi anugerah pengantin paling otai buat beliau, rumate aku. Isk3..geleng kepala kami dibuatnya. Pertama kali menghadapi pengantin yang berinai di hostel. Moga Allah mudahkan segala urusan kedua-dua pengantin esok pagi. Ameen.

p/s: baru aku tahu, rupanya time majlis berinai lah orang-orang share ilmu tentang memasuki alam rumahtangga ;)

9 comments:

diya said...

huhu. bila pulak le majlis ber inai cik as kita ni =P

Fauzan Ahmad said...

share sket kat Tuan ilmu tuh..hehehe

Szakif said...

jab. sape yang kawen ni as? aku kenal tak agak2?

Huzai said...

Haha. Bila member-member ada yang masuk alam perkahwinan, mula terasa macam diri semakin tua.

Haish.

3p4h said...

Agk2nya brapa ramai rkyt Allhs yg berinai skali eh??? =p

hana said...

Salam,
ramai jugak teman2 kamu yang menjejak alam rumah tangga.Hurm..adakah ini suatu kebiasaan di uia?

As said...

diya
tulah, as berinai senyap2 je kot
:P

***

fauzan ahmad
uih seb bek kenal, ingatkan sape tadi..
bleh2, nak share satu je yang paling penting :D

***

szakif
inshaAllah la zaki tak kenal ;)
my course mate..

***

huzai
agak aa..haha. Kalau lelaki ok lagi kot, kalau perempuan takleh lambat2 sangat, ni depa abaq aa :P

***

3p4h,
try usha kat kelas nanti ye. As rasa takde sorang pun kot :D
tatau ah if ada yang senyap2 menyelit. Haha.
If ada, yang buh inai kat jari sebatang je

***

hana
sangat2 biasa, memang dah tak heran. Malah kengkawan yang tukang induce suh kawen :D

AISHAH roslan said...

salam. wah wah. menarik ;)

Anonymous said...

sape yang kawin tu??nk tau jgk.:-)