6 January 2009

Bahagia adalah ketenangan

Jika kau orang berada, kau boleh cakap macam ni,

"Kalaulah bahagia itu boleh dibeli dengan wang ringgit, aku nak beli."

Kalau kau orang biasa-biasa, kau terpaksa cakap macam ni,

"Kalau duit banyak, aku nak cuba beli bahagia."

Owh tiba-tiba aku teringat, memang banyak penggunaan kalau dalam kehidupan kita seharian, just cannot avoid it.

Siapa kat sini yang tak mahukan bahagia, sila angkat kaki.
Aku pasti takde sape yang akan angkat kaki.
Semua mahukan bahagia.
Yang pasti, status banyak duit bukan penjamin bahagia.
walaupun duit itu perlu untuk kehidupan.

Bahagia tu kat mana ya sebenarnya. Kita cari-cari, kita dapat merasai dalam diri sendiri. Bahagia dalam hati? Kat mana hati?

Sesetengah orang merasakan bahagia = duit. Mungkin benar bagi sesetengah orang, namun persamaan itu boleh jadi tidak selari. Selalunyalah.

Ada satu lagu tuh, aku macam biasalah, mana layan pape lagu unless sumeone asked me untuk dengar mana-mana lagu. Yup, aku jenis yang perlu diperkenalkan. Ok, lagu ni pun aku tak layan, tapi mari kita dengar liriknya di sini. Sorrylah, tu je aku jumpa.

Lirik die signifikan la jugak. Teman, bahagia itu sebenarnya bukan ada pada rasa senang semata-mata. Walaupun dalam susah, bahagia tetap ada. Tinggal pilihan di tangan kita sama ada nak rasa bahagia, atau taknak.

Bahagia itu maksud terseni dari Ilahi, tersirat. walaupun sebenarnya ia ada dalam diri, tapi kita perlu mencari. Dan aku kira jawapannya ada dalam Suratul Ra'du ayat 28. Hanya dengan mengingati Allah jiwa kan tenang.


'Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang '

Moga bahagia milikmu, Teman.

12 comments:

Anonymous said...

Nak bahagia?
Cintalah pada Allah.
Mesti bahagia dunia akhirat.
Percaya la.
Akak sedang merasainya.
=)

Jepah said...

duit x bleh beli sume bende...

ape2 pun, hanyati la lirik penuh lagu itu...

"bahagia itu ada dalam diri... to the end..."

Unknown said...

baca blog yang bermanfaat pun, rasa bahagia. macam blog as :)

Anonymous said...

bahagia ni kadang2 datang dari keinginan jugak. diya rasa bahagia tak perlu dicari lah. bahagia tu memang dah ada. cuma diri kita je seolah macam "aku bahagia ke?". kadang2 walaupun orang miskin yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang, mereka bahagia dengan apa yang mereka lakukan hari2. sebab? adanya kasih sayang yang jadi tali pengikat antara orang yang mereka sayang =)

Op said...

cinta sama Allah..mmg bhgia =]

As said...

dear knowlee
itu memang best akak :)

***

dear jepah
yuppie..ramai orang salah anggapan

***

dear szakif
hoho
baca komen szakif pun rasa bahagia ah :P

***

dear diya
bahagia is there..Allah dah buh siap2, tinggal kita nak pilih. Dan bahagia itu adalah ketenangan..ketenangan hanya dapat bila ingati Tuhan :)

***

dear phikool tong
adikku, kamu benar..itu bahagia hakiki, yeay!!

Anonymous said...

Jap jap
Tuan tak nak hidup dalam denial.
Bahagia dan duit adalah perkara berbeza. Kalu ikut conigtif thinking Tuan, susah nak relate.

Banyak duit itu penting.
Bahagia juga penting.

Check As Saff ayat 10 dan 11.

Beriman degan Allah dan Rasul, berjihad harta dan jiwa, Allah janjikan keselamatan dari azab yang pedih.

Points;
1. Jaga hubungan dengan Allah dan rasul.
2. Berjihad dengan harta dan jiwa.
Untuk berharta, kena berusaha kan? Dan harta itu diguna pada jalan betul. Harta dan jiwa yang salim itu investmen kan? Harta juga penting!
3. Apa yang lebih bahagia jika dapat elak dari azab di akhirat?

Jadi,
1. Untuk masa yang ada, jaga agama.
2. Kumpul harta banyak2 untuk pelaburan akhirat.
3. Manfaat diri untuk beramal.
4. Balasan akhirat, kita serah bulat2 pada Allah.


Eh, dakwah nabi makin memuncak bila ada sahabat spt Uthman, abu bakar dan lain2, serta khadijah yang kaya kan?

Ok, mungkin Tuan terlepas pandang.
JIWA. Berjihad dengan jiwa juga besar erti. Mungkin dah nampak apa yang As cuba sampaikan.

Jiwa tak bersifat materialistik. Jiwa yang sentiasa diwkafkan untuk kebaikan diri, bangsa dan agama juga investment besar di akhirat.

Wallah hu'alam.
Tuan baca dan tadabbur saja. Salah maksud sila buat teguran ya.

Cumanya, jangan jadikan alasan untuk malas kumpul harta, kerana takut godaan duniawi.

Anonymous said...

Anak bini kelaparan sebab mahu berzuhud itu rasanya sudah tidak bahagia tau...

Dunia dah maju. Zaman dah berubah. Sesetengah doctrine kitab kuning kita kene ubah kot...ops.

Maaf ya. Kalu tak setuju, kita boleh diskas lagi. Mungkin kene tulis satu entry. Baru sampai maksud.

As said...

dear Caracol S. Trampt,
Yup, YOU GOT MY POINT.
alhamdulillah

I think others pun sama, but u did elaborate it well, wud be very useful for those who gonna interpret this entry in a different way.

THANK YOU, teman.

Fatin Baharum said...

bergantung pd diri jgk..
ada org, ada family bgus, xaser bahagia lg..
nak jg boyfriend yg nth pape ada, br feel bahagia..
for me, after tgk cite 1 litre of tears..
hari² sy aser, sy ni bahagia, hehehe`

en_me said...

money bukanlah segalanya kannns.. tapi segala-galanya memerlukan money..

salammmz

tusky said...

bahagia tu ikut definisi masing2.. kadang2 tu sengsara pon leh jadi bahagia..=)
lebih kepada,
"walau sesenang mane, seteruk mana hidup kau, hari2 ko, cube hargai. cube apriciate dengan hati yang beriman dan terbuka.. insyaallah, ko senang ke, kau susah ke, tuhan tetap letak manis bahagia dalam hati..=)"