5 September 2008

Ayat-ayat Sihir

Rasulullah dulu suka apabila dibacakan al-Qur'an dihadapannya
walaupun hakikatnya ayat-ayat tersebut turun ke atas dirinya
Pernah Rasulullah meminta Ibnu Mas'ud membacakan al-Qur'an untuk baginda

"cukup...cukup.." Kata baginda tika Ibnu Mas'ud rahimullah sampai pada An nisa': 14.

Dalam Fathul Bari ada menyebut
mungkin Rasulullah s.a.w lebih suka diperdengarkan Al-Qur'an daripada orang lain
untuk lebih dirasakan dan difahami isinya
kerana orang yang membaca biasanya
disibukkan dengan bacaan dan tajwid

Dikisahkan
Abul Walid pernah datang menentang Rasulullah s.a.w
habis segala caciannya
Rasulullah s.a.w bertanya

"Sudah selesaikah wahai Abul Walid? Sekarang dengarkanlah dariku."

Baginda kemudian menyambung dengan Surah Fusilat: 1-13
Abul Walid segera meletakkan tangannya di mulut Rasulullah s.a.w
agar Rasulullah s.a.w berhenti membaca
Abul Walid kembali kepada kaumnya dengan kelainan
apabila ditanya,

"Aku mendengar daripadanya kalimat yang bukan kalimat jin dan bukan kalimat manusia...
Demi Allah, kalimat itu sangat nikmat."

Itulah sihir daripada Al-Qur'ankepada jiwa-jiwa orang kafir terdahulu

Mendengar Al-Qu'ran dengan tenang bisa mencairkan hati
menggegarkan jiwa
Al-Qur'an, syifa' wa huwa rahmah

walaupun bahasa itu
bukan bahasa yang aku fahami
dan bahasa yang kau fahami

I wish I could understand the languange of Qur'an
I wish I could..

supaya aku turut merasakan 'sihir' itu..

8 comments:

Dammit said...

I wish i could understand language n the whole content in the book too =)

As said...

dearst Dammit,

Betul..takdelah dengar semata-mata tanpa faham makna..huu

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam perjuangan...

belajar la bahasa arab sikit2, buat permulaan pakai quran yang ade makne... pergh, sekali dah kena panahan ayat2 cinta die, subhanallah...ade tempat nangis, ade tempat suke, ade tempat rasa semangat... :)

As said...

dear Bad

Al-Qur'an ada makna, sejak skolah praktikkan (sebab hidayah lambat sket). Dan da faham makna banyak words.

Cuma untuk faham keseluruhan ayat al-Qur'an (yang da masuk nahu sorof etc) dengan sepenuh2 makna kalau jas dengar orang baca tuh..memang fail.

Suka dengar album Ghamidi, tapi tak faham pe Ghamidi bacakan. certain2 words dan certain bahagian yang memang ingat maksud je faham

Master J said...

erm..juz nk share pngalaman sket lah kan..

i aso kurang pham ayat2 AQ..sbb Arabic i mmg lemah lah gak..tp kan..sumtimes..its as if we subconsciously understand sket2..

sbbnya..biler bc 2..kkdgn we blh tau wats coming next b4 we smpi dat part..mcm kita ngaji..n we tgh2 ngaji 2..we blh tau wats coming next..padahal xhapal..its as if we subconsciously understand the Quran..n sumtimes biler tgh bc kan..kita bc jer but suddenly we terstop..sbb kita rs mcm ada tslh bc td..biler check blik..tgk2 mmg ada yg kita tslh bc..

org lain xtau lah mcm mana kan..tp 4 me..dis shows yg over time..kita byk2 ngaji..we will slowly begin to understand at least the rhythm of the Quran..

i noe its not the same as understanding the meaning of the verses..but it is sumtin i believe =)

As said...

Dearest Master J,

I believe in that toO...you are not alone :D

it's jenn. said...

btolla ape master j kate.

macam terase je ade yang salah.

mari membace al-Quran dan fahaminya!!~