25 May 2008

Jangan sejarah berulang kembali..

"Kalau dia depress sangat, jangan sampai dia buat semula 13 Mei.." Kata Abang Mazni kepada saya ketika bertemu beliau di rumah ibunya di Ampang.

Saya mengangkat muka memandang beliau. Memang kata-kata beliau ditujukan kepada pergolakan politik di Malaysia, terutamanya kepada kerajaan yang memerintah sekarang. [sila baca suratkhabar ye, tidak perlu diulas di sini, terlalu banyak..]

Kemudiannya pertanyaan diajukan kepada ayah. Kejadian tersebut berdekatan dengan rumah arwah nenek di kuala yang berlumpur [read: Kuala Lumpur].

"Ayah tengok kan 13 Mei tu depan mata ayah. Mesti ayah tau sebenarnye pe jadi. Betul ke apa dalam buku teks sejarah tu?" Tanya saya.

Cerita mengenai 13 Mei, ayah buka kembali. Kata ayah DAP menang besar ketika itu. Perarakan diadakan sempena kemenangan mereka. Bila sebut DAP, mestilah kaum Cina. Kebetulan pula ketika itu, ada juga komunis yang menyertai perarakan tersebut.

Kaum Melayu yang sudah sedia geram dengan kemenangan tersebut, makin marah apabila melihat komunis turut serta. Kata ayah, tiada cacian daripada mereka yang menyertai perarakan tersebut seperti yang dinyatakan di sini. Tetapi segalanya dimulakan kaum Melayu.

Kata ayah lagi pelbagai jenis silat, lembing, parang dan sebagainya di bawa ke hulu hilir ketika itu. Semuanya dimulakan kaum Melayu. Haiz..

Makanya, siapa yang kutuk siapa...? Perlu saya percayai buku teks sejarah atau percayai ayah yang melihat dengan matanya. Hmm...

Tapi apa yang terjadi kini pernah disebut oleh seorang ulama'. Cuma lega hati ini mendengarkan tiada pertumpahan darah akan berlaku. InshaAllah.

Mungkin saya rabun mengenai politik, namun tidak saya buta. Saya memerhati dan menilai. Terkadang terasa seperti keanakan. Tidak kiralah di pihak mana pun. Apa yang haq tetap haq, apa yang batil tetap batil.

Sedarkah mereka ramai yang memerhatikan..?? Kalau sedar agaknya takkan begini jadinya..


p/s: Sejarah itu bosan, namun kita juga adalah sebahagian daripada sejarah!


wallahu'alam

4 comments:

Unknown said...

salam perjuangan...

ya, begitulah sikap mereka...

tidak dapat menerima hakikat kekalahan...

sbb itu semasa PR menang pada PRU ke 12 yg lalu, mereka haramkan perarakan...

As said...

owh begitukah, patik sangat tidak peka. Heh. Macam2 la Msia..

Hafzi said...

"sejarah ditulis oleh orang yang berkuasa"...
~maka tak hairan la kalau fakta sejarah pelik

~sejarah PASTI akan berulang.. cuma watak yang berlainan

As said...

to hafzi:
MashaAllah..mantap..