28 May 2008

Akhbar Dulu dan Kini

Rentetan penulisan seorang sahabat, saya teringatkan isu ini. Isu akhbar dulu dan kini.

Situasi zaman awal penubuhan syarikat akhbar:

Semua penerbitan waktu dulu sangat digeruni kerana akhbar sangat bebas menyuarakan apa sahaja, seperti yang diceritakan di dalam buku teks Sejarah. Terasnya untuk agama, bangsa dan watan Melayu inilah yang menakutkan penjajah. Begitu juga bagaimana tegarnya wartawan dulu membela umat Melayu hanya melalui penulisan.

Masyarakat waktu dulu sangat menyayangi akhbar-akhbar ini kerana pembesar waktu dulu sangat gerun dengan para wartawan. Tidak kira pihak penjajah atau pembesar Melayu sendiri.

Dulu, penulisan wartawan ibarat peluru hinggakan ahli politik ramai yang datang untuk mendapatkan pandangan. Malahan waktu dulu, wartawan berani memarahi menteri-menteri. Bagi para pembesar, salah satu kerja bodoh adalah bergaduh dengan wartawan!

Akhbar-akhbar terus gah bebas mewakili suara rakyat hinggalah negara kita merdeka. Betapa rindunya saya kepada zaman kegemilangan akhbar, garangnya mereka bersuara, beraninya mereka! Zaman-zaman Pak Kajai, Pak Sako, Pak Said dan sebagainya lagi, walaupun hanya mengenali kebanyakan mereka melalui buku teks Sejarah.

Situasi akhbar hari ini:

Sejak penguasaan parti politik dalam penerbitan akhbar terutamanya akhbar ini sejak 1961, peluru-peluru penulisan semakin menghilang. Jika tiada yang tahu, ingin saya khabarkan di sini mengenai mogok yang dijalankan oleh pekerja akhbar ini selama dua bulan diketuai oleh Pak said, Ketua Pengarang ketika itu.

Ramai wartawan terluka dengan campur tangan politik ini.

Akhbar yang dulunya bebas bersuara mewakili masyarakat kini seolah dirampas penanya. Malah Usman Awang turut sama menyertai mogok dan lari meninggalkan syarikat akhbar tersebut.

Ramai yang kecewa, namun ada juga yang masih tinggal meneruskan saki baki perjuangan dalam penulisan akhbar. Namun, seperti mana yang kita dapat lihat kini, mereka bersuara untuk masyarakat dan agama, namun mereka dilingkungi satu garisan yang bertindak sebagai penanda aras kebebasan bersuara. Mereka tidak boleh mencakar kuasa politik yang memerintah negara, kuasa politik yang juga menjadi penaung syarikat akhbar!

Corak penulisan yang semakin prejudis dan bias buat masyarakat semakin sedih dan kecewa terutama golongan intelektual. Tidak kurang juga yang tertipu. Ramai jua yang geram marah dan sebagainya. Profession wartawan semakin diejek masyarakat.

Namun, dalam kita menyalahkan mereka, kita juga perlu melahirkan sikap empati. Sedarkah kita mereka juga tersepit dan terhimpit. Hak menulis yang dilingkari kuasa politik, saya yakin mereka jua tertekan, malah lebih tertekan daripada pembaca!

Sejak March lepas, suasana politik semakin berubah, rakyat jua makin matang menilai dan semakin berani. Tentunya para wartawan hanya menunggu masa untuk melepaskan diri daripada pelukan politik dunia. Pelukan yang menyakitkan bak kata seorang wartawan.

Walaupun ini bukan bidang yang saya ceburi, tetap harapan saya tinggi untuk melihat profession ini kembali semula berani dan garang melontar peluru-peluru hebat. Tanpa kekangan politik, tidak kira mana-mana pihak sekalipun, mewakili masyarakat serta memberi informasi tepat tanpa bias dan prejudis. Saya harap.

MALAYSIA BOLEH!


nota: Entri ini ditulis ketika berada di pejabat abang. Diberi kemudahan lengkap berupa meja pekerja dengan komputer berjaringan supaya saya duduk diam-diam. Sibuknya saya menaip, sama sibuk dengan staff2 beliau menaip. Malah lebih sibuk lagi saya!

13 comments:

Unknown said...

salam perjuangan...

betul2! sbb mereka tahu bahawa pena lebih tajam dari mata pedang lah mereka mengongkong media...

akhbar hari ini kata, eleh nak kata malaysia kongkong media, amerika pun xbagi wartawan buat liputan meluas pasal guantanamao bay...ke situ plak...

die nak compare dengan yg xbaik nape?

kte kalu nk perbaiki diri kene compare dgn yg lbh baik dr kte...

kalau nk pertahankan diri (baca: ego), kte akan compare dgn yg lbh teruk dr kte...

ini pandangan hamba...

p/s: wah! makin byk entry ber link ye?

supaya saya duduk diam-diam. Sibuknya saya menaip, sama sibuk dengan staff2 beliau menaip. Malah lebih sibuk lagi saya!:P

Anonymous said...

Salam singgah...mereka yang membuatkan akhbar 'ini' terlibat dalam politik itu sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Apa tidaknya, mereka dengan sengaja mengekang berita2 yang kurang bermoral yang ditimbulkan oleh mereka dan hanya melepaskan berita yang memuji kekuatan & kemegahan mereka selama ini.

Sepatutnya, akhbar arus perdana ini perlu menjadi wadah untuk semua, bukan segelintir. Akhabr ini perlu bersikap terbuka dan menyeluruh dalam membela nasib rakyat dan mereka yang memerlukan, bukannya hanya tertakhluk dalam ruang linkup yang semacam sangkar emas. Gah pada nama tetapi hancur pada intipatinya...

nice info...

As said...

to Bad:
Betulla tu bad, mana2 tempat pun media terkongkong. Tapi yang bestnya, limitation tu berbeza. Yang kat Msia ni macam lebey2 pula rasanya. Mengadakan apa yang tiada, dan meniadakan ape yang ada. Sampai da tak suke nak baca biter.

Media skang bukan takat suratkhabar dan televisyen, yang best nye, blog pun da jadi sumber media lak skang. Huu..

Nanti da ade course blogging kat U memana blehla kamu2 pergi jadi tenaga pengajar ye, nak2 sifu2 kita macam Awan, CS , deepThinker dan yang lain2 (ponatler kalo nak buh sume..huu. Jadi sifu terutama bab kesahihan infos.

He, entry berlink itu untuk kamu check kesahihan info nye. Dan ade yang as tamau tulis direct namanya. Hihi.

mantap pandangan tuan hamba, cumanya hamba pelik dengan dua baris terakhir. hehe.

As said...

to anwar yassin:

Wah pagi2 lagi beliau melontarkan peluru kata.

Benar2, selalunya perbuatan yang tidak baik akan memakan diri sendiri akhirnya. Sekarang ni rakyat pulak duk gelak baca akhbar dan Tv tgk sikap kebudakan sesetengah pihak.

Banyak pula isu yang rasanya kita yang masih setahun jagung ini boleh berfikir dengan lebih rasional. Mereka boleh sebenarnya, tapi bak kata Bad, kerana ego mereka menolak.

Tidak salah rasanya jika semua pihak sama-sama berfikir dan duduk semeja untuk membaiki masalah dalam masyarakat. Barulah mantap jika ada kerjasama daripada asyik ikut kepala sendiri. Ini apa yang hamba fikirlah.

Skang mari kita tajam2kan peluru di blog pula. Selepas PRU baru2 ini barulah ramai pihak sedar blog juga mampu menjadi tajam. Hee..

Tapi make sure bermoral la apa yang ditulis, inshaAllah. Moga bermanfaat untuk semua.

Unknown said...

salam perjuangan...

maybe student course mass media akan ada tambahan subjek seperti blogging...hehe

ttg sifu2 sprt cs, deepthinker etc hamba sokong sekali lagi...

tp blog pun skg dh ade pihak sblh sne yg join, ayuh rakan2 teruskan perjuangan!

As said...

to Bad:

Kite sume berkata2 mengenai apa yang difikirkan benar sahaja. Tak kira dari mana2 pihak.

Dan takyah susah2 singkap pape, kite amik saje kebenaran daripada benda2 yang obviously nampak kebenarannya.

(nipun susah depa nak nampak..tak faham kenapa, rasa je nak pergi tanya..moga Allah bukakan hidayah untuk mereka, dan untuk kita..ameen)

Unknown said...

salam perjuangan...

tapi bagi ana, elok juga mereka join sama berblog...

bleh kita wt check n balance...

yang benar di sebelah mana xpenting, yang penting apa yg disampaikan...btul x?

p/s: jgn YB asyik berblog je xturun padang plak, hehe...

Faisal Admar said...

Salam.

Saya pun tak pasti sejak bila akhbar mula "ditapis". Apabila bahan-bahan ditapis hampir 100% di mana hanya kebaikan kerajaan dimasukkan, maka rakyat hilang kepercayaan terhadap akhbar.

Semua artikel dan pendapat ditapis membuatkan rakyat berang lalu bernasib baik menjumpai satu medium baru iaitu blog.

Kini, kerajaan menghentam para blogger dan menuding jari mengatakan blogger memburukkan nama negara ke negara luar dan juga menyebarkan cerita-cerita palsu. Beberapa ugutan juga dikeluarkan untuk menakutkan blogger semua.

Akhirnya, kerajaan kecundang dan akur dengan suara dan kehendak rakyat. Kerajaan akhirnya ingin memahami hati rakyat dengan lebih dekat melalui blog. Sejauh mana, saya kurang pasti.

Saya berharap Malaysia akan kembali seperti dulu... Insyaallah...

As said...

to Bad:
Mana2 pihak pun ada salah dan betulnya. CUma pandai2 kita nak nilai dan ambil iktibar. InshaAllah :)

To faisal:
Mantap juga BM kamu ye, tahniah2. Hehe.

Menarik sungguh kronologi faisal, as duk terfikir gak, hai kang bloggers sume lak masuk ISA. They tend to do anything untuk senyapkan sesape yang boleh 'ancam' mereka.

Da 4 tahun as berblog, tak pasal2 lak termasuk skali kena marah pasal tulisan. Yelah, even ukan kita, tp komuniti kita jugak. Bloggers.

Sekarang ni nak menyelami hati kita pula, siap ade pertubuhan blogger. Hmm..wait and see. Yang as tahu dan faham hingga hari ini, yang benar itu jelas benar dan yang salah itu jelas salah.

Sape2 benar mana2 pihak pun, benarlah mereka, sape2 salah, mana2 pihak pun, salah la mereka.

Namun, makin hari makin obvious sikap keanakan dan pergolakan. Sama2 cari hikmah dan berdoa sume akan jadi baik semula, dan kebenaran tertegak. Ameen..

Anonymous said...

kalau peluru kata tu terlalu laju.sori la ek. sedang selesema dan asyik fire org je sejak dua menjak eh.:)

tak lame nanti kendur la. dah tua la katekan. :P

As said...

to anwar:
Takpe, nuar nye peluru tetap sopan, tajamnye beralas ;P

Suke buat pembakaran terbuka eh 2-3 menjak neh. Isk3. Nanti as report kat bomba.

Teruskanlah, jangan patah tengah jalan. Teruskan pertahan apa yang rasa benar, ni jelah medium lidah kita..antaranya..

Anonymous said...

salam sis
bagus tulisan ni..sgt berilmu..saye pon x penah tau psal ni.maybe dlu x pay attention sgt kot time klas history..adeihh
mjur kita ade blog skarang ek..
truskan sebar ilmu sis..

jzk

As said...

to Pamie:
baek, kite cuba optimize kan blog2 kita :D inshaAllah