18 May 2008

Kampung Tujuh warna

Kinabalu view from Kampung Tujuh Warna, right before Maghrib

tinggi-tinggi gunung kinabalu
tinggi lagi sayang sama kamu
biru-biru gunung kinabalu
tengok dari jauh hati saya rindu

kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur boleh pilih-pilih
apa guna pergi luar negeri
dari kinabalu hati saya rindu
Saya rindu!

Lagu yang adik adik di sabah ajarkan pada saya. Panjang, tapi saya lupa. Adik-adik yang sangat mesra, mengulang-ulang lagu hingga serak suara :) terima kasih!

Dalam perjalanan pulang dari Taman Negara Kinabalu, singgah di sebuah kampung, masih di area Kundasang. Permandangannya sangat cantik dan of course sangat sejuk. Betul-betul menghadap Gunung Kinabalu. [refer gambar di atas]

Nasib kami baik kerana jika terlewat sedikit, awan akan menutupi pemandangan. Nama kampung tu Kampung Tujuh Warna. Ada sebab di sebalik namanya. Tujuh warna itu diambil sempena keberadaan pelangi setiap petang sebelum maghrib di kampung tersebut. hari-hari tiap- tiap petang..huu..sangat menarik..
Ni antara gambarnya..
Awan semakin menutupi



Tujuh warna itu diambil sempena keberadaan pelangi setiap petang sebelum maghrib di kampung tersebut. hari-hari tiap- tiap petang..huu..sangat menarik..
Ni antara gambarnya..






kejadian 'alam, semuanya indah..subhanaLLah..

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu)ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaan Nya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu)menggunakan akal fikiran."

(AlBaqarah:164)


wallahu'alam

4 comments:

izzah said...

waaa..bestnye kampung tu,tetiap hari dapat tengok pelangi..subhanallah..=)

izzah said...
This comment has been removed by the author.
As said...

na'am, tambah sejuk lagi dan asyik mendung...best.. :)

pai_ilham al-adwa' said...

salam..bestnye..dpt tgk pelangi..dh lama tak tgk pelangi nh...alhamdulillah..hebat penciptaanNya..