26 May 2008

Tawakkal itu didahului dengan usaha!

Nota: Sila baca entri ini dengan minda terbuka. Maaf jika kali ini saya terlalu terbuka. saya kira negara ini masih negara demokrasi. Mungkin ;)

Saya tidak suka melihat berita di waktu prima. Buat saya makin buntu dan sesak dada. Ini lagi satu isu yang suka nak saya sentuh. Kerna ia pernah melibatkan saya. Isu baju sekolah pelajar perempuan yang seksi dan menyumbang kepada berlakunya kes rogol. Di sini dan di sini.

Menjauhi blog selama beberapa hari, mendekati berita waktu prima pula. Tertarik akan isu ini. Sepanjang melihat komenan menteri-menteri di kaca televisyen, kesemuanya menyalahkan perogol. Memang salah perogol tuh, tapi sekurang-kurangnya ada usaha kita untuk mengelakkan berlakunya perkara ini. Lebih mulia sesuatu kegagalan itu apabila telah disertai usaha.

Jika dibaca di sini, katanya
"luahan daripada orang ramai dan pihak-pihak tertentu yang mengatakan pakaian seragam pelajar perempuan seksi diserahkan kepada para pegawai di kementeriannya yang pakar mengenai perkara itu untuk memikir dan mengkajinya"

Saya fikir, yang paling pakar dalam hal ini adalah mereka yang memakai baju warna putih itu sendiri, iaitu pelajar perempuan itu sendiri. Bukan pegawai-pegawai di kementerian. Apa kata ambil pendapat pelajar secara rawak daripada pelbagai jenis sekolah dan kawasan. Alamak, mesti dikatakan mereka leceh pula. Kan? :P

Sejak Darjah 4 baju sekolah saya sudah bertukar kepada ungu. Kasut pun bertukar kepada warna hitam. Jadi, saya ingat-ingat lupa memori baju putih di sekolah rendah. Masuk Tingkatan 1, saya ingat lagi, sakit jiwa dibuatnya hendak mencari baju putih yang tidak nampak warna kulit. Susah!

Dan akhirnya memang tidak dijumpai melainkan kain tebal, itupun masih nampak. Tak percaya? Boleh cuba pergi ke hospital dan lihat baju para jururawat. Susah hendak saya jumpa baju jururawat yang tidak telus nampak. Akhirnya setiap hari saya lapisi dengan baju lain sebelum menyarungkan baju putih sekolah.

Saya sekali lagi terselamat daripada baju putih itu apabila ditawarkan oleh pihak sekolah untuk menyarungkan baju biru sebulan kemudian. Selamat. Rasa sangat selesa ke sana ke mari dengan baju sekolah yang bukan berwarna putih.

Di sini telah masuk dua isu, menutup aurat dan melindungi diri dari perogol. Menutup aurat itu yang paling utama kerana rata-rata baju sekolah itu jarang. Paling kurang pun, ada usaha untuk melindungi diri. Melainkan hendak memaksa kesemua pelajar perempuan memakai dua lapis baju. Tapi, sanggupkah guru disiplin yang seorang itu hendak memastikan semua ini diikuti? Dan patuhkah semua pelajar? Ataupun pakai sahaja tudung labuh. ;)

Di sini memang saya mahu cadangkan supaya sekolah-sekolah kerajaan mencontohi sekolah-sekolah swasta yang warna bajunya bukan berwarna putih. Ataupun contohi warna baju sekolah-sekolah di luar negara. Juga, wajibkan tudung buat pelajar beragama Islam. Saya sendiri pernah merasa tersiksa dengan baju putih itu!

Lebih dihormati diri wanita yang dirogol jika pakaian mereka seperti yang disyariatkan oleh Islam. Itu namanya sudah berusaha, daripada bulat-bulat berserah pada takdir. Bukankah tawakkal itu selepas berusaha bersungguh-sungguh..?? Adik darjah satu pun tahu agaknya ;P

Memang terbeban bagi mereka yang berasal daripada keluarga yang susah. Perkara ini tidak dapat tidak memang boleh dibantu dengan dana. Jangan nafikan! Tambahan pula, ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa. Beri masa kepada ibu bapa, dimulakan pada sesi persekolahan tahun depan pun sudah baik.

Sebelum kelima-lima jari menuding kesalahan pada perogol, lihat dulu apa yang telah kita lakukan. Usaha kita dan pengaruh media sendiri.

Ini belum masuk isu pakaian remaja masa kini dan lain-lain lagi. Oh dunia..jika dikumpul semuanya, sudah cukup layakkah negara ini menjadi negara Islam..??

wallahu'alam

14 comments:

Anonymous said...

sokong!!!!!!!!!
tak caya baca kat
CDR

Unknown said...

salam perjuangan...:)

ya, siapa setuju angkat tangan!

ana sokong 110%

cadangan nak kuatkuasakan pertukaran warna baju bermula sesi tahun depan wajar. sementara itu, wajibkan pakai tudung labuh dan pakai baju 2 lapis

Anonymous said...

Mahu dikomen..tak perlu rasanya...semua sudah jelas.. nyata lagi bersuluh..

lelaki matanya lain dari mata seornag wanita..perintah pada lelaki hanya 2, jaga mata dan jaga kemaluan..sedangkan untuk wanita...

itulah agama..memberi keselamatan dunia juga kecemerlangan akhirat..

As said...

to matematis muda:
Ya, sudah baca. Tak sangka ramai pulak yang da buat entri ni. :D Baguslah ramai yang ambil tahu

to badrul:
Bad, larat ke cikgu disiplin nak take care ye..salu fikir, dr zaman skolah lg.. :)

to umar al fateh:
benar..setiap yang disyariatkan semuanya bersebab dan berhikmah. Tinggal kita manusia je rasa sgat susah nak ikut..

wallahu'alam..

Anonymous said...

Jangan jarangkan baju anda para wanita muslimah. anda bakal diperhatikan...

Unknown said...

salam perjuangan...

kalau yg baju 2 lapis maybe cikgu disiplin susah nak kawal, tetapi kalau perintah tudung labuh tiada masalah rasanya...

apa pun kefahaman islam yang harus ditekankan, kenapa mereka harus menutup aurat? jangan bertudung mengikut fesyen @ sekadar peraturan plak...

As said...

to anwar yassin:
syukron atas ingatan. Rasanya jika hanya sekadar rasa malu itu ada pada diri, semuanya beres. Sebagai permulaan untuk mematuhi arahan Ar Rahman..

to bad:
masalah utama tu macam bad cakap lah, penekanan dan kesedaran agama. Kalau dari kecik2 ibu ayah ajar pakai tudung, secara automatis terbiasa sampai besar.

So takyah da susah2 bile besar. Memang akan ada yang terpsong sket, tp sekurangnye tak ramai dan tak jauh kalo dr kecik da didik dengan Islam sebenar.

Komen lagi kang jadi entry plak kat sini :P

hehe.

wassalam

Master J said...

Salam...

4th blog dgn post psl isu nie..mmg hangat pny citer nie..hehe..

wajibkan pakai tudung 2 mmg mesti..basic sgt2 2..

kaler xde beza i think..kalo putih tp xjarang ok jer..org g haji pakai kain putih..xde pun nk rogol2 =p

main thing is perangai bdk2 zaman skrg..ajaran agame ketara sgt xde..xpun sgt minimal..ibu bapa xmainkan peranan..government pun sama..

kita sama2 usaha utk berda'wah dan berdoa lah "negara Islam" kita nie xkn makin teruk...

Islam Hadhari...kemanakah anda membawa kami??

As said...

to Master J:
:D

itulah, ramai yang bersuara rupenya. Great!

Kalau tgk sekolah2 di bandar, pihak sekola tak wajibkan tudung even di sek men. Sampai ade sesetgah sekolah yang tidak bertudung lagi ramai. Sebab tu minta wajibkan tudung.

orang gi haji, kalo laki pasan tak kain ihram tebal mana. hehe. Yang perempuan pulak, telekung putih (dan ramai hitam jugak) tapi di dalamnya ade jubah atau baju laen yang lapisi. Kalau jubah putih pun, masih ade baju lain di dalam.

Itulah yang dikatakan tadi, penat jugak kalo nak kuatkuasa baju dua lapis ni, Malaysia lak iklim tropika. Tapi panas dunia ni apalah sgat kalau nak banding dengan panas akhirat. Haiz..

Benar, semua pihak perlu main peranan. Terutama penguatkuasaan undang2 dan peranan ibu bapa. Memang sesuatu yang baik itu kadang bermula dengan paksaan, lelama, hati jadi lembut sendiri. INshaAllah.

(yang di atas tu sume melalui pengalaman.. :D )

Thanks Jay

Unknown said...

Juga, wajibkan tudung buat pelajar beragama Islam.
kenyataan ini saya sokong. juga merupakan cadangan saya dalam blog dammit.. :D

Anonymous said...

ini realiti yg kita boleh lihat... seorang pelajar perempuan Islam, balik dari sekolah melucutkan tudung, menaiki motosikal ala2 rempit, pergi ke kedai berkepit, balik dari kedai bawa rokok berkampit.

macam puisi pula. tapi fikirkan kesalahan2 yang mereka lakukan. Ini realiti. kalau dikota adegannya semacam yang kita tahu. di kampung pun semakin menular...

apakah tindakan kita ?

Anonymous said...

sgt setuju utk tukar kaler pakaian skolah tu..mmg x nafi kdang2 baju diorang sgt transparent.huhuu..tp saye rase even tukar kaler pom, bagi yg jenis suka pkai seksi akan stil cari jln utk wat baju diorang jd seksi even tukar jadi kaler hitam pon.huuu...saye rase hati kene tarbiyah dlu la..org yg x pandai bwk keter and accident,maybe org ckp keter tu laju sgt.kene tukar keter yg slow sket kot..tp kalu driver dah mmg jenis x reti bwk keter,tukar la keter pape pon akan still accident..

Wallahua'lam

As said...

to pamie:
Benar yang sangat. Sumenye kena back to basic = back to Islam. Cara-cara yang da ISlam gariskan da cukup cantik. Kalau follow sume ni, selamat sejahtera semua umat manusia..

wallahu'alam

Anonymous said...

awal yang baik