Ya, setiap masa handset akan terlepas dari gengaman saya. Berkecai itu perkara biasa, namum nampaknya ia tough seperti tuannya. Cuma kadang-kadang ia jadi pening-pening sedikit dan suka mematikan diri secara tibe-tibe. Mungkin kerana banyak kali terhentak.
Bukan sahaja handset, malah buku-buku, pencil case, pen pensel, kunci, atau apa sahaja yang di genggaman tangan saya, mudah terlepas jatuh ke lantai. Tapi belum pernah lagi saya jatuhkan mana-mana bayi, mungkin kerana berada dalam dakapan. Heh.
Bukan saya sengaja, tapi saya sangat berusaha, namun saya tidak berjaya. Di rumah atau di hostel, saya lebih memilih untuk menggunakan pinggan/gelas yang langsung tidak fragile. walaupun kata ibu, tak bagus guna barang-barang adik-beradik plastik itu, namun saya terpaksa.
Hinggalah minggu lepas apabila doktor bertanya pada saya adakah saya sentiasa menjatuhkan barang-barang. Owh, rupe-rupenya ia kerana penyakit saya. Patutlah sedaya mana saya berusaha untuk cermat, tetap tidak berjaya.
Handset saya yang ketiga ini dibeli awal tahun 2006. Akhir-akhir ini ibu tawarkan handset baru lagi, katanya sudah masa menukar handset, tapi saya tak terdaya nak menerima. Nanti saya jatuhkan lagi...hmm...
Bile saya akan sembuh ye..
6 comments:
Sakit apa tu Hasanah? Tremor ke? Saya pernah kena Tremor Essential.
Essential Tremor..ni neurological disorder aite, mcam salu shaking and etc. Like movement disorder.
No, Im not :)
Ade something else =P
Owh. ya ya... ni lain ek?
Hmm tak pandai saya pasal penyakit nih unless baca di wikipedia. hehe.
Saya dah tag awak... =)
uiks...tuan hamba tag beta?
ya sudah tag hehe... dan dah masukkan dalam link friends hehe ;)
hm...blekah sy dapat bersemuka dgn kamu ye??nk tgk camne skrg..be tough my dear frens..setiap sakit ade ubatnya except mati..wallahu'alam...
Post a Comment