5 May 2008
Ceritera
Nota kepala: Berikut bukan merupakan kesah pelajar-pelajar perubatan dan mungkin ada rekaan sedikit kerana terlupa situasi sebenar yang berlaku sebulan ++ yang lepas. Jadi fakta medik mungkin ada yang merapu sedikit, sebab sekadar cerita saje2 untuk diambil manfaat.
Dia (yang duduk ketiga dari kiri) mula menunjukkan tanda-tanda demam pagi itu. Kami semua rasa kesian kerana ketika itu minggu peperiksaan akhir semester kedua tahun pertama.
Ketika kami bertiga sedang makan pagi, dia tiada. Kami memanggil, tetapi senyap. Saya menjenguk ke biliknya.
"Kak wani, tak makan skali?" Saya menjenguk, dia di katil, muka tak larat. Kakak, kerana lebih matang setahun daripada kami, produk DQ(Darul Quran).
"Macam nak demam.." Katanya. Saya rasa dahi, panas.
"Panas je ke? Ada sakit tekak ngan selsema?" Tanya saya. Dia menjawab, katanya baru mula sakit tekak. 'Biasalah nak demam, sakit tekak dulu, dahla musim imtihan ni', kata saya dalam hati.
Malam, die mula batuk-batuk. Esok ada peperiksaan. Dia sangat tidur awal, bangun agak lewat. Mungkin sistem imun badannya bertindak balas memberi reaksi tidak larat. Bangun pagi saya risau. Sudah saya pesan semalam, kalau hendak saya terangkan sila beritahu, saya akan tolong(walaupun saya pun huru hara lagi, tapi takpe, kawan-kawan kan ramai). Keje saya keluar masuk bilik dia.
Selepas peperiksaan saya minta dia jumpa doktor di klinik uia. Tak pasti die pergi atau tidak, atau tiada doktor bertugas. Yang pasti malamnye makin teruk, suara serak. Saya risau, paper banyak lagi ni.
"Kak wani, as check tekak bleh?" Saya bertanya, die macam nak tak nak. Memang orang sakit kena paksa sket. "Tikah (die yang paling kiri), pinjam pen torch sat." Tikah muda dua tahun daripada saya. Tinggallah bilik saya berbagai usia.
Pen torch adalah sejenis torch light berbentuk pen yang budak-budak optometry gunakan untuk periksa mata. Tapi saya fikir, boleh je wat check tekak kot. Huhu.
Saya periksa tekaknya, gulp!. Ada bintik-bintik putih di kawasan tonsil kedua-dua belah.
"Kak wani, tonsilitis!"Haha, saya pun agak terkejut. Senangnye die kena tonsilitis (jangkitan pada tonsil)(ape itu tonsil, kite cite lain keluaran).
Bukan terkejut sangat, sebenarnya, sangat risau. Ape lak kena tonsilitis zaman tengah imtihan nih. Takpelah, life is a test. Jaie dan tikah terdengar agaknya, sebab mereka berdua datang menjenguk ke bilik saya.
"Mana, nak tengok gak." Lihat, dan memberi pengesahan.
Saya cerita pada dia dan mereka, takleh biar, saya bimbang takleh bercakap terus dek kerana datangnya nanah pula. Ketika itu pun serak benar suaranya. Saya minta dia segera ke klinik, die perlukan antibiotik segera. Belum teruk lagi tonsilitis nye, antibiotik cukup.
Dijadikan cerita, telah bepergian ke klinik uia, doctor on duty lost. Die keluar mencari klinik bersama atikah, tak jumpa. Heh, mcm mana boleh tak jumpa. Ke liat nak jumpa doktor, isk..
Tiap malam saya pantau keadaan dia kerana dia taknak jumpa doktor. Kononnya makin baik. Heh.
"Kak wani, only kat bilik ni takde antibiotik, if not I wont ask you to go and meet one."
Sampailah suatu malam, saya tak mampu nak duduk diam. Dia pun semakin teruk. Jam sudah 10.15 malam. Lewat lah tuh kalau perempuan nak kuar drive.
"I dont care, you have to go with me tonight." Ada berunsur paksaan, dan saya drive die ke klinik. Saya bimbang kertas-kertas seterusnya.
Saya menuju ke klinik abang sepupu saya.
"Dianosis?" Soklan pertama abang sepupu saya.
"Erk..perlu ke tanya? Erm..tonsilitis.." Jawab saya sambil dia periksa.
"Okay, antibiotics." Katanya. Aperti yang saya katakan, hanya kerana tiada preskripsi ubat di bilik. Lagipun atibiotics mana bleh suke2 je nak bagi.
Kami pulang selepas 10 minit di klinik. Drive 14 minit round trip. Total up 24 minit. Balik study.
Moral: Kena be concern, in anything. Ape die? Fikir sendiri. Huu.
wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment