31 May 2008

InshaAllah

When you say something or giving a promise, in anything, dont forget to say InshaAllah, only with His willing.

FIRMAN ALLAH-
"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "INSYA ALLAH". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini".
[SURAH AL KAHFI 23-24]


Apabila Nabi SAW ditanya oleh musyrikin Mekah tentang 3 perkara: pemuda yang memasuki gua di zaman awal, lelaki yang berjalan sehingga ke timur dan barat bumi dan tentang roh. Nabi menjawab: ‘Saya jawab soalan kamu esok’ tanpa menyebut insyaAllah. Selama 15 malam Nabi menunggu wahyu tanpa jawapan, sehingga penduduk Mekah gempar dengan perkara tersebut. Akhirnya Jibril turun membawa surah al-Kahfi. (Tafsir al-Munir; juz 15 ms 215)

Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda: ‘Nabi Sulaiman bin Daud berkata: ‘Aku akan berkeliling malam ini kepada 70 perempuan-dalam satu riwayat 100 perempuan- setiap perempuan dari mereka akan melahirkan anak lelaki yang berperang untuk agama Allah.’ Dikatakan kepadanya-dalam satu riwayat: Malaikat berkata kepadanya: Katakan: ‘InsyaAllah’ tetapi Nabi Sulaiman tidak menyebutkannya. Baginda berkeliling kepada semua isterinya itu. Akhirnya semuanya tidak melahirkan melainkan seorang wanita, itupun ‘separuh manusia’ (Dalam hadis disebut: nisf insan). Nabi SAW bersabda: ‘Demi diriku yang berada ditanganNya! Jika Nabi Sulaiman berkata: ‘InsyaAllah, ia tidak membatalkan sumpahnya dan tentu ia akan dapat apa yang ia hajati’ dalam satu riwayat: ‘Tentu mereka semua berperang fi sabilillah sebagai pejuang semuanya.’ (Tafsir al-Munir; juz 15 ms 228)

Thus, do not foget to say InshaAllah..nampak mudah dan remeh, namum impaknya besar dan menunjukkan pergantungan kita padaNya. InshaAllah, wallahu'alam

12 comments:

Unknown said...

salam perjuangan...

subhanallah...

empat hari berturut2 update blog!

insya allah ana akan cuba mencontohi kerajinan nti...

p/s: bagaimana pula dengan yg mengatakan insya allah utk berbuat maksiat??? :(

Matematis Muda said...

alaaa
baru nak buat entri pasal insyALLAH
tunggu a lg dua tiga minggu tulis blk
huhu

Anonymous said...

tabahnye la sorang ni...
dalam dia duk ngadu tu, banyak pulak entry dia..

moga dikuatkan hati, diluaskan rahmat, ditambahkan rezeki dan moga terus istiqamah..

As said...

to Bad:
InshaAllah untuk maksiat, terang-terangan da salah Bad. :D Bad tolong jawabkan lah, kamu lagi 'arif

to MM:
Dah namanye pun sepupu sepapat, maka kepala juga inshaAllah sepakat :P Apa kata kamu buat entry pasal saying inshaAllah for ma'siat

to Umar:
entry yang sebelum ni nampak ngat cam mengadu ke? ;) Sebab depa asyik duk tanya, memenuhi permintaan mereka sekali sekala dalam kepahitan. Haha, pahit sebab susahnya nak bercerita camtuh :)

InshaAllah,moga sama2 terus istiqamah, ameen...

Badrul Aini Sha'ari said...

salam perjuangan...

haha, betul2...sje je...

tq sbb sudi berkongsi kisah...

sharing is caring...:)

Master J said...

Salam..

good post sis..good topic too. mmg ramai org lupa sbut insyaAllah biler mbuat pjanjian..diorg lupa yg smua blaku dgn izin Allah kut..sy x terpikir plak eh topic nie..hehe..br buat post psl topic lain..bc ye =p

tp kan..masalahnyer plak biler org guna insyaAllah tanpa menyedari maksudnya..mcm bad kata td..ada yg kata insyaAllah biler nk buat maksiat..ada yg kata "insyaAllah sy akan pegi klas esok" wpun dia xde niat langsung nk pegi..mcm buat janji kosong..tp pakai nama Allah..e2 problem jugak 2..

Unknown said...

salam perjuangan...


masterj said:

ada yg kata "insyaAllah sy akan pegi klas esok" wpun dia xde niat langsung nk pegi

haa, jawab tuan rumah, jangan tak jawab... :P

Anonymous said...

insyaAllah tu takde la sy cakap bila nak buat maksiat ke hape ke(lolz)..tapi yang selalu sy gune masa ragu2 nak jawab..cth, org tanya, ko nak pegi prep tak nanti?..ha~mase ni lah sy selalu sgt jawab, INSYAALAH..

so macam ne tu ea?bulih ke dok?
(sory, tapi rasenye dah jauh melalut..cam takde kaetan je ngn entri ni(read:entri pasal insyaAllah nak buat perkara yg dah pasti dan janji)..

p/s, baru je tau As tu same je ngn NMZ..selama ni ingat org laen2, tp gune blog yg same..(ingatkan As tu family member ke memember NMZ..)hoho~:)

Anonymous said...

salam perjuangan...

to al ikhsan:
kita serupa...haha...

ana dulu pun ingat kan NMZ, As dan kalau tak salah ana, ada lagi nick name die...:P

Anonymous said...

@ badrul

haha..yeke?ingatkan ana sorg je yang konpius dengan nickname2 NMZ..huhu~kita mmg serupa!! =P

@NMZ
aish, ape cerita ni..dah 2 orang dah yang konpius ngan nickname2 tu..hohoho~

As said...

to everyone:

Tuan rumah lesap sementara. Persoalan di atas kena bukak forum nampaknye. Bagaimana pandangan sahabat2 semua ye. InshaAllah kalau ikutkan salu time ragu2 kita semua biasa guna.

Tapi as sengaja sebut pasal ni sebab nak kongsi pentingnya guna inshaAllah even untuk perkara yang kita yakin akan terlaksana, kerana Allah sudah terlebih dahulu merancang segala sesuatu untuk kita.

InshaALLAH untuk maksiat..hmm..eloklah tu, dengan izin Allah jugaklah berjaya atau tidak dia buat maksiat, sekurang2nya ingat jugak die kat Allah. Huhuhuhu.

Heh, as memain je. Menggunakan nama Allah untuk melakukan maksiat. Macam mana tu ye..

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

Salam..sekadar brkongsi pndapat brdasarkan ilmu dan pengalaman yg cetek ni..menggunakan kalimah insyaAllah untuk membuat maksiat sama la seperti menganggap perbuatan maksiat yg akan dilakukan tu dibenarkan oleh Allah..sbb insyaAllah tu raseny mmbwa sama mksud dgn biiznillah..so bila kita sebut insyaAllah bila nk buat mksiat,kita seolah2 yakin bahawa prbuatan tu akan diredhai Allah..x ke menghina Allah Yang Maha Suci???..segala puji bagiNya dari sifat2 tercela..