6 June 2009

Aku kini ada di sini


I am now shifting to another hospital ;)

Petang semalam aku bertugad di wad-wad, macam biasa di NICU (ICU pre-mature baby) dan ICU (adult). Bila di NICU macam biasa, aku akan termenung merenung bayi-bayi comel sebesar tapak tangan dan tapak kaki. Macam-macam size.

They are adorable. Aku takleh kot kerja kat NICU nanti kerja terbengkalai dan asyik renung bayi-bayi je. Paling best time diorang nangis berjemaah, meriah! Huhu :D

Di ICU macam biasa aje, cuma semalam terkena sampai di sana waktu melawat. Jadi adalah drama sikit. Kami selesaikan seorang pesakit ini, bila siap, bukak langsir, aku termangu tengok seorang anak menangis-nangis memeluk ibunya. Bila aku perhati, pesakit tadi ayahnya.

"Lama sangat tak jumpa ayah, mak...jumpa-jumpa dah macam ni.." Sambil menangis haru amat dan ulang-ulang ayat sama.

Ha, korang kalau rasa jarang gila kol mak ayah, sila berbuat demikian segera. Kalau rasa jarang sangat balik rumah pun silalah pulang juga. Kol je dah cukup pastikan sume okay..

Lebih dari itu hati aku yang runtun time tu, aku teringat jugak kat mak. Zaman mak di ICU dulu memang aku cuba bertahan, tapi usia yang sangat muda buatkan aku tak berjaya menahan rasa dan airmata.

Last-last skali sambil duk tolak equipment nak pi ke pesakit lain, mata aku lak yang bergenang dengan air. Heh. 

****************************

Ok sudah ah ape la feeling feeling lak. Haiyoh~

Mari cerita best sikit. Beberapa hari lepas di hospital, di department kami. Aku terdengar seorang staff panggil kawan aku ni gaya serius punya. Macam nak tegur sumting je. Beliu duduk di kerusi dan panggil kawan aku. 

"Najwa, mari sini sekejap." Panggil beliau. Aku just memandang dari jauh sebab aku tengah hectic dengan pesakit. Dan ada dua lagi staff turut sama ada.

"Duduk sini." Tegas amat.

 Aku nampak kawan aku duduk dengan gaya teragak-agak di kerusi sebelah staff tu. Yelah takde angin takde ribut tiba-tiba je gaya nak marah. Kemudian staff tu bersuara,

"Nah amik nih." Sambil letak depan Najwa sebuah kotak kecil dan menyambung, 

"Ni makan terus." Kemudian sekotak lagi dikeluarkan, sambil menyambung,

"Yang ni rebus dulu dan  minum airnya." Dengan muka serius.

Masa tu aku tengok Najwa dah gelak sakan. Aku yang kebetulan dah selesai dengan pesakit aku, terus menghala ke arah mereka, aku tertanya-tanya what oh earth had happened. Dan mereka terus sambung lagi,

"Kalau tak habis, suruh kawan-kawan awak minum sekali air rebusan, ni ajak As sama nih."

Heh aku blur, apsal aku plak. Kemudian aku tanya Najwa ape kes senanya. Bila Najwa hulur dua kotak kecil depan muka aku, giliran aku pulak gelak sakan. Haha.

Korang nak tau ke ape benda, jap eh, tengok bawah neh. Dan baca betul-betul tulisan dengan marker atas kotak tu.

 mangsa bersama bahan bukti telah dilarikan ke tempat yang lebih selamat

Sekarang kau faham ke kenapa aku bold nama Najwa, tambah lagi aku tak suka state nama sebenar orang kat blog ni. Heh.

Kata Najwa die gelak sangat bukan sebab nama dia, tapi sebab gaya staff tu macam pharmacist tengah bagi ubat.

"Ni makan terus." Kemudian sekotak lagi dikeluarkan, sambil menyambung,

"Yang ni rebus dulu dan  minum airnya." Dengan muka serius.

Pagi semalam semua staff asyik usik kami. Kami tak buat kerja clinical tapi sengaja duk buat kerja Fizik guna densitometer buat graf. First time buat jadi asyik tak faham dan salah buat. Dan staffs asyik usik cakap nak bagi 5 kotak lagi kismis Najwa. Haha.

Siap nak bagi number phone pakcik yang jual kismis Najwa lagi. wahaha.
Aku dan Najwa sabor jelah. Heh.

Have a great weekend guys~

11 comments:

joegrimjow said...

smoge sentiase tabah!

neem said...

Allah akan gantikan dgn yg lebih baik ^_^

Fatin Baharum said...

baby nanges berjemaah, mcm sonok je dgr. tp, cmne leh jd berjemaah ea? sbb 1 bby nanges, kaco bby laen tido, so, ngamuk, bby 2nd pon nanges, melarat smpai ke baby lain, gitu? hehe.`

nway, kdg² manusia xsedar la. bila ada dpn mata, abaikan, bila jauh, kenangkan.

paling suka lagu s07, tp, xtau da tittle lagu nih : "kau xkn pernah tau apa yang kau miliki, hingga nanti, kau kehilangan".

sanah, mcm xde kaitan sgt je comment ak nih. nape nth. *emo*, kot?

Huzai Mansor said...

Da boleh rilek sikit eh? Haha

zulyunus said...

Kelakar juga tu...haha.

alifzaimimra said...

hee~~

MAR said...

hehehe..
comey la staff tu wat gaya camtu..
sian k.najwa~
cuak je memula..
hm, staff2 kat hosp mmg sume baik2 ke ngan stdnt?

As said...

joegrimjow
yosh syukron 'alaik!

***

neem
always that way neem

***

fatin nabila
haha
as pun tak faham nape nangis berjemaah :D
pelik2 la jugak baby2 neh, heh.

many people take things for granted..as pun sama da kadang2...aduhai

atin, tolong carikan lagu tu leh :D

***

huzai
sikit lah besar kuman
amacam ok tak?
haha

***

zulyunus
waaah lama tak nampak :)

***

alifzaimimra
hehe awat ni sengih2 :P

***

MAr
tgk jugak lah mar..
tgk banyak faktor ;)
nanti ah akak cite

Anonymous said...

Bes gak r korg praktikal kat hospital. Kitorg wat bodo je la kat farmasi yg kecik2 neh. cam katak pon ade. haha.

cerita di atas sedih btol. pas2 diobati dgn cte lawak plak.

mangsa said...

kenangan sungguh
kat wad memang sedih
kat dept memang kelakar
huhu

Anonymous said...

ayat last tu saya baca
"have a great guys" instead of have a great weekend guys!

Lol