1 February 2009

Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.

Oppss...maaf jika ada yang trasa. Ini cuma realiti kehidupan hari inilah. Tah ade kaitan tak dengan isi entry aku nih.

Semalam aku melakukan usaha menjejak ubat. Biasa ubat yang aku jejak susah nak jumpa. Dan wajib dengan preskripsi dari doktor, tak boleh suka hati je mintak dengan pharmacist. Akhirnya jumpa jugak, alhamdulillah. Tapi dah naik harga rupanya. RM35.90 untuk 5 bijik. Isk3. Dulu RM5 je sebijik.

Hairan jugak pharmacist tu jual kat kami even takde prescription. Tapi kira untung di pihak akulah, sebab ubat tu sangat diperlukan di saat-saat genting seperti semalam. Kat klinik pun tak jual.

"Jarang orang beli ubat nih." Kata akak pharmacist tuh kat kawan aku. Aku hantar wakil je pergi belikan sebab aku baru je singgah ke farmasi depa dua hari sebelumnya :D

To get better treatment, you need to pay more. Kau pergi ke klinik pun susah nak jumpa certain ubat. Doktor pun kebanyakannya tak sanggup bagi ubat bagus-bagus sebab mahal. Sebab tu aku tak pernah suka ubat di hospital kerajaan even they said they will give you the best.

Doktor-doktor pun duk fikir hari-hari, treatment ape yang boleh buat duit banyak. Siyes wa cakap lu. Cuma sesetengah nye aje yang betul-betul nak tolong pesakit, dari segi financial lah. Yang dapat duit banyak tuh pun nak tolong patient jugak ;)

Banyak duit Malaysia dilaburkan kat benda-benda yang tak terlalu penting, aku rasa duit tu lebih tersangat extra baik nya jika sponsor SEMUA pelajar di SEMUA peringkat pengajian. Dan juga tersangat extra bagus kalau guna duit tuh untuk support FULLY bayaran hospital orang-orang yang tak kaya. Maka takdelah wujud hospital swasta dah, semua hospital sama je layanannya. Semua bagus. Sebab service mereka dibayar secara berbaloi oleh kerajaan.

Tapi realitinya hari ini, orang kaya-kaya, kenamaan, menteri-menteri, datuk datin dan sebagainya, kalau kena undergo surgery, angkat telefon dan cakap dengan menteri memana yang dikenali,

"Hallo, saya kena buat pembedahan esok, bayaran RM45000. Erm, kerajaan boleh bayarkan kan?"

"Ye boleh-boleh."

Ini yang namanya orang kaya semakin kaya.

Orang miskin pulak, bila nak buat pembedahan terpaksa lah buat iklan kat suratkhabar mintak derma apa segala. Naseb baik rakyat Malaysia jenis pemurah dan baik hati. Isk3.

Ini yang namanya yang miskin semakin miskin.

isk...ni takleh ni. Banyak benda lagi yang menyebabkan orang kaya semakin kaya, dan orang miskin semakin miskin. Isk. Kalau aku cakap lagi nanti lagi ramai yang emo baca entry ni. Ahaks :D


update:

senanya aku duk fikir, aku sangat beruntung, walaupun tak senang, but still bolehlah ibu ayah bagi aku duit nak beli ubat-ubatan mahal yang mcm aku state kat atas, dan bolehla sket nak tanggung kos perubatan aku segala bagai.

Aku terfikir, kesian sangat kat orang susah yang takde duit. Tahan jelah sakit kat umah. Atau bertahan jelah dengan ubatan biasa. Atau tunggu mati jelah sebab takde duit nak buat pembedahan. Dan tengok jelah anak tunggu kematian, atau tengok jelah anak meraung sakit. (waaa...aku sebak..bukan pe, tringat, susah-susah mak ayah aku tanggung perubatan aku sbb tak sanggup tgk anak sakit..even ayah dan ibu sentiasa mengatakan "takpe, ade je duit, jangan risau, pergi je trima the best treatment"..tulah hati mak dan ayah..)

T_T


p/s: Orang kaya yang sedia kaya, siap dapat free lagi di hospital kerajaan. Haiz....negaraku Malaysia.

24 comments:

Faisal Admar said...

tak perlu pergi jauh tengok je claim di pejabat-pejabat kerajaan. boss-boss kelayakan claim banyak gila, tapi yang bawah-bawah tu semua kelayakan sikit gila. sepatutnya terbalik lah kan sebab salary dah le beza macam langit dengan bumi.

setuju sangat yang kaya semakin kaya dan miskin semakin miskin :)

Anonymous said...

kena pk jgk yang bos-bos tu pada la dengan pangkat dia.

As said...

faisal admar
one of it
kan best kot kalau yang di bawah dapat claim sama banyak..ngeh3.
tu pun kalau jelah. tapi adatnya begitulah.

***

anony
yup padan2, susah2 die blaja tinggi2.. :D

konsep kaya makin kaya miskin makin miskin, ade application die. bukan sume termaktub bawak konsep tuh. Tapi banyak ah.

Faisal Admar said...

still kaya semakin kaya and miskin semakin miskin konsep kan?

memang la padan dengan pagkat dia, tapi apa context yang kita cakapkan di sini?

tak sama dengan menteri yang dapat macam2 allowance dan yang kita rakyyat biasa kena tax dan tiada allowance vacation semua tuh?

so if nak cakap pangkat dan patut ke tak, better tak payah cakap kaya semakin kaya dan miskin semakin miskin ye tak? :)

p/s: kebanyakan bos-bos di ofis tu padan dengan pangkat yes, tapi cert dia tu tinggi dari yang bawah tu ke? untung manusia kan? :)

As said...

yes faisal
u got my point
cuma as malas nak taip tadi heh
pastu blog ni bleh la kot nak masuk ISA sbb condemn 'orang kaya'.

Eh, kata negara demokrasi, sukati kita la kan nak katakan yang benar, hak rakyat :P

haha

;)

Anonymous said...

ok, Tuan baru jer terkena

Medicine Rm50
Consultation Rm50
TOTAL Rm100

padahal kalu gi klinik pakar USM free ajer

Dr sama, ubat sama, cakap pun sama

ps. Tuan terlalu naif 2 minggu lepas. huhu

Anonymous said...

adeh. mahalnya ubat. mula ingatkan ubat harga 35.90 untuk satu botol yang ada berpuluh pil. tengok2 5 bijik aje! fuh! [diya tak biasa ngan ubat2 mahal, jadi agak excited laa =p ]

uhu. satu lagi yang diya tak tahu. apakah MEMANG kerajaan bayar surgery untuk orang kaya2? oh my ... it's not fair!

Anonymous said...

bidang perubatan ni dah jadi industri nak kaut keuntungan je sekarang ni.. contoh paling tepat, sime darby nak ambil ijn. tu je dah cukup menjelaskan situasi sekarang sampai kan pihak kerajaan takde masalah nak lepaskan ijn pada sime darby. bila ramai rakyat yang melenting, baru laa terhegeh-hegeh kata nak dahulukan rakyat pulak dgn tak jadi nak bagi pada slime darby..

memang betul pun yang kaya makin kaya, yang miskin terus miskin..

kadang-kadang terfikir, agaknye la kan, ntah berapa ramai sebenarnye pesakit-pesakit jantung yang meninggal dunia semata-mata takde duit nak buat tambang bas pergi ijn (contohnye) untuk jumpe doktor & ambil ubat, sedangkan ubat & treatment nye kerajaan tanggung FOC.. rase-rase mcm tak percaya kan. tapi kes macam ni pernah jadi tau..

As said...

Tuan
kalau kepakaran sama best ah
gembira!
tapi tulah sini susah nak cari.
Biasa yang kat government cam kerek, yang kat private lak bagus budi. Bukan kerana duit, tp kerana religion.

Kekadang service beliau FOC, salu bg consultation free and ubat or barang2 treatment free. Maybe sebab dia tau bayar sendiri kot. Tah aa. But paling sikit pun kalau gi mesti reaching rm300. Seb bek consultation free :D

pepandai ilih la kot Tuan kalau kes ni. As pun sebab dah penat tggu gov nak buat treatment tp ape pun takde lg. Tak tahan, so as beralih. :(
tak suka sebenarnya habiskan duit mcm tuh, as rasa tak worth kalau unuk treatment as... :(


heh abaikan

***

diya
as pun bukan biasa sgat dgn ubatan mahal. Tapi begitulah...
ade yang jenis injection gituh, beratus satu botol kecik.
:(

pasal pertanyaan diya tuh, memang betullah...cuma hospital nya dirahsiakan..kalau nak tau kena personal ah :P

As said...

shafiq rahman
haa alang2 abang sendiri da touch pasal ijn..
itu memang contoh best ah. Memang jd pun abang kes tuh. Even nampak cam tak logik. Logiknya berganda..

Kat Malaysia ni tak balance, yang kaya, kaya sungguh. Yang miskin sgat miskin.. :(

memang medicine dah jd industry kaut duit. Isu IJN-SIME DARBY tuh, patutnya kerajaan ter over lebih extra aware pasal welfare rakyat especially bidang perubatan..waaa, sedey ah camnih. Isk...

Anonymous said...

erm, doktor kat klinik tu adalah orang yang sama kat HUSM, baru perasan bila baca artikel kat dinding hospital

tak per lah, dah rezeki dia

Ibnu Sobri said...

kerna keraguan tak terhenti
dan jejak mesti pada yang pasti
jgn terlalu mementing diri
kelak sesal diri sendiri

*********************************

pada lidah yang berbicara
dan pada mulut yang melafaz kata
telah tercatit segala rencana
meski yang buta dapat merasa

*********************************

keyakinan tak pernah gentar
andai bersaksi pada dunia nyata
ayuh jgn terlalu keterlaluan
berkata tanpa sahih bukti bicara

*********************************

neraca mana yang pentingkan dikau
setelah melihat suasana yang tak indah
merasa perit tak sekat
bicara andai kena tempatnya
siasat kata tak pernah merasa cuainya....

Anonymous said...

Salam,As.
entri yg menarik.Saya kira kat indonesia lagi2la teruk bende ni.Yup,memangla org kate,tgkla kelayakan diorg,tapi situasi di sini jika ade duit baru bleh smbg blaja.Tak mcm kita,at least jika cemerlang,InsyaAllah bleh diberi biasiswa ke,pinjaman ke untuk kite smbg blaja.Orang yang saya kenal kebanyakannya org yang bijak,malah cemerlang di zaman persekolahannya,namun sayang mereka tidak mempunyai wang yang byk untuk membiayai pelajaran mereka.Lantas,org kaya yg mempunyai duit byk bleh smbg blaja mane2,ade kelayakan.Org biasa yg tiada kelayakan hanya kekal miskin,malah lebih miskin.

Kat Indonesia ni,kamu mesti punya duit,pangkat dan org dalam baru leh berjaya.Namun tak dinafikan ade yg survive,dgn usaha yg bersungguh2.Tapi realitinya...org kaya semakin kaya,org miskin semakin miskin.

farah, s. said...

org kaya diagung2kan.

isk. org miskin?

hmm..

as, ckp psl ubat, masih teringt kenangan as, ubat n me. :)

Unknown said...

jadi benar lah sekarang sudah akhir zaman... (?)

Dr Amad said...

Yang kaya terus kaya,yang miskin terus miskin merempat... Sistem Kapitalis=)

As said...

Tuan
heh agak sadis jek..
isk

***

ibnu sobri
nice poem

***

hana
biasanya banyak tempat basic nye begitulah :)

***

farah
i never forget those memories :)

***

szakif
tu tinggalkan pernyataan atau pertanyaan?

:P

***

dr amad
dunia hr nih dah banyak menyimpang.....

Unknown said...

let see this at different perspective. kekadang ada juga kes di mana orang2 yang miskin ini tidak tahu ada peruntukan untuk mereka membangun. sudahnya, peruntukan tersebut terbiar dan sudahnya disalahgunakan oleh orang-orang kaya.

kan?

3p4h said...

Yg kaya bertambah kaya, yg miskin papa kedana... (Mcm pnh dgr je...)

Itu realiti... Tp mujur kt Malaysia ni masih belum berapa ketara wpun mmg ada golongan mcm 2..

Anonymous said...

Eh..betol la. Yg miskin tpaksa buat iklan lg. Klu student KAED buat poster iklankan kesengsaraan diorg mungkin dpt raise lbey money ke?

Ramzi Alam said...
This comment has been removed by the author.
Ramzi Alam said...

salam hasanah, isu panas nih. bagus la, ade kesungguhan dan keberanian nak tulis isu2 nih kat sini. at least we may share some info with each other. rasenye nak share something gak kat sini.

nampak gaya macam ada mixture of several issues kat sini; ade pasal ubat mahal, n certain doctors refused to prescribe it. pastu ade issue pasal org2 kaya dapat surgery percuma? interesting nih...

from my point of view, mmg btul certain government doctors are reluctant to give medicines claimed to be expensive but better. there are at least 2 things that we must look into here; why and is it really true that the meds are better? most of the time due to the financial burden, they can't prescribe those meds. lagi2 la dlm keadaan ekonomi dunia tgh nak gawat nih. on the other hand, cetain drugs which are claimed to be better, actually are better by only a few percentage only, but their price differ so much.(example: there's one statin drug cost few cents only. another one cost few ringgit but has better efficacy by only few percnt only, LOL.) in another another way, that's why certain GP prescribe ubat mahal2, sbb nak charge lebey, padahal efficacy of the drugs is more or less the same. in the end, drug company and the GP je yg untung, LOL.

perhaps your case is different from what i understand, so i beg your pardon awal2 eh.

with regard to the private hospital, i do agree with you that they extort money rather than give you the value for the treatment. but anyhow, sape2 nak pegi situ, pegi la kan. takde sape nak larang. but be prepared to pay for the bills la. actually they do have the right to charge for the hospitality (not same with treatment eh) that they provide. It is not that the government can't provide us with the same class treatment as what the private hospital have, but trust me, the issue is very complicated. they have to revamp major health system in the first place. remember the insurance policy hype few years back? i think it's for the betterment of the hospital service, but they never managed in doing so. if u want to understand more, I would recommend u to read on about the National Health Service (NHS) of the United Kingdom. our country is trying to implement a similar health system too.

penat dah taip. just one last curiosity, quoting your entry: "Tapi realitinya hari ini, orang kaya-kaya, kenamaan, menteri-menteri, datuk datin dan sebagainya, kalau kena undergo surgery, angkat telefon dan cakap dengan menteri memana yang dikenali". Btul ke ade camtu?

As said...

szakif
betul2
ade jugak kes depa tak sempat nak tahu, tp peruntukan dah digunakan oleh 'mereka-mereka'
Penah dengar RMT (ranc makanan tambahan) kat skolah?
sepatutnya depa dapat sebakul makanan setiap bulan, tapi tak dapat. And tahu kan camne biasanya jenis makanan RMT ni? I just really regret to see it.

***

3p4h
sebenarnya ramai je, tp ramai tak pasan, sbb tu jd tak ketara..

***

shamel
i love that! :D

***

ramzi
betul.
Depends on condition as u said earlier.
just one thing, doctors in private hosp always better than doctors in gov hosp. Sorry to say, in terms of treatment, diagnosis and communication.
Ramai cakap they charged, but doctors in private salu bg discount. Many tatau neh. Yang jd mahal biasanya ubatan dan benda2 yang kena pay to hosp, not to the doctor.
That's why as never regret to pay more in private sebab they give almost excellent service, cam langit ngan bumi if compared to gov.

Kalau kat UK pun, pasal health sume free..takde istilah private or gov hosp, sebab sume sama and free :D
and plg penting, KKM masih jauh terkebelakang dr segi management dan banyak jugak unsur politik dalaman.

As takkan menulis tanpa ada pengelaman sendiri, dna pengetahuan sendiri.
Abt ur question, YES ada.
I can tell u, but in person. Not to public ;)

thanks for ur long comment everytime u pass by here. Im glad :)

As tau banyak pasal ubat2, nak2 common one. Memang doctors in gov akan bg ape yang ada jelah, yang kurang effective, bukan sebab depa kemut, but memang itu aje yang di provide kan di pharmacy. They just need to follow.

Syahrir bin Zaini said...

Curious nak tau nama ubat yg as tau...hehe...
Ubat apa yg mahal sgt tu?