16 February 2009

Tika Itu epi 4 - Sampai

Tika Itu the series

“Selamat meneruskan perjuangan di bumi matrikulasi UIA ini. Anda semua adalah insan terpilih yang bertuah untuk berada di sini.”

Antara bait kata-kata Pak Ngah pada masjlis penutup program Ta’ruf pelajar-pelajar baru pengambilan Disember. Walau beliau seorang yang amat penting di sini, namun sikapnya tidak lansung menzahirkan jurang antara kami.

Air mata Eny mula bertakung. Entah mengapa sebak mula menujah rasa. Terkenangkan ‘Orientation Week’ di MMU. Tempat yang ditinggalkan dengan linangan air mata. Dan hadirnya di bumi UIA ini juga dengan guguran air mata. Namun, yang paling pasti, rahsia di sebalik air mata yang mengalir dari mata yang sama itu tetap mempunyai makna yang berbeza. Terasa satu semangat baru mengalir di segenap salur darah.

‘Ya Allah, tak dapat aku ungkapkan rasa malu dalam diri ini. Kau utuskan dirinya di saat diriku terkapai-kapai keseorangan. Siapalah aku untuk menerima tulus kasihMu ini, Ya Allah...’

*************

“Nanti Eny tunggu kat Hentian Putra. Nur dah pesan dekat roommate Nur. Dia pun balik dari Kelantan pagi esok. Eny datang UIA sama-sama dengan dia ye. Nanti Nur mesej contact number dia. Ingat, bawak semua dokumen-dokumen penting tau. Yang lain tu, biar dulu. Nanti Eny boleh balik ambil semula lepas settle semua urusan.”

Panjang lebar pesanan Nur. Walau hati melonjak riang dengan keputusan Eny, masih terselit bimbang akan sahabat yang datang keseorangan. Ya, keseorangan tanpa ditemani sesiapa.

Keputusan yang mendadak tidak mampu membenarkan sesiapa pun melarikan diri daripada tanggungjawab masing-masing sebagai pekerja untuk menghantar insan bernama Eny.
Linangan air mata sedaya upaya ditahan. Doa daripada sanak saudara yang menghantarnya di terminal bas dijadikan penguat azam.

“Ma mintak maaf. Ma tak dapat hantar. Adik jaga diri adik baik-baik ye. Jangan lupa telefon ma. Ma tunggu.” Linangan air mata yang tulus murni daripada seorang ibu itu dikesat Eny.

“Ma jangan risau. Nur dah tunggu adik kat sana.” Senyuman diukir penuh dengan kesedihan.

Satu persatu tangan insan-insan yang mengiringi pemergiannya dicapai. Mengucup lembut agar diiringkan doa buat diri yang masih memerlukan semangat. Semangat untuk bangkit daripada sebuah kegagalan. Perjalanan masih jauh. Terlalu banyak onak ranjau yang perlu disusuri.

Bas mula bergerak. Lambaian terakhir semakin hilang daripada pandangan. Dan Eny mula merasakan kesepian.

‘Engkau perlu kuat Eny!’

“Bip.. bip..” Segera diselongkar tas tangannya.

“Dah bertolak ke?” Eny tersenyum keseorangan.

‘Dah agak dah.’ Lantas tangannya mula menekan butang telefon satu-persatu.

“Baru je bertolak. Nur ni nyibuk la. Tak bagi peluang langsung orang nak feeling jap..hehe.”

“Ni dah kira cukup baik tau I bagi U peluang feeling-feeling dulu before naik bas tau. Dari tadi tangan I tak tahan nak tekan punat send tau. Mesej nie dah boring tunggu bila I nak send dia..=)”

“Sabar ye. Sat je lagi I sampai. Tidur la dulu.”

“Tak boleh nak tidur ni. Tak sabar nak jumpa.”

“Ok. Kalau macam tu, pegi buat kek lima tingkat. Pastu, bentang karpet. Tapi, Eny tak nak yang warna merah.”

“Nak warna biru la tu.”

“Pandainya! Good girl=)”

“See the leg la.”

“Ok. Nanti Eny see. Mana la tahu ada kurap ke=p”

“Uish.. Dijamin suci bersih. Tiada yang tidak suci melainkan yang suci lagi bersih belaka=p”

Tiba-tiba, satu panggilan masuk. Wajah Eny berkerut. Hairan dengan nombor yang tertera. Sama sekali tidak dikenalinya. Agak lama telefon itu mendendangkan irama. Lantas ditekannya butang silent. Bimbang mengganggu penumpang yang lain. Mujurlah tempat duduk di sebelahnya tidak berpenghuni.

‘1 missed call’

‘Emm… Siapa ye ni.’

Sedang hatinya masih berteka-teki, panggilan itu masuk sekali lagi. Beberapa detik berfikir, lantas ditekannya punat berwarna hijau.

Eny hanya berdiam diri sehingga pemanggil di sana bersuara. Lelaki!

“Assalamualaikum. Boleh saya tahu siapa yang saya sedang bercakap ni?” Dia memulakan bicara.

‘Pelik betul laki ni. Dia yang telefon aku, tanya aku pulak siapa,’ gerutu Eny sendiri.

“Waalaikumussalam. Awak siapa? Nak cakap dengan siapa? Awak salah nombor saya rasa.” Masih ada debaran di hati Eny.

“Eny kan ni?” Dia terus bertanya.

“Maaf. Awak salah nombor.” Geram betul Eny. Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Baik ditamatkan sahaja panggilan daripada lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Tunggu dulu Eny. Please, dengar dulu apa yang saya nak cakap. Maafkan saya. Saya yakin saya tak silap orang. Awak jangan salah anggap. Nur’s fiancée gave your number to me.” Eny menjadi patung. Kelu dan tidak berkelip-kelip memandang kerusi penumpang di hadapannya.

“What??!!”

****************
Teruskan dengan episod akan datang=)

by:
Candlesky~

2 comments:

Anonymous said...

err.. as memang jadi agen penyampai cerpen eh? =D

Anonymous said...

haha
cite ni ade significant die aaa :P