12 October 2008

Malaysia Cuti (MC)

Pernah tak kamu pegi klinik dan pulang dengan banyak banyak surat MC..?

aku pernah, baru lagi. Sume untuk ganti segala kelas yang aku tak pegi kerana hilang keupayaan berjalan. Itupun selepas aku cuba paksa diri berjalan namun gagal.

MC itu hanya untuk guru-guru yang tidak faham akan kesakitan aku. Juga untuk yang mahukan MC walaupun faham.

Aku selalu terfikir, jika aku boleh bangun pegi amik MC pada sekian hari yang aku hilang upaya berjalan itu (atau tika sakit lain), maka lebih baik kiranya aku pegi kelas daripada aku pegi mintak MC. Tak begitu teman? Aku rasa semua guru patut berfikir begitu. Er..takpe, kite husnu dzon (baik sangka).

Teman, jika kamu menuduh aku menjadikan sakit sebagai alasan untuk setiap titip perkara, kau silap teman. Bicara mengenai sakit ini pun tidak dengan kamu, bagaimana kamu boleh menuduh aku begitu.

Namun jika difikir-fikir semula teman, jika sakit itu langsung tidak memberi efek kepada kehidupan kita, takkan pula diletakkan sakit dalam 'ingat 5 sebelum 5'.

SEHAT SEBELUM SAKIT

Jika kamu demam pun, banyak kerja kamu terganggu. Inikan pula sakit sepanjang masa seperti aku. Mari kita lihat demam sebagai contoh. Tak perlu aku explain, kamu baca di bawah:

the fever - szakif
saikologi - MM
walau semput tetap beraksi - MM
sesuci kasihmu - candlesky
misi minggu ini - aku

hari ini selepas baru dapat suara walaupun masih rock basah, aku lencun pula di dalam hujan bersama dia (aku rindu jiddan pada kamu), meredah hujan dengan motor seorang teman. Maka teringat aku pada satu idea best. Dan hadiah daripada lencun itu adalah selsema :D

Kesimpulannya, kamu jangan kejam mengatakan sakit itu tiada apa-apa efek pada manusia. Walaupun sakit itu tidak bleh dijadikan alasan (excuse), namun boleh dijadikan sebab (reason). Dan kamu hilang banyak perkara (yang tampak) apabila kamu sakit, ini yang aku cuba nafikan namun gagal.

Jika kamu sakit, aku harap kamu terus senyum. Dan jika kamu sehat, jangan kerek senyuman ye.

''Setiap cubaan yang menimpa seorang Muslim, walaupun satu tusukan duri, adalah kerana salah satu dari dua sebab, yakni kerana Allah hendak mengampuni kesalahannya yang tidak dapat diampuni melainkan dengan cubaan itu, atau Allah hendak memberi suatu kemuliaan yang tidak dapat dicapainya kecuali melalui cubaan itu.'' (HR Ibnu Abi Dunya)

Ada faham?
Cuma aku kadang-kadang tidak faham, lupa sebentar jika berada pada tahap ekstrim. Pemikiran tahap darurat dan tidak siuman boleh kira.

Jika ada sehari yang aku tidak sakit, itu adalah abnormal bagi aku. Maka, aku sedang cuba buat-buat kuat, jadi kamu jangan cuba runtuhkan aku ye :D chayyo!


18 comments:

Unknown said...

Dulu...Para sahabat menangis jika tidak sakit (jika sebulan tidak sakit).

Kini...Kita menangis jika sakit.

Dulu...Mereka menangis kerana menyangka Allah tidak menyayangi mereka.

Kini...Kita menangis kerana menyangka Allah menurunkan bala.

As said...

iman para sahabat, selamanya sgat mengagumkan. :)

Untuk sakit itu semata kepada as, takde masalah besar sangat, sbb hanya kita dan diri kita.

Menjadi cabaran apabila orang sekeliling yang tidak faham dan menambah rumitkan keadaan kita sewaktu kita sakit. (heh, i hate to state the word sakit..)

sakit bukan bala, but pain is a pleasure.

Orang sakit, keadaan mereka dalam darurat..

ibarat orang lemas dalam air, fikiran mereka hanya mahu keluar drp air tu. Tak kesah walaupun kita hulurkan ular, akan tetap die grab asalkan dpt keluar. Tulah analogi nya. :D

thanks anuar :)

Unknown said...

aku blom pernah jumpa orang setabah ko as bila masuk bab2 saket nih..

semoga Allah jadikan kesakitan sebagai ganjaran buat as, bukan ujian... as faham kan maksud aku.. :D

Anonymous said...

diya sgt jarang kena demam... kdg 4 thn skali. kdg rs risau plak sbb tak kena demam. huhu. tp bila dh kena, mmg azab jugaklah...

sakit ni mcm nak tebus balik dosa kita yg lepas... :)

Jepah said...

sakit itu penghapus dosa... juga ujian dari ALLAH supaya kita lebih mengingati-NYA. jepah pun selalu gak got sick... tp, wat2 cool je la... huhuhuhu...

Anonymous said...

Ya tak ya juga. Kalau sudah kaki tak boleh berjalan, apa bisa untuk melangkah mengambil MC?

Hmm.. nak buat macam mana ya. Sudah protokolnya mahukan MC. Komunikasi berkesan saja yang boleh selesaikan masalah itu.

neem said...

syafakillah, akak!

dah lama x jenguk blog nih.

moga2 bertambah tabah..

smoga Allah melindungi mu!

As said...

dearest SZAKIF, yup as FAHAm maksud zaki~~
tq zaki..tq.. T_T

yup diya, beruntunglah bg orang2 yang bersabar dengan ujian kesakitan (;

jep, moga Allah kuatkan kamu ye (:

sang pelangi, komunikasi berkesan pun sudah tidak berkesan :D

neem humairah..syukron atas du'a..barakallahu feek :)

izzahismail said...

akak yang strong!
get well soon ;)

izzahismail said...

smoga trus positive in any ways.
that is the best we could do untuk pujuk hati kite. ;) at least for me.

izzati.abdullah said...

saya taw ble time kamu sakit camne..huhu..
moga diberi ganjaran dan kesembuhan..

p/s:nak teman gi amik mc lagi..hehe

As said...

izzah dearie,
"bersama saya, aimi, teruuuss dengar ERA"

:D

inshaAllah, cuma kadang2 ade time jatuh sket :)huhu

izzati..
yup kamu tau even kamu jauh (:
tahun depan ye kamu temankan lagik :D

Jepah said...

sometimes we are strong enough... but there are sometimes we will feel down... but as long as we believe in ALLAH, we will have the strenght...

neem said...

akak, visit blog neem! cari nama akak dalam 2. hehe

Anonymous said...

moga kekuatan yg tidak semua insan dapat menggenggamnya sepertimu akan sentiasa menjdi bara yg xkan pernah sejuk....HE's observing HIS servant with d TRUE LOVE...

believe me...u'r strong enough..
even when u said u aren't...=)

Adlan said...

alhamdulilah. 4 tahun kat UIA tak pernah dapat MC lagi.

tapi selain sakit2 ini, sakit2 psikologi lagi teruk kan? stress dan depression.. bagi MC pun tak tentu boleh recover dlm masa yg kejap.

Unknown said...

salam perjuangan...

blk je dr uia gombak trs demam? syafa'akillah...

baru first time jmpe iron lady ni, mmg ta perasan juga yg cik As Bob ade kt or mase 2...

As said...

candlesky..mudah mudahan..even memang tak strong pun senanye

myadlan..kalp stress and depression tuh, huh, bagi MC pun sia2 je. Fungsi MC bukan baik sakit ahhhh. Hehehe. apelah alan neh

bad..tak pasan ke time sembang tuh suara as serak. Memang dah demam ah! Cuma pas maen hujan tuh dpt selsema :D