23 August 2008

sharing is not caring, sometimes


Permataku,
Ingin aku kongsi rasa hatiku denganmu,
Ingin aku rebahkan sebakku di dadamu,
Ingin aku tebar airmataku,
Agar aku bisa utuh berdiri dengan dukunganmu!

Ku dengar suaramu,
Ku tatap wajahmu,
Hati meronta minta dihantar padamu,
Agar hilang segala bisa derita yang bertakung.

Dirimu cukup sudah dengan derita yang sedia,
Diriku tidak mahu menuang lagi derita,
Selagi hati ini tegar,
Selagi hati ini kental,
Di situ akan kekal letaknya,
segala perit pedih kesakitan.

Untukmu Ibu,
Aku cuba untuk terus berjuang,
Mengharungi dugaan Tuhan!
--------------------------------------------------------------------

Sukarnya untuk bicara pada yang disayangi mengenai kesakitan diri. Mungkin menambah luka duka hatinya. Menambah risau di dada.
Aku ingin berkongsi denganmu Ibu, namun tiap kali itu aku tak berdaya.

Selesai panggilan, letak telefon, airmata berderai...setiap kali.

:D


Nota: Gambar diambil petang 10 Ogos 2008, tiba-tiba langit sangat gelap dan hujan mula lebat. Er...MM, is it really your special day..??

3 comments:

Matematis Muda said...

bout da pics
ktorg tgh maen bola masa tuh
tetiba awan hitam berarak
macam bala nak turun je
huhu
cuak~

bout da date
it not my special day
its just the date is something
thats all
ngahahaha

Unknown said...

mengapa berderai air matamu adikku?

aku tahu, kau tabah
kau telah tunjukkannya

cuma
kau perlu lebih tabah lagi

As said...

Dearest MM,
1st time tengok awan hitam berat dengan langit cerah the other side macam tuh...


Dearest Szakif,
Baeekk~~! InshaAllah TQ

erm, wat sajak eh :D