31 August 2008

Sebulan Kembara Rohani


InshaAllah esok bermula kembara selama sebulan. Kembara rohani dalam usaha untuk kembali kepada fitrah asal manusia yang cenderung hanya kepada kebaikan. Ramadhan ni lebih mudah kerana nafsu ditundukkan, lebih mudah membentuk diri.

Pernah dengar cerita mengenai nafsu?

Sheikh Imam Muhammad Al Mahdi Abdullah sentiasa bercerita kepada murid-muridnya bagaimana hebatnya nafsu berlawan dengan Allah ketika pertama kali penciptaan nafsu.

Allah bertanya kepada nafsu, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa aku ini?"

"Engkau adalah engkau, aku adalah aku." Jawab nafsu.

Allah kemudian mencampakkan nafsu ke dalam neraka paling panas selama 1000 tahun, kemudian dikeluarkan dan ditanya lagi, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa aku ini?"

Tetap jawapannya, "Engkau adalah engkau, aku adalah aku."

Kemudian dicampakkan pula selama 1000 tahun ditempat yang sangat sejuk, tetap jawapannya "Engkau adalah engkau, aku adalah aku."

Allah murka kepadanya, lantas dimasukkan ke dalam lautan lapar selama 1000 tahun.

Apabila ditanya kembali, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa aku ini?"

"Engkau adalah Tuhanku Yang Maha Agung, dan aku hamba-Mu yang
lemah." Akuinya.

Sukarnya hendak menundukkan nafsu, hanya berjaya apabila dipuasakan. Abu Sulaiman ad-Darani ada berkata, "Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar."

Sejajar dengan itu, moga kita dapat manfaatkan Ramadhan yang datang sebagai platform kembara kita dalam membina kembali rohani kearah fitrah sebenar insan. Mari bina kembali diri~!

"Ya Allah, dorongkanlah kami kearah kebaikan..ameen"

Ahlan Ya Ramadhan al Mubarak~~

electron excitation! :D

*sape leh teka gambar kat atas tu ape dan di mana :D

note: cite kat atas tuh if ada pape salah maklumat, sila alertkan patik, tq.

6 comments:

Unknown said...

salam perjuangan...

cite kat ini ana pernah dengar juga tapi kesahihannya 2 an tak pasti plak...

p/s: gambar mushroom soup kat Pizza Hut ke?

Nuur Ailmi said...

sanah....nape name saya menjadi SITU nuur ailmi? adekah saya mdapat nama baru.. heee..

SELAMAT BERPUASA :)

As said...

Dearest Bad,

betul2.. (:

my dear nomie,

ya, ampun bah. Kesilapan teknikal :D

salam ramadhan untuk kamu berdua

Anonymous said...

saye tau jugak!!!!
tapi dah ada org teka awal2...
huuuuuu....

As said...

ngeh3 :D

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]coreldraw 12 graphics suite downloads, [url=http://firgonbares.net/]store softwares[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] adobe indesign software store softwares
software product price [url=http://firgonbares.net/]nero 8[/url] adobe acrobat 9 backward compatilbility
[url=http://firgonbares.net/]downloadable mobile software[/url] where can i sell software
[url=http://firgonbares.net/]where to buy pirated software[/url] coreldraw 10
cheap financial software [url=http://firgonbares.net/]autocad mechanical 2009 for dummies[/b]