10 June 2009

Aku bukan nak curse kamu

Hari ni jumpa seorang pesakit yang menarik. He should be fasting 6 hours prior to the examination. Untuk buat angiogram, pendek cite tengok salur darah la, tapi kes ni untuk salur darah bahagian kaki. History of motor vehicle accident, fractured his leg.

Bila di tanya,

"puasa kan? tak makan pape.."

"puasa, cuma tadi hisap rokok banyak ni je." sambil jari-jemari menunjukkan satu per tiga daripada sebatang rokok.

Aku geleng kepala, lapar bleh tahan, rokok takleh tahan. Isk3..
walaupun senanya smoking tak efek pape kot pada prosedur puasa tuh.

Time-time nilah aku tingat komen seorang senior kat entry ini. He is currently working with IJN.

"pada mereka yang merokok..udah-udah le tu..

den yang bekerja kat invasive cath lab nih.. dengan penuh rendah diri, nak cakap, berenti le..yg tak hisap rokok tu..tak payah le cuba-cuba..takde pekdah nye..

hari-hari dok tengok orang sakit jantung salah satu sebab utama nye merokok..

kalau dah dapat berita kena buat bypass lepas tengok angiogram baru nak nyesal dah too late brader..masa tu "terjelepuk sume asap2 rokok yang busuk" tu kat muka sendirik, baru padan muka. (haa..kasar kann kannn..)

tapi, latest case last 2 weeks, 25 year old male triple vessel disease tau..sebab hisap rokok.. haishhh... den dah tak tau nak cakap camne lagi dah..hisap la lagi yek.

Nanti, pandai2 la justify sendiri kebagusan hisap rokok tu bila dah ade dua tiga graft kat dalam dada tu.."

Di IJN spesifically, guna angiogram untuk buat macam-macam prosedur yang aku malas nak cite untuk jantung kamu semua. Lepas habis prosedur tadi, pesakit tu bersuara,

"Sakitlah tadi. Sakit betul." Memang sakit pun sebab hiris main artery untuk prosedur ni, dalam keadaan sedar, cuma ada local anaes je. Aku explain style layman jelah untuk kamu faham.

Bila dia dah cakap camtu, aku pun amik can tu untuk pesan,

"Ha kalau merokok lagi banyak-banyak lepas ni, kena datang balik buat benda yang sama cam hari ni, untuk jantung pulak." Bukan aku nak curse dia, cuma aku rasa perlu ada sumting untuk smokers rasa gerun nak smoking.

"Betul, saya sungguh-sungguh tamau hisap dah doctor." Berkali-kali jugak dia cakap.

Aku tataulah nak caye ke tak. Cuma aku harap die buat ape die cakap. Bahagian aku untuk mengingatkan dah terlepas. Dan aku bukan doctor untuk dia panggil doctor, suka-suka die jek.

And a sharing from AhmadN

"one thing that I notice, amongst all the smokers I had come across, all of them will always punch out this line 

"nanti aku dah kawin,ada anak...aku stop la"

but the harsh reality is that most of the smokers will continue the habit, 

one of my friends passed away due to an acute coronary syndrome, I would'nt straight away fault smoking, but I closely knew my late friend and he is an avid smoker.

usia muda 22 dah tak dapat lagi nak jejak langkah mana2, memang sudah tertulis di lauh mahfuz akan kejadian kita sehari hari, tetapi jika diberi peluang adakah kamu ingin practically take ur lives and slowly deteriorate it?

all my other close friends know that our friend passed away and smoking was one of the causes...but they didnt stop.."

Aku faham diorang tahu kesan-kesan smoking, cuma mungkin pengetahuan atau kesedaran tu belum cukup kuat untuk diroang stop. I have frens yang smoking, and Im sorry guys for this kind of entry. 

Aku sayang korang woi, jadi jangan la smoking dah, tolongla..haish..

Dan sokongan keluarga serta teman-teman tu sangat2 penting.

sekian.

11 comments:

joegrimjow said...

cam cam kisah rokok kan?
huhu

Unknown said...

pada aku, smoker takde sebab untuk tidak berhenti merokok, cuma mereka je yang tak nak berhenti. sapa lagi yang boleh berhentikan mereka daripada merokok melainkan mereka sendiri kan? analogi tuh~

dan aku rasa, orang yang tak merokok takde sebab untuk mulakan merokok. melainkan mereka sendiri bodoh jika mahu mencuba-cuba. maaf, kasar. tapi memang bodoh.

nak letak gambar orang yang tersayang sendiri dalam keadaan berkanser segala kat kotak rokok tu, baru nak sedar ke?

Anonymous said...

Sorang abang akak n 2 org abang ipar akak dulu heavy smoker.
2 org abang ipar akak tu dah umur 55 above.
Abang akak still in 40s.
2 org abang ipar akak tu dah kena heart attack n dah buat bypass surgery.
Now diorg terus stop smoking.
Now tinggal abang akak je yg nak tunggu masa kena heart attack jgk.
Bukan mintak yg tak elok, tp rasanya itu je cara utk dia quit smoking.
Kakak ipar akak dah jenuh nasihat dia tp dia degil.
So, what else to do.
Tunggu masa je la jawabnye.

Kesimpulannya, perokok-perokok tak payah la berlagak kata org tak hisap rokok pun kena sakit jantung.
Diorg kena sbb tak jaga makan apa sumer, but at least diorg kena sorang2.
Perokok plak, bukan takat diri diorg sindri je kena, orang sekeliling pun kena effect.
Dah jadi cam pembunuh la kan?
Bluekkk...

~candlesky~ said...

(geleng kepala je mampu)
(angguk meniyakan pulak)
(geleng lagi...dan lagi..dan lagi..)

xmampu dah nak ckp apa2 yg lain...
1 je...perokok ni sgt DEGIL!!!

As said...

joe
memang as ada state pasal rokok :)

***

szakif
wah itu memang betul
dan itu memang best
apakah lagi yang boleh dibuat
as rasa hanay bila dah menyesal sebab sakit baru stop..
bukan nak curse
realiti

biarlah mereka marah pun
sekurang2 nya bila baca ni mereka fikir

***

knowlee
ha itu yang as agak geram
buat orang lain sakit sama
haiyoh

***

candlesky
tak pening ke geleng geleng angguk2
haha
:)

Admin said...

salam kak. skrg ni tgh intern ke? huhu. cuak dgr kes2 gini. dhla tgh heavy skrg

FabuLous WinNeR said...

quite hard to change their perception actually unless dey hv strong WILL...

CAHAYA said...

Rasanya mesej yang cuba kamu sampai kan ni sampai x?

Faisal Admar said...

ayah saya smoke. macam mana tu? nak cakap susah... kang tak bertegur sapa untuk beberapa hari.

As said...

ubey
yup2 tengah posting
adehai ubey, kalau dulu heavy among warga emas
skang ni heavy among youngster
mana tak risaunye
haiyoh

***

FW
yup betul
dan kena support kuat jugak!

***

CAHAYA
inshaAllah sampai, cuma depa ni tegaq la..

***

FA
hehe nanti as bg sorang consultant kes sama ngan kamu :D

sarahyusof said...

Aslmkm sanah,
tula kan, smoking ni risk factor for tremendous diseases, mmg wajarlah Islam mengharamkan merokok betul tak? [khilaf ulama' tak silap]. kalau kat sini lelaki n perempuan sama je merokok tak kira tempat or usia etc, even yg sedih sekali kalau lecturer perempuan, doktor yg ajar kita; pun merokok..hmm inilah bila tahu itu ada tapi mahu itu tidak. Wallahu'alam.