15 April 2009

serasa mahu sujud di situ

taken with my Olympus FE 320

pagi ini exam
dan dua malam aku tidak ketiduran
dua hari terlantar kebahagiaan bersama dugaanMu Tuhan
bukan kerna bersungguhnya aku belajar
tapi kerna teman setia kesakitan datang mahu berteman

setiap detik malam semalam
aku isi dengan membaca buku cerita nota
baca tanpa apa-apa kesungguhan
dengan kelembapan maksima
apabila encik sakit meragut kekuatan

dan aku
dalam hening malam
bersama kesakitan
aku berfikir

'maafkan aku Tuhan kerna aku tidak berusaha melawan,
lemahnya aku 
dan sesungguhnya aku tidak akan layak untuk bantuanMu
sedangkan tiada dayaku tanpa diriMu'

dalam hening pagi
dan kesakitan
tika teman bersiap ke medan perang
aku rebah di sisi bilik
menyerahkan segala tawakkal padaMu Tuhan
meletakkan takdir pada rahmatMu
dan segalanya biarlah tercoret pada takdir

namun tetap kasihMu mendahului kemurkaan
ku buka soalan peperiksaan
hati aku menangis kebahagiaan
serasa diri mahu sujud di rebahan
leraian bahuMu Tuhan

it was unexpected
very much unexpected
regardless of how hard it is
Allah eases everything
and I did it
with tears in the heart

mengerti akan hadirnya YAKIN & TAWAKKAL
saat kau berserah padaNya
dengan kuasa du'a


p/s: usaha jangan lupa walaupun usaha tahap kura-kura baca nota ;)

nota: special thanks for the prayers~

notapalingbawah: Eh anda, aku banyak menulis dengan emosi eh lately? :D

17 comments:

madziani said...

Salam, As.
Suka ayat kamu yang ni
"usaha jangan lupa walaupun usaha tahap kura-kura baca nota ;)"

Usaha juagk tu, selepasnya tawakkal jela.
Nampaknya kamu bisa melakukannya. Semoga kejayaan yang cemerlang di genggaman.

man jadda wa jada.

Fatin Baharum said...

ya, sy akn usaha even usaha itu kura².
at least sy berusaha jgk utk sesuatu even xdpt bg lebih.
tgh final xm ea?
nway, good luck!

NHalimah said...

"KasihMu mendahului kemurkaan.."

I love that one...all the best As.. ;-)

NHalimah said...

La tahzan..

Anonymous said...

ada sedikit luluh baca nukilan as kali ni. serasa dapat menyelami kisah as melawan encik sakit. tabah selalu ye as... good luck utk exam =)

As said...

hana
doakan untuk semua dan untuk kawan2 juga :)
thanks~

***

fatin
setakat kemampuan kita
..
kalau mampu lebih, bagi lebih ;)

***

Alakay
i love that one too~

***

diya diya diya
rindu kamu tatau nape
thanks sangat
:)

Dammit said...

kalau menulis dengan emosi tu satu terapi untuk jiwa, apa salahnya kan?

Ahmad Naeem said...

i second dammit's opinion..

Anonymous said...

moga sakit itu menjadi kafarah dosa. moga sabarmu menjadi madu cinta-Nya.

halawatuliman
sheffield

CAHAYA said...

Get well soon babe. And good luck jugak. :)

Anonymous said...

as as as
as memngingatkan diya pd kwn baik diya. dia sangat telus, sama mcm as. kalau dia rindu, mesti dia akan cakap terus terang. sama mcm as. hehehe.

anyway, diya suka dgn latest komen as di blog diya. thanks jgk. heeee =D

Anonymous said...

owh satu lagi. lupa nak admit. as dah bertambah hebat berkata2 skrg. diya sgt suka ayat2 as dlm entri terbaru ni =)

As said...

dammit
tulah masalahnya tak trasa tulis ngan emosi plak :D
haha

***

halawatul iman
ameen :D
thanks~!

***
cahaya
memang kena stay rock ah beb
heh

***

diya yang rindu kat as

haha
sampai dua kali ni direct komen pe kes? kes polis?
haha
alamak diya, as rasa buruk gila ayat as dalam entry ni. Sebab tak susun kata, mana trasa nak letak, jalan je.

tapi dah diya suka, as layan je. Aha~

btw, as memang jenis telus agaknya, cakap je apa as rasa, only if as rasa dat sumone is dear to me.

Anonymous said...

get well soon babe!
kita sama manusia ada hati dan jiwa yang sama.

kesakitan. kebahagiaan. blog. kawan2.

itu nikmat bukan?
itu juga bawa hikmah bukan?

i like ur photography skill.

u pernah try buat light painting?
nanti i buat tutorial di blog sendiri!

As said...

blogger yang idak mahu dkenali

wah nama itu best

ok semua kamu cakap betul. I have no objection Yang Arif :D

everything happens for a reason, always.

sangat suka light painting tp belum reti nak wat. Nak2 blaja :D

taQi said...

takpe..tension leh g tengok laut.. =) good luck

~PENCHENTA~ said...

Seronok bila bertawakkal. Kerana Tuhan tak pernah menghampakan. ;)