dan aku biasanya golongan berkecuali, hanya memerhati. Sama dengan kali ini. Cuma ada sedikit perkongsian seperti biasa :D
Time kau nak exam midterm, baek kot kalau kau buat siap-siap nota ringkas. Sebab time aku nak final exam hari tuh, aku cam hairan tengok nota-nota mind map aku.
"Eh, bila plak aku buat semua nih?"
So lepas tu cam sengih jelah, benda yang tinggal nak hafal jek. Sebab once benda yang kau faham still duk kat buku atau nota guru kau, kau cam kena fahamkan semula bila nak final exam. Kalau dah duk atas nota ringkas kau, means laju je nak fahamkan semula dan cepatlah dapat hafal sebab dah guna ayat kau sendiri. Lagipun dia cam ada aura. Haha.
Almaklumlah macam kami gila packed tatau bila nak revise nota. Bukan sebab kami tak guna masa sebaiknya. Jadi bila dah siap-siap ada mind map di kala memerlukan tu sangatlah best. Masa free sempat guna untuk revise subject required for fakulti jek. Itupun sebab ada study group. Kalau tak hampeh gak tatau nak selit study kat mana.
Bila ada study group untuk 1-2 subject required by faculty nih macam pathology, pharmacology etc, kami terasa macam di urge kena gak revise kat mana-mana tempat pun. Sampaikan pernah aku revise sambil drive sebab takde masa benor dah. Lagipun tak banyak sebab satu lecture notes dah bahagi kepada 4-5 orang :D
Aku tatau camne cara orang len buat study group, tapi kami buat begini. Satu lecture note bahagi 4-5 orang. Thus sorang fokus tak banyak sangat. Jadi kau tolong kawan kau fahamkan dengan cepat bahagian kau kena revise, siap dengan additional informations. Dan kawan-kawan kau tolong kau fahamkan part laen. Memang laju dan worth beb. Takyah dah kau bazirkan masa revise, seolahnya orang lain revise kan untuk kau.
Dan aku rasa overall groupmate aku boleh score. Alhamdulillah.
Untuk subjects jabatan aku, aku takleh nak buat study group. So jadilah kesahnya seperti di atas, tiba-tiba je dah ada mind map :D
Memang bahagia beb bila kau takde masa, dan final tinggal 2-3 hari je lagi, dan kau tengok dah ada mind map, tinggal nak asah hafalan je ah.
Tapi biasa ah, bukan semua subjects ada mind map siap-siap pun. Tulah namanya aku ni student yang normal :D berhempas pulas jua tika exam hendak menjelma. Taakdenya goyang kaki sebab dah masyi semua.
Kenyataannya, dua hari sebelum exam pun masih ada presentasi lagi dan sehari sebelum exam masih ada kelas. Papepun aku tetap bersyukur sebab masih ada revision hours even takde revision days :D Manusia ni kalau dia tak bersyukur untuk yang sedikit, pasti susah dia nak bersyukur dengan yang banyak.
Another thing pasal nota ringkas ni, kadang-kadang kami bahagi-bahagi buat mind map. But kau kena tau ah nota sapa yang seswai ngan kau. Macam kami cam just suite je. So lepas tu fotostat ah bagi-bagi. So satu lagi kau jimat masa kan. Hehe.
Bukan sengaja kami buat benda-benda yang jimat masa. Kami terpaksa utilize kan masa yang ada memandangkan keadaan sangat packed. Aku paling tak suka kelas pagi petang time weekend, tapi what to do. Itulah norm sejak semester pertama aku di sini. Maknanya akan jadi norm sampai lah ke akhir nanti.
Kalau ikutkan weekend itulah mau rest dan setelkan keje serta revise. Tapi..itulah. Bersyukur dan redha sahaja.
Aku kadang-kadang menginginkan jugak supaya subjectc semua takldeha cecah sampai 10, nak jugak 4-5 macam orang lain. Supaya kami boleh fokus dan score, serta gap antara paper lebih banyak. Tapi bukan ke setiap sesuatu tu ada hikmah? Heh. 'Best' apa belajar banyak-banyak even tak berkait :P
Aku ni normal student, study bila nak exam. Tapi sentiasa ada masa-masa nya aku fail jugak nak cairkan segala ilmu serap di otak kerana weakness pada diri aku sendiri. Weakness yang tidak aku minta melainkan hanya sebagai ujian dariNya.
Kesakitan yang ada pada diri betul-betul menguji sama ada aku nak teruskan fokus pada revision atau memilih untuk terlantar di katil. Kadang-kadang aku terasa sangat takut macam mana nak hadapi exam apabila kita dalam keadaan kesakitan dan belum sempat habiskan faham jauh sekali hafalan.
Namun ketakutan, kerisauan itu boleh dikecilkan dengan keimanan. Keyakinan kepada ketentuan dan sifat Maha PemurahNya. Kuasa tawakkal mendahului segalanya. Jika mahu cuba merasa, mungkin boleh baca di sini.
Jadi setiap kali datangnya ujian, dalam kau pinta ujian itu dipermudahkan, apa kata kau pinta jua imanmu dibesarkan bagi menghadapinya! Sama seperti garam yang diletakkan ke dalam secawan susu, terasa masinnya, jika dibandingkan dengan garam yang diletakkan ke dalam setempayan susu. You feel nothing.
Dalam aku menulis ini, aku juga dah review result aku semalam, seperti biasa tak sepenuhnya keluar. Ketika aku berniat hendak review, langsung tiada gentar di hati, yang aku pasti, segala urusan telah aku serahkan padaNya. Ketika aku melihat butir-butir huruf abjad yang dinilai sebagai grade, aku tetap bersyukur. Bukankah jika kita sukar untuk bersyukur pada yang sedikit, maka lebih susah kita hendak bersyukur pada yang banyak...
Hu..seram kalau ke tahap itulah aku.
Satu yang sangat aku terasa tika musim exam yang lepas, pembebasan diri aku dari belenggu sistem. Bukan aku, tetapi seolah ada kuasa yang mendorong aku untuk sebenar-benarnya menghambakan diri kepadaNya, inilah yang membebaskan aku daripada sistem manusia. Kau terasa bebas walaupun kau terhimpit dengan segala sistem dan masalah.
Kau terasa segarnya udara, lapangnya dada, tenangnya hati dalam pada kau bergelut dengan kesusahan dan kesakitan di dunia.
Ku kira kuasa tawakkal kepadaNya, mungkin?
nota: cara study di atas adalah cara "kami", mungkin tak applicable untuk semua, but boleh dicuba memandangkan aku jenis yang ada subject engineering, maths, dan perubatan.
"Coming together is a beginning, keeping together is progress, working together is success"
p/s: aku tetap manusia normal beb, naek turun iman, berbelah bahagi hati. Yang penting time time camni kau tak menyimpang dari jalanNya beb dan cepat-cepat recover, walaupun kita semua jenis alpa leka :D Take care.
Ya Allah..tetapkan hati-hati kami pada jalanMu. Ameen.
11 comments:
caya la beb=P
(mmg BEB 2 digunakan seantero kawasan ek??wuhuuuuu..)
mmg...subjek yg terasa agak 'lega' xlain dan xbukan subjek kulliyyah..sbb???dah discuss awal2 even xingat sepenuhnya..faham n ingat.2 perkara yg amat berbeza..kan??kl dh faham,ingat akan jadi mudah... rather than ingat yg xfaham pape..huuuuuu
syukur sgt3...besenye bila ada study group, apa jadi pun, cbuk mana pun.... tggjwb kena ON.. =)
thanks buat ahli stadi group yg banyak mmbntu..jasa kalian amatlah dikenang...
yg benar,
ahli study group...uhuuuuu=P
candlesky
aku kira ini komenmu terpanjang di blog ku?
beb itu trend ok, kamu semua juga mesti guna ok :P
sememangnya mudahla benda yang telah difahami untuk diingati, that is how it always be
thanks for u jugak atas komitmen dan bantuan :D
di kala ada time semua buat fakta masing2 kamu sentiasa menjadi yang merungkai perkara :D hihi
inilah satu benda yang sentiasa urge kita semua untuk stady :D
Eh..dlm otak ari ni asyik terfikir benda ni tau.
"asal la kat blog klas aku, xde sape pon yg cerdik pandai ni cuba kongsi cara belajar diorg ke, resepi kejayaan, nasihat or anything yg motivate kwn2 diorg? Muncul jwpn jahat..nak berjaye sorg2 je. duh~ cepat2 padam."
tibe2 mlm ni kamu kongsi di sini. Oh, terima kaseh As.
Bagus3
Mmg skg la masanya yg sesuai untuk berkongsi
Bila baru je dapat result
Nanti kalau dah start masuk sem baru
dah hilang semangat
Sebab bekunya otak setelah lama cuti
Hehehe :P
shamel
ni bukan cara belajar cerdik pandai
ni cara belajar budak normal
:D
wei mintak aa diorangw at entry satu~
***
shahir
hehe
for me takde istilah otak beku
coz otak ni kena sentiasa dilatih berfikir even bukan bnda akdemik
;)
DIa suh kita sentiasa berfikir kan?
:)
rasa macam entri as kali ni agak panjang sikit dari biasa. mungkin sebab banyak perkataan kot. huhu.
cara as study tu macam interesting jugak. thou, diya tak pernah guna cara as tu. kami biasanya, lebih revision sendiri2 dan bertanya sekali sekala kalau ada part yang tak faham.
owh. diya nya exam selalu jarak2 ah. uitm mmg mcm ni. musim exam dekat sebulan. cuti sem nnt cenonet jelah. tapi kan, diya teringin nak exam sekali harung gitu. mesti berasap je kepala otak lepas habis last paper. hahaha
p/s-last exam ahad minggu depan =)
p/ss-dslr pink harus lah tak wujud yang oi. hahaha =p
Banyak benda diceritakan dalam entri ni, macam masuk highway and belok-belok, dan masuk highway balik. haha. Style belajar dlm entri ni lebih sesuai untuk perempuan. Sebab lelaki ni, malas sikit. hehe
diya
jangan berasap nanti terbakaq laa
accessories
slr adela kaler pink :P
***
dammit
patik sedar akan itu
part selekoh2
pelik jugak nape jd gituh
haih
korang takpe malas
sebab ade 5 subejcts je secara purata tiap sem :P
Kenapa As ambil subjek sampai 10? As bukan student medik,kan?Atau As buat double/triple degree?huhu
husainibrahim
sebab kami tak medic la amik subejct banyak :P
takde istilah double degree
satu degree ni pun seksa da dengan subjcts berjelas hehehe
but alah biasa tegal biasa..buat2 tegal la :)
Post a Comment