7 April 2009

pernah dengar penyakit 'wahan'?

Riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana, bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu, bagaikan orang-orang yang hendak makan, mengerumuni talam hidangan mereka"

Maka salah seorang sahabat bertanya,

"Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN BENCIKAN MATI"

________

Ha, tulah wahan. Faham..?

Oklah, explain sikit.

Macam dalam hadith kat atas ni, kita umpama buih dalam banjir, ramai sangat. Macam realiti hari nilah, ummat Islam itu ramai. Tapi kita masih ditindas dan sebagainya. Malah bangsa-bangsa laen sume pakat-pakat buli Muslim. Betul?

Ni semua salah Muslim sendiri, kerna penyakit wahan nilah. CWD ni bahaya, contagious. Aku panggil CWD, Chronic Wahan Disease. Chronic sebab dah lama penyakit ni bertapak dalam jiwa-jiwa Muslim. Lagi best tak sedar pulak tu. Dah sebati. Macam gaya surgery remove kidney, bukak-bukak je dah sekilo calculi (batu karang kot korang panggil) bertapak kat dalam kidney. Woow. Hebat.

Tu analogi jelah.

Cinta Dunia dan Benci Mati ni adalah pasangan kembar. Die mesti bersama. Cinta Dunia, duk mengejar-ngejar dunia tapi tak puas-puas, padahal dunia tu tak lari ke mana pun, dia menyorok je daripada kau. Sebab dia bosan kau duk kejar dia.

Benci Mati, kau leka dengan kehidupan di dunia dan kau tak pernah teringat yang kau akan mati. Eh salah. Kau tahu kau akan mati, tapi kau tak rasa kau akan mati esok lusa. Bajet-bajet mati at least 30 tahun lagi kan. Dan kau takda perasaan nak korbankan diri kau sket untuk benda-benda akhirat. Dunia je semata-semata.

Hey come on la kan, ape cakap pasal akhirat plak. Tak rock ah. Tulah kau. Orang cakap benda benda akhirat sket, sure kau kutuk nye lah. Diorang semua ketinggalan zaman kan? Tapi kau kena ingat, sebenarnya kau yang rugi. Yes, kau. Bukan orang sebelah kau.

Aku pun bukan baek sangat, aku tulis sebab aku pun jahat jugak. Tapi kalau dalam hati kau ada trasa dengan kata-kata aku ni, aku mintak maaf, tapi tulah tanda-tanda Tuhan masih nak curahkan hidayah Dia buat kau. Ada orang Tuhan buat hati dia jadi macam batu terus. Tak rasa pape dah. Jadi kau kena ah bersyukur..

Aku cam kejam kan. Aku pun kena sedar diri jugak. Cuma satu jelah aku nak share dengan kau, dunia ni makin kau kejar, makin dia akan hilang tau, akhirat pun sama sekali hilang.

Kalau kau kejar akhirat, kau tak yah risau dah pasal dunia, confirm dalam genggaman. Tak caye? Tak caye sudah.

12 comments:

moon said...

caye. =)

Anonymous said...

Well written.. menusuk kalbu.. sgt terkesan di hati. Terima kasih..

Dammit said...

Percaya, tapi er susah nak praktikkan. Jap, keliru sikit, bencikan mati tu. sebab entri ni cam explain lebih kepada tak ambil kisah pasal mati/ lupakan mati tu. Papepun, thanks sbb cerita dalam sikit pasal wahan ni.

3p4h said...

As, kita xbole kejar akhirat semata gak kn? Sbbnya hidup ni kne balance, dunia n akhirat...

Sbb keduanya saling melengkapi. Ingt kisah shbt yg dtg btemu Rasulullah s.a.w n btnya apakah amln yg plg mulia? Sbb dorg nk kejar akhirat semata(xbrapa ingt kisahnya, kalo slh, tlg btulkn).

Sorg 2 kata nk puasa n xnk buka2 puasa lgsg, sorg lg kata nk dok bzikir je, n sorg lg apa ya. Lupa la.

Tp Rasulullah melarang, sbb kita xbole kjr dunia mahupun akhirat smata2. Kne seiring sejalan.

~Da lama tinggal hadis2 ni, lupa la.. =(

As said...

kak moon
hehe
lama nya tak sapa akak ;)

***

dear Ilmapung
i hope i spell ur name correctly
it's i and l aite?
thanks for reading :)

***

uncle dammit
memang sukar un uncle, penulis pun sedang berusaha.
pasal bencikan mati tu, betul dah kot pe uncle faham.

Takut dan benci pada kematian. Tak siapkan diri ke arah kematian..dan sebagainya yang berkaitan..

ahli hadith mungkin boleh explain lg panjang kot, takat as faham gitu jelah :D


***

pakcik epah :P

ada ke as state kejar akhirat semata?? ha baca semula naa. hehe :P

pakcik, manusia hari ni takyah suruh dah cari dunia, sebab tak suruh pun semua akan cari dunia. Kan? Sebab tu as tak pesan pape pasal mencari dunia.

part kejar akhirat nilah yang kena salu ingatkan..dunia tu takyah pesan dah..ini obviously seen dalam ummat kita..

aite?

btw, amalan paling mulia yang pakcik sebut tu...bukan sabda nabi, amalan paling mulia adalah solat tepat pada waktunya ke..?
As pun tak sure.

Thanks anyway. Bab balance dunia akhirat, ni sume patut tahu, tapi al masalahnya semua takleh nak balance, more on dunia.

Heh, as la tuh..bukan org len.

Anonymous said...

hahahahahahahhaha....

gaya gelak cam ni ada unsur wahan tak?

Akmal Azeman said...

hahahahahahahahaha. tak tahan tgk tuan.

owh. terima kaseh sbb berkongsi ilmu. sy sbenanye tak brape clear sgt psl isu ni.

btw. mmg menusuk kalbu. Na'uzubillah huhuhu

As said...

caracol
haha
as lak yang gelak tengok kamu
siapalah as untuk menilai, nilai sendiri aa, kata da nak kawen :P :P :P

***

kema azeman
tulah pasal as..as lak gelak tengok korang :D

as tulis sebab as pun tak brape clear, as cuma tau maksud wahan je..jadilah share kat sini..cam terbukak dah sket :)

Sanchez said...

to 3p4h: kalo xsilap, hadith yg pasal 3 org tu, sorg tu ckp die nak puase berterusan tanpe buke...sorg lg kate nak solat/beribadah, xnak tdo lgsung...sorg lg kate die xnak kawen, coz nak dedicate hidop utk beribadah etc....then nabi replied something like "I'm the best among u...Yet, I fast n i break fast...I do night prayer n I sleep...n I get married...Those who do not follow my Sunnah are not from my Ummah..."...ni bukan la translation sbenar...tp jz understanding of the hadith...kalo xsilap r...kalo silap tlg btolkan...

3p4h said...

Oh As, misinterpretation rupanya~ He5...

Oh, Bkenaan amalan plg baik 2, kalo kita tgk pda asbab wurud hadis, mcm2 ada ckp amalan paik baik. So xtau nk ckp mn yg plg baiK?

Plg mudah, apa2 yg baik kita wat, yg bruk tgglkn. Hati pn sng :)

TQvm en ariff

Diya Kamaruzaman said...

terima kasih tak putus2 utk peringatan as. jangan kata as jahat tau. kita ni walaupun sama2 tak perfect but still have chances utk membuatkan org lain jadi perfect. =)

wahan. pernah dengar, tapi not sure sblm ni. sekrang baru jelas terang tang tang =D

cha =) said...

cinta dunia ni senanye jenis cinta manusia jgk.mmg hakikat ramai yg cintakan dunia.bila sume dh gila dunia,sape2 yg x gila dunia pulak yg dituduh gila.

siapa tolak projek juta-juta, gila!
siapa tolak anugerah, gila!
siapa tolak kuasa, lagi la gila!

sbb tu skrg ramai yg x solat.
xleh nk kate ape, sbbnye, org GILA, x jatuh hukum wajib solat....

p/s:jupe dlm Ujang..;p