30 March 2009

when your lecturer worried about you..

p/s: adalah beliau dan beliau

Petang tadi bila aku ke bilik seorang pensyarah

"Mdm, saya tengah kelas lagi ni, tapi kena gak ah keluar jap nak jumpa mdm, tak sempat dah."

"You all kelas lagi ke sepanjang hari ni?"

"Presentation dan kelas tambahan."

"Jumaat ni nak exam dah, you all sibuk kelas lagi?"

Aku senyum jelah, what to say.

"Nasib baik saya punya awak dah present awal. So, esok lusa kelas tak?"

"Esok ganti kelas sepanjang pagi dan lusa presentation."

"Ya Allah..Saya risau, bila korang nak study..?" Tanya beliau lembut dan bernada sangat risau..

Aku senyum pahit. Dalam hati aku cakap,

'saya pun risau Mdm, but what to do, just face it.'


kau dan aku, susah macam mana pun, ingatlah ade mudah selepasnya. Kau kalau tak percaya kau sila bukak juz 30 carilah surah yang mula dia "alam nasyrah", kau baca maksud dia..boleh?

Itupun kalau kau percaya pada janji Dia.

nota: Aku gembira kalau setiap lecturer memilih untuk suruh pelajar buat presentation awal-awal..atau pun at least bukan tika dah nak final exam.

nota: takde lecturer nak failkan anda secara sengaja, jadi anda perlu berusaha susah macam mana pun..ok, aku senanya pesan kat diri sendiri.


______________

Ya Allah...permudahkan apa yang sukar bagi kami..ameen.

28 March 2009

Etika masuk lift

semua orang tahu kan lift tu ape?
semua pernah masuk lift kan?

Etika masuk lift:

Jika kau dari luar, bila lift terbuka, SILA lah bagi laluan kepada yang di dalam untuk keluar terlebih dahulu ye. Sangat tak ber etika bila kau dari luar dan kau serbu masuk ke dalam lift dan orang di dalam lift terpinga-pinga sebab tak dapat keluar.

Macam-macam gaya dah aku jumpa kes-kes begini. Ada yang siap terus terjah masuk dan terus tekan butang level berapa dia nak tuju (sambil tangan dia menghalang muka kami, jadi kami takleh gerak kena stay).
Bila die dah tekan butang, dan pandang kami, barulah terpacul soalan,

"Eh, nak keluar ke?"

Owh my, soalan paling tak relevan untuk ditanya bila kau nak masuk ift dan tengok ada orang di dalam, dan lift telah sampai di level 1 tika itu. Mestilah nak kelaur kalau dah di level SATU.

"Dah tu, ingat kitorang nak bersiar-siar?"
Heh tu dalam hati jelah kot.

Aku suka perhati je sikap manusia bila tunggu lift dan masuk keluar lift.

Bab nak keluar pulak, sila jangan main terjah aje keluar. Relax bro. Heh. tengok dulu kalau ada orang laen tengah bergerak nak keluar jugak, nak-nak kalau lift sempit. Bagi laluan kepada saudaramu, daripada korang berlaga bahu ke ape kan.

Baik kau tekan button hold lift terbuka, biarlah golongan yang kelam kabut ni setel dulu hal mereka. Dan memang kena tengok la jugak, berhati-hati dengan golongan yang main terjah je masuk lift tak pandang kiri kanan. Hehehehe.

Mintak maaf kalau kau terasa ;P

Sikap kau, cerminan siapa kau. Aku? Aku pun sedang perbaiki diri dalam pelbagai segi. Tolong betulkan aku teman, mana-mana yang kau nampak salah ;)

chowzz~~

27 March 2009

Muka tak tidur malam?

Sorry that I forgot who tagged me with this kind of rules, albumkeenamgambarkeenam, and this is the result.

Memula dulu aku ingat gambar ni boleh buat gambar poskad :D
Ni time menunggu Menteri Belia dan Sukan negeri Sabah area March 2007, dan kami semua tak tidur the whole night dan masih dalam mood terkejut subuh jam 5.00am ++

Tulah kalau biasa bangun Qiamullai tiap-tiap malam kan senang. Haih.

Eh kau tau tak senang giler je nak buat Qiamullai. Tak susah pun.
Mesti kau biasa terjaga sekejap tiap-tiap malam, biasalah manusia normal akan terjaga tiap 2 jam. Qiamullai yang paling mudah adalah bila kau terjaga sekejap tu, bangun duduk mengadap kiblat dan ingat sekejap kebesaran Allah, kemudian kau tidurlah balik.

Tak perlu bangun amik wudhu' dan solat. Ni kalau kau rasa susah sangat lah nak bangun solat. Heh. Aku taknak ah kau rasa susah benor qiam nih dan asyik fikir siapa yang buat ni 'alim benor. Kau pun boleh buat ape, tiap malam pun, inshaAllah.

Dan paling penting aku harap kau buat, time kau duduk mengadap kiblat tuh, angkatlah tangan untuk berdoa apa sahaja, moga dikabulkan Ilahi.

Tok Guru Nik Aziz pernah pesan,

“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

Aku pesan kat diri sendiri dan kamu semua, hargai waktu terjaga kita di tengah malam tu, moga dengan yang sikit tulah akan bawak kita kuat untuk bangun solat pulak. Berdoalah walau sikit. Boleh kita try? ;)

Tips 1: doa yang diamalkan Rasulullah apabila terjaga di malam hari --> klik sini

Tips 2: Tidur awal waktu malam area 12.15am plus minus, kau takkan rasa berat nak bangun 10-15min sebelum azan Subuh untuk solat tahajjud. Percayalah!

24 March 2009

tau tak ape itu etika sosial?

Macam cara makan, cara susunan kulinari, cara naik turun kereta dan sume bagai lah.

Tapi aku rasa kena ada satu etika baru diajar kat kebanyakan rakyat Malaysia. Iaitu etika membuang sampah.

1. Buang segala benda bernama sampah ke dalam tong sampah, bukan di jalanan atau luar tingkap kereta.

2. Bila buang sampah ke dalam tong sampah pulak, sila buang elok-elok pastikan sampah jatuh ke dalam tong bukan ke luar tong.

3. Bila masukkan sampah di dalam tong, sila tekan sedikit supaya sampah anda tak melimpah ke laur tong.

haa, nilah masalahnya. Yang memang buang sampah merata tuh, terang-terangan la salah. But yang membuang sampah ke dalam tong sampah secara tak beretiket tu pun jadi masalah jugak kepada negara. Haish.

Kepada mak-mak pulak, lampin anak-anak sebelum dibuang ke dalam tong, sila kemaskan dulu atau balut dengan plastik, jangan biar terbukak je. Ok?

Dulu time kecik-kecik besar lidi, ibu ada ajar, kalau ada sampah macam pembalut gula-gula ke ape ke, jika tak jumpa tong sampah, simpan dulu dalam poket, jangan buang merata. Dah juma tong sampah nanti baru buang. Sampai skang aku ingat. Isk.

er btw...cara nak buang sampah pun nak kena ajar ke? Tak faham ah aku!

tag: perkataan' tong sampah' :D

18 March 2009

Pagi-pagi kol ibu

Kalau boleh hari-hari nak tanya khabar ibu walaupun ibu hectic setiap hari kadang-kadang susah nak reach. Semoga cepat sehat ye ;)

Ok, hari ni aku nak tanya, kau pernah dengar tak pasal 10 muasofat? Takpun 10 sifat peribadi Muslim. Takpe, dah baca entry ni kira pernah dengar la kan.


list 1 hingga 10 tulah sifatnya. Tapi hari ni aku nak ambil part no 9 tu, sistematik urusannya, memandangkan ibu ceritakan sesuatu pagi-pagi buta tadi. Mengenai perancangan Israel laknatullah.

Biasanya kita biasa dengar pasal perancangan yahudi dan israel part menjatuhkan ummat Islam seperti hedonism, perang dan sebagainya. Macam yang video ni paparkan. Sape-sape yang serious nak tengok episode seterusnya dan rasa boleh manfaatkan videos tu sume, silalah bitau aku. Boleh aku pass kan DVD nya pada kamu, regardless near or far. Asalkan kau manfaatkan.

Ok, balik semula. Kita dah biasa dengar semua tu tentang perancangan jangka masa panjang diorang, bukan baru 10 tahun lepas diorang plan, malah dah beratus tahun dulu. Betapa sistematik gila ah. Ni semua sebab diorang ikut apa yang Qur'an ajarkan, tinggal lagi mereka tak taat kepada Allah. Itu je.

Kita ni orang Islam terbalik lak kot, taat Allah tapi tak nak ikut ajaran dalam Qur'an. Nak tepati masa pun susah inikan plak nak bersistematik dalam mengatur plan. Isk..

Tak hairan lah al-kaafirun lebih maju daripada Muslim, sebab kita sendiri terasa berada pada zon selesa. Rasa diri tu Muslim dah cukup. Quran terbentang depan mata, tak pandang. Pandai baca arabic text je. Tak pernah nak dalami maksud dia. Ok, ni aku marah diri sendiri, bukan kau, kau tak payah terasa sebab aku percaya kamu semua bagus-bagus belaka kan.

Ibu cerita pagi tadi, wanita-wanita Israel, once pergi klinik dan confirm pregnant, akan di daftar terus. Dan terus di haramkan segala makanan ringan dan tak berkhasiat. Hanya makan yang segar-segar macam kekacang, susu dan buah. Setiap ahri wajib buat 10 soalan matematik dan akan ada sumone yang semak jawapan. Sampailah hari dia melahirkan bayi barulah dia merdeka.

Wah wah wah. Sebab tulah anak orang ISrael kecik-kecik dah duk membilang gerabak kerata api. Ni yang kawan ibu kaji hidup diorang, if tak silap aku.

Ibu-ibu hari ni, dalam ummat Islam, aku tak pasti bagaimana cara mereka. Antara yang aku snagat ingat tentang didikan ibu, ibu meletakkan dalam kepala kami adik beradik bahawa makan 'junk food' itu salah, makan maggi itu salah. Ni time kitorang rebung lagilah.

Jadi bila kami membesar, kadang rasa nak makan, nanti bitau ibu, ibu belikan jugaklah, with limitation. Bila terasa nak maggi setahun sekali dua, akan bitau ibu, nanti ibu akan amik mee maggi tu dan alter terus jadi mee sehat :D

Bila makin dewasa, didikan tu dah dalam kepala, dah ade mind-setting 'junk food' itu tak bagus, maggi itu tak boleh makan. Jadi sekali sekala dalam setahun makan 'junk food' dan maggi, akan terasa dalam diri, aku buat benda salah.

Bukannya haram pun, cuma tak sehat kan benda-benda tuh. Hasil serapan minda time kecik membawa menyengat sampai besar. Ni yang aku rasa ibu bapa moden skang kena apply kat anak-anak kecik. Sebab bila dah besar, dah biasa makan 'junk food' dan sebagainya, time tu baru nak tegur, macam agak useless ah, sebab bukan dididik dari rebung.

Ni ape aku fikirlah. Kita bukan nak didik anak-anak supaya jadi anak yang cemerlang je, tapi kita nak didik anak-anak supaya bermanfaat kepada ummat Islam. Generasi mereka hari nilah yang akan mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Ok, aku cakap macam berhabuk je kan. Tapi ni dalam fikiran aku bila aku tengok anak-anak muda zaman sekarang. Bila duduk kat food court sambil tunggu makanan sambil perhati orang, bila kawan aku tegur aku tanya kenapa, aku akan jawab,

"takde pe, tengok remaja sekarang, rosaknya mereka."

Kau bayang jelah, subang kat telinga dan sebagainya. Padahal mak ayah ada sama jalan dengan anak. Aku tatau apa yang mak ayah diorang fikir sampai tak tegur anak-anak tu. Heh.

Itu yang aku cakap, kalau nak didik, didik sejak rebung, jangan kau tunggu dan jadi buluh baru nak didik. Time tu mereka dan ade serapan minda laen dah. Dan waktu tu kata-kata kau sebagai ayah dan mak macam agak masuk telinga kiri keluar telinga kanan...

Tapi kalau kau tersedar time anak dah besar, jangan risau, teruslah mendidik, kerana it's always better to be late than never. All the best.

wallahu'alam

update: Yosh sorry pasal salah eja and all, entry ini dibuat 10min sebelum berkejar ke kuliah :D

15 March 2009

Ada apakah dengan ranking?

SPM 2008, ranking untuk SBP sahaja memandangkan aku tak jumpa ranking se-Malaya.

1. SM SAINS SEREMBAN
2. KISAS 1.68
3. ASIS 1.754
4. SAMURA 1.83
5. SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.841
6. SBPI GOMBAK 1.883
7. SAINS JOHOR 1.906
8. SBPI RAWANG 1.951
9. SESERI 1.979
10. KUSESS 1.99

List penuh di sini

Tahun ni SESTER dengan 35 orang straight A's (tak ramai pun pelajar, hanya 107 orang). Sejarah dan PAI 100% A dan BM 100% A1. Ini yang cekgu Jamil (PK1) maklumkan pada aku.

Sejak aku keluar dari sester, mesti tiap tahun aku takkan lupa tanya cekgu Jamil dan cekgu Fauzi pasal adik-adik kat sana, walaupun tahun demi tahun aku makin tak kenal mereka. Aku admit, setiap tahun mesti sester berada dalam rank top 10 sama ada SBP atau ranking lain. Aku bersyukur untuk itu atas usaha kuat guru-guru dan pelajar, serta doa ibu ayah.

Tapi aku duk fikir, apelah ada pada ranking. Manusia suka melihat pada ranking, sedangkan yang membezakan kita semua hanyalah...hanyalah ape?

TAQWA. Ok, aku bukan nak cakap pasal ni hari ni.

Baiklah..ranking itu perlu, mungkin untuk pembakar semangat. Namun kalau kerana ranking kejayaan dunia itu yang membeza-bezakan manusia, aku sedih. Dan untuk ranking itu, kau tak perlu pun untuk berbangga. Owh aku bukan point pada mana-mana pihak, cuma aku membuat penyataan di sini.

Ranking lah ape pun, di mana-mana pun, ingatlah, kau tetap hambaNya yang kerja kau adalah menjadi khalifahNya di muka bumi, bukan membangga diri. Aku pesan kat diri aku ni. Sekian.

9 March 2009

Asal-asal aku taknak cakap pape tapi

dah dalam rancangan Remaja semalam, bila diorang pergi buat survey, sorang pun tak tau bila date lahir nabi Muhammad s.a.w. Walau seorang pun, sume tatau.

fuh..

Jadi meh baca tarikh ni, 12 rabi'ul awal tahun gajah adalah birthday nabi muhammad s.a.w. Ok?

Tak silap aku zaman sekolah dulu ade kot nyanyi2 lagu kelahiran nabi nih, kire cam basic aa kan kena tau. Isk3..sebab tu penting jugak sambutan maulidir rasul, supaya yang tatau jadi tau.

Meh kita share satu kisah sket, zaman nabi Musa a.s dulu, ade seorang hamba Allah yang buat maksiat selama 100 tahun sampailah dia meninggal. Masyarakat pada zaman tu taknak uruskan jenazah dia, malah pergi ambil jenazah dia dan buang kat tempat sampah.

Kemudian Allah wahyukan pada nabi Musa a.s supaya pergi ambil jenazah tu dan solatkan. Jadi Nabi Musa a.s pun cakaplah pada Allah:

“ Wahai tuhanKU! Sesungguhnya Bani Israel telah menyaksikan bahawa orang ini ketika hayat hidupnya melakukan maksiat padaMU selama 100 tahun…”

Kemudian Allah bagi wahyu lagi:

“Setiap kali Taurat disebarkan, beliau pasti melihat nama Muhammad dan terus mengucup dan meletakkan nama itu ke dua belah matanya. Maka dengan apa yang dia lakukan, aku bersyukur (merahmatinya) dan memberi pengampunan padanya serta aku mengahwinkannya dengan 70 orang bidadari syurga.”

So ape kepentingannya? Ah sendiri faham lah. Boleh? 
Jadi harapnya, kekuatan dan semangat nabi menyebarkan Islam tu, jadi insprasi kita untuk terus kuat dan tabah hadapi setiap hari yang penuh ujian. Ameen~


hidup mesti bertanya, sumber rujukan:

1. Maulid An-Nabi Al-Akram Sayyiduna Muhammad, Al-Allamah Ja’afar Al-Barzanji, m/s : 4, Dar Al-Ansar- Kaherah

2. Kitab Hilyat al-Aulia karangan Abu Nua'im

3. Surah as-Soff: 6 (untuk cari bukti disebutnya nama nabi Muhammad dalam kitab Taurat)


p/s: hari ni public holiday kan? Kau tahu tak kau cuti hari ni sebab pe? Kalau kau tatau, aku pun tatau ah nak cakap pe..

3 March 2009

untuk kamu, Allah loves you.

Saat seorang senior mengisahkan sakit beliau, yang berkait dengan tulang belakang, aku akhiri perbualan dalam SMS begini:

"Get well soon, Allah loves you.."

dan saat aku menaip
'Allah loves you'
aku di sini yang menitiskan airmata

2 March 2009

Ah tamau belajar dah kat sini

Tibe-tibe terpacul ayat-ayat azimat tersebut petang tadi tika aku di jalanan, di kala aku bingung berfikir mencari alternatif kepada undang2 baru universiti yang belum termaktub di dalam ammendment universiti.

Undang-undang yang dikuatkuasakan, bagi aku, mestilah RELEVAN. Andai tidak relevan sekalipun, segala apa yang dilarang hendaklah disediakan ALTERNATIF.

Do you expect people to follow your rule, when the rule itself is not relevant? Yes people might obey the rule, but there would be times where the rule cannot be abide due to unavailability of the alternative ways.

And I hate when they give us compound to be paid for something which is totally not wrong. End up, they need to waive it. But I regret that they never learn from the mistakes.

-Boleh refer kisah segala saman dimansuhkan di sini dan di sini
-Penerangan kisah saman
-the first nonsense compound

Memanglah dimansuhkan, tapi BANYAK AMAT masa aku membazir dalam proses nak mansuh tuh. Kenapa aku nak mansuhkan gak?? Bak kata szakif, "it's never better to pay something that's not our fault."

I think that, I could make up "compound the series" la plak in my blog...heh.
I just regret if a management yang bukan calang-calang management, tapi management universiti, cannot handle this simple matter. Cannot organize simple things properly.

Kau bengang tak bila lepas kena saman dan penyaman tu berkata begini:

"ala, mintak maaf lah, memang awak tak salah, tapi dah TERSAMAN, takleh nak buat ape dah. Awak mintak lah kurang nanti."

Oh my..aku susah gila amat nak marah, jadi aku geram dan sabar jelah.

I would like to suggest to the university, soal jawab dulu dengan student, kalau rasa layak kena saman, barulah issue compound note. Jangan maen saman je tanpa didahului dengan investigation. Sama macam kau jatuhkan hukuman tanpa masuk biacara.

Petang tadi bila aku muka semacam dan murung, kawan aku tanya kenapa, aku jawab:

"isu sesuka hati saman ni, bukan isu individu, tapi tengah fikir masalah ummah ni. Kesian kat students sume. Even betul diorang salah pun, universiti lagilah bersalah, sebab tak bagi alternatif, tapi PAKSA students patuhi peraturan yang tak relevan."

Aku terasa nak pergi bincang dengan pihak admin, sebab dan kenapa peraturan tak relevan wujud, bila tahu sebab KUKUH aku lega sket kot. Bukan untuk aku je, tapi untuk semua pelajar. Aku tak kisah nak patuhi peraturan, cuma aku kesian kat semua students bila alternatif nya takda. Nak tak nak, students terpaksa gak langgar peraturan. Dan aku heran, mereka bukan menggangu ketenteraman awam pun.

dan isu ni bukan baru ahri ni, sejak hari pertama aku jejak kaki di sini. Takkan taknak berubah-ubah? Sampai aku terpaksa kumpul bukti semua. Tapi dah simpan jadi perkasam. Heh.

p/s: Aku bukan emo, tapi kalau kau memang mengikuti setiap entry aku, memang begini gaya aku menulis kan?

nota: despite all this, I still love my university. Er..I mean the surroundings, yang merubah aku daripada jahil kepada manusia yang lebih baik.

1 March 2009

ok, aku belajar sesuatu

dan terkesan dengan sesuatu,
selalunya daripada what people said

kat mana2 lah..

hari ni mari kita baca, lihat dan hadam...kalau boleh la

"takkan rugi sesiapa yang bermesyuarat,
takkan menyesal sesiapa yang beristikharah"


ok, jangan tanya untuk apa, it's applicable for everything