15 March 2009

Ada apakah dengan ranking?

SPM 2008, ranking untuk SBP sahaja memandangkan aku tak jumpa ranking se-Malaya.

1. SM SAINS SEREMBAN
2. KISAS 1.68
3. ASIS 1.754
4. SAMURA 1.83
5. SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.841
6. SBPI GOMBAK 1.883
7. SAINS JOHOR 1.906
8. SBPI RAWANG 1.951
9. SESERI 1.979
10. KUSESS 1.99

List penuh di sini

Tahun ni SESTER dengan 35 orang straight A's (tak ramai pun pelajar, hanya 107 orang). Sejarah dan PAI 100% A dan BM 100% A1. Ini yang cekgu Jamil (PK1) maklumkan pada aku.

Sejak aku keluar dari sester, mesti tiap tahun aku takkan lupa tanya cekgu Jamil dan cekgu Fauzi pasal adik-adik kat sana, walaupun tahun demi tahun aku makin tak kenal mereka. Aku admit, setiap tahun mesti sester berada dalam rank top 10 sama ada SBP atau ranking lain. Aku bersyukur untuk itu atas usaha kuat guru-guru dan pelajar, serta doa ibu ayah.

Tapi aku duk fikir, apelah ada pada ranking. Manusia suka melihat pada ranking, sedangkan yang membezakan kita semua hanyalah...hanyalah ape?

TAQWA. Ok, aku bukan nak cakap pasal ni hari ni.

Baiklah..ranking itu perlu, mungkin untuk pembakar semangat. Namun kalau kerana ranking kejayaan dunia itu yang membeza-bezakan manusia, aku sedih. Dan untuk ranking itu, kau tak perlu pun untuk berbangga. Owh aku bukan point pada mana-mana pihak, cuma aku membuat penyataan di sini.

Ranking lah ape pun, di mana-mana pun, ingatlah, kau tetap hambaNya yang kerja kau adalah menjadi khalifahNya di muka bumi, bukan membangga diri. Aku pesan kat diri aku ni. Sekian.

9 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah.. since aku kuar, SASER still pertahankan namanya, sesuai dgn tagline "SASER, Namamu Teratas".
Ape2 pon, hasil kesungguhan cikgu2 dan usaha students plus tawakkal itu resepi kejayaan sesebuah sekolah.

Anonymous said...

btul as..abg bi dlu ranking spm agak bwh2..ramai perli..tp bile abg bi msuk uia, amik engin, diorg kagum blik..adeh..

ranking xle menentukan sape kite..

Anonymous said...

diya terkesan dengan 2 perenggan terakhir as. sentiasa, kita membezakan manusia berdasarkan kejayaan dunia. benda yang tak kekal tu lah yang kita mudah nampak. manusia, as always.

MNM said...

mmm, sekolah ak (saina) makin lama makin hanyut... huhu...

farah, s. said...

dlu excite gk psl ranking. skrg xpeduli.huhu

Anonymous said...

Sekarang ni mereka dah lepas fasa 1, SPM. diaorang belum merasa fasa 2 (matrik/asasi)...dan seterusnya. Masa ni ranking dah tak penting, yang penting usaha masing2. tiada sapa yang akan tolong.

Dah lama tak pergi sekolah lama. macam mana la ek?

tusky said...

alhamdulillah..
setelah menanti sekian lama, Science Johor masuk gak top ten
(i tod we'll never make it. hahahaha..)
kongratz to cekgu2..

ada apa dengan ranking?
pada yang kuar dah, maybe x rase pape
tp pade yg baru kuar ngan jaya, it's great reward of all the hard works andd efforts being put as to compete and beat one another

As said...

shamel
baek ;)

***

hasbi
abang bi..itu yang as definitely agree..sangat2.

***

diya kamaruzaman
yes, as terkesan dengan komen diya
benda YANG TAK KEKAL yang dipandang manusia..

***

MNM
takpe, SAINA ade pendebat hebat :D

***

farah
haha betul3..
oy bile balik msia, nak ajak gi sekolah la rasa

***

azuwanmusa
ok, thumbs up untuk komen kamu
itu yang kanak2 lepasan SPM kena sedar..

***

tusky
baek ;)

Hafzi said...

huhuhu.. kisas no 2 lagi...